Peruntukan Sabah Menurun Menteri Kesihatan Tiada Sabah Terpinggir Usai Prn



Semua orang boleh berjanji ketika pilihan raya. Tetapi jelas, tidak semua mampu tunaikannya. Umpama habis madu sepah dibuang, habis PRN, Sabah dipinggirkan.
(Malaysia Dateline) – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lepas adalah mimpi ngeri buat seluruh rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Sabah sendiri.
Buat negara, PRN Sabah menjadi punca gelombang ketiga penularan wabak Covid-19. Buat Sabah khususnya, ia adalah malapetaka terburuk buat negeri itu.
Selepas PRN Sabah, rakyat Sabah sepertinya tidak mendapat pembelaan setelah menyaksikan jumlah kes baharu yang tinggi dan kematian akibat Covid-19 setiap hari.
Sedih rasanya melihat video-video tular situasi di Sabah. Antaranya, masyarakat Pala’u atau Gipsi Laut yang sanggup mendayung sampan uzur sambil mengendong anak kecil ke jeti di tengah panas untuk mendapatkan bantuan.
Ada juga penduduk di Lahad Datu yang turun berdemonstrasi kerana bantuan lambat tiba apabila beras, barangan basah dan susu anak kehabisan. Jelas, Covid-19 tidak memberi gentar pada perut yang lapar.
Janji Muhyiddin Yassin ketika berkempen bahawa, “Sabah akan lebih maju jika sehaluan dengan Persekutuan” masih terpahat di hati. Kononnya, sukar untuk Sabah menikmati kemajuan jika pentadbiran kerajaan negeri dan Persekutuan tidak selari.
Kata Perdana Menteri itu lagi, kerja-kerja pembangunan di Sabah akan segera dilakukan, namun peruntukan buat Sabah dalam Belanjawan 2021 menunjukkan bahawa kerajaan Muhyiddin ini tidak serius untuk menunaikan janji pada rakyat Sabah.
Peruntukan Semenanjung dan Sarawak meningkat menerusi Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada minggu lepas. Hanya peruntukan buat Sabah menurun.
Belanjawan 2020 di bawah Pakatan Harapan (PH), Sabah menerima peningkatan peruntukan kepada RM5.2 bilion. Namun, Belanjawan 2021 di bawah Perikatan Nasional, peruntukan buat Sabah menurun kepada RM5.1 bilion.
Apakah ini membuktikan janji Muhyiddin Yassin bahawa Sabah akan lebih mudah dibangun dan dimajukan apabila sehaluan dengan Persekutuan?
Apakah Muhyiddin tidak dapat melihat bagaimana rakyat Sabah kesempitan kini setelah kes baharu Covid-19 tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan drastik sejak PRN Sabah lalu?
Jelas, Muhyiddin tidak mengambil berat akan Sabah semanis mulutnya ketika berucap dalam kempen-kempennya di Sabah. Muhyiddin tidak prihatin dan tidak rajin turun meninjau jalan raya serta jambatan-jambatan yang perlu diselenggara segera.
Keadaan Sabah tenat. Penurunan peruntukan Persekutuan kepada negeri Sabah seperti menganak tiri negeri yang kaya dengan sumber asli ini.
Sudahlah Kabinet negeri Sabah tidak melantik Menteri Kesihatannya sendiri seperti yang dilakukan ketika pentadbiran negeri di bawah Shafie Apdal. Entah apalah yang difikirkan Ketua Menteri Sabah yang baru, Hajiji Mohd Noor. Lebih-lebih lagi kes baharu di Sabah ketika itu naik mencanak.
Kini, rakyat Sabahlah yang harus menanggung nasib akibat ketamakan kuasa Si Perencana, Musa Aman. Muhyiddin Yassin dan Hajiji juga tidak bersuara lagi untuk kemajuan Sabah. Di manakah mereka ketika bencana Covid-19 menekan hidup rakyat Sabah?
Semua orang boleh berjanji ketika pilihan raya. Tetapi jelas, tidak semua mampu tunaikannya. Umpama habis madu sepah dibuang, habis PRN, Sabah dipinggirkan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/11/11/peruntukan-sabah-menurun-menteri-kesihatan-tiada-sabah-terpinggir-usai-prn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kumpulan Perubatan Kecewa Peruntukan Kesihatan Awam Dipotong Dalam Belanjawan 2021

Kumpulan Perubatan Kecewa Peruntukan Kesihatan Awam Dipotong Dalam Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 257 hits
Peruntukan Perubatan dan Kesihatan Awam dipotong dalam belanjawan 2021 Kerajaan telah mengurangkan peruntukan untuk rawatan kuratif dan kesihatan awam termasuk pemotongan yang agak besar untuk rawatan barah dan penyakit buah pinggang walaup...
Tengku Zafrul Nafi Peruntukan Kesihatan Dikurangkan

Tengku Zafrul Nafi Peruntukan Kesihatan Dikurangkan

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 445 hits
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan peruntukan kesihatan dalam Belanjawan 2021 dikurangkan Beliau sebaliknya menegaskan peruntukan itu lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya Tengku Zafrul menjelaskan dala...
Kkm Sasar Kebolehjangkitan Covid 19 Menurun Bawah 0 5 Kata Kp Kesihatan

Kkm Sasar Kebolehjangkitan Covid 19 Menurun Bawah 0 5 Kata Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 229 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu yang dilaporkan semalam iaitu 1 210 kes meletakkan nilai kadar kebolehjangkitan negara antara 1 1 dan 0 9 KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan menyasarkan penurunan nilai keb...
Jabatan Kesihatan Sabah Nafi Tempatkan Petugas Junior Di Hospital Queen Elizabeth

Jabatan Kesihatan Sabah Nafi Tempatkan Petugas Junior Di Hospital Queen Elizabeth

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 292 hits
Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi berkata semua pegawai perubatan dan pakar perubatan di Unit Anaesthesia Hospital Queen Elizabeth bekerja dalam suasana kondusif dan berupaya memikul beban kerja PETALING JAYA Jabatan Kesihatan Neg...
Sabah Benar Akad Nikah Namun Tiada Persandingan Menteri

Sabah Benar Akad Nikah Namun Tiada Persandingan Menteri

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 271 hits
KOTA KINABALU Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah membenarkan upacara akad nikah dan pendaftaran perkahwinan dengan Prosedur Operasi Standard ditetapkan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Menteri Tugas Tugas Khas Sabah...
Bimbang Situasi Di Sabah Ebit Lew Sewa Pesawat Untuk Hantar Bantuan Khas Buat Petugas Kesihatan

Bimbang Situasi Di Sabah Ebit Lew Sewa Pesawat Untuk Hantar Bantuan Khas Buat Petugas Kesihatan

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 427 hits
COVID 19 masih terus menular di negara kita di mana gelombang ketiga kali ini benar benar mencabar khususnya di negeri Sabah Saban hari jumlah kes baharu yang dicatatkan pasti beratus ratus kes dan ini sudah tentu menimbulkan kerisauan Prih...
Covid 19 288 Kes Baharu Kes Di Sabah Menurun

Covid 19 288 Kes Baharu Kes Di Sabah Menurun

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 313 hits
Bilangan kes baru positif COVID 19 di Sabah dilihat semakin terkawal dan dijangka turun beberapa hari lagi Covid 19 835 kes baharu kes di Sabah menurun Sabah lapor 288 kes baharu dan 372 kes sembuh B ilangan kes baru positif COVID 19 di Sab...
Kenyataan Media Isnin 9 November 2020 Kesihatan Rakyat Sabah Tidak Diberi Keutamaan Dalam Bajet 2021

Kenyataan Media Isnin 9 November 2020 Kesihatan Rakyat Sabah Tidak Diberi Keutamaan Dalam Bajet 2021

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 328 hits
KENYATAAN MEDIA Isnin 9 November 2020 KESIHATAN RAKYAT SABAH TIDAK DIBERI KEUTAMAAN DALAM BAJET 2021 Wanita Keadilan Sabah mengambil maklum akan Belanjawan 2021 yang telah dibentang oleh Menteri Kewangan Walau bagaimanapun Wanita KEADILAN S...
Potong Peruntukan Kesihatan Sama Seperti Biar Pesakit Kencing Manis Mati Kata Kadir

Potong Peruntukan Kesihatan Sama Seperti Biar Pesakit Kencing Manis Mati Kata Kadir

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 371 hits
Pemotongan peruntukan untuk perbelanjaan kesihatan tidak ubah seperti membiarkan pesakit kencing manis dan jantung mati kata blogger A Kadir Jasin yang juga bekas penasihat media Dr Mahathir Mohamad Katanya peruntukan dalam Belanjawan 2021 ...
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Ocd Bila Kebersihan Jadi Obses Sampai Hidup Tak Tenang

Imam Abu Hanifah Sisih Jawatan Demi Tolak Kezaliman

Anna Sawai S Legs In Tights Pantyhose 5

Kompang Warisan Johor


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Hadiahkan Coklat Custom Untuk Hari Jadi Akak Hadiah Manis Penuh Makna

Hidup Akan Bersinar Kembali Insya Allah

Virtual Events And Domain Branding

Drama Keluarga Itu

Kenali Khatrah Lintasan Fikiran Yang Jahat Untuk Berbuat Dosa

Sejarah Hajar Aswad Hilang 23 Tahun Angkara Daulah Qaramithah Syiah