Perubahan Cuaca Boleh Menyebabkan Sakit Sendi Ini Penjelasan Pakar Fisioterapi


Perubahan Cuaca Boleh Menyebabkan Sakit Sendi? Ini Penjelasan Pakar Fisioterapi
Sendi ialah bahagian penting dalam tubuh manusia yang berfungsi menyambungkan dua tulang yang membolehkan kita bergerak sama ada membengkokkan lutut, mengangkat tangan, atau menoleh kepala.
Dalam badan kita, ada ratusan sendi kecil dan besar yang bekerja tanpa henti setiap hari, dari bangun tidur sampai kita tidur semula.
Namun apabila usia semakin meningkat, berat badan bertambah, atau aktiviti fizikal terlalu berat, sendi boleh mula terasa sakit, sengal ataupun kaku.
Kadang-kadang, rasa itu datang sekejap, tetapi ada juga yang berlarutan sampai susah untuk melakukan kerja harian.
Ada masanya, sakit ini datang tanpa sebab yang jelas. Jika sendi terasa sakit setiap kali cuaca berubah, ianya bukan imaginasi semata-mata.
Walaupun nampak macam perubahan kecil, cuaca sebenarnya boleh mempengaruhi cara tubuh kita berfungsi, termasuk pada bahagian sendi. Fenomena ini memang berlaku dan telah disahkan oleh pakar fisioterapi.
Adakah cuaca benar-benar mempengaruhi sakit sendi?
Menurut The Healthy, tubuh manusia mempunyai rangkaian saraf kompleks yang berfungsi menghantar isyarat elektrif dan kimi ke seluruh badan.
Pakar fisioterapi dari Memorial Hermann Sports Medicine and Rehabilitation, Lisa Battles dan Jason Kozel, menjelaskan bahawa terdapat kira-kira 400 saraf utama dalam tubuh manusia, yang jika disambung, boleh mencececah lebih 70 kilometer panjang.
Apabila cuaca menjadi sejuk atau lembap, saraf-saraf ini menjadi lebih sensitif terhadap perubahan tersebut.
“Perubahan suhu atau tekanan udara boleh mengaktifkan ion channels pada saraf, menyebabkan lebih banyak isyarat dihantar ke otak
“Itulah yang menimbulkan rasa sakit atau tidak selesa pada sendi,” ujarnya lagi.
Ion channels ialah pintu kecil pada saraf yang membantu menghantar isyarat elektrik ke seluruh tubuh. Apabila suhu atau tekanan berubah, pintu-pintu ini terbuka dengan lebih kerap dan menyebabkan peningkatan sensasi sakit.
Menurut Battles dan Kozel, keadaan ini lebih kerap berlaku dalam cuaca sejuk, dan terdapat beberapa cara untuk membantuk mengurangkan kesakitannya.
Sejak zaman dahulu, sudah wujud kepercayaan bahawa cuaca dan sakit sendi saling berkait. Malah, Harvard Medical School menyebut bahawa Hippocrates pernah menulis tentang hal ini di Yunani purba.
Kajian moden menunjukkan bukti bahawa perubahan suhu, tekanan udara, dan kelembapan boleh mempengaruhi tahap kesakitan.
Perubahan cuaca boleh menjejaskan tisu dan cecair dalam sendi. Bila suhu atau tekanan berubah, keanjalan tisu dan ketebalan cecair pelincir juga berubah, menjadikan sendi lebih kaku dan terasa sakit.
Tekanan udara yang turun dengan cepat pula boleh menekan bahagian tubuh yang sensitif dan menimbulkan rasa yang tidak selesa.
Siapa yang paling mudah terasa sakit sendi bila cuaca berubah?
Sesetengah orang lebih sensitif terhadap perubahan cuaca berbanding yang lain. Menurut Kozel, ada bukti yang menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik lebih mudah terjejas oleh perubahan berkaitan cuaca.
Antara keadaan yang dikatikan termasuk:
Osteoartritis Artritis reumatoid Fibromyalgia Sklerosis berbilang Migrain Bagi mereka yang mempunyai masalah sendi, sendi besar seperti lutut dan pinggul biasanya lebih terkesan berbanding sendi kecil.
Kozel menjelaskan bahawa kajian lanjut masih diperlukan untuk mengenal pasti apa yang sebenarnya berlaku dalam sendi yang terjejas, seperti kehilangan rawan, keradangan atau penebalan lapisan sinovial, dan pembentukan sista, yang mungkin secara langsung mempengaruhi tahap kesakitan.
Cara mencegah atau mengurangkan sakit sendi apabila cuaca berubah
Menurut The Healthy, ada beberapa cara yang boleh membantu untuk mengurangkan rasa tidak selesa dan mencegah sakit berulang.
Battles dan Kozel menjelaskan yang langkah berikut boleh membantu melegakan sakit sendi:
Minum air secukupnya untuk menyokong fungsi sendi dan melancarkan peredaran darah Kawal tahap kelembapan dalam rumah supaya tidak terlalu kering atau lembap, yang boleh menyebabkan sendi menjadi kaku Kekal aktif dengan melakukan aktiviti ringan atau senaman mudah bagi memastikan sendi sentiasa bergerak Beri masa kepada tubuh untuk menyesuaikan diri apabila berpindah dari satu persekitaran atau suhu ke suhu lain Untuk membantu mengurangkan kesakitan dan menenangkan saraf, kedua pakar juga mencadangkan:
Meditasi, berjalan, regangan, berehat secukupnya, atau mendengar muzik yang menenangkan Kekalkan kehangatan tubuh dengan memakai pakaian berlapis pada bahagian sendi yang terjejas Gunakan rawatan haba lembut, seperti pad pemanas pelekat, pad pemanas elektrik yang ada pemasa, atau lampu inframerah untuk merehatkan otot dan mengurangkan rasa sakit Bila perlu berjumpa doktor?
Rasa sakit sendi akibat perubahan cuaca biasanya akan datang dan pergi. Namun, jika kesakitan berlarutan atau semakin teruk, sudah tiba masanya untuk berjumpa doktor.
“Rasa sakit yang berpunca daripada perubahan cuaca biasanya akan berkurang apabila cuaca kembali panas,” jelas Battles.
“Tapi jika sakit berterusan walaupun dalam cuaca berbeza semakin kerap dan menyerang kedua-dua bahagian badan, atau disertai dengan rasa kebas dan semut-semut, sebaiknya berjumpa doktor.”
Sakit sendi yang berpanjangan atau terlalu kuat mungkin tanda kepada masalah kesihatan lain.
BACA: Pakar Dermatologi Dedah 5 Tabiat Sebelum Tidur Yang Boleh Rosakkan Kulit Muka
Sumber: The Healthy
The post Perubahan Cuaca Boleh Menyebabkan Sakit Sendi? Ini Penjelasan Pakar Fisioterapi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/19/perubahan-cuaca-boleh-menyebabkan-sakit-sendi-ini-penjelasan-pakar-fisioterapi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kapan Shalat Tidak Boleh Dilakukan Ini Penjelasan Lima Waktunya

Kapan Shalat Tidak Boleh Dilakukan Ini Penjelasan Lima Waktunya

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 139 hits
Penjelasan lima waktu terlarang untuk salat menurut fikih Syafi i lengkap dengan pengecualian seperti salat sebab salat Jumat dan salat di Tanah Haram Makkah
Boleh Ke Suami Berhutang Mas Kahwin Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Boleh Ke Suami Berhutang Mas Kahwin Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 142 hits
Boleh Ke Suami Berhutang Mas Kahwin Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Dalam sebuah perkahwinan hubungan suami isteri bukan sahaja berasakan kasih sayang tetapi turut disertai dengan tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh kedu...
Pakar Dermatologi Dedah 5 Tabiat Sebelum Tidur Yang Boleh Rosakkan Kulit Muka

Pakar Dermatologi Dedah 5 Tabiat Sebelum Tidur Yang Boleh Rosakkan Kulit Muka

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 131 hits
Pakar Dermatologi Dedah 5 Tabiat Sebelum Tidur Yang Boleh Rosakkan Kulit Muka Waktu malam selalu dianggap masa terbaik untuk memanjakan kulit selepas seharian terdedah kepada cahaya matahari habuk dan tekanan kerja Selain itu ramai yang men...
Doa Kesembuhan Buat Yang Sedang Sakit

