1mdb Jho Low Jolok Jubor



Huhu..!


Hari ke-5: Jho Low keluar masuk rumah NajibPerbicaraan jenayah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB masuk hari keempat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Malaysiakini melaporkan perbicaraan ini secara langsung
4.40 petang: Hakim menangguhkan perbicaraan dan akan disambung 9.30 pagi Selasa depan
Pada hari itu nanti, pihak pembelaan dijangka akan meneruskan soalan balas ke atas bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin. 4.05 petang: Amhari Efendi Nazaruddin memberitahu mahkamah, ahli perniagaan yang jadi buruan pihak berkuasa banyak negara, Jho Low, selalu dilihat di rumah Najib Razak sebelum ini
Saksi pendakwaan itu berkata, keadaan itu menjadi salah satu sebab mengapa dia percaya Jho Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - adalah orang yang rapat dengan Najib
Sebelum itu Amhari ditanya peguam bela Najib, Muhammad Shafee Abdullah, mengenai sebab dia dan ketuanya ketika itu - Allahyarham Azlin Alias - menganggap Jho Low adalah orang yang akrab dengan bekas perdana menteri terbabit
Shafee: Beritahu saya, apa yang kamu saksikan sendiri yang boleh dianggap Jho Low ialah seseorang yang dekat dengan Najib
Amhari: Saya melihat dia lebih kerap keluar masuk rumah Najib berbanding orang lain
Shafee: Kamu nampak sendiri? Di mana? Rumah di Jalan Duta atau..
Amhari: Kedua-dua (rumah), kebanyakannya di (Jalan Langgak) Duta
Saksi: Jho Low terlibat bawa Manchester City ke M'sia3.20 petang: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho pernah mencadangkan agar kelab bola sepak Inggeris, Manchester City datang ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan, kata Amhari Efendi Nazaruddin
Bekas pegawai khas Najib Razak itu berkata demikian ketika ditanya peguam Muhammad Shafee Abdullah berkenaan bila dia meminta pengesahan Najib berkenaan Jho Low yang memberi arahan bagi pihak bekas perdana mentri itu
Shafee: Jadi Jho Low juga terlibat dalam cadangan untuk Manchester City untuk datang ke Malaysia
Amhari: Perkara serius seperti 1MDB dan lembaga pengarahnya dikendalikan oleh Azlin (ketika mengesahkan arahan Jho Low dengan Najib), tetapi berkenaan media sosial dan melibatkan orang atau acara, Azlin berkata saya boleh periksa dan sahkan berkenaan arahan Jho Low
Amhari merujuk kepada Azlin Alias, bekas ketua setiausaha sulit Najib yang meninggal dalam nahas helikopter pada 2015
'Jho Low macam tok dalang, manipulasi orang untuk kemahuannya'2.45 petang: Bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin menyifatkan Low Taek Jho sebagai seorang yang berkebolehan memujuk orang di kedudukan dan tahap yang berbeza, untuk mendapatkan apa yang diingininya
Saksi kelapan pendakwaan itu berkata demikian ketika ditanya peguam Muhammad Shafee Abdullah tentang mengapa dia menyimpulkan Jho Low sebagai "master manipulator"
Kesimpulan itu dinyatakan Amhari dalam pernyataan bertulisnya
"...Dia mampu bertemu dan memujuk orang di pelbagai kedudukan, sama ada berpangkat tinggi, pertengahan atau rendah, melibatkan orang dan organisasi tempatan dan luar negara, untuk mendapatkan apa yang dimahukannya. Sehingga pada kebanyakan masa kita tidak kenal siapa orang itu," katanya
Dia kemudian analogi perlawanan bola sepak, dengan berkata Jho Low ialah individu yang kenal semua orang - pengadil, pengurus kedua-dua pasukan, dan malah pihak yang membina stadium - dan mampu mengubah keputusan perlawanan mengikut kemahuannya
Amhari kemudian setuju dengan cadangan Shafee bahawa Jho Low ialah seorang 'tok dalang' (master of puppet)
Pendakwaan mahu minta batalkan ikat jamin jika Najib terus lambat2.34 petang: "Jika ini berterusan, kita akan minta pembatalan ikan jamin."Kenyataan ringkas tapi tegas itu daripada ketua pendakwaan Gopal Sri Ram apabila Najib Razak sekali lagi lewat masuk ke mahkamah selepas rehat tengah hari tamat
Terdahulu hari ini, Najib lewat selepas mahkamah berhenti rehat sekejap
"Kami akan memaklumkan kepadanya," kata ketua pembelaan Muhammad Shafee Abdullah kepada hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah
Sequerah kemudian mengarahkan perbicaraan berhenti sementara menunggu Najib
Bekas perdana menteri itu dilihat masuk ke mahkamah dan terus ke kandang tertuduh beberapa minit kemudian
1 tengah hari: Perbicaraan berhenti rehat tengah hari dan akan bersambung semula pada pukul 2.30 petang
Hadirin ketawa pen hakim habis dakwat12.32 tengah hari: Mereka yang hadir di mahkamah hari ini tidak dapat menahan ketawa apabila hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah berkata pennya kehabisan dakwat
"(Perlu) tukar pen," kata Sequerah kepada penterjemah mahkamah
Penterjemah itu kemudian bangun dan kembali dengan pen baru tidak lama kemudian


Collin Lawrence SequerahSaksi: Jho Low beri pinjam AS$200,000, kata tak perlu terburu-buru bayar12.15 tengah hari: Bekas pegawai khas Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin memberitahu mahkamah perniagaan Low Taek Jho meminjamkan AS$200,000 kepadanya pada 2010
Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah, saksi kelapan pendakwaan itu berkata dia berhasrat membayar semula setelah menjual rumahnya di Kota Damansara
Menurut Amhari, dia pada mulanya cuba mendapatkan pinjaman daripada Bank Negara dan insititusi kewangan lain tetapi tidak berjaya, selain cuba meminjam daripada beberapa individu
Katanya, ketika itulah Jho Low setuju untuk meminjamkan wang kepadanya, yang dipindah ke akaun Maybanknya daripada sebuah syarikat bernama Alsen Chance
Bagaimanapun Amhari berkata dia tidak pernah membayar semula wang itu kepada Jho Low kerana tidak dapat menjual rumah tersebut, dan Jho Low juga menolak tawarannya untuk memindah milik rumah itu kepadanya
"Selepas itu saya cuba lagi (untuk bayar). Saya beritahu dia yang saya boleh pindah milik rumah. Dia kata 'take your time'," katanya lagi
Dia berkata mereka tidak membuat perjanjian bertulis untuk pinjaman itu memandangkan Jho Low berkata tiada keperluan untuk berbuat demikian

Saksi: Saya dinasihati agar tak dengar arahan Jho Low11.50 pagi: Menurut Amhari Efendi Nazaruddin, dia dinasihatkan orang atasannya di Pejabat Perdana Menteri pada 2008 untuk tidak mendengar kata-kata ahli perniagaan yang terpalit skandal 1MDB, Low Taek Jho
Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah, bekas pegawai khas Najib Razak itu berkata nasihat itu diberikan oleh Ab Aziz Kassim dan Allahyarham Azlin Alias
Pada masa itu, Ab Aziz ialah ketua setiausaha sulit Najib, manakala Azlin adalah orang atasan Amhari di Bahagia Ekonomi Pejabat Perdana Menteri
Katanya lagi, Ab Aziz dan Azlin menasihatinya agar mendengar arahan Najib sahaja dan tidak orang lain, termasuk Jho Low
Dia meminta pandangan dua individu itu selepas diberitahu Jho Low yang Najib telah membenarkan ahli perniagaan itu untuk menjadi wakilnya dalam satu mesyuarat berkenaan Terengganu Investment Authority Bhd (TIA) - pendahulu kepada 1MDB
Shafee: Soalan logik saya ialah, untuk isu yang tidak begitu kritikal, anda rasa penting untuk semak apa yang dikatakan Low. Anda juga dinasihatkan oleh dua orang - Ab Aziz dan Azlin - untuk tidak dengar sesiapa kecuali Najib. Anda sudah dinasihati untuk tidak dengar arahan Low
Amhari: Ya
11.32 pagi: Perbicaraan bersambung agak lambat kerana menunggu tertuduh, Najib Razak
Ketua pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah kemudian memohon maaf kepada mahkamah kerana Najib tiada ketika hakim mahu memulakan semula perbicaraan, beberapa minit sebelumnya
Shafee kemudian meneruskan pemeriksaan balas dengan bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin
11.05: Perbicaraan berhenti rehat selama 15 minit
Saksi: Saya, Azlin diancam Jho Low10.55 pagi: Saksi kelapan pendakwaan Amhari Efendi Nazaruddin berkata ahli perniagaan Low Taek Jho memberi ancaman kepadanya dan setiausaha sulit Najib pada masa itu, Azlin Alias
Bekas pegawai khas Najib itu berkata demikian ketika disoal peguam Muhammad Shafee Abdullah berkenaan kandungan dalam pernyataan bertulisnya
Ia berkenaan kenyataan Amhari bahawa dia dan Azlin merasakan kehidupan mereka mungkin terkesan dan berisiko hilang kerja jika tidak mematuhi arahan Jho Low
Shafee: Anda merasakan ancaman daripada PMO (Pejabat Perdana Menteri ) atau perdana menteri (Najib)
Amhari: Bukan secara terus daripada perdana menteri (Najib). Jho Low ada restu Najib
Shafee: Itu yang didakwa Jho Low (kepada Azlin dan Amhari). Adakah anda rasa ancaman daripada bos anda sendiri (Najib) dan disampaikan melalui Jho Low
Amhari: Seperti yang dikatakan Azlin (kepadanya ketika perbincangan antara mereka), ancaman bukan terus daripada PM, tetapi secara tidak langsung daripada PM
Shafee: Ia (ancaman) daripada Jho Low
Amhari: Ya

Saksi: Akaun bank di Singapura dibuka untuk PRU ke-1310.26 pagi: Bekas pegawai khas Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin berkata ahli perniagaan Low Taek Jho memintanya membuka akaun di Bank BSI Singapura sebagai persediaan menghadapi PRU 2013
Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah, Amhari berkata Low menyatakan perkara itu ketika perbincangan bersamanya dan Allahyarham Azlin Alias, setiausaha sulit Najib pada masa itu
Amhari: Ia sebagai persediaan untuk PRU ke-13
Shafee: Itu sangkaan anda
Amhari: Saya sebut ia untuk dana politik. Tak setuju (hanya sangkaan) kerana ada perbincangan tentang akaun itu ketika pilihan raya makin hampir
Shafee: Sekarang anda kata ketika (perbincangan) pembukaan akaun di sebuah bilik hotel, Low kata ia akaun persediaan untuk pilihan raya
Amhari: Perbincangan itu antara Low, Azlin dan saya. Ia dari Low
Shafee: Low kata ia untuk pilihan raya? Amhari: Ya
Akaun bank itu merupakan subjek dalam beberapa pendakwaan 1MDB terhadap Najib
Saksi setuju 'orang sudah mati tak boleh cerita lagi'10.20 pagi: Bekas pegawai khas Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin setuju bahawa bekas bosnya Azlin Alias, yang meninggal dunia pada 2015, tidak akan dapat membela dirinya
Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah, dia juga setuju bahawa lebih mudah untuk mana-mana individu meletakkan kesalahan kepada orang yang telah mati
Shafee: Anda setuju orang yang sudah meninggal tidak boleh cerita lagi
Amhari: Betul
Ia susulan tindakan Amhari untuk terus menyebut nama Azlin dalam keterangannya, termasuk dalam soal urusan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho
Terdahulu, Amhari berkata pembukaan akaun di Bank BSI di Singapura dibuat atas arahan Low, kerana dia berpandukan Azlin
Azlin bertugas sebagai setiausaha sulit Najib sehinggalah meninggal dunia dalam nahas helikopter pada 2015
Bekas pegawai Najib: Akaun BSI S'pura guna nama syarikat atas nama10.15 pagi: Bekas pegawai Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin berkata akaun bank yang dibukanya di Bank BSI Singapura atas nasihat Jho Low pada 2012, didaftarkan di bawah sebuah syarikat atas nama (shell company)
Saksi kelapan pendakwaan itu berkata, syarikat itu bernama 'Aerosphere Ltd' dan didaftar menggunakan namanya sebagai pemegang saham tunggal
Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah, Amhari berkata dia bagaimanapun tidak pernah mempersoal Jho Low berkenaan perkara itu
Katanya, dia hanya mengikut perintah dan percaya kepada Jho Low dan Allahyarham Azlin Alias, yang merupakan orang atasannya di Pejabat Perdana Menteri ketika itu
Peguam: Najib tak tahu Jho Low arah akaun bank dibuka di Singapura9.55 pagi: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Najib Razak tidak tahu Amhari Efendi Nazaruddin - ketika itu sebagai pegawai khasnya - telah diarah oleh Jho Low untuk membuka akaun bank di Singapura
Perkara itu dinyatakan peguam bekas perdana menteri itu, Muhammad Shafee Abdullah ketika pemeriksaan balas dengan Amhari yang merupakan saksi kelapan pendakwaan
Amhari kemudian berkata dia tidak pernah secara peribadi memberitahu Najib berkenaan perkara itu
Shafee: Saya dapat arahan daripada anak guam saya yang sebelum pendedahan dalam pernyataan bertulis anda (berkenaan dakwaan Jho Low mengarahkannya membuka akaun bank di Singapura), dia (Najib) tidak tahu anda (buka) akaun bank di Singapura
Amhari: Saya tidak tahu
Shafee: Anda tidak pernah beritahu fakta ini kepadanya (Najib) yang Jho Low minta anda buka akaun bank, bulat-bulat percaya (Jho Low) dan tak kisah untuk beritahu bos anda (Najib)
Amhari: Saya tak pernah. Tapi saya ada Azlin (Allahyarham Azlin Alias, orang atasan Amhari dan setiausaha sulit Najib ketika itu) dan lihat bagaimana dia kendalikan situasi, dan saya ikut langkahnya
Shafee: Apa maksud anda
Amhari: Saya sebut (dalam pernyataan bertulis) yang saya ikut Azlin, kerana pada masa itu saya pegawai junior, dan bukan seorang Datuk. Bukan senang nak jumpa Najib
Pada masa itu, orang yang jumpa Najib ialah Azlin. Saya tiada ruang seperti Azlin untuk jumpa Najib

Shafee AbdullahPerbicaraan bermula9.41 pagi: Bekas perdana menteri Najib Razak masuk ke kandang tertuduh dan perbicaraan pun bermula
9.25 pagi: Tertuduh, Najib Razak masuk ke mahkamah dan duduk di barisan depan galeri awam sementara menunggu perbicaraan dimulakan
Masuk hari kelima perbicaraan kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB terhadap Najib Razak, pasukan pembelaan dijangka menyoal bekas pegawai khas bekas perdana menteri itu, Amhari Efendi Narazuddin
Ketua pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah dijangka memulakan pemeriksaan balas dengan Amhari
Amhari menerusi pernyataan bertulis 77 halamannya telah membuat sejumlah pendedahan yang menarik perhatian, sepanjang dua hari perbicaraan
Misalnya di memberitahu mahkamah semalam yang Najib memberi mandat kepada ahli perniagaan Low Taek Jho untuk melaksanakan pelan menyelamatkan (bail out) 1MDB - yang melibatkan tiga projek mega dengan sokongan China, iaitu Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP), Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
Saksi kelapan pendakwaan itu juga berkata tiada pegawai Pejabat Perdana Menteri yang berani mempersoal Najib berhubung sumber dana yang diterimanya
Ketika perbicaraan bermula di depan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah hari ini, semua pandangan akan bertumpu terhadap pendekatan yang akan digunakan pasukan pembelaan dalam pemeriksaan balas dengan Amhari
sumberBaca lagi..‘Jho Low beri saya pinjaman AS$200,000 tanpa sebarang perjanjian’Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho memberikan pinjaman sebanyak AS$200,000 kepada pegawai khas perdana menteri Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin pada 2010
Memberi keteragan sebagai saksi kelapan pihak pendakwaan dalam kes rasuah 1MDB membabitkan Najib, Amhari berkata beliau gagal memperoleh pinjaman daripada pelbagai institusi kewangan untuk membeli sebuah rumah di Kota Damansara
Bagaimanapun Low kemudian tampil membantunya
"Saya minta daripada ramai orang, dia (Low) menawarkan bantuan," katanya semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah
Amhari berkata wang itu adalah untuknya membeli rumah "nombor 29" yang bernilai RM1.85 juta dan beliau berhasrat untuk menyelesaikan pinjaman itu selepas rumah lainnya "nombor 11" juga di Kota Damansara, dijual
Walau bagaimanapun, Amhari berkata beliau tidak dapat menjual rumah "nombor 11" dan kemudiannya menawarkan untuk memindahkan geran harta itu kepada Low (foto, bawah) sebagai pembayaran balik tetapi ahli perniagaan itu tidak tergesa-gesa mahu mendapatkan wangnya semula

"Saya beritahu dia, kita boleh pindah hak milik rumah itu. Dia kata ambil masa kamu lah," katanya, sambil bersetuju dengan Shafee bahawa Low adalah "pemberi pinjaman yang baik"
Amhari, yang masih memiliki kedua-dua hartanah itu, berkata Low memberitahunya tidak ada keperluan untuk sebarang perjanjian pinjaman
Namun baru-baru ini, Amhari mendapat tahu bahawa wang yang diterima dari Low adalah berasal dari syarikat yang sedang disiasat oleh SPRM
Amhari berkata beliau menerima wang itu menerusi akaun Maybank miliknya daripada syarikat bernama Alsen Chance Ltd, yang dipercayainya dikawal oleh Low
Nama Alsen Chance juga muncul dalam saman pelucutan sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung kes 1MDB
Menurut DOJ, dana dari Alsen Chance Ltd berasal dari Good Star Ltd, syarikat yang menerima dana yang diselewengkan hasil usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International LTD, serta dua bon 1MDB pada tahun 2012
DOJ berkata dana dari akaun Standard Chartered Bank milik Alsen Chance di Singapura, digunakan untuk membiayai antara lain, hutang judi Low dan syarikat penerbitan filem anak tiri Najib, Riza Aziz (foto, bawah) iaitu Red Granite Pictures

DOJ juga membuat kesimpulan bahawa sekutu Low, Eric Tan Kim Loong adalah pemilik benefisial Alsen Chance
Dalam keterangannya, Amhari berkata beliau juga memiliki dua pangsapuri studio di Puteri Harbour, Johor
Saksi itu juga berkata beliau mahu membeli hartanah sebanyak RM3.8 juta di Pavillion Damansara Heights tetapi membatalkanniat itu selepas diberitahu untuk meninggalkan Khazanah Nasional Berhad di mana beliau memperoleh gaji bulanan sebanyak RM55,000
Terdahulu, Amhari memberi keterangan bahawa beliau percaya Low bertindak dengan restu daripada Najib (foto, bawah)

Amhari juga mendakwa bahawa dia telah membuka akaun bank dengan menggunakan nama syarikat cengkerang Aerosphere Ltd di bawah namanya atas arahan Low
sumberTak kenai arrrgghhhh..!!!Lu Fikir La Sendiri..!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2019/09/1mdb-jho-low-jolok-jubor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1mdb Trial Jho Low Flooded Najib S Ex Aides With Emails In Bid To Contain Fallout Deny Role In Scandal

1mdb Trial Jho Low Flooded Najib S Ex Aides With Emails In Bid To Contain Fallout Deny Role In Scandal

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 388 hits
In this document in paragraph seven it stresses how Jho Low played no role in 1MDB even though he happens to be the main planner concerning confidential 1MDB dealings Fugitive financier Low Taek Jho sent hundreds of emails to Datuk Seri Naj...
Najib Beri Jho Low Mandat Urus Bailout Hutang 1mdb Dan Src

Najib Beri Jho Low Mandat Urus Bailout Hutang 1mdb Dan Src

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 274 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak mempunyai pengetahuan dan telah memberikan mandat kepada ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low untuk merancang dan menguruskan usaha bagi menyelamatkan kerug...
Najib 1mdb Trial Day 5 Jho Low Was At Najib S House More Often Than Others

Najib 1mdb Trial Day 5 Jho Low Was At Najib S House More Often Than Others

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 321 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged abuse of power and laundering of 1MDB funds enters its fifth day at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the proceedings S...
1mdb Bukan Najib Tetapi Jho Low Beri Ancaman Kepada Saya Amhari

1mdb Bukan Najib Tetapi Jho Low Beri Ancaman Kepada Saya Amhari

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 446 hits
Datuk Amhari Efendi Nazaruddin saksi kelapan kes 1MDB yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Dua hari memberi keterangan Datuk Amhari Efendi Nazaru...
Hanya Najib Dan Jho Low Ada Gambaran Penuh Percaturan 1mdb

Hanya Najib Dan Jho Low Ada Gambaran Penuh Percaturan 1mdb

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 323 hits
KES 1MDB NAJIB Hanya Najib Razak dan Low Taek Jho yang ada gambaran penuh percaturan berhubung urus niaga 1MDB pada masa itu kata bekas pegawai khas Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini Memberi keterangan dalam perbicaraan jenayah...
Pertemuan Sulit Bincang 1mdb Dengan Jho Low Dibuat Waktu Malam

Pertemuan Sulit Bincang 1mdb Dengan Jho Low Dibuat Waktu Malam

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 289 hits
Seorang saksi penting mendedahkan di Mahkamah Tinggi hari ini bahawa modus operandi pertemuan sulit untuk membincangkan urusan 1Malaysia Development Berhad bersama ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low dibu...
1mdb Trial Najib S Ex Aide Says Rosmah Called Jho Low Regularly Invited Him To Very Very Exclusive Events

1mdb Trial Najib S Ex Aide Says Rosmah Called Jho Low Regularly Invited Him To Very Very Exclusive Events

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 308 hits
Datin Seri Rosmah Mansor telephoned fugitive financier Low Taek Jho frequently and often hosted him at private events at her and Datuk Seri Najib Razak s family home here the High Court was told today Datuk Amhari Efendi Nazaruddin a former...
1mdb Trial Jho Low Was Najib S Alter Ego Prosecution Says In Opening Statement

1mdb Trial Jho Low Was Najib S Alter Ego Prosecution Says In Opening Statement

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 300 hits
Najib during one of his court appearances File Photo KUCHING Datuk Seri Najib Razak s 1MDB trial started today with the prosecution saying that it will prove that fugitive businessman Low Taek Jho is the alter ego of the former prime minist...
Jho Low Lent Me Us 200k Without Agreement Najib S Ex Aide

Jho Low Lent Me Us 200k Without Agreement Najib S Ex Aide

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 375 hits
NAJIB TRIAL The Kuala Lumpur High Court today heard that fugitive businessperson Low Taek Jho gave a US 200 000 loan to then prime minister Najib Abdul Razak s special officer Amhari Efendi Nazaruddin in 2010 Testifying as the eighth witnes...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game