Pertukaran Pengarah Kesihatan Sabah Tiada Kaitan Sop Dine In Kata Masidi


Dr Christina Rundi memilih untuk bersara awal selepas Kementerian Kesihatan mengekalkan keputusan memindahkan beliau ke ibu pejabat di Putrajaya.


KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun menjelaskan bahawa pertukaran pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) baru-baru ini tiada kaitan dengan prosedur operasi stndard (SOP) membenarkan rakyat makan di restoran yang diputuskan Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 Negeri.

Katanya, pertukaran itu dibuat atas keperluan perkhidmatan dan pergerakan pertukaran pegawai tinggi di Kementerian Kesihatan (KKM).

“Dr Christina Rundi antara beberapa pegawai tinggi yang dikenal pasti ada potensi untuk pegang jawatan lebih tinggi di KKM dan beliau ditukar ke ibu pejabat sebagai persediaan untuk mengisi salah satu jawatan penting akhir tahun ini apabila penyandangnya bersara,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Ketua Menteri bagi pihak kerajaan negeri sendiri merayu agar Christina dikekalkan di Sabah dalam keadaan pandemik Covid-19 yang serius tetapi kerajaan persekutuan tidak dapat mempertimbangkannya atas sebab tertentu.

“Saya sendiri juga telah menghubungi Ketua Pengarah Kesihatan (Dr Noor Hisham Abdullah), merayu agar Christina dikekalkan atau sekurang kurangnya bertukar hanya pada hujung tahun.

Dr Christina Rundi memilih untuk bersara awal selepas Kementerian Kesihatan mengekalkan keputusan memindahkan beliau ke ibu pejabat di Putrajaya.
“Hisham memaklumkan keputusan ini di peringkat Ketua Setiausaha Negara yang melibatkan pergerakan pertukaran pegawai tinggi lain kerajaan pusat.

“Kerajaan pusat juga secara rasmi memaklumkan kepada kerajaan negeri, rayuan itu tidak dapat dipertimbangkan atas sebab-sebab keperluan perkhidmatan dan pergerakan pertukaran pegawai tinggi di kementerian terlibat.”

Masidi berkata, polemik pertukaran jawatan pengarah JKNS itu harus dihentikan agar pihak berkaitan menumpukan semua usaha dalam mengurus serta melawan ancaman penularan Covid-19.

Katanya, semua pihak harus memberi peluang kepada pengarah JKNS baharu membuktikan kewibawaan dan kemampuannya mengurus ancaman Covid-19, sama dengan peluang yang diberikan kepada Christina.

“Pengganti Christina ialah Dr Rose Nani Mudin, anak jati Sabah yang berasal dari Papar. Bapanya (kaum) Kadayan dan ibunya Kadazan, beliau juga mempunyai latar belakang kepakaran sama dengan Christina.

“Kita sayang dan mengiktiraf dedikasi kerjaya Christina kerana itu kerajaan negeri merayu beliau dikekalkan tetapi kita menerima hakikat beliau juga seorang pegawai perkhidmatan awam yang tertakluk kepada pertukaran pada bila-bila masa untuk bertugas di tempat lain.

“Semasa mula-mula dilantik dalam perkhidmatan awam, semua pegawai kerajaan akur dengan syarat ini.”

Semalam, Christina dilaporkan memilih untuk bersara awal selepas KKM mengekalkan keputusan memindahkan beliau ke ibu pejabat di Putrajaya.

Difahamkan, Christina juga mengemukakan rayuan untuk menangguhkan pemindahannya sehingga hujung tahun ini atas alasan sama dan untuk menjaga ibunya yang tua.

Seorang pegawai kerajaan Sabah berkata, Christina dipindahkan untuk menjadi Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga dan akan dilantik ke jawatan lebih tinggi kemudian.

”Kami dimaklumkan Kementerian Kesihatan yang Christina sebahagian daripada proses pemindahan dan kenaikan pangkat yang sedang dilakukan dalam KKM.”




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/pertukaran-pengarah-kesihatan-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pengarah Kesihatan Sabah Bersara Awal Enggan Pindah Ke Putrajaya

Bekas Pengarah Kesihatan Sabah Bersara Awal Enggan Pindah Ke Putrajaya

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 328 hits
Ruben SarioChristina Rundi digantikan Rose Nani Mudin sebagai Pengarah Kesihatan Sabah KOTA KINABALU Bekas Pengarah Kesihatan Sabah Christina Rundi memilih untuk bersara awal selepas Kementerian Kesihatan mengekalkan keputusan memindah beli...
Kes Menurun Di Sabah Tapi Angka Masih Tinggi Kata Masidi

Kes Menurun Di Sabah Tapi Angka Masih Tinggi Kata Masidi

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 328 hits
Masidi Manjun berkata strategi membendung jangkitan di Sabah adalah dengan menangani punca jangkitan dan mengasingkan pesakit KOTA KINABALU Selepas merekodkan lebih 600 kes dalam tempoh empat hari lalu jumlah jangkitan baharu di Sabah hari ...
Dine In Sop Demi Keselamatan Peniaga Pelanggan

Dine In Sop Demi Keselamatan Peniaga Pelanggan

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 213 hits
Selepas Sabah hari ini Sarawak pula membenarkan operasi dine in Selepas SOP diperhalusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Negeri Sarawak serta kementerian kerajaan tempatan dan perumahan negeri itu garis panduan yang diberikan adalah...
Sop Ketat Untuk Sidang Dewan Kata Speaker Selepas Kes Covid 19 Di Parlimen

Sop Ketat Untuk Sidang Dewan Kata Speaker Selepas Kes Covid 19 Di Parlimen

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 289 hits
MALAYSIA NOW Beberapa kes Covid 19 melibatkan kakitangan Parlimen tidak menjejaskan persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan 26 Julai depan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun berkata persidangan yang akan diadakan 26 Julai depan akan dilaksa...
Antara Pembentangan Menteri Kesihatan Dan Perbahasan Dr Dzulkefly Netizen Kata Bagai Langit Dengan Bumi

Antara Pembentangan Menteri Kesihatan Dan Perbahasan Dr Dzulkefly Netizen Kata Bagai Langit Dengan Bumi

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 263 hits
July 28 2021 Hari ini giliran YB Menteri Kesihatan untuk membentangkan perancangan kerajaan terkait dengan kesihatan awam khususnya pandemik Covid 19 Selepas pembentangan tersebut Ketua Pembangkang memberikan peluang kepada MP Kuala Selango...
Covid 19 Bukti Penduduk Tak Patuh Sop 712 Kes Meningkat Di Sabah

Covid 19 Bukti Penduduk Tak Patuh Sop 712 Kes Meningkat Di Sabah

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 373 hits
Covid 19 Penduduk tak patuh SOP kes meningkat di Sabah KOTA KINABALU Peningkatan kes baharu harian Covid 19 hingga 712 kes pada Sabtu berbanding 516 kes semalam menggambarkan penduduk di Sabah masih tidak mematuhi sepenuhnya prosedur operas...
Pemberhentian Vaksin Sinovac Tiada Kaitan Soal Keberkesanan Kata Khairy

Pemberhentian Vaksin Sinovac Tiada Kaitan Soal Keberkesanan Kata Khairy

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 257 hits
Sehingga kini negara telah menerima 6 66 juta bekalan vaksin jenis Pfizer BioNTech termasuk kira kira satu juta dos yang disumbangkan oleh kerajaan Amerika Syarikat baru baru ini PUTRAJAYA Pemberhentian pemberian vaksin Sinovac dalam Progra...
Tiada Tindakan Disiplin Doktor Mogok Kata Menteri Kesihatan

Tiada Tindakan Disiplin Doktor Mogok Kata Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 369 hits
AGENDA DAILY Beberapa doktor dan pegawai kesihatan kontrak mengadakan mogok di seluruh negara semalam tetapi kurang mendapat sambutan Kerajaan memberi jaminan tidak akan mengenakan tindakan disiplin terhadap mana mana doktor atau pegawai ke...
Kebarangkalian Tinggi Penduduk Masih Tidak Patuh Sop Di Sabah

Kebarangkalian Tinggi Penduduk Masih Tidak Patuh Sop Di Sabah

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 318 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun KOTA KINABALU Terdapat kebarangkalian tinggi penduduk di Sabah masih melaksanakan aktiviti tanpa mematuhi prosedur operasi standard walaupun pelbagai seruan dan saranan telah...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man

Menteri Kkm Akui Khilaf Lantik Tauke Vape Janji Perketat Tapisan Alph

Ada Puak Dalam Umno Didakwa Cuba Cemar Reputasi Guling Zahid

Politik Rangkul Semua Apa Nasib Tengku Zafrul