Pertumbuhan Ekonomi Dan Kemakmuran Adalah Penawar Terbaik Buat Malaysia



Pada 2 Januari 2019oleh LIM GUAN ENG
Di penghujung 2018, rakyat Malaysia berpeluang meraikan perubahan kerajaan buat kali pertama setelah 61 tahun yang berlaku sekali seumur hidup. Walaupun korupsi yang berakar dan penyalahgunaan kuasa antara sebab-sebab untuk kejayaan besar gabungan pembangkang PH pada 9 Mei 2018, sebab utamanya masih kesusahan ekonomi yang dialami rakyat akibat kegagalan polisi, kapitalisme kroni, dan sudah tentunya skandal-skandal kewangan 1MDB yang cukup terkenal

Kerajaan baharu PH di bawah pimpinan tegas dan berminda perubahan Perdana Menteri tertua di dunia, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah mengecap beberapa kejayaan yang jelas. Malaysia telah membebaskan diri dari menjadi simbol kleptokrasi global dengan menuntut akauntabiliti penuh untuk skandal 1MDB, memburu pemulangan wang yang dicuri, dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab. GST telah diganti dengan SST, serta RM19.4 Bilion bayaran balik GST yang tidak dibayar akan dipulangkan kepada pembayar cukai pada tahun 2019, setelah tertangguh selama 2 tahun apabila Kerajaan terdahulu enggan membayar balik wang tersebut

Walaupun berlaku kurangan dana setelah pemansuhan GST, dan kerosakan akibat skandal 1MDB dan hutang RM1 Trilion, termasuk membayar RM8.3 Bilion atau 88% dari nilai kerja projek talian paip yang hanya siap 10%, Kerajaan PH masih mampu meneruskan program bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan. Harga petrol dan kadar tol lebuh raya telah dibekukan dan kenaikan tidak dibenarkan. Untuk pertama kalinya penjawat awam Kerajaan menerima bayaran khas akhir tahun mereka pada tahun yang sama, dan bukan tahun berikutnya
Melalui pentadbiran yang bersih dan tabir urus CAT iaitu cekap, akauntabiliti, dan telus, Kerajaan PH mampu mendapatkan penjimatan tambahan sebanyak RM1.6 Bilion di hujung tahun, yang telah diagihkan dan dikongsi dengan penjawat am, penoreh getah dan pekebun kecil, peneroka FELDA dan ibu bapa berpendapatan kurang dari RM3,000. Lebih penting lagi, kumpulan B40 akan menerima, buat kali pertama di dalam sejarah, perlindungan insurans kesihatan secara percuma di dalam bentuk bayaran RM8,000 untuk diagihkan dalam tempoh masa yang akan ditentukan, dan bayaran pendapatan gantian ketika rawatan di hospital selama 14 hari setiap tahun sebanyak RM50 sehari, atau RM700 setahun

Malaysia perlukan 3 tahun untuk pulihkan kesihatan kewangan kita dan mengambil tempat sebagai ekonomi baru muncul yang mempunyai harapan untuk mencapai status pendapatan tinggi. Bloomberg telah pun meletakkan Malaysia di tempat pertama di kalangan 20 ekonomi baru muncul terbaik di dunia. Meskipun terpaksa membaiki kerosakan kewangan yang dilakukan Kerajaan terdahulu, kesemua 3 agensi penarafan kredit antarabangsa mengekalkan taraf Malaysia

Undi percaya ini dibuktikan dengan peningkatan mendadak di dalam eksport pada Oktober 2018 kepada taraf tertinggi di dalam satu bulan sebanyak RM96.4 Bilion dan lebihan dagangan sebanyak RM16.3 Bilion yang mencatatkan rekod. Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang telah diluluskan di dalam sektor pembuatan meningkat dari Mei ke September 2018 sebanyak RM27.7 Bilion atau 379% dari RM7.3 Bilion tahun 2017 kepada RM35 Bilion tahun 2018

Pertumbuhan ekonomi dan kekayaan yang dinikmati semua adalah penawar terbaik untuk politik polarisasi yang meracun, eksploitasi sentimen perkauman dan pelampauan agama, yang menggugat tatanegara Malaysia. PH satu-satunya gabungan politik yang tidak korup dan berkemampuan untuk mengurus ekonomi, membayar gaji dan saraan penjawat awam, membangunkan ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat pada masa yang sama. Pada ketika ini, hanya Pakatan Harapan merupakan gabungan politik yang boleh mewakili rakyat Malaysia mengikut demografi atau geografi, dari semua bangsa, agama, dan latar belakang, tidak kira sama ada mereka dari Perlis, Johor, Sabah atau Sarawak

2019 akan menjadi tahun yang lebih baik untuk Malaysia jika kita kekal bersatu padu demi masa hadapan yang cerah untuk anak-anak kita. Bersama-sama kita membangun agar ekonomi kita boleh mengaum semula dan rakyat Malaysia sekali lagi akan disegani seantero dunia

Selamat Tahun Baru 2019

*Ucapan Tahun Baru 2019 DAP oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/01/pertumbuhan-ekonomi-dan-kemakmuran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantah Prabowo Ma Ruf Amin Sebut Pertumbuhan Ekonomi Indonesia Terbaik Ke 3

Bantah Prabowo Ma Ruf Amin Sebut Pertumbuhan Ekonomi Indonesia Terbaik Ke 3

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 231 hits
Calon presiden nomor urut 02 Prabowo Subianto mengatakan Indonesia memiliki tingkat kemiskinan yang setara dengan negara Afrika
Malaysia Adalah Tanah Melayu

Malaysia Adalah Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 292 hits
MT Editorial Team Ketuanan Melayu lebih sesuai disebut kedaulatan Melayu kerana ia mencakupi kedudukan Raja raja Melayu dan rakyatnya dan bukannya soal antara tuan dan hamba titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar Ketuana...
Tabungan Terbaik Itu Adalah Memerlakukan Orang Lain Dengan Cara Terbaik

Tabungan Terbaik Itu Adalah Memerlakukan Orang Lain Dengan Cara Terbaik

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 297 hits
Alkisah seorang anak laki laki bekerja sebagai pelayan di keluarga kaya Keluarga kaya itu memberinya tempat tinggal makanan dan uang setiap hari untuk minum teh atau makanan ringan Anak laki laki ini setelah menyelesaikan pekerjaan paginya ...
Malaysia Tersenarai Dalam 10 Waterfront Terbaik Dalam Dunia

Malaysia Tersenarai Dalam 10 Waterfront Terbaik Dalam Dunia

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 498 hits
Shibuya Stream Tokyo JapanShibuya Stream mungkin menjadi tarikan baru bagi warga Tokyo untuk meluangkan masa dari kesibukan kerja Dibina bersebelahan Sungai Shibuya ianya merupakan antara dalam bandar Tokyo Dibuka sejak September 2018 lalu ...
61 Tahun Tempoh Yang Diambil Untuk Makmurkan Ekonomi Malaysia Tapi Telah Dimusnahkan Oleh Ph Tak Sampai Setahun

61 Tahun Tempoh Yang Diambil Untuk Makmurkan Ekonomi Malaysia Tapi Telah Dimusnahkan Oleh Ph Tak Sampai Setahun

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 511 hits
Media melaporkan indeks sektor pembuatan Malaysia merekodkan tahap paling lemah di dalam sejarah pada Disember sejak indeks ini dimulakan lebih enam tahun dahulu akibat penurunan permintaan Indeks Pengurus Pembelian Nikkei ini ialah penanda...
Jika Ekonomi Hancur Bawah Bn Mengapa Bursa Malaysia Diiktiraf Bank Dunia

Jika Ekonomi Hancur Bawah Bn Mengapa Bursa Malaysia Diiktiraf Bank Dunia

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 275 hits
Meskipun propaganda ekonomi Malaysia hancur di bawah pemerintahan kerajaan BN sering dimainkan namun fakta dan data menunjukkan sebaliknya Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata indeks saham menunjukkan trend peningkatan d...
Clsa Malaysia Puji Usaha Guan Eng Selamatkan Ekonomi Negara

Clsa Malaysia Puji Usaha Guan Eng Selamatkan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 423 hits
Pada 8 Januari 2019oleh PentadbirPasukan Penyelidikan CLSA Malaysia memuji kesungguhan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam menangani situasi kewangan negara yang parah akibat daripada pentadbiran tidak telus Barisan Nasional selama lebih en...
Senarai Ranking Kereta Jimat Minyak Terbaik Di Malaysia

Senarai Ranking Kereta Jimat Minyak Terbaik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 1212 hits
Senarai Ranking Kereta Jimat Minyak Terbaik di Malaysia berdasarkan fuel consumption di Malaysia Pasti banyak yang bermain dengan fikiran rakyat Malaysia apabila memikirkan kenaikan harga minyak di Malaysia Pasti seboleh bolehnya mencari ca...
Pertumbuhan Ekonomi Dan Kurs Rupiah Meleset Dari Target Apbn 2018

Pertumbuhan Ekonomi Dan Kurs Rupiah Meleset Dari Target Apbn 2018

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 189 hits
Hingga akhir 2018 pertumbuhan ekonomi diprediksi berada pada angka 5 15 persen meleset di bawah prediksi sebesar 5 4 persen Selain pertumbuhan ekonomi nilai tukar Rupiah harga minyak hingga lifting gas juga meleset di bawah prediksi
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator