Pertemuan Pkm Saya Pun Risau Kata Muhyiddin


Shakira BuangDiterbitkan Hari ini 1:03 tengahari
BERITA

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin hari ini menyuarakan kebimbangan dengan trend semasa yang membabitkan isu komunis hingga menimbulkan perasaan tidak baik di kalangan rakyat.

Justeru, Muhyiddin meminta semua pihak perlu menghormati kepelbagaian kaum, latar belakang dan keturunan yang ada di negara ini yang sememangnya sudah aman damai.

Kata Muhyiddin, pihaknya tidak boleh memandang ringan perkara terbabit kerana Malaysia sudah merdeka maka mengapa himpunan terbabit boleh berlaku.

“Saya pun rakyat malaysia. Jadi sebagai rakyat Malaysia saya pun risau. Kadang-kadang lebih dari risau kenapa mutakhir ini ada trend sebegini.

“Apakah negara kita sudah matang dari segi demokrasi, nak buat apa suka, siapa nak menunjukkan perasaan tertentu boleh buat sebegitu atau pun ada kesan lain?

“Apa yang penting bagi saya, sebagai menteri bertanggungjawab nak menentukan negara kekal aman sejahtera tiada pergolakan dan perkara yang boleh menimbulkan perasaan tidak baik di kalangan rakyat, itu penting untuk dipertimbangkan.

“Dalam mengatakan kita bebas boleh buat apa sahaja, kita nak kaji sekiranya apa yang dilakukan membawa kesan yang tak baik kepada negara dan di situlah, pihak kementerian memandang berat perkara sebegitu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Imigresen 2019 di Putrajaya, hari ini.

Muhyiddin berkata demikian mengulas mengenai pertemuan sekumpulan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) di sebuah kolej swasta di Kajang, semalam.
Acara bekas anggota PKM yang turut dihadiri pemimpin politikAwal pagi semalam dilaporkan, sekumpulan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) menganjurkan acara di Kajang untuk memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai yang ditandatangani pada 2 Dis 1989.

Acara serupa juga akan diadakan di Hat Yai malam ini.

Penandatanganan perjanjian antara PKM dengan kerajaan telah menamatkan pemberontakan komunis selama 21 tahun di Malaysia dan membawa kepada pembubaran PKM.

Seramai 300 orang, kebanyakannya warga tua, menghadiri majlis memperingati perjanjian itu.

Ekoran daripada itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya kini sedang menyiasat penganjuran program tersebut.

Mengulas lanjut berhubung langkah yang boleh dilakukan, Muhyiddin berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan bahagian risikan untuk melengkapkan siasatan penuh seberapa segera.

"Saya harap dalam minggu ini, polis dapat segerakan laporan berikutan perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana pelbagai benda boleh berlaku jika dibiarkan.

"Rakyat Malaysia mahu tahu perkara sebenar dan mereka tidak mahu cerita bohong atau palsu. Sudah pastinya rakyat mahu tahu apa yang berlaku dan sebabnya.

"Sebagai pihak agensi bertanggungjawab juga mahu tahu apa yang berlaku dan kita tidak boleh berlengah-lengah hingga tidak ada tindakan sewajarnya," katanya.

Teliti laporan penuh

Mengulas penyertaan beberapa pemimpin politik negara dalam pertemuan tersebut, Muhyiddin berkata pihaknya akan meneliti laporan penuh berhubung perkara itu.

"Kita akan teliti dahulu dan apa tujuan dia yang mungkin mahu tunjukkan perasaannya dalam majlis terbabit.

"Bagaimanapun, kita akan siasat apa yang berlaku dan menilai langkah yang perlu diambil berdasarkan pelbagai aspek dan sudut," katanya.

Semalam turut dilaporkan hadir ialah Adun Sungai Pelek, Ronnie Liu, pemimpin veteran PKR Syed Husin Ali, Dr Michael Jeyakumar dari PSM dan profesor Universiti Kebangsaan Malaysia, Abdul Rahman Embong.

Liu, yang telah memberi ucapan pada majlis itu, menegaskan bahawa dia menghadirinya atas kapasiti peribadi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/12/pertemuan-pkm-saya-pun-risau-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cadangan Jambatan Ketiga Diputus Lepas Kajian Siap Kata Muhyiddin

Cadangan Jambatan Ketiga Diputus Lepas Kajian Siap Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 167 hits
Cadangan jambatan ketiga diputus lepas kajian siap kata Muhyiddin Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 Dec 2019 9
Pertemuan Sulit Sama Ada Azmin Atau Dr M Bohong Kata Annuar

Pertemuan Sulit Sama Ada Azmin Atau Dr M Bohong Kata Annuar

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 303 hits
Diterbitkan Hari ini 7 11 malamBERITASetiausaha Agung Umno Annuar Musa berkata terdapat dua kemungkinan berhubung perjumpaan antara sekumpulan anggota parlimen BN dan Azmin Ali di kediaman menteri hal ehwal ekonomi itu baru baru ini Kata An...
Tersebar Jalur Gemilang Dengan 5 Bintang Maba Kata Kesalahan Teknikal

Tersebar Jalur Gemilang Dengan 5 Bintang Maba Kata Kesalahan Teknikal

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 748 hits
Apa lagi yang cuba mereka mainkan Kesilapan dan kesilapan dijadikan alasan Kalau korang perasan baru baru ini tersebar pula rakaman video dan gambar yang menunjukkan imej Jalur Gemilang yang salah dipaparkan pada skrin besar semasa upacara ...
Ajar Agama Luar Waktu Sekolah Kata Ahli Akademik

Ajar Agama Luar Waktu Sekolah Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 640 hits
November 25 2019 10 54 PMSharifah Munirah Alatas berkata agama harus luar sistem sekolah KUALA LUMPUR Seorang ahli akademik hari ini mencadangkan pendidikan agama diajar luar waktu sekolah mengatakan sistem pendidikan tidak seharusnya membu...
Malaysia Sedia Belajar Bekerjasama Dengan Negara Lain Kata Pm

Malaysia Sedia Belajar Bekerjasama Dengan Negara Lain Kata Pm

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 303 hits
Malaysia sedia belajar bekerjasama dengan negara lain kata PM Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 Nov 2019
Kata Prinsipal Datsun Di Indonesia Soal Pabrik Purwakarta Stop Produksi

Kata Prinsipal Datsun Di Indonesia Soal Pabrik Purwakarta Stop Produksi

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 224 hits
Dilaporkan menghentikan produksi pabrik Datsun di Indonesia mulai tahun depan PT Nissan Motor Indonesia sebagai prinsipal Datsun di Indonesia akhirnya buka suara
Projek Tani Rm1 4 Bilion Tak Sepatutnya Ada Tender Kata Anwar

Projek Tani Rm1 4 Bilion Tak Sepatutnya Ada Tender Kata Anwar

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 417 hits
KUALA LUMPUR Projek pembekalan input pertanian sektor padi bernilai RM1 4 bilion yang mengundang kontroversi baru baru ini tidak sepatutnya ada tender kata Presiden PKR Anwar Ibrahim mengulas surat menteri menyokong tender diberi kepada Per...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini