Perut Buncit Lagi Bahaya Dari Obesiti


Perut Buncit Lagi Bahaya dari Obesiti ! || Hai ! Sesiapa ada masalah buncit perut? Uhuk, Aku adaaaa! Ok done mengaku... Haaaaa..jangan tak tahu, ada jugak orang yang badannya kurus, tapi perut kedepan..( Bukan kes mengandung tau). Huishh! Hati hati lah okay! (Tepuk bahu sendiri)
Aku pernahhh kurus sekejap haritu, tapi perut buncit memang agak tough untuk dikempiskan masa tu..Sampailah dah naik balik badan aku ni...Kikiki....
Mari luangkan masa kejap, aku petik petikan dari website ni, and share kat korang ye.
Punca kepada penyakit perut buncitPerut yang buncit boleh dikatakan sebagai salah satu ciri bagi imej lelaki dan wanita pertengahan umur.
Namun, ia tidak mustahil untuk berlaku dalam kalangan individu yang masih muda jika dilihat kepada trend pemakanan semasa.
Perut yang besar dan buncit boleh terbentuk disebabkan pelbagai punca.
Antara punca yang sering menyebabkan ia berlaku adalah seperti gaya pemakanan yang buruk, kurang bersenam selain tidak menguruskan stres dengan baik.
Selain itu, pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan dan melampau juga boleh menyebabkan perut seseorang itu menjadi buncit dan besar.
Bahaya perut buncit lebih teruk daripada obesiti!Walaupun anda kurus dan memiliki berat badan yang normal, tidak bermakna anda betul-betul sihat sekiranya perut anda besar dan buncit.
Malah, anda mungkin lebih berisiko tinggi dengan pelbagai masalah kesihatan berbanding mereka yang mempunyai obesiti.
Kajian menunjukkan bahawa, berat atau lemak badan berlebihan di sekitar pinggang boleh meningkatkan risiko individu tersebut untuk mengalami kematian pramatang.
Ini boleh berlaku walaupun dalam kalangan mereka yang kelihatan kurus atau mempunyai berat badan yang normal. Terkejut bukan?
Apa yang lebih mengejutkan ialah, kajian menyatakan bahawa mereka yang mempunyai berat badan yang normal ini ternyata lebih berisiko.
Kajian tersebut menemukan, individu dengan berat badan normal tetapi memiliki lemak perut atau buncit mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kematian berbanding mereka yang obes.
Ini kata pakar mengenai bahaya perut buncitPerkara ini juga telah disahkan oleh pakar perubatan dari Kanada.
Menurut Dr. Paul Poirier daripada Institute of Cardiology di Laval University, lemak perut merupakan sejenis lemak yang jahat dan buruk.
Ini kerana, lemak perut telah dikaitkan dengan beberapa keadaan kesihatan secara negatif.
Ini termasuklah kadar kolesterol yang tinggi, keradangan, penyakit jantung, serangan strok dan juga diabetes jenis 2.
Menurut Dr. Paul lagi, jika kita mempunyai lemak yang banyak di sekitar perut, ia sebenarnya lebih berbahaya berbanding lemak di pinggang dengan jumlah yang sama.
Dr. Paul menyatakan, jika seseorang itu mempunyai berat badan yang normal tetapi berat badannya lebih tertumpu di bahagian tengah atau perut, ia bukanlah satu perkara yang baik.
Jika seseorang lelaki mempunyai ukur lilit perut lebih daripada 40 inci atau 34 inci bagi perempuan, maka ia petanda seseorang itu mengalami obesiti.
Apakah bahaya perut buncit yang sebenarnya?Walaupun penyakit perut buncit ini kelihatan normal, namun ia sebenarnya bertindak sebagai satu tanda bagi 1001 masalah kesihatan yang berisiko untuk terjadi.
Sebelum anda mengetahui apakah bahaya perut buncit, anda perlu tahu dahulu jenis lemak yang ada.
Lemak perut merupakan lemak yang berada di sekitar abdomen atau perut anda dan ia mempunyai dua jenis.
Pertama, lemak viseral iaitu lemak yang berada atau wujud mengelilingi organ tubuh.
Kedua pula ialah lemak subkutan. Lemak subkutan ialah jenis lemak yang berada di bawah permukaan kulit.
Secara umumnya, komplikasi kesihatan yang berlaku disebabkan oleh lemak viseral ialah lebih berbahaya berbanding lemak subkutan.
Antara bahaya perut buncit ialah ia menyebabkan beberapa komplikasi kesihatan kronik.
Komplikasi kesihatan yang berlaku disebabkan penyakit perut buncit pula ialah:
Diabetes jenis 2AsmaPenyakit jantungSerangan strokSerangan jantungTekanan darah tinggi atau hipertensiDemensiaKanser kolonKanser payudaraBuat 5 perkara ini untuk elakkan perut jadi buncitBagi anda yang ingin menghilangkan perut buncit, atau mengelakkan perut menjadi buncit, cuba ikuti tip di bawah ini:
#1. Elakkan pengambilan alkohol
Minuman beralkohol terbukti sebagai salah satu punca utama anda mudah menjadi buncit.
Ini kerana, minuman beralkohol sangat tinggi dengan kandungan gula tambahan yang boleh menyebabkan pembentukan lemak pada perut.
#2. Ubah gaya pemakanan
Pemakanan yang sihat dan seimbang sememangnya boleh membantu seseorang itu untuk menurunkan berat badan.
Elakkan makanan dan minuman bergula, tinggi kandungan lemak tepu dan kurang bernutrisi.
Banyakkan makan buah-buahan dan juga sayuran.
#3. Kurangkan stres
Stres juga boleh menyebabkan seseorang mudah untuk mendapat kenaikan berat badan.
Ini kerana, pelepasan hormon stres atau kortisol boleh mempengaruhi selera makan seseorang.
Cuba lakukan teknik-teknik mengurangkan stres seperti menyertai senaman yoga.
#4. Banyakkan bersenam
Gaya hidup yang aktif sememangnya sangat membantu anda untuk mengurangkan berat badan dan lemak perut.
Banyakkan bersenam dan bersukan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Anda juga boleh melibatkan diri dengan kerja-kerja fizikal lain seperti berkebun di rumah.
#5. Dapatkan tidur yang berkualiti
Tidur yang berkualiti akan memberikan kesan hidup yang lebih baik. Ini kerana tidur akan memberikan ruang dan peluang kepada tubuh untuk berehat dan sembuh.
Selain itu, tidur yang berkualiti juga boleh mempengaruhi berat badan anda.
KonklusiKini anda sudah mengetahui beberapa bahaya perut buncit yang telah kami senaraikan di atas.
Oleh itu, bagi mengelakkan bahaya perut buncit ini, lakukan tip yang kami kongsikan agar anda dapat mengempiskan kembali perut, sekali gus menjaga kesihatan diri anda.


Info petikan dari SINI 



SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2021/08/perut-buncit-lagi-bahaya-dari-obesiti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seluruh Dunia Kini Tahu Mahiaddin Dalam Bahaya

Seluruh Dunia Kini Tahu Mahiaddin Dalam Bahaya

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 257 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONBoleh dikatakan seluruh dunia kini tahu tentang suasana politik yang panas di Malaysia terutama tentang kedudukan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin yang diambang bahaya Mahiaddin pada semalam telah mencetuskan...
Mesej Gerak Kepada Istana Negara Mahiadin Adalah Penjenayah Rasuah Paling Bahaya

Mesej Gerak Kepada Istana Negara Mahiadin Adalah Penjenayah Rasuah Paling Bahaya

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 183 hits
GERAK mohon sembah takzim menyampaikan kebawah DYMM Yang DiPertuan Agong bahawa sesungguhnya Tan Sri Mahiadin Yasin adalah penjenayah rasuah paling besar dan bahaya 2 Rasuah adalah jenayah Dan merasuah untuk mendapatkan kuasa adalah jenayah...
Pernah Tak Anak Tunjuk 5 Sikap Ini Bahaya Kalau Ibu Ayah Biarkan

Pernah Tak Anak Tunjuk 5 Sikap Ini Bahaya Kalau Ibu Ayah Biarkan

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 347 hits
Siapa yang tidak sayangkan zuriat sendiri kan Namun adakalanya sikap anak boleh menguji kesabaran ibu bapa Jom kenal pasti 5 perangai anak yang boleh mendatangkan kebimbangan Kebimbangan mengenai sikap anak Sebagai ibu bapa pastinya tertany...
Bahaya Tidak Mencatat Utang

Bahaya Tidak Mencatat Utang

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 216 hits
Jangan lupa mencatat utang agar tidak menyesal di kemudian hari
Baru Tahu Parlimen Bukan Zon Bahaya Covid 19 Sindir Najib

Baru Tahu Parlimen Bukan Zon Bahaya Covid 19 Sindir Najib

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR Upacara angkat sumpah Ahli Senator Dewan Negara di Parlimen menarik minat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Secara sinis Najib berkata beliau baru mengetahui Parlimen kawasan selamat daripada jangkitan Covid 19 setel...
Bahaya Beli Dan Dapat Followers Twitter Gratis

Bahaya Beli Dan Dapat Followers Twitter Gratis

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 259 hits
CB baru saja membuat akun Twitter yang baru Namanya CB Blogger dan usernamenya contohblognih Follow ya Nih link Twitter CB Blogger Seingat CB ada 3 4 akun CB Blogger yang kena suspend Gak jelas sih kenapa tapi kayaknya gara gara medapatkan ...
Tasik Biru Terbina Dari 20 Nyawa Dan Jambatan Gantung Paling Bahaya

Tasik Biru Terbina Dari 20 Nyawa Dan Jambatan Gantung Paling Bahaya

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 276 hits
Pengembaraa kita ke Pakistan diteruskan dan kali ini kita nak bawa ke sebuah tasik biru bernama Attabad Lake dan Hussaini Bridge jambatan gantung paling bahaya di dunia
Masa Awal Covid Dulu Bolehlah Cakap Baby Pkp Sekarang Ibu Hamil Terdedah Bahaya

Masa Awal Covid Dulu Bolehlah Cakap Baby Pkp Sekarang Ibu Hamil Terdedah Bahaya

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 288 hits
Setelah lebih setahun kita berada dalam tempoh pandemik kini data penyelidikan semasa menunjukkan bahawa wanita hamil dengan C 19 mempunyai risiko lebih tinggi untuk dimasukkan ke hospital mengalami komplikasi teruk dan dimasukkan ke Unit R...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran