Boleh Ke Suami Berhutang Mas Kahwin Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Boleh Ke Suami Berhutang Mas Kahwin? Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Dalam sebuah perkahwinan, hubungan suami isteri bukan sahaja berasakan kasih sayang, tetapi turut disertai dengan tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh kedua-dua pihak. Namun, ada kalanya sesetengah tanggungjawab tersebut tertangguh atas beberapa faktor seperti kekangan kewangan atau kealpaan.
Kadang kala dalam hidup berumah tangga, ada perkara yang dipandang ringan walaupun sebenarnya mempunyai nilai dan hukum di sisi agama. Salah satunya ialah pemberian yang menjadi hak isteri selepas akad nikah dilafazkan.
Hal ini menimbulkan persoalan tentang hukum bagi suami yang masih belum menunaikan hak tersebut. Adakah ia dianggap sebagai hutang yang wajib dibayar?
Bagi menjelaskan kekeliruan ini, Mufti Wilayah Persekutuan tampil memberikan penerangan berhubung hukum suami yang berhutang mas kahwin menurut pandangan syarak.
Soalan
Assalamualaikum wbt,
Apakah hukum suami membayar mahar secara hutang?
Jawapan
Waalaikumussalam wbt,
Mahar atau mas kahwin ialah “harta yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya dengan sebab akad nikah.”
Mahar juga disebut sebagai al-sadaq dan hukumnya adalah wajib  sebaik sahaja sempurna akad nikah sama ada mas kahwin itu disebut dengan kadar tertentu ataupun tidak semasa akad tersebut. Jika terdapat permuafakatan menafikannya atau tidak menyebutnya, persetujuan tersebut batal dan mas kahwin tetap wajib diserahkan.”
Rujuk al-Fiqh al-Manhaji (4/75)
Berkenaan hukum membayar mahar secara hutang, maka hukumnya adalah diharuskan. Menurut al-Fiqh al-Manhaji (4/77):
Mas kahwin tidak mempunyai kadar minimum dan maksimumnya. Setiap sesuatu yang dinamakan harta atau boleh ditukar dengan harta, boleh dijadikan mas kahwin sama ada sedikit atau banyak, tunai atau hutang, atau sesuatu yang bermanfaat, seperti kain, sejadah, wang, tempat kediaman atau mengajar sesuatu kemahiran. Firman Allah SWT:
وَأُحِلَّ لَكُمْ مَا وَرَاءَ ذَلِكُمْ أَنْ تَبْتَغُوا بِأَمْوَالِكُمْ
Maksudnya:  “Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (iaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu.”
(Surah al-Nisa’: 24)
            Ayat ini hanya menyebut harta (المال) semata-mata tanpa menetapkan kadar yang tertentu.
Begitu juga, hadith Rasulullah SAW bersabda:
أَعْطِهَا وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيدٍ
Maksudnya: “Engkau berikanlah perempuan itu walaupun sebentuk cincin besi.”
Riwayat al-Bukhari (4741) dan Muslim (1425)
Dan hadith yang lain, daripada Amir bin Rabi’ah RA, katanya:
أَنَّ امْرَأَةً مِنْ بَنِي فَزَارَةَ تَزَوَّجَتْ عَلَى نَعْلَيْنِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَضِيتِ مِنْ نَفْسِكِ وَمَالِكِ بِنَعْلَيْنِ. قَالَتْ نَعَمْ قَالَ فَأَجَازَهُ
Maksudnya: “Seorang perempuan daripada Bani Fazarah berkahwin dengan mas kahwinnya, seperti kasut. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kamu redha dengan mendapat sepasang kasut sebagai mas kahwin?” Perempuan itu menjawab: “Ya!” Lalu Baginda membenarkannya.”
Riwayat al-Tirmidzi (1113)
Ini menunjukkan mahar yang diserahkan secara hutang adalah dibenarkan, berdasarkan persetujuan isteri. Namun begitu, hendaklah ditentukan waktunya kerana itu adalah hak isteri. Menurut al-Fiqh al-Manhaji:
“Pemberian mas kahwin tidak disyaratkan dengan segera. Ia boleh disegerakan atau ditangguhkan kesemuanya sebelum persetubuhan.
Walau bagaimanapun, penangguhan itu hendaklah ditentukan masanya. Ini kerana mas kahwin itu milik isteri. Dia berhak meminta disegerakan atau ditangguhkan mengikut kehendaknya.
Apabila mas kahwin tersebut diminta agar diserahkan segera, maka isteri berhak menahan dirinya daripada melakukan persetubuhan dengan suami sehinggalah mas kahwin diterimanya.
Jika mas kahwin itu dipersetujui untuk ditangguhkan, isteri tidak berhak menahan diri daripada suami kerana dia sendiri telah bersetuju dengan penangguhan tersebut.”
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat kita simpulkan beberapa perkara:
Mahar adalah pemberian yang wajib diberikan kepada isteri apabila akad nikah sudah termeterai. Ia boleh diberikan secara tunai atau hutang.
Akad nikah yang tidak dinyatakan mahar adalah sah, walaupun mahar tetap wajib diserahkan kemudiannya.
Mahar adalah hak isteri. Justeru, isteri ada hak untuk menghalang diri daripada disetubuhi suami sekiranya suaminya belum memberikannya mahar yang dia minta untuk segerakan.
Sekiranya isteri telah bersetuju untuk menangguhkan bayaran mahar, maka dia tidak lagi layak menghalang diri daripada dipersetubuhi oleh suaminya. Namun, penangguhan itu perlu ditetapkan masanya.
Wallahua’lam.
BACA: Hadiah Sudah Diberi, Kemudian Tidak Dihalalkan? Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
BACA: Mufti WP Perjelas Hukum Guna Deepfake AI Jadi Bahan Pornografi
BACA: Hukum Tukar Wajah Jadi Gambar Patung Guna AI – Mufti WP
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
The post Boleh Ke Suami Berhutang Mas Kahwin? Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/12/boleh-ke-suami-berhutang-mas-kahwin-ini-penjelasan-pejabat-mufti-wilayah-persekutuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Nekad Tuntut Hutang Mas Kahwin Terjah Bekas Suami Di Masjid Saat Akad Nikah

