Pelampau Hindu Tetap Mahu Membina Kuil Di Atas Tapak Masjid Babri


AYODHYA: Puluhan ribu pelampau Hindu berhimpun, semalam, untuk pembinaan sebuah kuil di kawasan suci yang dipertikaikan di mana sebuah masjid dimusnahkan pada 1992 sehingga mencetuskan rusuhan berdarah.




Ramai penunjuk perasaan yang berpakaian oren dan membawa parang melaungkan ‘Segala puji bagi Ram’ berkumpulan di Ayodha, utara negeri Uttar Pradesh di mana banyak kumpulan Hindu menuntut supaya kuil besar dibina untuk Tuhan mereka.

Penganjur menjangkakan 300,000 penunjuk perasaan menyertai tunjuk perasaan di Ayodha dan dua bandar India lain dengan ramai daripada mereka tiba dengan bas dan kereta api.
Langkah keselamatan turut dipertingkatkan dengan kira-kira 5,000 anggota polis tambahan dikerahkan ke beberapa kawasan tunjuk perasaan terutamanya di Ayodha.

Ramai penganut Hindu percaya, kawasan itu adalah tempat kelahiran Ram dan masjid purba yang berada di situ selama 460 tahun dibina, selepas kuil terdahulu dimusnahkan.

Pelampau Hindu merobohkan Masjid Babri pada 1992 sehingga mencetuskan rusuhan di seluruh India yang menyebabkan ribuan maut kebanyakannya Muslim.

Lokasi itu kekal menjadi titik pergaduhan antara penganut Hindu dan penduduk minoriti Muslim yang ramai di India dan tunjuk perasaan itu dianjurkan dua minggu sebelum sambutan ulang tahun ke-26 pemusnahan masjid terbabit. - AFP
Sumber : Berita Harian
Sejarah serangan pelampau Hindu ke atas Masjid Babri
Masjid Purba Babri sebelum dimusnahkan oleh Pelampau Hindu yang termakan hasutan
Pelampau Hindu merobohkan Masjid Babri
Masjid Babri atau Masjid Babur ialah sebuah masjid bersejarah yang terletak di utara bandar Ayodhya, barat India. Ia dibina atas arahan Babur, Maharaja Mughal yang pertama pada abad ke-16. Mulanya masjid dinamakan Masjid-i Janmasthan. Ia dimusnahkan pada 1992 apabila perhimpunan politik 150,000 orang bertukar menjadi rusuhan. Bangunan ini terletak di atas bukit Ramkot dan terbesar di Uttar Pradesh. Masjid lain di Ayodhya ialah Masjid Hazrat Bal yang dibina oleh Raja Shariqi.
Sejarah
Masjid ini sekian lama menjadi pertikaian antara penganut Islam dan Hindu. Puncanya masjid ini dikatakan dibina di atas tempat kelahiran Sri Rama. Ia juga menjadi tapak jelmaan dewa Vishnu dan pemerintah Ayodhya. Manuskrip Hindu Brahma Purana menyatakan Ayodhya merupakan salah satu daripada 6 bandar suci bagi agama Hindu. Bandar lain ialah Mathura, Haridvar, Kashi, Kanchi dan Ujjain. Penyair kuno Tulsidas telah menulis tentang Shri Rama Charit Manas di Ayodhya pada 1574. Tetapi Tulsidas tidak menyatakan Masjid Babri sebagai tapak pemujaan Hindu. Inskripsi yang dijumpai dalam gua Nasik menyatakan tentang kewujudan Rama sekitar tahun 150 M.
Awal 1857 penganut Islam dan Hindu bersembahyang bersama di dalam masjid itu dalam keadaan penuh harmoni.
Perobohan Masjid Babri
Pada 6 Disember 1992, 150,000 pelampau Hindu yang nasionalis merobohkan Masjid Babri walaupun tidak dibenarkan Mahkamah Agung India. Mereka dihasut oleh pemimpin politik terutama daripada Parti Bhartiya Janata (BJP) yang mahu berkuasa di India. Umat Islam terpaksa mempertahankan masjid tua itu daripada dirobohkan. Seramai 2000 penganut Hindu dan Islam terbunuh.
Serangan pelampau Hindu ke atas Masjid Babri




Laporan Suruhanjaya Liberhan
Selepas 1992, kajian telah dilakukan oleh Professor Ram Sharan Sharma bersama sejarawan Suraj Bhan, M.Athar Ali dan Dwijendra Narayan Jha bagi menentukan kebenaran persepsi masyarakat Hindu dan Islam di sana. Kajian arkeologi juga dilakukan oleh Jabatan Arkeologi India bagi mencari kesahihan batu-batu purba, serpihan seramik dan lain-lain yang boleh dikaitkan dengan Shri Rama sekitar 150 M itu.
Pada 23 November 2009, persidangan parlimen India kecoh kerana kebocoran maklumat risikan yang dilakukan oleh pihak berkuasa India. Suruhanjaya Liberhan telah ditubuhkan oleh kerajaan India pada 16 Disember 1992 bagi menyiasat tindakan penganut fanatik Hindu merobohkan Masjid Babri.
Pada Jun 2009, Perdana Menteri India Manmohan Singh telah menerima laporan Suruhanjaya Liberhan. Siasatan itu memakan masa 17 tahun. Surat khabar Indian Express telah menyiarkan butiran siasatan itu. BJP menuduh parti pemerintah Parti Kongres membocorkan laporan itu untuk memenangi pilihan raya negeri di bahagian timur Jharkhand.
Umat Islam tetap sabar dan solat di atas sisa-sisa runtuhan Masjid Babri
Siasatan itu mendapati adanya penglibatan yang jelas nyata pemimpin kanan nasionalis Hindu dari Parti Bhartiya Janata (BJP) termasuk Atal Behari Vajpayee, LK Advani dan Murli Manohar Joshi. Mereka mendapat kuasa politik dan menguasai parlimen India dengan memainkan sentimen agama sehingga mendorong penganut Hindu merobohkan masjid tersebut.

Kisah pemimpin pelampau Hindu masuk Islam kerana menyesal meruntuhkan Masjid Babri



Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu

Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab ‘suci’ untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh

Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya

Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain

Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang

Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu. Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid tersebut

Mereka melaung-laungkan perkataan “Ram! Ram!” sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu

Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama

Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar

Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu

Kuasa Allah
Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas

Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini

Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut

Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan

Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa

Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi

Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri
Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam

Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat

Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas ‘kejahatan’ beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu




Walau apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia ‘baru’ yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu

Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri

“Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah

“Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan,” ujarnya sayu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2018/11/pelampau-hindu-tetap-mahu-membina-kuil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masjid Babri India Pelampau Hindu Tunjuk Perasaan Ada Kaitan Subang Jaya

Masjid Babri India Pelampau Hindu Tunjuk Perasaan Ada Kaitan Subang Jaya

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 436 hits
PULUHAN ribu pelampau Hindu berhimpun untuk desak pembinaan sebuah kuil di atas masjid purba Foto EPAAYODHYA Puluhan ribu pelampau Hindu berhimpun semalam untuk pembinaan sebuah kuil di kawasan suci yang dipertikaikan di mana sebuah masjid ...
Peruntuh Masjid Babri Di India Akhirnya Memilih Islam Al Hamdulillah

Peruntuh Masjid Babri Di India Akhirnya Memilih Islam Al Hamdulillah

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 460 hits
Shive Prasad atau Mohammed Mustafa BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992 Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu Masjid Babri di Ayodhya India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabi...
16 Termasuk 3 Pekerja Pemaju Direman Atas Kekecohan Kuil Subang Jaya

16 Termasuk 3 Pekerja Pemaju Direman Atas Kekecohan Kuil Subang Jaya

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 565 hits
November 27 2018 Sebahagian daripada 16 individu yang dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk permohonan perintah reman bagi membantu siasatan kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya semalam PETALING JAYA Mahkama...
Pakcik Muthu Seorang India Dan Bergama Hindu Setiap Jumaat Dia Mesti Ke Masjid Ini Sebenarnya Yang Dia Buat

Pakcik Muthu Seorang India Dan Bergama Hindu Setiap Jumaat Dia Mesti Ke Masjid Ini Sebenarnya Yang Dia Buat

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 600 hits
Dalam sibuk kita meraikan Malaysia baru semua orang pasti tidak terlepas dari mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza Tapi bagaimana sekalipun setuju atau tidak semua kelainan yang berlaku ini tidak akan pernah membezakan kita sebagai...
Pihak Berkuasa Kuala Lumpur Memperbesar Ke Atas Penyokong Di Belakang Rusuhan Kuil

Pihak Berkuasa Kuala Lumpur Memperbesar Ke Atas Penyokong Di Belakang Rusuhan Kuil

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 567 hits
Menteri Dalam Negeri berkata peguam pemaju menyewa samseng untuk mengusir pengurusan kuil secara paksaKoresponden Trinna Leong Malaysia Di Kuala LumpurMenteri Dalam Negeri Malaysia Muhyiddin Yassin semalam menyalahkan peguam bagi pemaju har...
Terkini Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh Pengambilan Semula Tapak Kuil Oleh One City

Terkini Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh Pengambilan Semula Tapak Kuil Oleh One City

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 880 hits
Kuil Sri Mariamman USJ 25 Putra Heights Subang Jaya Selangor foto SYAFIQ AMBAK 26 NOVEMBER 2018 SHAH ALAM Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan tiga penganut Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya untuk menan...
Perhimpunan Icerd Tiada Kaitan Isu Perbalahan Tapak Kuil Hadi Awang

Perhimpunan Icerd Tiada Kaitan Isu Perbalahan Tapak Kuil Hadi Awang

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 240 hits
MARANG PAS menegaskan bahawa perhimpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum tiada kaitan langsung dengan isu perbalahan tapak Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Selangor Sebaliknya ...
Pemimpin Pelampau India Sebar Tuduhan Palsu Dakwa Penganut Hindu Di Malaysia Disembelih

Pemimpin Pelampau India Sebar Tuduhan Palsu Dakwa Penganut Hindu Di Malaysia Disembelih

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 611 hits
PETALING JAYA Pemimpin pelampau India buat tuduhan mengejutkan di sebalik kontroversi kuil Seafield mengatakan kuil itu dirobohkan manakala wanita dan kanak kanak dibunuh secara ganas Dalam percubaan oleh penghasut peperangan untuk mengelar...
Polis Tahan Dua Lelaki Kes Gaduh Di Tapak Kuil Sri Maha Mariamman

Polis Tahan Dua Lelaki Kes Gaduh Di Tapak Kuil Sri Maha Mariamman

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 1113 hits
Lima parah dalam satu pergaduhan di dalam kawasan kuil di Putra Heights Subang jam 3 pagi tadi membabitkan 2 kumpulan lapor Astro Awani Pergaduhan dipercayai bermula di luar kawasan kuil berkenaan namun meleret ke dalam kuil sebaik mangsa c...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Berebut Kasih

Reaching Out

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Bob Jobs The Bike Exif Guide To Bobber Motorcycles In 2024

Syukur Kepada Allah Kamal Adli Dah Jadi Ayah Beri Nama Uqaira Pada Anak Sulung

Tak Sekolah

Tolak Autopsi Keluarga Bawa Jenazah Anggota Polres Manado Bunuh Diri Ke Sulut

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb