Pertukaran Besar Besaran Ksu Jawapan Kepada Sabotaj Kementerian



Kerajaan didakwa akan memindahkan beberapa orang ketua setiausaha kementerian (KSU) dalam usaha mengelakkan daulah terpendam mensabotaj perkhidmatan awam
Menurut beberapa sumber terdapat sekurang-kurangnya lapan pemindahan akan dibuat menjelang Disember.
Rombakan besar-besaran ini berlaku apabila banyak skandal tercetus berkaitan kelulusan projek atau tender yang dibuat tanpa pengetahuan menteri.
Antara yang terkait adalah tender padi bernilai RM1.4 bilion dikeluarkan Kementerian Pertanian dan Asas Tani, baru-baru ini.
Tender itu yang kini sudah dibatalkan didakwa diberikan kepada sebuah syarikat melalui proses terbuka. Pembatalan dipercayai dilakukan selepas Menteri Salahuddin Ayub menulis surat sokongan kepada perdana menteri mengesyorkan ia diberikan kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).
Salahuddin bagaimanapun berkata beliau tidak membuat sebarang kesalahan kerana tender belum dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan.
Selain itu, menurut sumber, isu pegawai tinggi mensabotaj dengan membocorkan komunikasi rasmi kementerian juga sudah dibangkitkan oleh beberapa orang menteri dalam mesyuarat Kabinet.
Menurut sumber lagi, lapan kementerian terlibat ialah Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pembangunan Usahawan.
“Mungkin akan ada lagi, kerana ada lagi desakan untuk penukaran pegawai tertentu,” kata sumber dipetik The Malaysian Insight.
Isnin lalu, The Malaysian Insight difahamkan mengenai peralihan kedudukan empat pegawai kanan kementerian termasuk KSU Kementerian Pertanian dan Asas Tani Mohd Sallehhuddin Hassan yang diarah pindah ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Dua lagi yang turut dipindahkan ialah KSU Kementerian Industri Utama Dr Tan Yew Chong ke JPA dan KSU Kementerian Pelancongan Isham Ishak ke Kementerian Pengangkutan.
Manakala TKSU Kementerian Dalam Negeri Jamil Rakon pula dinaikkan pangkat kepada KSU kementerian sama.
Menurut sumber, pemindahan ke JPA bermaksud jawatan baharu pegawai terlibat masih belum diputuskan. Mereka akan tetap menerima gaji bulanan tetapi tiada elaun diberikan sementara menanti keputusan tempat baharu mereka.
Dakwaan wujudnya daulah terpendam perkhidmatan awam sudah banyak kali dibangkitkan oleh beberapa orang menteri tetapi masih tidak dapat dipastikan sama ada ia sebuah pergerakan teratur atau sekadar individu tertentu yang setia dengan Barisan Nasional atau pegawai terbabit masih belum dapat menyesuaikan diri dengan pentadbiran kerajaan PH.
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini dilapor berkata yang penjawat awam bebas mempunyai pendirian politik sendiri, tetapi mereka tidak boleh mensabotaj pentadbiran Putrajaya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/25617

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Erick Thohir Evaluasi Besar Besaran Sejumlah Perusahaan Bumn

Erick Thohir Evaluasi Besar Besaran Sejumlah Perusahaan Bumn

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 195 hits
Jonan disebut sebut akan ditempatkan sebagai komisaris Garuda Indonesia sementara itu Susi dikabarkan akan menjadi komisaris Perum Perikanan Indonesia
Belum Puas Umk Rp 4 59 Juta Buruh Mau Demo Besar Besaran

Belum Puas Umk Rp 4 59 Juta Buruh Mau Demo Besar Besaran

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 230 hits
Jakarta CNBC Indonesia Keputusan Upah Minimum Kabupaten 2020 di Jawa Barat tak disangka masih berbuntut panjang Kalangan serikat buruh belum puas dengan Gubernur Jawa Barat Ridwan Kamil yang menyetujui kenaikan UMK Jabar dengan Surat Edaran...
Kisah Ksu Kementerian Pertanian Di Pecat

Kisah Ksu Kementerian Pertanian Di Pecat

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 749 hits
Ini salah satu kenyataan Ahli Lembaga Peladang Puan Normah Ceritanya simple memang ada tender tapi KSU deal dgn company Cina Bila menteri dapat tahu tu yang Menteri mintak surat sokongan kat Tun M tender tu diberi kepada NAFAS semula KSU bu...
Kemelut Pkr Anwar Mungkin Hadapi Boikot Besar Besaran Kumpulan Azmin

Kemelut Pkr Anwar Mungkin Hadapi Boikot Besar Besaran Kumpulan Azmin

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 406 hits
Dua penganalisis mengingatkan bahawa peluang presiden PKR Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri berdepan risiko berikutan perbalahan terbuka antara penyokong beliau dengan penyokong timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali Jam...
Bongkar Ksu Kementerian Di Peti Sejuk Kan Bagi Menutup Bau Bangkai Menteri Dan Kroninya Dari Pan

Bongkar Ksu Kementerian Di Peti Sejuk Kan Bagi Menutup Bau Bangkai Menteri Dan Kroninya Dari Pan

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 553 hits
PRESIDEN MCA BONGKAR SKANDAL BESAR YANG BERLAKU DALAM NAFAS DAN KEMENTERIAN PERTANIAN Malang buat Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Datuk Salehuddin yg telah ditukarkan serta merta ke Jabatan Perkhidmatan Awam tanpa diberi sebarang tug...
Polis Siasat Daulah Terpendam Sabotaj Kerajaan

Polis Siasat Daulah Terpendam Sabotaj Kerajaan

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 268 hits
Siri sabotaj dalam pemerintahan Pakatan Harapan mula disiasat polis bagi mengumpul bukti adakah wujud daulah terpendam yang mengganggu pentadbiran negara Menurut sumber dakwaan pertama yang disiasat adalah mengenai daulah terpendam dalam pa...
Usul Lantik Senator Pkr Gagal Mat Sabu Nafi Unsur Sabotaj

Usul Lantik Senator Pkr Gagal Mat Sabu Nafi Unsur Sabotaj

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 431 hits
GERALDINE TONG Presiden Amanah Mohamad Sabu menafikan wujud unsur sabotaj di Melaka apabila usul untuk melantik Pengerusi PKR negeri itu Halim Bachik sebagai senator gagal Tidak tidak Itu biasa berlaku dalam mana mana kerajaan kata Mohamad ...
Anwar Tidak Setuju Tuduh Pegawai Kerajaan Sabotaj

Anwar Tidak Setuju Tuduh Pegawai Kerajaan Sabotaj

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 495 hits
SUSUPAN PETANGPRESIDEN Keadilan Anwar Ibrahim tidak setuju dakwaan ada pegawai awam yang sabotaj kerajaan Katanya persepsi itu mungkin timbul bila mana ada segelintir pegawai kerajaan yang gagal menunjukkan kebersamaan mereka dengan kerajaa...
Pemangkasan Eselon Tak Bisa Dilakukan Serentak Di Seluruh Kementerian Lembaga

Pemangkasan Eselon Tak Bisa Dilakukan Serentak Di Seluruh Kementerian Lembaga

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 195 hits
Menteri Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi Tjahjo Kumolo mengabarkan ada tiga kementerian yang akan mengawali proses pemangkasan eselon sesuai arahan Presiden Joko Widodo Di antaranya Kementerian PANRB Kementerian Keuanga...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri