Pertikai Darurat Penderhaka Harus Dihukum Muhammad Faiz


Manzaidi Mohd Amin Dr. Muhammad Faiz Na'aman KUALA LUMPUR – Sebarang ejekan, sindiran dan putar belit niat sebenar proklamasi darurat yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) semalam boleh dianggap sebagai derhaka.
Sama ada dilakukan orang biasa atau golongan ternama, secara terang terangan atau terselindung, ia wajar dilihat sebagai suatu bentuk hasutan dengan niat jahat untuk menghilangkan hormat serta ketaatan rakyat terhadap Institusi Raja Berperlembagaan di negara ini.
Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr. Muhammad Faiz Na’aman, ada yang masih ‘menyalak’ mengenai pilihan raya umum (PRU) apabila mempertikaikan darurat kesihatan itu.
“Saya memetik kata-kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa keputusan untuk tidak mengadakan pilihan raya semasa pandemik Covid-19 masih menular ini adalah selaras dengan satu daripada lima prinsip maqasid syariah iaitu menjaga nyawa atau hifz al-nafs.
“Dalam konteks ini, menjadi kewajipannya sebagai ketua kerajaan untuk menjaga nyawa rakyat dengan melindungi rakyat sekalian daripada jangkitan Covid-19 dan ini adalah kemaslahatan paling utama dituntut oleh Islam.
“Tidakkah kita belajar kesan penularan Covid-19 setelah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebelum ini?” soal beliau dalam kenyataan hari ini.
Menurut Dr. Muhammad Faiz, mereka yang terdesak mahukan PRU segera ternyata datang dari kalangan ahli politik yang berpolitik 24 jam terutama dari Pakatan Harapan (PH) serta kelompok kluster mahkamah dari UMNO.
Katanya, rakyat biasa yang tiada kepentingan politik terus memerhati sikap mereka itu dan apa yang majoriti rakyat dambakan ialah pemulihan ekonomi, keselamatan nyawa serta sistem keadilan yang utuh.
“Semua ini bergantung kepada kestabilan politik yang sedikit sebanyak disumbangkan oleh darurat sekarang ini.
“Bercakap soal sistem keadilan yang utuh, tiada seorang pun Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, selain Muhyiddin yang dengan jelas dan terbuka membuat penegasan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus mempertahankan kebebasan badan kehakiman dan tidak akan sekali-kali mencampuri urusan mahkamah.
“The judiciary will continue to be the beacon of justice in our country and I will never interfere in the business of the court“. Inilah kata-kata yang mendatangkan gerun di hati kelompok yang korup tetapi berselindung di sebalik nama rakyat, bangsa dan agama,” tegas beliau.
Katanya, pengisytiharan Darurat oleh YDPA berdasarkan peruntukan dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, dan proklamasi darurat bermakna negara dan rakyat sedang menghadapi ancaman berskala nasional yang memerlukan keterlibatan semua jentera pihak pemerintah tanpa sebarang gangguan.
Jelas beliau, umum tahu YDPA selaku Ketua Negara berhak menitahkan darurat setelah baginda memperkenan nasihat dari Perdana Menteri yang mewakili jemaah menteri, ketua-ketua pasukan bersenjata serta ketua-ketua kementerian atau agensi kerajaan berkaitan.
Ini kata beliau, bermakna bukan hanya Perdana Menteri seorang sahaja yang memberi pendapat atau nasihat kepada YDPA namun beliau juga bertindak mewakili suara kolektif pihak kerajaan Malaysia.
“YDPA pernah menolak nasihat untuk darurat itu seperti yang pernah terjadi pada hujung tahun lepas apabila melalui kebijaksanaan baginda, merasakan negara belum memerlukannya.
“Ini bukti Agong kita bertindak secara adil, neutral dan bebas tanpa dipengaruhi sebarang kepentingan, selain dari kepentingan negara,” katanya.
Namun, kata beliau, terdapat segelintir manusia yang mengaku sebagai warganegara Malaysia tetapi mempertikai titah YDPA mengisytiharkan darurat itu.
“Kononnya, ia bersulamkan kepentingan politik pihak tertentu, kononnya negara tidak memerlukan darurat, kononnya Perdana Menteri perlu ditukar, kononnya ekonomi serta hak asasi manusia akan terancam, dan kononnya PRU masih boleh diadakan sewaktu darurat.
“Soalan saya kepada mereka ini, siapa kamu mahu mempertikaikan kebijaksanaan keputusan Agong?” soalnya
Beliau juga mengingatkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika rakyat boleh hormat keputusan YDPA membebas dan mengampunkannya dari hukuman penjara kes liwat, kenapa beliau tidak hormat keputusan baginda mengisytiharkan darurat tidak kira apa juga sebab untuk darurat itu. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/pertikai-darurat-penderhaka-harus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuasa Bawah Ordinan Darurat Harus Tumpu Kawal Wabak Saja Umno

Kuasa Bawah Ordinan Darurat Harus Tumpu Kawal Wabak Saja Umno

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 285 hits
malaysiakini comDiterbitkan 12 Jan 2021 5 36 pmUmno mengingatkan bahawa kuasa bawah Ordinan Darurat hendaklah tertumpu kepada urusan pengawalan Covid 19 semata mata Memandangkan rasional yang dikemukakan oleh YAB perdana menteri dalam memoh...
Aku Selalu Bersedekah Tetapi Dihukum Oleh Agamaku Muhammad Sajjad Jelaskan Isu Digari Jais

Aku Selalu Bersedekah Tetapi Dihukum Oleh Agamaku Muhammad Sajjad Jelaskan Isu Digari Jais

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 381 hits
Aku selalu bersedekah tetapi dihukum oleh agamaku Muhammad Sajjad jelaskan isu digari JAISKembali lagi kita ke rancangan Dia mengaku perempuan tetapi sebenarnya bukan Baru baru ini viral di media sosial video seorang usahawan kosmetik menan...
Pertikai Darurat Kekeliruan 10 Mantan Presiden Bar Council

Pertikai Darurat Kekeliruan 10 Mantan Presiden Bar Council

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 220 hits
AMAT terkejut membaca kenyataan media yang dikeluarkan oleh 10 mantan Presiden Bar Council iaitu Dato Param Cumaraswamy Zainur Zakaria Dato Dr Cyrus V Das Datuk Mah Weng Kwai Datuk Kuthubul Zaman Datuk Yeo Yang Poh Datuk Ambiga Sreenevasan ...
Darurat Muhyiddin Yang Membuatkan Zahid Hamidi Dan Mahathir Kesal Tak Sudah Dibuatnya

Darurat Muhyiddin Yang Membuatkan Zahid Hamidi Dan Mahathir Kesal Tak Sudah Dibuatnya

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 250 hits
Sebagaimana disebut Nazri Aziz dalam sidang medianya ketika mengumumkan penarikan sokongannya kepada Muhyiddin Yassin bahawa darurat yang dikuatkuasakan ini adalah darurat politik sebenarnya majoriti rakyat juga percaya dengan hakikat terse...
Muhyiddin Sudah Kalah Mohon Darurat Pengakuan Tiada Majoriti Kata Nazri

Muhyiddin Sudah Kalah Mohon Darurat Pengakuan Tiada Majoriti Kata Nazri

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 256 hits
January 12 2021 KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz menganggap tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memohon darurat sebagai pengakuan beliau sudah tiada sokongan majoriti di Dewan Rakyat Ia juga pengakuan bahawa Muhyidd...
Sejarah Awal Tahun Malaysia Bermula Dengan Pkp 2 0 Dan Darurat

Sejarah Awal Tahun Malaysia Bermula Dengan Pkp 2 0 Dan Darurat

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 642 hits
Sejarah Awal Tahun Malaysia Bermula Dengan PKP 2 0 Dan Darurat Seminggu berlegar desas desus akan diadakan PKP semula Walaupun penafian dibuat tapi sebagai rakyat memang kita sendiri dapat rasakan akan berlaku juga PKP2 dalam jangkamasa ter...
Darurat Ph Mesyuarat Petang Ini

Darurat Ph Mesyuarat Petang Ini

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 156 hits
January 12 2021 Pakatan Harapan dijangka bermesyuarat pada jam empat petang ini Mesyuarat di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya itu dijangka menyentuh berkaitan pelaksanaan darurat lapan bulan yang antaranya menyaksikan parlimen digantung dan...
Di Ambang Darurat Umno Desak Selesai Isu I Sinar Moratorium

Di Ambang Darurat Umno Desak Selesai Isu I Sinar Moratorium

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 200 hits
January 12 2021 Zahid Hamidi PETALING JAYA Di ambang darurat yang akan berlarutan sehingga 1 Ogos Umno hari ini mendesak kerajaan selesaikan isu sekitar pengeluaran wang caruman KWSP dan lanjutan moratorium ke atas pembayaran pinjaman bank ...
Darurat

Darurat

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 314 hits
SAIFUDDIN NASUTIONSarawak 1966 akibat krisis politikDarurat 1969 akibat rusuhan kaumKelantan 1977 akibat krisis politikDarurat 2021 YAB PM umum darurat 2021 bermaksudJemaah menteri masih berfungsiParlimen tidak bersidangTiada pilihanraya Ti...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok