Pertemuan Saya Dengan Yab Tun Mahathir


"Dan apa yang Tun mahu lakukan selepas berjaya dapatkan semula (Parti Bersatu)?" tanya saya lagi kerana melihat kesungguhannya dalam melaksanakan usaha ini. "Adakah Tun ingin Bersatu kekal dalam PN (Perikatan Nasional) atau menyertai kembali PH (Pakatan Harapan)?"

Oleh KHALID ABD SAMADMarch 23, 2020 1:52 pmDari renungan matanya saya dapat merasai kesedihan yang terbuku di hatinya. Beliau terluka dengan pengkhianatan yang berlaku. Pada usia 95 tahun, saya fikir beliau tentu telah mengalami pengkhianatan berkali-kali dan tidak akan terkesan dengan apa yang sedang beliau lalui sekarang. Walaupun beliau cuba untuk menyembunyikannya, saya dapat merasai bahawa Tun terkesan dan sedang kesedihan.Seperti biasa, beliau duduk di atas kerusi dengan tegak, tidak membongkok ataupun menggerak-gerakkan badannya. Walaupun saya merasakan hatinya sedang menanggung pilu, namun kelihatan wajahnya, dan juga keseluruhan tindak-tanduknya menggambarkan beliau seorang yang sedang memperjuangkan sesuatu misi.Mungkin atas sebab Tun perasan saya sedang merasai bahawa dia sedang kesedihan, lantas Tun dengan cepat bertanya, “Kenapa kamu tidak datang tempoh hari bersama dengan pemimpin-pemimpin AMANAH yang lain?” Memang dua hari lepas ada lawatan oleh lima pimpinan utama AMANAH dan saya tidak bersama mereka. Perasan juga dia bahawa saya tidak bersama, takkan dia rindukan saya, saya terfikir.Saya senyum dan sambil perlahan-lahan berpaling saya menjawab, “Mereka tidak menjemput saya bersama!” Tun kelihatan terkejut dan sambil tersenyum simpul beliau meletakkan file yang dipegangnya lalu bertanya, “Mengapa tidak? Bukankah kamu juga salah seorang pemimpin tertinggi mereka?”Sekali lagi saya tersenyum, merasakan inilah peluangnya untuk melawak dan membuatkan lelaki tua ini ketawa. Sambil memandang tepat ke wajahnya, saya berkata, “Saya rasa mungkin mereka fikir Tun tidak mahu bertemu dengan saya” dan saya tertawa kecil tetapi dia hanya sekadar tersengeh. “Kenapa begitu?” tanya beliau lagi, sedangkan saya yakin dia cukup mengetahui bahawa saya dilaporkan membuat kenyataan yang tidak disenangi beliau beberapa hari sebelum itu.“Oh, sebagaimana Tun tahu, saya ni terlalu banyak bercakap dan malangnya apa yang dilaporkan berbeza dengan apa yang dikatakan. Saya dilaporkan meminta Tun letak jawatan, dua hari selepas Tun sendiri letak jawatan!”Dan kami ketawa ke atas kelucuan laporan tersebut.Ianya hari Khamis, 12 Mac, 11.05 pagi di pejabat Tun, di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Saya telah membuat temujanji untuk bertemu dengan beliau memandangkan pada malam tersebut saya juga telah dijadualkan untuk memberi ceramah dalam FB Live atas jemputan ‘KelabInspirasikuMahathir’ pada pukul 9 malam. Saya mahu jelas tentang beberapa pandangan beliau, sekiranya moderator bertanya kepada saya tentang apa yang saya fikirkan mengenai beliau sebagai seorang individu dan sebagai seorang pemimpin. Saya ingin cuba untuk memahami personaliti ini.Saya telah pergi bertemu Tun bersama dengan Haji Azli, mantan Setiausaha Politik saya merangkap Ketua Kawasan AMANAH Shah Alam. Haji Azli telah menjadi Ketua Kawasan Shah Alam Parti AMANAH Negara sejak tahun 2015 dan pernah menjadi Ketua Kawasan PAS Shah Alam sebelum itu pada tahun 2013.Kami telah lebih daripada 30 minit bersama Tun. Hanya kami bertiga sahaja dan Azli mendiamkan diri hampir sepanjang masa tersebut. Ianya bagaikan sesi hati ke hati, sesi bicara tanpa halangan dan saya tanyakan soalan-soalan yang saya percaya ramai tidak sanggup tanya. Soalan berterus-terang, tajam tanpa selindung, tetapi masih sopan.Ketika kami mula-mula masuk ke biliknya, kami menghulurkan tangan untuk bersalam seperti biasa namun dengan cepat Tun membuat isyarat ‘Namaste’ dengan tangannya. Kami turut melakukan perkara yang sama, sambil mengakui kebenaran dalam kata-kata Tun, “isu Virus Corona ini adalah perkara yang serius”. Dan kami duduk di depan meja beliau yang seperti biasa penuh dengan surat dan file.Selepas perbualan ringkas seperti yang dilaporkan di atas, saya mula mengemukakan beberapa soalan. Banyak soalan yang telah ditanya, tetapi saya tidak akan mendedahkan semuanya kali ini. Cuma apa yang saya mahu sampaikan adalah soalan terakhir saya kepada beliau, iaitu “Apa yang Tun mahu lakukan sekarang?” Tun menjawab bahawa beliau mahu dapatkan kembali Parti Bersatu yang dirasakannya telah dirampas darinya melalui penipuan dan pengkhianatan.“Dan apa yang Tun mahu lakukan selepas berjaya dapatkan semula (Parti Bersatu)?” tanya saya lagi kerana melihat kesungguhannya dalam melaksanakan usaha ini. “Adakah Tun ingin Bersatu kekal dalam PN (Perikatan Nasional) atau menyertai kembali PH (Pakatan Harapan)?”Beliau diam seketika, mungkin memikirkan bahawa jawapannya sepatutnya jelas bagi diri saya. Setelah menghela nafas panjang, Tun menjawab, “Kembali kepada PH”.Ya, sudah tentu, fikir saya. Demi perjuangan, walaupun sudah berada di peringkat umur yang agak lanjut, beliau masih mahukan satu parti politik Melayu yang baharu dan bebas dari gejala rasuah bagi menggantikan Umno. Bagi Tun, Umno sudah tidak dapat diselamatkan lagi, rosak hasil kedurjanaan Najib dengan falsafahnya “Cash is King”. Bersatu sepatutnya menjadi satu platform baharu yang akan hanya menerima pemimpin-pemimpin Umno yang bebas dari rasuah, sambil yang korup akan dibiarkan mereput bersama Umno. Tetapi untuk itu, Bersatu mestilah berada bersama gabungan yang memerintah sambil Umno kekal bersama pembangkang.Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah Azmin mempelawa Muhyiddin untuk meninggalkan PH dan bergabung dengan UMNO dan Pas untuk membentuk PN!Dan itulah sebabnya, ketika ditanya sebelum itu, Tun berkata Muhyiddin bukan mengkhianati dirinya tetapi mengkhianati perjuangan parti. Ini adalah kerana parti BERSATU dibentuk dengan objektif yang khusus dan jelas ini. Membawa Bersatu keluar dari PH dan membentuk kerajaan PN bersama UMNO bermakna matlamat  perjuangan menjadi sia-sia. Keberadaan UMNO di dalam gabungan parti pemerintah yang sama dengan bilangan kerusi yang lebih dari Bersatu, apakah alasannya untuk pemimpin UMNO meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu? Secara logiknya, selepas jangkamasa yang singkat, lebih mungkin yang sebaliknya akan berlaku. Mereka berada di dalam pakatan yang sama, mengapa perlu mereka meninggalkan Umno?Tun sudah pun mengingatkan Muhyiddin bahawa pada permulaannya, pemimpin-pemimpin Umno akan menerima segala syaratnya untuk membentuk satu pakatan kerajaan PN yang baharu tetapi sebaik sahaja Muhyiddin menarik Bersatu keluar dari PH, dia akan terpaksa tunduk kepada kehendak mereka! Ternyata ramalan Tun terbukti benar. Pada hari ini, kerajaan PN telah dijadikan gabungan, bukan antara parti politik tetapi gabungan individu Ahli Parlimen! Ini bermakna parti-parti politik ini tidak perlu setia kepada Muhyiddin dan sepantas mana mereka bersama Muhyiddin, sepantas itu jugalah wakil-wakil rakyat ini boleh meninggalkan beliau. Tiada ikatan, tiada janji, mereka hanyalah satu gabungan individu yang sangat longgar.Muhyiddin sedang dipergunakan, bukan sahaja oleh Najib dan sekutunya, tetapi lebih-lebih lagi oleh Azmin, seorang yang saya percaya akan berbuat apa sahaja untuk tidak dibayangi Anwar sekaligus bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Tun sedar akan hakikat ini dan menolak untuk menjadi “batu loncatan” kepada sesiapa pun.Malangnya Muhyiddin tidak sebijak itu atau mungkin juga pada pandangan beliau ini adalah peluang keemasan untuk beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia dan cita-cita ini adalah lebih penting daripada perjuangan parti. Ya, mungkin Muhyiddin bukanlah bodoh atau naif, seperti yang difikirkan ramai, tetapi beliau adalah seorang yang bercita-cita tinggi.Namun demikian, impian beliau mengelirukan diri beliau sendiri. Jelas beliau tidak memahami Tun dan kesungguhan Tun untuk meninggalkan legasi politik yang boleh dibanggakan rakyat. Di mana legasi ini merupakan parti politik Melayu baharu yang bersih dan bebas rasuah bagi menggantikan Umno.Atas sebab itu permohonan maaf Muhyiddin tidak akan dilayani Tun. Ianya bukan Tun yang telah kamu salahi Muhyiddin! Ianya adalah perjuangan dan matlamat di sebalik segala usahanya. Perjuangan yang mendorong Tun sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dan anda menjadikan kesemuanya berkecai menjadi debu-debu yang berterbangan!Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang akan meletakkan Bersatu dalam kedudukan yang sangat lemah dan merugikan. Mereka perlu berunding dengan UMNO dan Pas untuk mendapatkan kerusi sedangkan kedua-dua parti ini mempunyai sejarah yang panjang dan mantap dalam kesemua kerusi majoriti Melayu. Sedangkan Bersatu masih baharu. Tanpa perjuangan yang khusus dan tersendiri, pengundi Melayu akan mula melihat kekurangannya dalam barisan kepimpinannya sambil ‘ideologi’nya turut dilihat sama dengan Umno. Justifikasi berhubung kewujudannya akan mula dipersoal.Pada akhir sesi, saya merasakan saya memahami cara pemikiran Tun. Keperluan bagi beliau untuk mendapatkan semula parti beliau demi mencapai matlamat perjuangannya semakin jelas.Walau bagaimanapun, saya agak sangsi, berapa ramai di dalam Bersatu yang benar-benar berkongsi visi parti politik Melayu baharu yang bersih dan bebas rasuah itu. Dan berapa ramai pula yang akan sanggup bersama sehingga tercapai matlamat seperti beliau?Saya melihat jam tangan menunjukkan sudah pukul 11.45 pagi. Saya teringat yang sedang menunggu di luar, mahu berjumpa Tun dengan jadual temujanji pada jam 11.30 pagi. Saya kira, sudah sampai masa untuk pergi. Dengan itu kami berdiri bagi mengucapkan selamat tinggal dan mengambil foto sebagai kenangan pertemuan dan sesi hati ke hati.Sebelum beredar, saya mengambil kesempatan menyatakan kepada Tun, “Terima kasih Tun kerana telah melantik saya sebagai Menteri di Kabinet Tun. Meskipun untuk tempoh yang singkat, saya mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan Tun dan mengenali Tun dari perspektif yang berbeza”Dia kemudian memandang saya, memikirkan kta-kata saya itu sebagai kata-kata perpisahan akhir dan dia lantas berkata, “Ia belum selesai” sambil tersenyum. Saya rasa kita akan bertemu lagi dan jika peribadi berusia 95 tahun ini sanggup berhadapan dengan PN, maka adakah mungkin saya tidak?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/pertemuan-saya-dengan-yab-tun-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Kata Pemecatan Marzuki Tidak Sah

Tun Mahathir Kata Pemecatan Marzuki Tidak Sah

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 194 hits
Pertembungan antara Pengerusi Bersatu Tun Mahathir dan Presiden Muhyiddin Yassin semakin sengit berikutan pemecatan Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya tanpa keizinan pengerusi parti Petang tadi Dr Mahathir menyuarakan bantahan terhadap ...
Tun Dr Mahathir Mahu Pertahan Jawatan Pengerusi Bersatu

Tun Dr Mahathir Mahu Pertahan Jawatan Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 228 hits
PETALING JAYA Tun Dr Mahathir Mohamad akan mempertahankan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu Bekas Perdana Menteri itu menghantar borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan tertinggi parti itu melalui Ketua Bahagian Bersatu Selayang Zulki...
Perebutan Bersatu Tun Mahathir Tak Mampu Kalahkan Ts Muhyiddin

Perebutan Bersatu Tun Mahathir Tak Mampu Kalahkan Ts Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 239 hits
DI DALAM surat beliau kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini Tun Dr Mohamad menyifatkan pemberhentian Datuk Wira Marzuki Yahya daripada jawatan Setiausaha Agung BERSATU adalah tidak sah dan atau wajar diketepikan Alasan yang diberikan ole...
Peminat Tun Mahathir Dan Pemuja Mahafiraun

Peminat Tun Mahathir Dan Pemuja Mahafiraun

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 354 hits
Saya mulakan artikel pertama untuk tahun 2018 dengan satu kisah lucu sekurang kurangnya lucu kepada diri saya Sebelum ini saya tidak pernah terfikir bagaimana Dato Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke dalam penjara pada tahun 1998 oleh Dr Mahat...
Biarpun Disahkan Negatlf Tun Mahathir Tetap Duduk Rumah Kuarantin Diri Selama 14 Hari Cayalah

Biarpun Disahkan Negatlf Tun Mahathir Tetap Duduk Rumah Kuarantin Diri Selama 14 Hari Cayalah

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 246 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah disahkan negatif terhadap j4ngk1tan c0v1d 19 Menerusi laporan Astro Awani keputusan kesihatan negarawan berusia 95 tahun itu telah dikongsikan oleh pembantu rapatnya semalam Ujian tersebut...
Tun Mahathir Kata Ia Belum Selesai Khalid Samad

Tun Mahathir Kata Ia Belum Selesai Khalid Samad

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 288 hits
Ia belum selesai kata Dr M Khalid Samad Daripada renungan mata itu saya dapat merasai kesedihan yang terbuku di hatinya Beliau terluka dengan pengkhianatan yang berlaku Pada usia 95 tahun saya fikir beliau tentu mengalami pengkhianatan berk...
Sebagai Rujukan Masihkah Anda Percaya Tun Mahathir Penyelamat Negara

Sebagai Rujukan Masihkah Anda Percaya Tun Mahathir Penyelamat Negara

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 309 hits
PH telah konfirm jual aset negara dalam tempoh 16 bulan mereka memerintah 1 Khazanah jual IHH berhad kepada Jepun RM8 41 bilion 2 Khazanah jual saham CIMB RM364 juta 3 Axiata jual M1 Singapura kepada Singapura RM1 65 bilion 4 Khazanah jual ...
Tun Mahathir Bukan Lagi Anggota Ph Anwar Ibrahim

Tun Mahathir Bukan Lagi Anggota Ph Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 305 hits
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi anggota Pakatan Harapan Bagaimanapun pihaknya masih terbuka sekiranya ada perbincangan dan kerjasama bersama Mahath...
Tun Mahathir Perdayakan Saya Untuk Percaya Dato Seri Najib Curi Rm2 6 Billion

Tun Mahathir Perdayakan Saya Untuk Percaya Dato Seri Najib Curi Rm2 6 Billion

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 859 hits
Hari ini saya menulis tentang perbicaraan mahkamah semalam Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Zulkifli Ahmad tampil sebagai saksi ke 15 Menurut Zulkifli SPRM telah menerima kertas siasatan melibatkan dana RM2 6 bilion dan RM42 juta SRC ya...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Tattoos Raised And Itchy


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni