Pertemuan Sulit Bincang 1mdb Dengan Jho Low Dibuat Waktu Malam


Seorang saksi penting mendedahkan di Mahkamah Tinggi hari ini bahawa modus operandi pertemuan sulit untuk membincangkan urusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersama ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low dibuat pada waktu malam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, bekas pegawai khas kepada Najib Razak berkata modus operandi bagi perjumpaan malam berlaku di mana apabila mereka (beliau bersama Jho Low dan Datuk Azlin Alias (ketika itu bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib) tiba di Hotel Prince di Kuala Lumpur, mereka akan diiringi (escort) oleh pengawal peribadi Jho Low ke bilik hotel sejurus sampai di lobi.

Loading… Saksi pendakwaan kelapan itu berkata kebiasaannya beliau dan Datuk Azlin akan datang ke hotel tersebut secara berasingan.
“Nombor pendaftaran kereta kami menjadi rujukan kepada bodyguard dan biasanya ada 1-2 orang bodyguard Melayu yang akan mengiringi kami. Kami akan ‘dikuarantinkan’ sewaktu menunggu Jho (Jho Low) biasanya dalam bilik suite yang mempunyai bilik, meja makan dan sofa.Iklan
“Kami biasanya menunggu 30 minit sehingga satu jam. Walaupun kami kerap kali berjumpa di Hotel Prince tetapi perjumpaan tersebut berlaku di bilik yang berlainan setiap kali diadakan. Apabila Jho tiba, kebiasaannya beliau berbaju batik serta kerap kali dalam keadaan bergegas.
“Beliau juga sentiasa sampai lewat daripada masa yang dijanjikan. Setibanya di bilik pertemuan, biasanya kami bermula dengan cakap-cakap kosong dan Jho akan mengedarkan dokumen kepada kami dengan susunan yang teratur bagi tujuan perbincangan,” katanya semasa membacakan penyataan saksinya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.
Amhari Efendi berkata perjumpaan mereka adalah berkenaan dengan arahan-arahan dan pertemuan-pertemuan sulit antara beliau, Jho Low dan Datuk Azlin di mana Jho Low akan menghubunginya melalui pesanan ringkas telefon bimbit untuk meminta mengaturkan pertemuan bersama Datuk Azlin.
Katanya beliau kemudian akan merujuk perkara itu kepada Datuk Azlin untuk menyelaras masa yang sesuai.
“Perjumpaan kami selalunya berlaku pada waktu malam di Prince Hotel Kuala Lumpur. Kerap kali pada malam perjumpaan kami, Jho akan ke rumah Najib dahulu di Jalan Langgak Duta untuk berbincang dan mendapat pengesahan dokumen-dokumen yang akan dibincangkan dengan kami. Perkara ini kami tahu kerana Jho yang maklumkan sendiri kepada kami.
“Kerap kali, Jho akan email dahulu dokumen yang akan dibincangkan sebelum perjumpaan diadakan. Namun setiap kali perjumpaan, Jho akan membawa sendiri salinan-salinan yang diperlukan untuk pertemuan sulit kami,” katanya.
Beliau berkata oleh sebab itu, kebiasaannya mereka tidak akan mencetak email yang dihantar itu kerana kebiasaannya ada juga tambahan kepada dokumen yang dibawa oleh Jho Low seperti salinan surat-surat dan minit-minit daripada Najib.
Beliau berkata Najib sendiri tidak pernah mengarahkan beliau dan Datuk Azlin berjumpa Jho Low bagi pertemuan malam tersebut tetapi beliau telah menggunakan Jho Low untuk mengarahkan kami.
Katanya beliau tahu apa yang diarahkan oleh Jho Low adalah apa yang telah dipersetujui oleh Najib kerana seperti yang telah beliau jelaskan, ada beberapa kali Datuk Azlin atau beliau sendiri berjumpa dengan Najib untuk mengesahkan tentang arahan-arahan yang diterima berdasarkan dokumen-dokumen yang Jho Low bekalkan kepada kami berdua.
“Datuk Seri Najib pada kebanyakan masanya tidak mempersoalkan arahan-arahan tersebut dan akan bersetuju untuk tindakan-tindakan lanjut dilaksanakan.
“Email-email yang dihantar kepada saya dan Datuk Azlin oleh Jho amat sulit dan kerapkali ia dihantar dengan alamat email yang rawak. Saya mengesahkan bahawa alamat email yang selalu digunakan oleh Jho bagi mengatur pertemuan dan menghantar dokumen kepada saya dan Datuk Azlin ialah [email protected].
“Saya boleh mengesahkan ini adalah alamat email Jho kerana tajuk-tajuk atau rumusan email ini adalah sama dengan perkara yang dibincangkan dalam pertemuan antara kami kemudiannya. Datuk Azlin juga biasa merujuk email Jho kepada saya dengan menyebut “dealrainman”,” katanya.
Beliau berkata email-email itu akan dihantar kepadanya di alamat [email protected] dan kepada Datuk Azlin di alamat [email protected]. dan kebiasaannya, Jho Low akan menghantar email ditujukan kepada Datuk Azlin dan disalinkan kepadanya (saksi).
“Selepas isu 1MDB banyak diperkatakan oleh umum, Jho kerap kali meletakkan password pada setiap dokumen yang dilampirkan pada email beliau. Password tersebut akan dimaklumkan kepada saya dan Datuk Azlin melalui mesej BBM,” katanya. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/09/pertemuan-sulit-bincang-1mdb-dengan-jho-low-dibuat-waktu-malam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Khas Najib Akui Pertemuan Sulit Dengan Jho Low

Pegawai Khas Najib Akui Pertemuan Sulit Dengan Jho Low

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 411 hits
Pegawai Khas Najib akui pertemuan sulit dengan Jho LowOleh September 04 2019Biarpun sebelum ini bekas PM Najib Razak berkali kali menafikan kenal Jho Low atau usahawan Cina itu menguruskan kewangannya bekas Pegawai Khas Najib Datuk Amhari E...
Rentasan Berita 555 Terdedah Saksi Dedah Jho Low Diberi Mandat Lakukan Kerja Sulit

Rentasan Berita 555 Terdedah Saksi Dedah Jho Low Diberi Mandat Lakukan Kerja Sulit

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 239 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 555 1 KOMUNIKASI PAKATAN HARAPAN KURANG BAIK KATA TUN 2 KE MANA HALUAN HARI KEBANGSAAN DAN MAAL HIJRAH 3 PENCEN 65 TAHUN TIADA DALAM MENIFESTO PAKATAN HARAPAN 4 JHO LOW PENASIHAT TIDAK RASMI NAJIB KATA SAKSI Layari Fa...
1mdb Bukan Najib Tetapi Jho Low Beri Ancaman Kepada Saya Amhari

1mdb Bukan Najib Tetapi Jho Low Beri Ancaman Kepada Saya Amhari

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 446 hits
Datuk Amhari Efendi Nazaruddin saksi kelapan kes 1MDB yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Dua hari memberi keterangan Datuk Amhari Efendi Nazaru...
Najib 1mdb Trial Day 5 Jho Low Was At Najib S House More Often Than Others

Najib 1mdb Trial Day 5 Jho Low Was At Najib S House More Often Than Others

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 321 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged abuse of power and laundering of 1MDB funds enters its fifth day at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the proceedings S...
Najib Beri Jho Low Mandat Urus Bailout Hutang 1mdb Dan Src

Najib Beri Jho Low Mandat Urus Bailout Hutang 1mdb Dan Src

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 274 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak mempunyai pengetahuan dan telah memberikan mandat kepada ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low untuk merancang dan menguruskan usaha bagi menyelamatkan kerug...
1mdb Jho Low Jolok Jubor

1mdb Jho Low Jolok Jubor

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 770 hits
Huhu Hari ke 5 Jho Low keluar masuk rumah NajibPerbicaraan jenayah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB masuk hari keempat di Mahkamah Tinggi Kuala Lump...
1mdb Trial Jho Low Was Najib S Alter Ego Prosecution Says In Opening Statement

1mdb Trial Jho Low Was Najib S Alter Ego Prosecution Says In Opening Statement

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 300 hits
Najib during one of his court appearances File Photo KUCHING Datuk Seri Najib Razak s 1MDB trial started today with the prosecution saying that it will prove that fugitive businessman Low Taek Jho is the alter ego of the former prime minist...
Hanya Najib Dan Jho Low Ada Gambaran Penuh Percaturan 1mdb

Hanya Najib Dan Jho Low Ada Gambaran Penuh Percaturan 1mdb

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 323 hits
KES 1MDB NAJIB Hanya Najib Razak dan Low Taek Jho yang ada gambaran penuh percaturan berhubung urus niaga 1MDB pada masa itu kata bekas pegawai khas Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini Memberi keterangan dalam perbicaraan jenayah...
1mdb Trial Jho Low Flooded Najib S Ex Aides With Emails In Bid To Contain Fallout Deny Role In Scandal

1mdb Trial Jho Low Flooded Najib S Ex Aides With Emails In Bid To Contain Fallout Deny Role In Scandal

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 388 hits
In this document in paragraph seven it stresses how Jho Low played no role in 1MDB even though he happens to be the main planner concerning confidential 1MDB dealings Fugitive financier Low Taek Jho sent hundreds of emails to Datuk Seri Naj...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut