Peruntukan Rm700 000 Membaik Pulih Perumahan Nelayan Di Melaka
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
Peruntukan berjumlah RM700,000 untuk membaik pulih rumah nelayan telah dikeluarkan kerajaan negeri Melaka. Rumah-rumah nelayan tersebut terletak di Kuala Linggi, Alor Gajah sudah siap beberapa tahun lalu namun masih belum didiami lagi disebabkan perlakuan tidak bertanggungjawab oleh vandalisme.
Datuk Norhizam Hassan yang merupakan Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata terdapat lebih kurang 30 buah rumah yang dibaik pulih dalam peruntukan ini. Membaik pulih rumah tersebut akan dilakukan secara menyeluruh akibat kerosakan yang dilakukan vandalisme. Antara kerosakan yang dialami seperti tingkap hilang, wayar dipotong dan lain-lain lagi kerosakan.
Rumah-rumah tersebut akan diberikan kepada nelayan yang layak dan dijangka siap selewat-lewatnya Mei ini.
Proses pemilihan nelayan yang layak akan ditapis dan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia melalui sesi temuduga dan termasuk ujian air kencing.
Menurut beliau, golongan nelayan yang tua atau warga emas yang sudah uzur mengalami kesukaran untuk membuat pinjaman perumahan. Oleh itu, menerusi Projek Perumahan Nelayan ini, diharap dapat membantu golongan ini.
Beliau juga berkata projek perumahan nelayan itu sudah siap beberapa tahun lalu namun masih belum didiami oleh nelayan-nelayan ekoran perbuatan vandalisme. Beliau juga berharap perkara vandalisme ini tidak akan berulang lagi selepas proses membaik pulih selesai.
Projek Perumahan Nelayan di Melaka
Pada tahun 2019, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah memberi peruntukan sebanyak RM6.04 juta kepada kerajaan negeri Melaka. Peruntukan itu bertujuan untuk melaksanakan Projek Perumahan Nelayan di Mukim Kuala Sungai Baru Hilir, Alor Gajah.
Projek Perumahan Nelayan ini melibatkan keluasan tanah sebanyak 13.85 hektar dimana 60 unit rumah berkembar akan dibangunkan. Sebuah unit rumah dianggarkan bernilai RM45,000.
Projek Perumahan Nelayan ini adalah di bawah kelolaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia merupakan pihak bertanggungjawab dalam menguruskan pemilihan calon-calon nelayan yang layak mendiami perumahan itu.
Program Pelepasan Benih Ikan
Pada 13 Mac 2021, Datuk Norhizam telah merasmikan Program Pelepasan Benih Ikan di Empangan Sungai Batu Hampar. Peruntukan bagi program ini berjumlah hampir RM8,400.
Beliau telah melepaskan sebanyak 30,000 ekor benih ikan lampan ke Sungai Batu Hampar. Selain itu, beliau juga telah menyerahkan lesen sampan khas kepada 30 nelayan yang memerlukan.
Sehubungan itu, Datuk Norhizam juga berkata, Jabatan Perikanan Melaka telah memberikan lesen kepada 1,096 orang nelayan di Melaka. Nelayan yang telah menerima lesen perlu selalu turun ke laut sekurang-kurangnya 120 hari setahun.
Perkongsian Bersama
Akhir kata, semoga perkongsian tentang Peruntukan RM700,000 untuk baik pulih rumah nelayan di Melaka ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat agar sentiasa bersama-sama menjaga harta benda milik awam. Kecaknaan pihak kerajaan negeri Melaka bersama Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperas serta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dalam usaha membaik pulih perumahan nelayan yang telah rosak akibat vandalisme perlu dihargai. Pihak kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan nelayan yang memerlukan bantuan terutamanya tempat tinggal.
Sebelum ini kami juga ada berkongsi artikel tentang mengenai Inisiatif Portal Rumah Siswa untuk Mahasiswa Luar Kampus bagi pelajar yang berminat boleh mendaftar di portal yang disediakan untuk mencari dan mendapatkan penginapan di luar kampus.
Selain itu, para pembaca juga mungkin memerlukan bantuan untuk anak-anak mereka yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Membuka Permohonan Bantuan Kanak-kanak 2021 . Bantuan ini diharapkan dapat membantu keluarga atau penjaga kanak-kanak bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan mereka tidak terjejas.
Peruntukan RM700,000 Membaik Pulih Perumahan Nelayan di Melaka
FatinNadia Saaidon
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2021/03/peruntukan-rm700000-untuk-baik-pulih-rumah-nelayan-di-melaka.html