Peruntukan 22 Kementerian Lulus Bukti Ph Gagal Dapat Sokongan Kata Otai Reformis




Faiz Zainudin -December 12, 2020 Sehingga 10 Dis lepas, peruntukan 22 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa walaupun pembangkang mendakwa mempunyai cukup sokongan untuk menghalangnya. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) perlu berhenti mengharapkan sokongan daripada Ahli Parlimen untuk merampas kembali kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin, kata kumpulan penyokong Anwar Ibrahim.

Setiausaha Otai Reformis 1998, Abdul Razak Ismail membuat gesaan itu kerana terbukti pembangkang gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen dalam menolak Belanjawan 2021 di peringkat dasar dan jawatankuasa.
Katanya, pembangkang juga tidak perlu membuang masa dalam mendapatkan sokongan akuan bersumpah (SD), termasuk daripada wakil Umno bagi menubuhkan kerajaan baru.
Sebaliknya kata beliau, ia harus kembali memberi tumpuan kepada persiapan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15.
“Sejak awal-awal lagi kegagalan PH menyediakan 15 wakil rakyat untuk sokong undi belah bagi terhadap Belanjawan 2021 di peringkat dasar memberikan presepsi ‘the game is already over’.
“Ia semakin jelas apabila peruntukan 22 kementerian lulus satu persatu di peringkat jawatankuasa tanpa banyak halangan setakat ini.
“Kita mula tertanya-tanya bilakah masanya PH akan berhenti berharap belas ehsan Ahli Parlimen PN-BN untuk ‘cross-over’ menyokong Anwar walaupun dikhabarkan beliau mempunyai cukup SD untuk membentuk kerajaan,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, sekiranya presiden PKR itu mempunyai jumlah SD ditangan untuk menubuhkan kerajaan, ia tidak memberi jaminan kukuh bahawa kerajaan baru dapat dibentuk kerana pendirian wakil rakyat berubah-ubah mengikut situasi semasa.
“Percaturan politik di Perak jelas menunjukan ADUN bertukar sokongan berdasarkan situasi semasa dan sukar bagi Anwar untuk mengharap sokongan Ahli Parlimen BN-PN.
“Sewajarnya Anwar ‘bakar’ sahaja SD itu dan mula turun ke negeri untuk bertemu pimpinan setempat dan ‘move on’,” katanya.
Beliau berkata, pemimpin PKR, DAP dan Amanah perlu bersatu dan bekerjasama dengan pembangkang di Sabah dan Sarawak, termasuk Warisan, untuk kembali menerajui Putrajaya.
“PH sewajarnya sudah menggerakkan jentera parti di peringkat ranting atau cabang untuk tumpu ke arah PRU 15.
“PKR dan Amanah harus berbincang untuk ambil alih kawasan yang dimenangi PPBM dan kumpulan pro Mohamed Azmin Ali dalam PRU-15.
“Tumpu untuk rampas semula 11 kawasan Parlimen yang PKR menang tetapi ‘lari’ mengikut Azmin,” katanya.
Razak berkata, PH perlu mengambil peluang untuk memperkukuh kerjasama antara parti gabungan pada saat Umno dan PPBM bertelagah.
“Pergeseran Umno-PPBM akan berlarutan hingga PRU15. Sabotaj-mensabotaj akan berlaku antara dua parti itu. PH harus mengambil peluang daripada situasi ini,” katanya.
Sept lepas Anwar mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen, untuk membentuk kerajaan.
Ia bagaimanapun gagal diterjemahkan sehingga ke hari ini, termasuk semasa pengundian Belanjawan 2021 peringkat dasar pada 26 Nov.
Walaupun mendakwa mereka akan menolak belanjawan ketika pengundian di peringkat jawatankuasa, namun sehingga 10 Dis lepas, ia tidak berhasil dengan peruntukan 22 kementerian melepasi undian di peringkat itu.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/12/peruntukan-22-kementerian-lulus-bukti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peruntukan Belanjawan 2021 Jpm Kementerian Kewangan Lulus Peringkat J Kuasa Selepas Undi Belah Bahagian

Peruntukan Belanjawan 2021 Jpm Kementerian Kewangan Lulus Peringkat J Kuasa Selepas Undi Belah Bahagian

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 303 hits
loading KUALA LUMPUR 30 Nov Peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan dalam Belanjawan 2021 lulus di peringkat jawatankuasa hari ini selepas undi belah bahagian yang dijalankan menyaksikan lebih 100 Ahli Parlimen meny...
Penarafan Kredit Malaysia Merosot Bukti Belanjawan Gagal Kata Chin Tong

Penarafan Kredit Malaysia Merosot Bukti Belanjawan Gagal Kata Chin Tong

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 289 hits
December 5 2020 Pemimpin DAP Liew Chin Tong berkata rakyat Malaysia kini berdepan risiko terpaksa membayar harga belanjawan konservatif kerajaan PETALING JAYA Pemimpin DAP Liew Chin Tong berkata belanjawan tahunan kerajaan adalah punca keme...
Pembangkang Gagal Halang Peruntukan Kementerian Pengangkutan Selepas Undi Belah Bahagi

Pembangkang Gagal Halang Peruntukan Kementerian Pengangkutan Selepas Undi Belah Bahagi

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 247 hits
Undian belah bahagi dijalankan selepas lebih 15 Ahli Parlimen menyokong usul supaya peruntukan bagi Kementerian Pengangkutan diputuskan menerusi kaedah itu di Dewan Rakyat KUALA LUMPUR Peruntukan kepada Kementerian Pengakutan di bawah Rang ...
Move Jerla Anwar Ibrahim Kata Otai Reformis Hahahahahahaa

Move Jerla Anwar Ibrahim Kata Otai Reformis Hahahahahahaa

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 385 hits
Otai reformis tidak asing lagi selaku pencinta pentaksub politik anwar ibrahim Sejak daripada anwar mula berkelahi dengan atok dan dimasukkan dalam penjara Sepanduk reformis seolah sebati dalam sanubari Setiausaha kumpulan penyokong tegar p...
Dun Perak Cipta Sejarah Mb Gagal Dapat Sokongan Undi Percaya

Dun Perak Cipta Sejarah Mb Gagal Dapat Sokongan Undi Percaya

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 294 hits
Pada 5 Disember 2020oleh PENTADBIRKomen Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat 4 Disember 2020 Dewan Undangan Negeri Perak melakarkan sejarah dunia pencadang dan penyokong usul kepercayaan kep...
Belanjawan Muhyiddin Lulus Tetapi Umno Raih Faedah Kata Kadir Jasin

Belanjawan Muhyiddin Lulus Tetapi Umno Raih Faedah Kata Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 264 hits
December 18 2020 A Kadir Jasin berkata bagi UMNO PN hanyalah kuda tunggangan PETALING JAYA Bekas pengarang akhbar A Kadir Jasin berkata UMNO bakal meraih faedah atas kelulusan Belanjawan kerajaan kerana parti itu akan mengeksploitasi kelema...
Mana Dia Kata Nak Tolak Bajet Tahap Kementerian

Mana Dia Kata Nak Tolak Bajet Tahap Kementerian

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 323 hits
Sedap kalau puak ni dimaki memang layak Apapun aku salute AMANAH memang tahap rela dikencing Dan yang rela dikencing nak pilih lagi ke tahun depan
Gagal Bekal Lcs Berlaku Selepas Saya Tapi Sedia Bantu Pac Kata Zahid Siapa Selepas Saya

Gagal Bekal Lcs Berlaku Selepas Saya Tapi Sedia Bantu Pac Kata Zahid Siapa Selepas Saya

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 281 hits
December 18 2020 PETALING JAYA Bekas menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi yang dipanggil sebagai saksi siasatan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara ke atas kegagalan pembekalan kapal tempur pesisir berkata isu itu hanya timbul pada 2019 ket...
Menteri Kewangan Gagal Pikul Tanggungjawab Kata Anwar

Menteri Kewangan Gagal Pikul Tanggungjawab Kata Anwar

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 238 hits
Parti Keadilan Rakyat mendakwa Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal menggarap tanggungjawab beliau dalam mempersiapkan negara dengan jalan keluar bersama pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan susulan pande...
Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat

Smk Panggung Jaya Tempat Pertama Program Anjuran Th

So Apa Sudah Jadi Malaysia

12 Taman Taman Negara Di Sarawak

Resipi Tauhu Goreng Crispy Cicah Sambal Kicap Sedap

Basic Structure Should M Sia Not Revert Its Position

Retaining Talent For Startup Growth

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pelajar Prauniversiti Ppd Bachok


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Betul Ke Bersalin Anak Kedua Lebih Cepat Mudah Ini Penjelasannya

678 Mario678 Info 9 September 678 30 678 Top 87 By Margery

Levels Of Investments

Pengertian Dari Mesin Slot Online

Sle Autoimmune Disease

2 Koleksi Baru Louis Vuitton M A D Editions Yang Bakal Hebatkan Pengembaraan Anda