Pertumbuhan Lebih 6 2021 Macam Pelik



Pertumbuhan ekonomi dalam keluaran dalam negara kasar diramal tumbuh melebihi 6% pada 2021 sebagaimana jangkaan kerajaan dianggap berlebihan.
Menurut pensyarah Universiti Sunway, Yeah Kim Leng, ucapan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz minggu lepas bahawa pertumbuhan antara 6.9% dan 7.5% adalah “terlalu optimistik”.
“Bagi mencapai pertumbuhan yang diramalkan, keadaan dan tahap kegiatan bekalan dan permintaan sejagat dan tempatan mesti dinormalkan menjelangg akhir tahun di bertahan sepanjang 2021,” katanya kepada FMT.
Namun, oleh kerana banyak negara masih bergelut mengawal Covid-19, normalisasi itu tidak mungkin berlaku.
“Tanpa peningkatan permintaan sejagat, sektor luaran Malaysia tidak akan dapat memberikan tonik kepada ekonomi untuk melancarkan pemulihan yang kuat dan mencapai kapasiti penuh dengan segera.”
Bagaimanapun, pertumbuhan KDNK pada 2021 dengan mudah akan menjadi positif kerana permintaan tempatan meningkat, disebabkan kejayaan Malaysia mengawal virus itu.
Namun ia tidak mungkin mencapai tahap yang dibayangkan agensi antarabangsa kerana sektor ekspot negara yang cukup besar ini akan ditekan permintaan sejagat yang lemah.
Yeah menjangkakan kerajaan akan merangsang ekonomi bagi meningkatkan permintaan domestik melalui projek, skim pembiayaan dan inisiatif lain.
“Ada kemungkinan ia berdasarkan hutang melalui penerbitan bon kerajaan dalam denominasi ringgit di mana selera dan kapasiti pelaburan secara relatif masih utuh,” katanya.
“Sebilangan besar pembiayaan defisit mungkin daripada sumbangan dividen yang lebih tinggi dari Petronas dan lebihan hasil syarikat milik kerajaan.”
Walaupun begitu, katanya, defisit fiskal pada 2021 mungkin antara 4% dan 5% daripada KDNK daripada antara 6% dan 7% tahun ini.
Kedua-dua tahap defisit itu berada dalam kemampuan pembiayaan hutang negara, tambahnya.
Dalam jangka masa panjang, kerajaan tidak boleh elak daripada mempercepat reformasi ekonomi, menstrukturkan semula ekonomi dan beralih kepada kegiatan ekonomi bernilai tinggi berdasarkan kemampuan digital dan tahap kemahiran yang tinggi.
Shankaran Nambiar di Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia berkata angka peratusan 2021 nampak bagus kerana “base” KDNK yang rendah tahun ini.
“Ia bukanlah kerana akan ada banyak pertumbuhan tiba-tiba berlaku pada 2021,” katanya. “Kerajaan punyai ruang fiskal yang terhad. Ia tidak boleh berterusan merangsang ekonomi.”
Nambiar berkata Putrajaya tidak akan mahu menaikkan had hutang melepasi tahap yang wajar.
“Kalau ia berbuat demikian, ada risiko hilang sokongan agensi penarafan,” katanya.
“Ada juga masalah mengumpul dana.”
Beliau berkata kerajaan harus tumpu kepada membantu rakyat mengekalkan pekerjaan atau mencipta peluang yang kondusif kepada industri yang padat dengan pekerjaan.
“Fasa berikutnya mesti ada projek prasarana mega tetapi perlu berhati-hati.
“Kita tidak mahu projek yang akan sebahagian besar pekerjanya adalah pekerja asing atau projek yang manfaatnya tidak akan kekal dalam negara. Kita juga tidak mahu projek yang akan menyumbang kepada kehilangan pekerjaan.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28785

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konon Nak Hapus Rasuah Benteras Kleptokrasi Tapi Pelik Indeks Rasuah Lebih Baik Zaman Pn Drp Zaman Ph

Konon Nak Hapus Rasuah Benteras Kleptokrasi Tapi Pelik Indeks Rasuah Lebih Baik Zaman Pn Drp Zaman Ph

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 253 hits
Perikatan Nasional akan meneruskan agenda membasmi gejala rasuah yang telah dipelopori oleh Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional dan agensi agensi lain sebelum ini kata Azmin Menteri Kanan Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali berkata ...
Ramalan Pertumbuhan 2021 6 9 Terlalu Optimistik Kata Ahli Ekonomi

Ramalan Pertumbuhan 2021 6 9 Terlalu Optimistik Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 202 hits
Seorang ahli ekonomi meragui keluaran dalam negara kasar akan tumbuh 2021 sebanyak jangkaan kerajaan Mengulas ucapan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz minggu lepas Yeah Kim Leng di Universiti Sunway berkata ramalan pertumbuhan antar...
Belanjawan 2021 Kearah Peningkatan Kualiti Kerja Penjawat Awam Dalam Norma Kerja Baharu

Belanjawan 2021 Kearah Peningkatan Kualiti Kerja Penjawat Awam Dalam Norma Kerja Baharu

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 265 hits
Oleh Jennifah Nordin Menteri Kewangan dalam program bual bicara di sebuah stesen televisyen swasta baru baru ini menyatakan Kerajaan dijangka akan membentang Belanjawan 2021 pada bulan November Keperluan pembentangan belanjawan ini selari d...
Harga Emas Dijangka Cecah Paras Tertinggi Awal 2021

Harga Emas Dijangka Cecah Paras Tertinggi Awal 2021

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 356 hits
KUALA LUMPUR Harga emas dijangka melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah dalam tempoh enam hingga sembilan bulan akan datang demikian menurut Citigroup Kumpulan perbankan itu dalam laporan tinjauan komoditi suku ketiganya berkata ada 30 p...
Naik S Suits Against Dap Man To Begin In March 2021

Naik S Suits Against Dap Man To Begin In March 2021

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 259 hits
The High Court here has fixed March 22 to 26 next year for the hearing of Islamic preacher Dr Zakir Naik s defamation suits against Penang Deputy Chief Minister II P Ramasamy Naik s lawyer Akberdin Abdul Kader told reporters that High Court...
Sistem Operasi Windows 10x Hanya Akan Dilihat Sekitar Pertengahan Tahun 2021

Sistem Operasi Windows 10x Hanya Akan Dilihat Sekitar Pertengahan Tahun 2021

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 295 hits
Pada tahun lalu Microsoft mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan peranti dwi skrin Microsoft Surface Neo yang akan dikuasakan oleh sistem operasi Microsoft Windows 10X iaitu sebuah sistem operasi yang dibina khusus untuk peranti dwi ...
Kementerian Kewangan Teliti Cadangan Rakyat Berhubung Belanjawan 2021

Kementerian Kewangan Teliti Cadangan Rakyat Berhubung Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 272 hits
Bernama ABDUL RAHIM Walaupun pada suku pertama tahun 2020 ini Malaysia mencatat kadar pertumbuhan sebanyak 0 7 peratus tetapi pada suku kedua dan seterusnya akan memberi gambaran sebenar kemerosotan ekonomi global dan kesannya kepada negara...
2021 Porsche 911 Turbo Reveices A Nice Power Bump New Tech

2021 Porsche 911 Turbo Reveices A Nice Power Bump New Tech

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 290 hits
2021 Porsche 911 Turbo to come in both Coupe and Cabriolet configurations New 911 Turbo features a higher power output versus the previous generation Porsche Dynamic Chassis Control is available for the new Porsche 911 Turbo This is the sto...
Lexis Hibiscus Umum Partnership Dengan Big Loyalty Tawar Lebih Ganjaran Pada Pelanggan

Lexis Hibiscus Umum Partnership Dengan Big Loyalty Tawar Lebih Ganjaran Pada Pelanggan

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 241 hits
Bagi menghargai BIG Members pihak Lexis Hotel Group telah mengumumkan kerjasama strategik dengan BIG Loyalty sebuah agensi pelancongan yang menawarkan lifestyle reward platform kepada ahlinya Kerjasama strategik ini memberi akses ganjaran d...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi