Peruntukan Anwar Akan Terus Dituduh Zalim


Pada penghujung perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat pada 18 Feb, Hadi Awang meminta supaya kerajaan Madani berlaku adil dengan memberi peruntukan kepada pembangkang. Selepas Perikatan Nasional (PN) yang beliau adalah timbalan pengerusinya sebulat suara menolak memorandum persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan, kini kerajaan pula mahu digambarkannya sebagai tidak adil.
“Akhirnya saya nak minta supaya keadilan berlaku. Beri peruntukan kepada parti-parti pembangkang kerana demokrasi ni bukan sahaja untuk kerajaan, untuk pembangkang (juga). Lepas pilihan raya tak ada dah (beza-beza), sama semua rakyat,” katanya.
Kita perlu maafkan presiden PAS itu jika beliau kini pelupa kerana pada usia 77 tahun, mungkin sukar untuknya mengingati banyak perkara. Dalam pada itu, harus ada banyak benda yang Hadi buat-buat lupa, termasuk kenyataannya bahawa kerajaan perpaduan pimpinan Anwar tidak akan bertahan lama selepas pembentukannya pasca PRU15.
Seperti dikatakan ‘ingatan berpilih-pilih’ (selective memory), Ahli Parlimen Marang dan timbalan pengerusi PN itu terkenal dengannya.
Hanya sehari selepas ucapannya di Parlimen itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Yunus Hairi dalam menepis faktor kesihatan boleh dijadikan perdebatan untuk Tok Guru tidak mempertahankan jawatan presiden PAS dalam pemilihan parti tahun ini, berkata mikrofon adalah ubat untuk kesihatan beliau.
“Saya lihat presiden ini bila dapat mikrofon dia lain, sakit dia ubatnya mikrofon,” katanya berseloroh menjawab persoalan berhubung tahap kesihatan Hadi seperti dilaporkan FMT pada 19 Feb.
Harus benar hujah Yunus itu kerana ketika mikrofon berada di bawah dagunya, Hadi petah berceloteh daripada isu mendaulatkan bahasa Melayu, perlunya peraturan mesyuarat Dewan Rakyat dikaji semula kerana kebebasan bersuara ahli pembangkang sering dihadkan, dasar percukaian yang didakwa membebankan rakyat, wujudnya projek merugikan rakyat hingga kepada ketiadaan perdana menteri pada Sidang Kemuncak D-8 di Kaherah, Disember lalu.
Tapi Hadi lupa bahawa Ahli Parlimen PN — dirinya tidak terkecuali — sebelum ini sebulat suara menolak MoU daripada kerajaan berkaitan peruntukan buat mereka.
Pada 15 Sept tahun lalu, Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin memaklumkan bahawa pembangkang sebulat suara menolak MoU berkaitan peruntukan yang dikemukakan kerajaan kerana ia dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan — beberapa syaratnya dikhuatiri boleh menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera selain bertentangan dengan nilai budaya, moral dan agama.
Ini disusuli kenyataan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin pada 20 Sept bahawa pihaknya enggan berunding lagi dengan kerajaan yang dikatakannya patut memberi peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengenakan sebarang syarat seperti dijanjikan Pakatan Harapan (PH) dalam manifestonya.
Sebagai rekod, pembangkang ketika Anwar menjadi ketuanya tidak pernah mendapat peruntukan sepanjang PN menjadi kerajaan sehinggalah pembangkang menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik sewaktu Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri pada 13 Sept 2021.
Bagaimanapun pada Sabtu (kelmarin), Anwar mengulangi bahawa tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen daripada pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.
“Mereka sebelum apa-apa sudah tuduh kita paksa sokong perdana menteri. Kita tidak ada langsung syarat-syarat yang dikemukakan,” katanya pada sidang media selepas permukiman Jemaah Menteri di Bangi.
Perdana menteri malah mengulangi nasihatnya kepada Ahli Parlimen pembangkang supaya berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berhubung peruntukan itu — sesuatu yang bukan pun baharu jika diimbau beliau ketika mengetuai pembangkang pernah berbincang dengan Ismail Sabri pada 2021.
“Kita bincanglah dulu,” katanya mengenai pendekatan yang secara konsisten diingatkannya kepada pembangkang sambil menambah, “Seperti kita tahu sudah dua tahun lebih dia (Ahli Parlimen pembangkang) berdolak-dalik.”
“Kita tidak ada masalah, kita dah beri ruang. Mandat telah diberikan Jemaah Menteri dan semua parti dalam kerajaan Madani (kepada Fadillah),” katanya.
Mungkin Hadi berasakan soal peruntukan yang dibangkitkannya dalam perbahasan titah diraja tempoh hari akhirnya didengar dan mendapat reaksi Anwar. Sebenarnya tidak.
Seperti dikongsikan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar), hanya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim berada di dalam Dewan Rakyat ketika Hadi berucap. Selebih kerusi barisan menteri kosong pada waktu itu hingga Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN- Machang) menyimpulkan kerajaan tidak akan ambil peduli teguran pembangkang.
Namun, mereka tidak pula mempersoalkan berapa hari kerusi Muhyiddin, Hadi dan Hamzah kosong ketika perdana menteri dan barisan Kabinetnya berada di dalam Dewan.
Sebaliknya, komen terbaharu Anwar itu susulan saranan Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul, Jumaat lalu, supaya pembangkang berjumpa dan berbincang dengan perdana menteri kerana kelulusan untuk memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang adalah keputusan Anwar.
“Seperti PM dahulu di zaman Ismail Sabri, selepas lakukan beberapa rundingan pihak pembangkang juga dapat (peruntukan), maka buatlah rundingan dengan PM dan beritahu apa yang anda mahu,” katanya.
Bola — dengan kesediaan kerajaan membuka semula pintu rundingan — kini dikembalikan ke gelanggang pembangkang dan terpulang kepada mereka untuk putuskan apa yang mereka mahu lakukan dengannya daripada terus menuduh Anwar sebagai zalim. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/a_372.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pmqt Kerajaan Lulus Peruntukan Rm22 57 Bilion Atasi Banjir Pm Anwar

Pmqt Kerajaan Lulus Peruntukan Rm22 57 Bilion Atasi Banjir Pm Anwar

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 72 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan pada Sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 25 Februari 2025 Foto BernamaKUALA LUMPUR 25 Feb Kerajaan telah meluluskan sebanyak 126 buah projek Rancangan Tebatan ...
Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 151 hits
freemalaysiatoday com 22 Feb 2025 11 45 PMPerdana Menteri Anwar Ibrahim berkata berbincang untuk mendapatkan peruntukan bagi Ahli Parlimen pembangkang bukanlah perkara baharu BANGI Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan tidak pernah ada s...
Pm Anwar Wants Ipayment Expanded To All Ministries Departments By March

Pm Anwar Wants Ipayment Expanded To All Ministries Departments By March

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 73 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim wants the use of the Federal Government Electronic Receipt System to be expanded to all federal ministries and departments by March Bernama picPUTRAJAYA Feb 12 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim ...
Pm Anwar And President Erdogan Enjoy An Ev Joyride

Pm Anwar And President Erdogan Enjoy An Ev Joyride

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 130 hits
APABILA Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyerahkan kunci kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memandu Togg T10X kereta elektrik pertama buatan tempatan Turki momen itu tak terduga menjadi sangat santai antara kedua pem...
Anwar S Bromance With Tainted Leaders Leaves Us Forlorn

Anwar S Bromance With Tainted Leaders Leaves Us Forlorn

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 89 hits
YOURSAY We can judge a person by the company he keeps Vent I m still trying to wrap my head around this unlikely bromance Where did it come from and where is it going more importantly The only bond that binds them appears to be incarceratio...
Anwar S Choice Of Advisers Deeply Disturbing

Anwar S Choice Of Advisers Deeply Disturbing

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 68 hits
The last time Malaysia assumed the Asean chairmanship was in 2015 Now the country has been given the role again Under the Asean charter the chairmanship is conferred to a member state rather than any personality in the state However the Mal...
Pelan Rangka Tindakan Penuaan Perlu Rangkum Rentas Setiap Kementerian Pm Anwar

Pelan Rangka Tindakan Penuaan Perlu Rangkum Rentas Setiap Kementerian Pm Anwar

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 70 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara berkaitan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan diputuskan pada mesyuarat MTEN pada Rabu Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 12 Feb Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Rangka Tindakan Penu...
Anwar S Absurd Cameo At Batu Caves

Anwar S Absurd Cameo At Batu Caves

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 80 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim s recent visit to Batu Caves was nothing short of theatrical His so called appearance looked more like a political gambit than an earnest gesture towards the Indian community in view of the elections to be held ...
Govt Negotiating Lower Fees For Release Of Cars Stranded At Port Klang

Paya Indah Wetlands Gamuda Cove Lokasi Waktu Operasi Promo 2025

Oleh Oleh Dari Tokyo

Strange Transparent Creatures You Won T Believe Actually Exist Indiatimes Com

Three Ex Aides Of Ismail Sabri Given Bail Macc Probe Ongoing

Lirik Lagu Raya Ya Ya Iman Troye Dato Sri Aliff Syukri

5 Brands With The Best Customizable Sofas

Seo To Boost Your Online Visibility


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Should We Go Back To An Undergravel Filter Practical Fishkeeping

Melatonin Untuk Pesakit Mental Yang Mengambil Quetiapine Sertraline

Selamat Pagi

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Pm Ke 11 Harapan Nazri Sama Macam Harapan Kerajaan Kata Zahid