Pertimbangkan Rentas Negeri Sempena Aidilfitri Khususnya Di Kawasan Hijau


Oleh MOHD HAFIZ ABD MUTALIB  Dr. Kamarul Azman KhamisARAU : Keluhan rakyat yang sudah lama tidak bertemu keluarga atau ibu bapa di kampung halaman perlu diberi perhatian oleh kerajaan dengan mempertimbangkan agar pergerakan rentas negeri sempena Hari Raya Aidilfitri dibenarkan khususnya membabitkan perjalanan pulang ke kawasan hijau.
Malah, di laman-laman sosial ketika ini hangat dengan keluhan serta rintihan orang ramai yang mengakui cukup merindui ibu bapa termasuk ada dalam kalangan mereka meluahkan sudah dua tahun tidak dapat pulang ke kampung berikutan Covid-19.
Pengarah Kajian Institut Indonesia, Thailand dan Singapura, Universiti Utara Malaysia (UUM-ITS), Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, kerajaan mungkin boleh memberi sedikit kelonggaran bagi perjalanan merentas negeri khususnya di kawasan hijau.
Namun katanya, mereka yang ingin melakukan perjalanan tersebut perlu terlebih dahulu menjalani ujian calitan Covid-19.
Dalam masa sama, katanya, kerajaan juga boleh menetapkan prosedur operasi standard (SOP) tertentu untuk tujuan tersebut.
“Kasihan melihat rintihan orang ramai yang sudah terlalu lama tidak dapat pulang ke kampung halaman bertemu ibu bapa. Aidilfitri tahun lalu, perjalanan merentas negeri tidak dibenarkan dan apa kata tahun ini diberi sedikit kelonggaran.
“Apa yang penting, orang ramai juga perlu
bertanggungjawab dan memainkan peranan dengan mematuhi SOP ditetapkan khususnya daripada segi penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan sebagainya,” katanya di sini hari ini.
Sebelum itu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan bahawa aktiviti merentasi negeri untuk pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung mungkin tidak dibenarkan.
Sehubungan itu, Ismail berharap rakyat akur dengan arahan kerajaan sekiranya mereka tidak dibenarkan melakukan perjalanan merentas negeri pada musim perayaan Aidilfitri nanti.
Ismail dilaporkan berkata, keputusan larangan itu sekiranya dibuat adalah untuk melindungi nyawa rakyat daripada dijangkiti Covid-19.
Mengulas lanjut, Kamarul Azman berkata, kerajaan juga boleh mempertimbangkan memberi kebenaran kepada mereka untuk pulang menziarahi ibu bapa yang uzur.
“Permudahkan urusan bagi kes seperti menziarahi ibu bapa yang uzur, kematian dan sebagainya. Apabila dibenarkan pulang SOP perlu sentiasa dipatuhi,” katanya. -UTUSAN ONLINE



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/pertimbangkan-rentas-negeri-sempena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentas Negeri Sambut Aidilfitri Hukumnya Haram Kata Mufti Wp

Rentas Negeri Sambut Aidilfitri Hukumnya Haram Kata Mufti Wp

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 249 hits
nbsp Hari ini 18 ramadhan maknanya kurang dari 2 minggu lagi umat islam akan menyambut kedatangan hari lebaran yang mulia Sudah menjadi kebiasaan perantau akan pulang beraya ke kampung untuk meraikan hari kemenangan ini bersama ibubapa terc...
2 Wanita Palsukan Borang Rentas Negeri Ditahan

2 Wanita Palsukan Borang Rentas Negeri Ditahan

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 349 hits
Borang rentas negeri yang meragukan dipercayai dipalsukan dua wanita ketika ditahan di SJR Plaza Tol Bentong kelmarin Foto Ihsan PDRM Bentong Dua wanita ditahan selepas didapati memalsukan borang rentas negeri di sekatan jalan raya Plaza To...
Rentas Negeri Untuk Apa Lagi

