Jabatan Kesihatan Sabah Nafi Tempatkan Petugas Junior Di Hospital Queen Elizabeth


 
Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi berkata semua pegawai perubatan dan pakar perubatan di Unit Anaesthesia Hospital Queen Elizabeth bekerja dalam suasana kondusif dan berupaya memikul beban kerja. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) hari ini menafikan laporan mendakwa jururawat ditugaskan di Sabah perlu menjalani tempoh kuarantin 1 hingga 2 minggu setibanya di negeri itu.
Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi berkata, petugas kesihatan yang diarah bertugas di Sabah sama ada dari luar atau dalam negeri tetap perlu menjalani ujian RT-PCR, sebelum bertolak ke tempat bertugas dan yang mempunyai keputusan negatif sahaja dibenarkan melapor diri di tempat bertugas sementara, sebagai pasukan bantuan.
“Namun, mereka perlu menjalani kuarantin dan ujian RT-PCR sekembalinya dari bertugas di luar daerah. Bagi pasukan bantuan yang ditugaskan di Hospital Queen Elizabeth (HQE), mereka akan diberi orientasi selama 1 hari berkaitan struktur dan organisasi tempat kerja serta kawalan infeksi di tempat kerja.
“Mereka kemudian akan mula bertugas pada keesokan harinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Christina Rundi.Terdahulu, FMT dalam laporan memetik aduan seorang petugas kesihatan di Sabah mendakwa, kekurangan tenaga kerja merupakan masalah paling besar dihadapi hospital negeri itu dalam menangani wabak Covid-19.
Doktor perubatan yang tidak mahu dinamakan itu mendakwa, walaupun sejumlah jururawat dari Semenanjung dikerah ke Sabah, namun ia masih belum dapat menyelesaikan masalah itu.
Selain mendakwa petugas kesihatan yang tiba di Sabah perlu dikuarantin selama 1 atau 2 minggu, doktor berkenaan turut mendakwa kebanyakan petugas kesihatan yang dihantar masih “junior” dan tiada pengalaman.
Pada masa sama, memandangkan terdapat keperluan mendesak, HQE sudah menambah bilangan katil di unit rawatan rapi (ICU) dan sejumlah 31 jurulatih terlatih yang mempunyai latihan rawatan rapi sudah ditugaskan di unit tersebut.
“Tidak ada jururawat terlatih junior yang ditempatkan di unit rawatan rapi HQE,” katanya.
Menjawab dakwaan tekanan mental dihadapi kakitangan kesihatan, Christina berkata sepanjang tempoh siasatan dijalankan, semua pegawai perubatan dan pakar perubatan di Unit Anaesthesia HQE bekerja dalam suasana kondusif dan berupaya memikul beban kerja.
“Ketua jabatan sudah mengingatkan warga kerja jabatan untuk saling menjaga sesama mereka dan memaklumkan kepada ketua jabatan atau kaunselor yang ditugaskan untuk jabatan tersebut jika mereka menghadapi masalah kerja membebankan,” katanya.
Beliau berkata, sejak peringkat awal Covid-19, setiap daerah di Sabah sudah menubuhkan pasukan “Mental Health Pyschosocial Support” untuk memberi sokongan mental dan emosi kepada mereka yang terkesan oleh Covid-19, termasuklah petugas kesihatan di lapangan dan hospital.
Christina turut menjawab dakwaan dalam laporan Sabah Today, yang menyatakan pesakit dihantar pulang oleh HQE kerana ketiadaan katil di hospital tersebut.
“Siasatan terhadap kejadian ini dan punca kematian masih dijalankan pihak hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah Putatan. Kini, terdapat 2 hospital yang merawat pesakit Covid-19 di Kota Kinabalu iaitu HQE, dengan 456 katil dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas dengan 117 katil,” katanya.
Katanya, HQE sendiri sudah melipat gandakan usaha menangani keperluan mendesak akibat peningkatan kes Covid-19 setiap hari. Malah, bilangan katil untuk penjagaan rawatan rapi daripada 16 katil sedia ada sudah ditambah kepada 40.
“KKM sudah menggerakkan sejumlah 288 jururawat terlatih bertugas di HQE dan daripada jumlah ini, seramai 88 orang mempunyai ‘post basic’ rawatan rapi. HQE juga sudah menyusun semula fungsi wad di hospital tersebut untuk menambah bilangan katil bagi merawat pesakit Covid-19,” katanya.
Katanya, sehingga semalam masih terdapat 76 katil kosong di HQE dan 71 katil kosong di semua pusat kuarantin dan rawatan koronavirus (Covid-19) untuk kes berisiko rendah (PKRC).
“Beberapa PKRC tambahan di Kota Kinabalu dikenalpasti dan sedang dalam proses penyediaan untuk beroperasi. JKNS akan terus berusaha memastikan perkhidmatan hospital dapat menampung keperluan tambahan mendesak akibat peningkatan kes Covid-19,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/10/jabatan-kesihatan-sabah-nafi-tempatkan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Lumur Najis Pada Petugas Kesihatan Kerana Berang Suami Positif Covid19 Nak Dibawa Ke Hospital

Wanita Lumur Najis Pada Petugas Kesihatan Kerana Berang Suami Positif Covid19 Nak Dibawa Ke Hospital

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 267 hits
Tak puas hati dengan urusan rawatan suaminya seorang isteri tergamak melumurkan najis ke PPE yang dipakai petugas kesihatan Kompas com melaporkan isteri kepada pesakit Covid 19 itu melakukan perbuatan tersebut terhadap tiga orang petugas di...
Alunan Azan Iringi Petugas Kesihatan Ke Sabah

Alunan Azan Iringi Petugas Kesihatan Ke Sabah

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 219 hits
Oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin bergambar dengan enam kakitangan JKNK yang berlepas ke Sabah pada majlis pelepasan di lobi Kompleks Rawatan Harian Hospital Raja Perempuan Zainab II Foto ihsan pembaca KOTA BHARU...
Warga Emas 63 Tahun Positif Covid 19 Maut Terjun Dari Tingkat 8 Hospital Queen Elizabeth I

Warga Emas 63 Tahun Positif Covid 19 Maut Terjun Dari Tingkat 8 Hospital Queen Elizabeth I

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 291 hits
Seorang pesakit wanita yang disahkan positif Covid 19 maut selepas terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth I malam tadi Lapor kejadian itu berlaku pada jam 9 15 malam Rabu di mana wanita berusia 63 tahun itu dikatakan te...
Bimbang Situasi Di Sabah Ebit Lew Sewa Pesawat Untuk Hantar Bantuan Khas Buat Petugas Kesihatan

Bimbang Situasi Di Sabah Ebit Lew Sewa Pesawat Untuk Hantar Bantuan Khas Buat Petugas Kesihatan

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 441 hits
COVID 19 masih terus menular di negara kita di mana gelombang ketiga kali ini benar benar mencabar khususnya di negeri Sabah Saban hari jumlah kes baharu yang dicatatkan pasti beratus ratus kes dan ini sudah tentu menimbulkan kerisauan Prih...
Kkm Nafi Data Covid 19 Dimanipulasi Ketua Pengarah Kesihatan

Kkm Nafi Data Covid 19 Dimanipulasi Ketua Pengarah Kesihatan

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 288 hits
PUTRAJAYA Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan Kementerian Kesihatan memanipulasikan data pandemik COVID 19 yang dilaporkan pihaknya Beliau berkata data COVID 19 dikumpulkan KKM sehingga 12 tengah hari setiap h...
Ngo Rushes To Build 2 Isolation Rooms For Sabah Hospital

Ngo Rushes To Build 2 Isolation Rooms For Sabah Hospital

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 294 hits
Lina Ramsah and her team discussing plans for the isolation rooms at Beluran Hospital in Sabah PETALING JAYA People have been forced back into the safety of their homes as the country battles the third wave of Covid 19 infections The situat...
More Hospital Beds For Sabah With Icus 72 Full

More Hospital Beds For Sabah With Icus 72 Full

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 334 hits
Sabah s intensive care units are 72 full with Covid 19 patients as well as those with other illnesses PETALING JAYA More efforts are being made to increase the number of hospital beds in Sabah especially in the intensive care units which ar...
As Cases Rise 76pct Covid 19 Hospital Beds In Sabah Filled Icu 70pct

As Cases Rise 76pct Covid 19 Hospital Beds In Sabah Filled Icu 70pct

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 381 hits
COVID 19 As the pandemic in Sabah is still not showing signs of subsiding hospital beds for Covid 19 patients are being quickly filled up by the day Just two days ago Health director general Dr Noor Hisham Abdullah announced that as of Tues...
Noor Hisham Dakwaan Hospital Pedalaman Sabah Kurang Ppe Berita Palsu

Noor Hisham Dakwaan Hospital Pedalaman Sabah Kurang Ppe Berita Palsu

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 258 hits
Satu laporan yang mendakwa terdapat kekurangan bekalan peralatan perlindungan diri di hospital pendalaman di Sabah merupakan berita palsu kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah Saya tidak tahu dari mana khabar angin ini datan...
Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

4 Remaja Ditahan Disyaki Merusuh Rosakkan Kenderaan

Terculik Sana Tertukar Sini

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day

Four Injured After Floor Collapses During Aidilfitri Celebration In Sarawak

Family Of Seven Stranded At Lata Batu Hampar Falls Due To Water Surge

No Lessons Learnt Hindu Temple Row Leaves Only A Bitter Aftertaste

Cik Pon Bakal Talak Satu