Pasangan Beri Maklumat Palsu Rentas Negeri Dipenjara Sehari Denda Rm2 500


Faris Fuad Azharique Shah Abdul Jalil dan isterinya, Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed masing-masing dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah memberi maklumat palsu bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri untuk berbulan madu. - NSTP/Muhaamad Hafis Nawawi KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri masing-masing dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2,500 di Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah memberi maklumat palsu bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri untuk berbulan madu.
Tertuduh, Azharique Shah Abdul Jalil, 23 dan isterinya, Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.
Mengikut kertas pertuduhan, pasangan itu pada jam 2 petang 15 Mac lalu, ketika membuat permohonan untuk merentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Johor, memberikan maklumat palsu secara bertulis kepada Ketua Balai Balai Polis Wangsa Maju, Asisten Superintendan Fairul Nizam Anuar.
Dengan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 22 (D) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar manakala pasangan itu tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Wan Ahmad Hakimi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara kerana ia membabitkan isu keselamatan orang awam.
"Seperti dilihat dalam 'instastory' (muat naik gambar dalam Instagram) ada kata pujuk polis untuk rentas negeri, ini memberi kesan kepada orang awam.
"Sepatutnya kebenaran rentas negeri bukan untuk tujuan lain (tidak disalah guna). Kita lihat kes COVID-19 meningkat setiap hari.
"Dengan hukuman penjara, kita harap orang kena tuduh (OKT) dan individu lain tidak mengulangi perkara sama," katanya.
Iram Naz dalam rayuannya memohon mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara kerana dia adalah wakil tunggal untuk menyara keluarga.
"Saya memohon hukuman minimum dan tidak dipenjarakan. Kami tidak akan ulangi kesalahan yang sama lagi selepas ini.

Iram Naz (kiri) dalam rayuannya memohon mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara kerana dia adalah wakil tunggal untuk menyara keluarga. - NSTP/Fathil Asri"Kami hanya membuat tempahan penginapan hotel pada 26 Disember lalu, ketika rentas negeri dibenarkan untuk menyambut ulang tahun perkahwinan namun ditunda beberapa kali.
"Kami cuba batalkan tempahan itu namun hotel tidak mahu kembalikan wang deposit menyebabkan kami meneruskan hasrat untuk merentas negeri pada 17 Mac lalu," katanya.
Sementara itu, Azharique Shah mengaku mengambil ringan ketika mengisi borang rentas negeri dengan memberi alamat lain.
"Saya tidak sangka akan jadi macam ini kerana isteri ada rumah di Johor dan alamat diberikan itu mengikut alamat kad pengenalan isteri di Johor," katanya.
Selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak, Chai Sia kemudian memerintahkan pasangan itu dipenjara selama sehari bermula hari ini dan masing-masing didenda RM2,500.
"Perbuatan OKT memberi contoh buruk kepada masyarakat di mana sewaktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tidak dibenarkan rentas negeri.
"Tempahan tempat penginapan tidak dapat dibatalkan dan wang tidak dikembali bukan satu alasan untuk merentas negeri," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/pasangan-beri-maklumat-palsu-rentas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Instafamous Suami Rentas Negeri Untuk Berbulan Madu Dijatuhi Hukuman Penjara Sehari Denda Rm2 500

Instafamous Suami Rentas Negeri Untuk Berbulan Madu Dijatuhi Hukuman Penjara Sehari Denda Rm2 500

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 259 hits
946 total views 946 views today Sepasang suami isteri yang tular di media sosial kerana rentas negeri untuk berbulan madu masing masing dipenjara sehari dan denda RM2 500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa kerana memberi maklu...
Pasangan Instafamous Rentas Negeri Honeymoon Dipenjara Dan Didenda

Pasangan Instafamous Rentas Negeri Honeymoon Dipenjara Dan Didenda

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 498 hits
Pasangan suami isteri yang tular merentas negeri ke Johor kerana honeymoon dipenjara sehari dan denda RM2 500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memberi maklumat bertulis palsu bulan lalu Menerusi laporan Malaysia Gaze...
Dua Penuntut Kolej Ditahan Kerana Guna Borang Rentas Negeri Palsu

Dua Penuntut Kolej Ditahan Kerana Guna Borang Rentas Negeri Palsu

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 267 hits
MALAYSIAKINI Polis menahan dua penuntut kolej swasta berusia 22 tahun kerana disyaki memalsukan borang rentas negeri untuk ke Pahang pada Isnin lalu Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata kedua dua wanita terbabit menaiki...
P0lis Umumkan Hari Apa Yang Boleh Rentas Negeri Dan Hari Apa Yang Tidak Boleh

P0lis Umumkan Hari Apa Yang Boleh Rentas Negeri Dan Hari Apa Yang Tidak Boleh

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 390 hits
KUALA LUMPUR P00lis Diraja Malaysia malam ini men gesahkan per gerakan ren tas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja Tim balan Ketua P0lis Negara Datuk Seri Ac ryl Sa ni Abdullah Sani berkata ia sebaha...
Rentas Negeri Isnin Khamis Saja Jumaat Ahad Bersyarat Kata Polis

Rentas Negeri Isnin Khamis Saja Jumaat Ahad Bersyarat Kata Polis

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 259 hits
April 19 2021 Pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan apa apa jenis majlis dan jamuan adalah dilarang PETALING JAYA Polis mengesahkan pergerakan rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan p...
Kelulusan Rentas Negeri Hanya Diberi Isnin Khamis Kecuali Tujuan Kecemasan Pdrm

Kelulusan Rentas Negeri Hanya Diberi Isnin Khamis Kecuali Tujuan Kecemasan Pdrm

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 543 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia hari ini mengesahkan pergerakan rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan pekerjaan kecemasan dan kematian ya...
Rentas Negeri Yang Diluluskan Hanya Dibenarkan Dari Isnin Hingga Khamis

Rentas Negeri Yang Diluluskan Hanya Dibenarkan Dari Isnin Hingga Khamis

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 227 hits
Polis Diraja Malaysia malam ini mengesahkan pergerakan rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata ia sebahagian langkah mengeta...
Padah Rentas Negeri Demi Majlis Kahwin 26 Positif Covid 19

Padah Rentas Negeri Demi Majlis Kahwin 26 Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 465 hits
KUALA TERENGGANU Tindakan seorang lelaki berusia 32 tahun merentas negeri dari Sabah ke Dungun Terengganu semata mata untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya membawa padah selepas 11 ahli keluarganya di samping 15 tetamu disahkan positi...
Boleh Rentas Negeri Atau Tidak Di Hari Raya Kerajaan Disaran Buat Ketetapan Awal

Boleh Rentas Negeri Atau Tidak Di Hari Raya Kerajaan Disaran Buat Ketetapan Awal

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 290 hits
Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangguhkan perjalanan rentas negeri menjelang Aidilfitri ternyata menggusarkan orang ramai Saya melihat perkara ini perlu dilaksanakan dengan jelas kerana bimbang boleh menimbulkan kemarahan o...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Nasi Briyani Adabi


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025