Rentas Negeri Untuk Apa Lagi

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 591 hits
Ada satu persoalan Yang boleh rentas Negeri ialah apabila ayah atau ibu atau kedua duanya mati dapat berita segera ke balai polis mohon surat rentas Balik untuk APA lagi Palsu Batu api Atau realiti
Sop Rentas Negeri Isnin Khalis Mengelirukan Syed Ibrahim

Sop Rentas Negeri Isnin Khalis Mengelirukan Syed Ibrahim

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 234 hits
SOP rentas negeri Isnin Khalis mengelirukan Syed IbrahimOleh April 23 2021Prosedur Operasi Standard rentas negeri Covid 19 yang membenarkan individu berkerja ke negeri lain melakukan perjalanan pada hari Isnin dan Khamis sahaja amat mengeli...
Dua Penuntut Kolej Ditahan Kerana Guna Borang Rentas Negeri Palsu

Dua Penuntut Kolej Ditahan Kerana Guna Borang Rentas Negeri Palsu

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 304 hits
MALAYSIAKINI Polis menahan dua penuntut kolej swasta berusia 22 tahun kerana disyaki memalsukan borang rentas negeri untuk ke Pahang pada Isnin lalu Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata kedua dua wanita terbabit menaiki...
Pasangan Beri Maklumat Palsu Rentas Negeri Dipenjara Sehari Denda Rm2 500

Pasangan Beri Maklumat Palsu Rentas Negeri Dipenjara Sehari Denda Rm2 500

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 432 hits
Azharique Shah Abdul Jalil dan isterinya Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed masing masing dipenjara sehari dan denda RM2 500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah memberi maklumat palsu bagi mendapatkan kebenaran rentas n...
Demi Hadiahkan Kereta Untuk Ibu Bapa Pemilik Butik Ini Dapat Kebenaran Rentas Negeri

Demi Hadiahkan Kereta Untuk Ibu Bapa Pemilik Butik Ini Dapat Kebenaran Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 492 hits
Seperti yang kita tahu rakyat Malaysia masih belum dibenarkan untuk merentas negeri akibat penularan wabak COVID 19 Namun pemilik butik fesyen bernama Leeyanarahman telah memuatnaik satu video yang memaparkan tindakan beliau merentas negeri...
Instafamous Suami Rentas Negeri Untuk Berbulan Madu Dijatuhi Hukuman Penjara Sehari Denda Rm2 500

Instafamous Suami Rentas Negeri Untuk Berbulan Madu Dijatuhi Hukuman Penjara Sehari Denda Rm2 500

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 289 hits
946 total views 946 views today Sepasang suami isteri yang tular di media sosial kerana rentas negeri untuk berbulan madu masing masing dipenjara sehari dan denda RM2 500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa kerana memberi maklu...
Pergerakan Rentas Negeri Kekal Tidak Dibenarkan

Pergerakan Rentas Negeri Kekal Tidak Dibenarkan

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 220 hits
Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF Gambar hiasanPETALING JAYA Kerajaan kekal tidak membenarkan pergerakan rentas negeri berikutan ia merupakan satu daripada penyebab peningkatan kes positif harian Covid 19 di negara ini Menteri Kanan Datuk Ismail ...
Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Berpolitik Jangan Sampai Meruntuhkan Negara Harus Ada Pertimbangan

Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

Anwar Malaysia Airline S 30 Boeing Aircraft Deal A Sign Of Recovery

Usno Chief Switches To Support Grs Ph Alliance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yeoh Li Tian Grandmaster Catur Pertama Malaysia

Khairul Aming Lancar Rendang Nyet Berapi Sedia Battle 70 000 Paket Jumaat Ini

A Brick Built Love Letter To The Lion City Legoland Malaysia Unveils Refreshed Miniland Singapore To Celebrate Sg60

Tight Control On Political Speech Can Cause Election Shock Says Kj

Underprivileged Students Earn Top Honours At Jasin Community College Convocation

Ultimate Oriental Beef Recipes Chinese