Doa Kesembuhan Buat Yang Sedang Sakit

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 186 hits
Doa Kesembuhan Untuk Yang Sedang Demam JMBELOG Doa Kesembuhan Buat Yang Sedang Sakit Ya Allah Tuhan yang Maha Menyembuhkan tiada penyakit yang Engkau turunkan melainkan ada penawarnya Semoga doa ini menjadi teman lembut untuk mereka yang se...
Dunia Sekarang Ramai Yang Sakit Dalam Diam

Dunia Sekarang Ramai Yang Sakit Dalam Diam

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 181 hits
Sekarang ni makin kerap kita dengar berita yang menyedihkan suami bunuh isteri isteri bunuh suami ibu bapa aniaya anak anak tikam mak ayah macam macam kisah tragis yang dulu jarang sangat kita dengar tapi sekarang jadi macam perkara biasa p...
Ikan Paus Mati Dipenuhi Plastik Petanda Alam Kita Sedang Sakit

Ikan Paus Mati Dipenuhi Plastik Petanda Alam Kita Sedang Sakit

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 218 hits
Ikan Paus Mati Dipenuhi Plastik Petanda Alam Kita Sedang Sakit Semalam sekumpulan nelayan menemui bangkai seekor ikan paus spesis terancam terdampar di pinggir pantai Beratnya mencecah 1 9 tan dengan panjang hampir 4 87 meter Namun apa yang...
Monolog Jiwa Bila Sakit Itu Datang Tanpa Dijemput

Monolog Jiwa Bila Sakit Itu Datang Tanpa Dijemput

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 265 hits
Monolog Jiwa Bila Sakit Itu Datang Tanpa Dijemput MONOLOG JIWA Bila Sakit Itu Datang Tanpa Dijemput Setiap sunyi punya suara Setiap jiwa punya cerita Sebuah monolog tenang dan jujur tentang menerima sakit yang datang tanpa undangan tanpa dr...
Tentang Kipas Tidur Dan Sakit Yang Tak Disangka

Tentang Kipas Tidur Dan Sakit Yang Tak Disangka

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 137 hits
Tentang Kipas Tidur dan Sakit Yang Tak Disangka Monolog Jiwa Tentang Kipas Tidur dan Sakit Yang Tak Disangka Kadang sesuatu yang kita anggap kecil boleh jadi penyebab luka yang besar Kita fikir ah kipas saja tapi malam demi malam udara ding...
Hiburan Sakit Jantung Penyakit Paru Paru Dan Hati Kronik Antara Syarat Terbatal Kelayakan Haji 2026 Bagi Warga Emas

Hiburan Sakit Jantung Penyakit Paru Paru Dan Hati Kronik Antara Syarat Terbatal Kelayakan Haji 2026 Bagi Warga Emas

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 147 hits
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan syarat kesihatan baharu bagi musim haji 1447H 2026M menandakan perubahan besar dalam pengurusan kesihatan jemaah haji di peringkat global Menurut Lembaga Tabung Haji hanya individu bebas penyakit berjangkit a...
Taman Awam Seroja Bukit Sentosa

Filem Malam Terlarang Sinopsis Barisan Pelakon

Bila Cd4 Rendah Darah Tak Lagi Normal

Gold Stars Six Of Our Favorite Custom Bsa Motorcycles

Dressing The Shift Why Nurses Are Loving Graphic Tees Holiday Prints Cozy Sweatshirts

Minggu Bahasa Arab Sk Ijok 2025

Galeri Seni Upsi

Lamborghini Jutawan Kripto Terbalik Wang Bertaburan Di Lebuh Raya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hebat Perjalanan Kisah Ceo Amd Ini Membua Mata Dunia

Breakfast

The End Of Guesswork How Vape Detectors Deliver Proof Not Just Suspicion In Schools

Perpaduan Zaman Kucing Berusia 630 Tahun Dan Anak Kucing Di Atas Ch Teau De

Jambatan Sejarah Rumah Jambatan Kecil Abad Ke 17 Di Ambleside

Strategi Bertindak Dalam Situasi Berbeza Pendekatan Praktikal Untuk Keputusan Bijak