Peruntuh Masjid Babri Di India Akhirnya Memilih Islam Al Hamdulillah



Shive Prasad atau  Mohammed Mustafa.

BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.

Shive Prasad 

Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.

Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab ‘suci’ untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh. Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya.

Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain. Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.

Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu. Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid tersebut.

Mereka melaung-laungkan perkataan “Ram! Ram!” sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.

Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama.

Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas ‘kejahatan’ beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.

Asal Masjid Al-Babri sebelum dimusnahkan..


Masjid yang dicadangkan semula.. tinggal cadangan. 

Kuasa Allah

Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.

Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.

Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.

Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri.

Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar.

Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu.

Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas.

Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.

Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.

Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan.

Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam.

Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.

Namun apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia ‘baru’ yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.

Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri. “Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah. “Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan,” ujarnya sayu. (IH) 

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-118: Kisah-kisah Saya Pilih Damai.. Isla... (2)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/11/peruntuh-masjid-babri-di-india-akhirnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masjid Babri India Pelampau Hindu Tunjuk Perasaan Ada Kaitan Subang Jaya

Masjid Babri India Pelampau Hindu Tunjuk Perasaan Ada Kaitan Subang Jaya

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 494 hits
PULUHAN ribu pelampau Hindu berhimpun untuk desak pembinaan sebuah kuil di atas masjid purba Foto EPAAYODHYA Puluhan ribu pelampau Hindu berhimpun semalam untuk pembinaan sebuah kuil di kawasan suci yang dipertikaikan di mana sebuah masjid ...
Hidup Di Dunia Hanya Sementara Umat Islam Tidak Memilih Kehidupan Dunia Itulah Beza Umat Islam Dengan Kafir 8684

Hidup Di Dunia Hanya Sementara Umat Islam Tidak Memilih Kehidupan Dunia Itulah Beza Umat Islam Dengan Kafir 8684

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 1552 hits
https plus google com communities 103652814515960775895Laporan Syamina Taliban Sebagai Pemerintahan Islam Selasa 21 Agustus 2018 20 19 Tulisan ini lebih fokus kepada pengalaman setelah dekade kedua Taliban untuk menunjukkan apa peran Taliba...
Islam Menyuruh Kita Memilih Pasangan Yang Berparas Cantik Ternyata Ini Alasannya

Islam Menyuruh Kita Memilih Pasangan Yang Berparas Cantik Ternyata Ini Alasannya

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 251 hits
Ada yang mengatakan Nafsu menilai kecantikan perempuan berdasarkan parasnya dan hati menilai kecantikan perempuan berdasarkan hatinya Sepintas kalimat ini benar tapi tidak sepenuhnya benar sebab ada yang menyalahi kodrat seorang lelaki bahk...
Pelampau Hindu Tetap Mahu Membina Kuil Di Atas Tapak Masjid Babri

Pelampau Hindu Tetap Mahu Membina Kuil Di Atas Tapak Masjid Babri

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 662 hits
AYODHYA Puluhan ribu pelampau Hindu berhimpun semalam untuk pembinaan sebuah kuil di kawasan suci yang dipertikaikan di mana sebuah masjid dimusnahkan pada 1992 sehingga mencetuskan rusuhan berdarah Ramai penunjuk perasaan yang berpakaian o...
Mengedar Bible Di Masjid Dan Kampung Adalah Perbuatan Biadap Dan Mencabar Kesabaran Umat Islam Di Malaysia

Mengedar Bible Di Masjid Dan Kampung Adalah Perbuatan Biadap Dan Mencabar Kesabaran Umat Islam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 655 hits
Kemenangan besar kerajaan Pakatan menumbangkan kerajaan yang di anggap korupsi rasuah dan terpalit dengan skandal kewangan menjadi impian sebahagian besar rakyat Malaysia Harapan rakyat yang memberikan mereka mandat kelihatan semakin hari s...
Pakcik Muthu Seorang India Dan Bergama Hindu Setiap Jumaat Dia Mesti Ke Masjid Ini Sebenarnya Yang Dia Buat

Pakcik Muthu Seorang India Dan Bergama Hindu Setiap Jumaat Dia Mesti Ke Masjid Ini Sebenarnya Yang Dia Buat

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 639 hits
Dalam sibuk kita meraikan Malaysia baru semua orang pasti tidak terlepas dari mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza Tapi bagaimana sekalipun setuju atau tidak semua kelainan yang berlaku ini tidak akan pernah membezakan kita sebagai...
Izzue Islam Forteen Akhirnya Bertemu Jua Masing Masing Menangis

Izzue Islam Forteen Akhirnya Bertemu Jua Masing Masing Menangis

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 620 hits
Izzue Islam Forteen akhirnya bertemu jua masing masing menangis Hasrat penyanyi dan pelakon Izzue Islam untuk bersemuka dengan tiga anggota kumpulan Forteen akhirnya terlaksana apabila mereka dipertemukan sempena sambutan ulang tahun ke 11 ...
Gaya Rambut Yang Dilarang Menurut Islam

Gaya Rambut Yang Dilarang Menurut Islam

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 393 hits
Islam adalah agama yang sempurna Kehidupan sehari hari sangat diperhatikan dalam Islam Tak terkecuali dalam masalah penampilan Dari ujung kaki sampai ujung rambut juga diatur dalam agama mulia ini Terkait dengan rambut menurut para Ulama ad...
Dap Bantah Malaysia Sertai Latihan Tentera 20 Negara Islam

Dap Bantah Malaysia Sertai Latihan Tentera 20 Negara Islam

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 591 hits
DAP selaku parti yang mendominasi Pakatan Harapan membantah keras Malaysia menyertai latihan peperangan dengan pasukan tentera dari 20 negara Islam di utara Arab Saudi Ahli Parlimen DAP Segambat Lim Lip Eng berkata penglibatan Malaysia dala...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025