Pakar Dermatologi Dedah 5 Tabiat Sebelum Tidur Yang Boleh Rosakkan Kulit Muka


Pakar Dermatologi Dedah 5 Tabiat Sebelum Tidur Yang Boleh Rosakkan Kulit Muka
Waktu malam selalu dianggap masa terbaik untuk memanjakan kulit selepas seharian terdedah kepada cahaya matahari, habuk dan tekanan kerja.
Selain itu, ramai yang menjadikan rutin penjagaan kulit sebelum tidur sebagai cara untuk menenangkan diri dan memastikan wajah kekal segar keesokan harinya.
Namun, bagi sesetengah orang, rasa penat sering membuatkan mereka mengabaikan rutin penjagaan kulit yang sepatutnya dilakukan.
Walaupun nampak remeh, tabiat seperti ini sebenanrya boleh memberi kesan besar terhadap kesihatan kulit dalam jangka masa yang panjang.
Bagi yang ingin menjaga kulit agar kekal sihat dan segar, SK hari ini akan kongsikan lima rutin malam yang ramai tak sedar sebenarnya boleh merosakkan kulit, menurut pakar dermatologi.
1. Tak basuh muka sebelum tidur Menurut Reader’s Digest, Desmond Shipp yang merupakan seorang ahli dermatologi dan penolong profesor klinikal di University Wexner Medical Center, menjelaskan bahawa salah satu ‘kesalahan besar’ terhadap kulit ialah tidur tanpa mencuci muka dengan betul.
“Walaupun anda tidak memakai solekan, anda tetap perlu mencuci muka setiap malam
“Kulit anda melalui proses pemulihan dan pembinaan semula pada waktu malam, dan kotoran seperti habuk, asap serta sisa produk penjagaan kulit boleh menyumbat liang pori, sekali gus menyebabkan masalah jerawat lebih teruk,” kata beliau.
2. Tak tukar sarung bantal dengan kerap Lain daripada itu, tidur di atas sarung bantal yang sama setiap malam sebenarnya boleh mendedahkan kulit anda kepada pelbagai kotoran seperti bakteria, sel kulit mati dan peluh yang terkumpul.
Dr. Desmond Shipp sarankan supaya sarung bantal ditukar sekurang-kurangnya sekali seminggu, atau lebih kerap jika anda mempunyai masalah jerawat.
Menurut beliau, menjaga kebersihan sarung bantal juga antara salah satu rahsia bagaimana ahli dermatologi kekalkan kulit yang kelihatan lebih muda dan sihat.
3. Tidak menanggalkan solekan sebelum tidur Selain menekankan tentang kepentingan mencuci muka sebelum tidur, ahli dermatologi juga menegaskan untuk tanggalkan dan bersihkan semua kesan solekan di muka, sebelum tidur.
“Jangan sekali-kali tidur dengan solekan masih di wajah, tindakan itu ibarat mengundang masalah jerawat
“Kotoran dan sisa solekan boleh menyumbat pori serta mengganggu proses pemulihan kulit pada waktu malam,” jelas Dr. Desmond Shipp.
4. Tidak memakai pelembap atau menggunakan pelembap yang salah Ramai yang beranggapan pelembap hanya penting untuk kulit kering, sedangkan semua jenis kulit memerlukannya, termasuklah kulit berminyak yang mudah berjerawat.
Pemakaian pelembap dapat membantu kekalkan kelembapan semula jadi kulit serta melindunginya daripada kekusaman dan kekeringan.
Namun begitu, pemilihan produk yang tak sesuai juga boleh jejaskan kesihatan kulit.
Dr. Manish Shah, pakar bedah plastik bertauliah dari Denver, menjelaskan bahawa kebanyakan krim anti-penuaan masih berasaskan bahan pelembap seperti mineral oil, yang hanya memberi kesan sementara.
“Kedutan akan kelihatan lebih jelas apabila kulit kering, jadi apa jua jenis pelembap sebenarnya dapat membantu. Namun, kebanyakan produk hanya memberi kesan sementara dan tidak menangani punca sebenar kedutan,” katanya lagi.
Oleh itu, pastikan pelembap yang dipilih sesuai dengan jenis kulit dan mengandungi bahan aktif yang beri manfaat sebenar, bukan sekadar lembapkan sementara.
5. Mandi dengan air yang panas terlalu lama Menurut Graceanne Svendsen, pakar rawatan wajah selebriti di Shafer Plastic Surgery & Laser Center, New York City, mandi dengan air yang terlalu panas boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan kehilangan kelembapan semula jadi.
Sebaiknya, guna air pada suhu yang sederhana atau sedikit sejuk dan sapukan losen selepas mandi bagi mengekalkan kelembapan kulit agar sentiasa lembut dan sihat.
BACA: Boleh Ke Suami Berhutang Mas Kahwin? Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
BACA: Ketawa Tanpa Sebab? Anda Mungkin Alami Penyakit ‘Joker’!
BACA: Pelik, Rupanya Ini Sebab Kucing Selalu Celup Dulu Air Sebelum Minum
Sumber: Reader’s Digest
The post Pakar Dermatologi Dedah 5 Tabiat Sebelum Tidur Yang Boleh Rosakkan Kulit Muka appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/13/pakar-dermatologi-dedah-5-tabiat-sebelum-tidur-yang-boleh-rosakkan-kulit-muka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spritzer Dedah Rahsia Air Mineral Kaya Silika Bantu Kulit Dan Sendi

Spritzer Dedah Rahsia Air Mineral Kaya Silika Bantu Kulit Dan Sendi

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 161 hits
Ramai minum air mineral sebab nak hilangkan dahaga tetapi tahukah anda tak semua air mineral sama Spritzer jenama air mineral semula jadi no 1 di Malaysia baru melancarkan kempen SILIQA yang menunjukkan manfaat silika bahan semula jadi dala...
Penduduk Tak Boleh Tidur Dakwa Berlaku Gangguan Pada Waktu Malam

Penduduk Tak Boleh Tidur Dakwa Berlaku Gangguan Pada Waktu Malam

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 638 hits
Penduduk Tak Boleh Tidur Dakwa Berlaku Gangguan Pada Waktu Malam Penduduk sebuah kampung di Kotawaringin Timur wilayah Kalimantan Tengah digemparkan dengan dakwaan penampakan makhluk penanggal pada Khamis lalu lapor portal Prokal Dalam sebu...
Yang Terpaling Tak Boleh Tidur Malam Tapi Menyumbang Video Amira Othman Amp Fattah Amin Pergi Kedai Dior Teruk Dikecam

Yang Terpaling Tak Boleh Tidur Malam Tapi Menyumbang Video Amira Othman Amp Fattah Amin Pergi Kedai Dior Teruk Dikecam

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 257 hits
Baru baru ini tular satu video di platform Threads memaparkan pasangan selebriti Amira Othman dan Fattah Amin berada di Paris telah meraih perhatian ramai Dalam video tersebut kelihatan Amira dan suaminya menuju ke sebuah kedai berjenama me...
Imam Muda Asyraf Dedah Pesanan Terakhir Pu Rahmat Sebelum Ditahan Tentera Isra L Kalau Tak Jumpa Jumpa Di Syurga

Imam Muda Asyraf Dedah Pesanan Terakhir Pu Rahmat Sebelum Ditahan Tentera Isra L Kalau Tak Jumpa Jumpa Di Syurga

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 207 hits
Pendakwah terkenal Imam Muda Asyraf mendedahkan beberapa pesanan terakhir diberikan oleh PU Rahmat yang merupakan salah seorang sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla Kongsi Imam Muda Asyraf PU Rahmat meminta rakan rakannya untu...
Perubahan Cuaca Boleh Menyebabkan Sakit Sendi Ini Penjelasan Pakar Fisioterapi

Perubahan Cuaca Boleh Menyebabkan Sakit Sendi Ini Penjelasan Pakar Fisioterapi

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 142 hits
Perubahan Cuaca Boleh Menyebabkan Sakit Sendi Ini Penjelasan Pakar Fisioterapi Sendi ialah bahagian penting dalam tubuh manusia yang berfungsi menyambungkan dua tulang yang membolehkan kita bergerak sama ada membengkokkan lutut mengangkat t...
Minimalisme Cara Hidup Ringkas Yang Boleh Buat Hidup Lebih Tenang

Minimalisme Cara Hidup Ringkas Yang Boleh Buat Hidup Lebih Tenang

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 247 hits
Pernah tak rasa macam hidup kita terlalu serabut Buka almari baju penuh sampai nak jatuh tapi bila nak keluar tetap rasa tak ada baju nak pakai Rumah penuh dengan barang tapi separuh pun kita jarang sentuh Dalam kepala pun sama banyak sanga...
Taman Awam Seroja Bukit Sentosa

Filem Malam Terlarang Sinopsis Barisan Pelakon

Gold Stars Six Of Our Favorite Custom Bsa Motorcycles

Galeri Seni Upsi

Bila Cd4 Rendah Darah Tak Lagi Normal

Dressing The Shift Why Nurses Are Loving Graphic Tees Holiday Prints Cozy Sweatshirts

Lamborghini Jutawan Kripto Terbalik Wang Bertaburan Di Lebuh Raya

Minggu Bahasa Arab Sk Ijok 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hebat Perjalanan Kisah Ceo Amd Ini Membua Mata Dunia

Breakfast

The End Of Guesswork How Vape Detectors Deliver Proof Not Just Suspicion In Schools

Perpaduan Zaman Kucing Berusia 630 Tahun Dan Anak Kucing Di Atas Ch Teau De

Jambatan Sejarah Rumah Jambatan Kecil Abad Ke 17 Di Ambleside

Strategi Bertindak Dalam Situasi Berbeza Pendekatan Praktikal Untuk Keputusan Bijak