Wanita Nekad Tuntut Hutang Mas Kahwin Terjah Bekas Suami Di Masjid Saat Akad Nikah

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 163 hits
KUALA LUMPUR Tular di laman sosial apabila seorang wanita dikenali sebagai Nurin nekad terjah bekas suaminya di masjid ketika majlis akad nikah lelaki itu bersama pasangan baharu demi menuntut hak yang tertangguh sekian lama Tuntut Hak Yang...
Warga Emas Berusia 74 Kahwini Wanita 24 Tahun Beri Mas Kahwin Rm770 000

Warga Emas Berusia 74 Kahwini Wanita 24 Tahun Beri Mas Kahwin Rm770 000

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 235 hits
KOSMOPengantin lelaki memberikan mas kahwin berjumlah 3 bilion rupiah kepada calon isterinya Radar GresikJAKARTA Seorang warga emas berusia 74 tahun mengundang perhatian ramai apabila berkahwin dengan seorang wanita muda dan memberikan mas ...
Kahwin Pun Tetap Dolla Angel Amp Tabby Hargai Detik Bahagia Sabronzo Bersama Suami

Kahwin Pun Tetap Dolla Angel Amp Tabby Hargai Detik Bahagia Sabronzo Bersama Suami

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 184 hits
Dua ahli kumpulan DOLLA Angel dan Tabby akhirnya berkongsi momen indah majlis perkahwinan rakan mereka Sabronzo yang sah bergelar isteri kepada DJ terkenal antarabangsa Dash Berlin Sebelum ini nama Sabronzo hangat diperkatakan selepas terse...
Proton E Mas 5 Boleh Mula Ditempah Bermula 4 Oktober Ini

Proton E Mas 5 Boleh Mula Ditempah Bermula 4 Oktober Ini

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 166 hits
Proton e MAS 5 Boleh Mula Ditempah Bermula 4 Oktober Ini Shah Alam 2 Oktober 2025 Proton New Energy Technology Sdn Bhd anak syarikat milik penuh PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Proton e MAS 5 serba baharu kereta elektrik paling mam...
Siap Sound Effect Ramai Enjoy Lihat Gelagat Suami Kira Bajet Bulanan

Siap Sound Effect Ramai Enjoy Lihat Gelagat Suami Kira Bajet Bulanan

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 124 hits
Siap Sound Effect Ramai Enjoy Lihat Gelagat Suami Kira Bajet Bulanan Kalau cakap pasal bajet bulanan mesti ramai yang terus geleng kepala Tak kiralah bujang atau sudah berumah tangga setiap kali masuk hujung atau awal bulan hal duit takkan ...
Suami Isteri Warga Emas Ditemui Mati Dalam Rumah

Suami Isteri Warga Emas Ditemui Mati Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 215 hits
ASLIZA MUSAPASANGAN suami isteri warga emas ditemukan maut di kediaman mereka di Desa Lang Indah Ipoh hari ini IPOH Sepasang suami isteri warga emas berusia 78 tahun ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka di Desa Lang Indah di sini ha...
Apabila Suami Craving Auntie Anne S

Apabila Suami Craving Auntie Anne S

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 458 hits
Assalamualaikum Lepas dah beli barang barang keperluan SA semalam terus la jenjalan window shopping pegang2 tangan macam orang muda plak bercinta nampak donut tanya nak donut ke pas tu dia geleng kepala then lalu Empire Sushi memang x la di...
Laku Keras 1 607 Unit Proton E Mas 5 Ditempah Dalam 24 Jam Suv Elektrik Tempatan Raih Sambutan Luar Biasa

Laku Keras 1 607 Unit Proton E Mas 5 Ditempah Dalam 24 Jam Suv Elektrik Tempatan Raih Sambutan Luar Biasa

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 183 hits
Belum pun sempat seminggu diumumkan Proton e MAS 5 kereta elektrik kompak pertama keluaran tempatan mencipta fenomena apabila menerima 1 607 tempahan hanya dalam masa 24 jam selepas pelancarannya pada 4 Oktober lalu memetik Amanz SUV elektr...
Taman Awam Seroja Bukit Sentosa

Filem Malam Terlarang Sinopsis Barisan Pelakon

Bila Cd4 Rendah Darah Tak Lagi Normal

Gold Stars Six Of Our Favorite Custom Bsa Motorcycles

Dressing The Shift Why Nurses Are Loving Graphic Tees Holiday Prints Cozy Sweatshirts

Minggu Bahasa Arab Sk Ijok 2025

Lamborghini Jutawan Kripto Terbalik Wang Bertaburan Di Lebuh Raya

Galeri Seni Upsi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hati Menjadi Tenang Setenang Masjid Nabawi

Hebat Perjalanan Kisah Ceo Amd Ini Membua Mata Dunia

Breakfast

The End Of Guesswork How Vape Detectors Deliver Proof Not Just Suspicion In Schools

Perpaduan Zaman Kucing Berusia 630 Tahun Dan Anak Kucing Di Atas Ch Teau De

Jambatan Sejarah Rumah Jambatan Kecil Abad Ke 17 Di Ambleside