Peminat Tun Mahathir Dan Pemuja Mahafiraun



Saya mulakan artikel pertama untuk tahun 2018 dengan satu kisah lucu, sekurang-kurangnya lucu kepada diri saya.
Sebelum ini saya tidak pernah terfikir, bagaimana Dato’ Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke dalam penjara pada tahun 1998 oleh Dr. Mahathir ketika itu Perdana Menteri dan keluar pada tahun 2018 pun masih orang yang sama sebagai Perdana Menteri. Saya percaya sebenarnya ramai yang bingung tentang hal ini iaitu untuk apa perseteruan 20 tahun lalu antara mereka berdua jika kesudahannya orang yang sama akhirnya bekerjasama. Dalam ucapan Anwar baru-baru ini sering menyebut ayat “perjuangan 20 tahun kita berhasil” adalah untuk siapa sebenarnya? Laungan Undur Mahathir Negara Ok (UMNO) suatu masa dahulu untuk apa?
Tidak masuk akal untuk difikirkan, tetapi inilah yang dikatakan POLITIK. Seni serba kemungkinan. Tiada yang tetap dalam politik. Tiada yang dikatakan sahabat atau musuh, yang ada hanya sekutu atau seteru. Jawatan tidak tetap, penyokong tidak tetap, penentang tidak tetap. Yang tetap hanyalah Pengerusi Tetap, itupun belum tentu tetap.
Saya juga mengalami pengalaman yang sama dengan kebanyakan orang. Sebelum saya menulis catatan ini setelah sekian lama tidak menulis di dalam blog ini, saya mengambil masa membaca semula artikel-artikel lama yang pernah saya tulis dahulu. Saya tidak memadamnya, tetapi tergelak kecil dan tidak menyangka, antara dahulu dan sekarang, pemikiranku sangat berbeza.
Tidak dinafikan, saya adalah seorang pengkagum Tun Dr. Mahathir Mohamad. Seorang yang begitu saya kagumi dan hormati. Masih saya ingat sebelum tahun 2013, saya mengikut rapat perkembangan Tun Mahathir. Hormat kepada beliau kerana jasa 22 tahun mentadbir Malaysia dan juga menghormati sebagai seorang tua. Saya antara pengkomen tegar di ruangan komen laman Facebook “Saya Sayang Tun Dr. Mahathir” (SSTDMM), pernah beratur panjang sejauh berkilo-kilo meter semata-mata untuk bersalam dengan Tun Mahathir ketika Majlis Jamuan Hari Raya di kediaman beliau dekat perumahan mewah Palace Of The Golden Horses Kuala Lumpur. Walaupun ketika itu, hanya tinggal beberapa orang sahaja di hadapan saya dan susuk tubuh Tun M sudah di hadapan mata, beliau tiba-tiba masuk ke dalam rumah untuk berehat. Betapa kecewanya saya ketika itu, beratur panjang dan lama, tetapi tidak berkesempatan bersalam dengannya. Saya hanya berpeluang bersalaman dan bergambar kenangan dengan Dato Seri Mukhriz Mahathir, jadilah daripada tidak dapat bersalam dengan siapa-siapa. Begitu sekali saya “taksub” dengan beliau.
Antara sebab mengapa saya minat dengan pemimpin ini adalah kerana beliau mempunyai minat dalam dunia penulisan. Tidak seperti kebanyakan pemimpin politik yang lain, beliau mempunyai beberapa buah buku yang popular. Sewaktu “hidup dalam buangan” pasca peristiwa 13 Mei 1969, buku The Malay Dilemma menaikkan nama beliau sekali lagi di persada politik tanah air. Buku beliau yang paling terkenal dan laku adalah Doctor In The House atau dalam versi Bahasa Melayu berjudul Doktor Umum telah saya beli dan saya baca. Menariknya dalam buku tersebut menceritakan pengalaman dan cerita-cerita menarik yang kurang didengar oleh kebanyakan orang sepanjang penglibatan beliau dalam politik sehingga bersara pada tahun 2003. Saya tidak pasti, pemuja Tun Mahathir pada hari ini pernah atau tidak membaca buku Doktor Umum tersebut.
Anda juga dapat membaca penulisan-penulisan saya dalam blog ini yang mengangkat ideologi Tun M. Tidak kira dalam pemikiran beliau membangun Malaysia dan kritikan-kritikan saya terhadap UMNO suatu ketika dahulu. Saya berlapang dada dan menerima kritikan beliau terhadap UMNO ketika itu kerana merasakan beliau ikhlas untuk menegur untuk memperkukuhkan UMNO.
“THE TURNING POINT”
Rasa hormat saya terhadap beliau betul-betul luntur sewaktu perhimpunan BERSIH 4.0 pada tanggal 29 Ogos 2015, suatu perangai yang tidak wajar dilakukan oleh seorang yang digelar negarawan lebih-lebih lagi tinggal beberapa hari sebelum negara menyambut Hari Kemerdekaan 31 Ogos.
Hari itu, hancur sudahlah prinsip beliau sebagai seorang negarawan bagi pandangan saya. Suatu masa dahulu, beliaulah yang menghantar FRU untuk menghalau dan memukul penyokong-penyokong Anwar yang berhimpun di ibu kota bagi membantah dan mendesak penggundurannya sebagai Perdana Menteri. Video kekejaman FRU ke atas pendemo masih wujud di dunia maya, anda boleh tonton sendiri. Tun Mahathir mungkir dengan kata-katanya pada 4 Julai 2011 di Utusan Malaysia yang berkata ; “Hakikatnya, walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah kepada rakyat”.
Jangan lupa juga dengan kata-katanya dalam portal Sinar Harian pada 23 Mei 2013, yang berkata ; “Mereka mengadakan demonstrasi jalanan dan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan, ia akan berulang-ulang. Keputusannya adalah ketidakstabilan kepada negara, tiada pembangunan dan kemiskinan akan bertambah. Negara mungkin akan meminjam wang dan akhirnya negara hilang kemerdekaan”.
Ya. Anda boleh merasionalkan tindakan beliau atas dasar demokrasi. Kita juga boleh merasionalkan tindakannya itu sebagai gaya politik Machiavelli iaitu Matlamat Menghalalkan Cara. Mungkin juga anda boleh mengatakan bahawa “Alaaa.. Biasalah politik, hari ni lain esok lain”. Tetapi bagi saya yang menjadi pengkagum beliau atas dasar ilmu dan prinsip, tidak dapat menerima contoh buruk yang beliau tunjukkan kepada orang muda kepada saya.
Tidaklah saya katakan perbezaan pandangan dan pendapat antara beliau dan Dato’ Seri Najib Razak sesuatu yang tidak dibolehkan. Perkara biasalah dalam hidup kita mempunyai perbezaan pendapat, tetapi saya mempersoalkan cara beliau menyerang dan melawan Dato’ Seri Najib adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Saya amat kecewa dengan usahasama beliau dengan DAP yang mana DAP-lah seteru utama beliau suatu masa dahulu. Prinsip terpaksa digadaikan hanya kerana mahu mencapai matlamat peribadi. Mengapa saya katakan matlamat peribadi? Sungguh pun mahu melawan Najib, apakah dengan bersekongkol dengan musuh dan menjatuhkan BN sebagai parti yang pernah mengangkat dan menyokongnya dahulu sebagai satu perkara yang murni? Saya bukannya tidak menerima realiti, tetapi sekadar meluahkan kekecewaan dalam hati kepada beliau sahaja.
Apa pun, inilah realiti yang perlu kita hadapi. Sekurang-kurangnya dapatlah kita belajar sesuatu dan terlibat dalam sejarah Malaysia Baru ini. Dahulu, orang yang betul-betul membencinya sudah mengangkat beliau seperti tiada dosa dan noda yang berbekas di hati. Anak muda yang tidak tahu menahu sejarah lalu menyokongnya. Ramai yang sudah “U-Turn” dan berpura-pura menyokongnya kerana takut kehilangan kerja. Macam-macam orang yang saya nampak muncul ketika ini.
Dunia sudah berubah. Saya menginsafi apa yang dipesankan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita berkenaan soal cinta dan benci. Kata Rasulullah S.A.W : “Cintailah orang yang kamu cintai sekadarnya, boleh jadi orang yang sekarang kamu cintai suatu hari nanti harus kamu benci. Dan bencilah orang yang kamu benci sekadarnya, boleh jadi suatu hari nanti dia menjadi orang yang kamu sayangi” – Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a.
Saya juga percaya akan aturan Allah SWT. Mungkin ada hikmahnya dengan apa yang berlaku pada hari ini kerana Allah SWT mahu memberikan sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang. Apa pun, Tahniah saya ucapkan kepada YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk kali kedua. Jangan risau, saya nak jadi rakyat yang baik dengan meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara melebihi individu seperti yang Tun ajarkan kepada kami dahulu. Saya tidak mahu terikut-ikut dengan perangai buruk pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan yang ekstrem yang sekarang baru belajar bagaimana untuk menjadi kerajaan pula. Hidup kita biar rasional, bukan semata-mata beremosi.
Bersama kita belajar SESUATU dalam hidup.
JAMAL RAFAIE
KUALA TERENGGANU
23 Mei 2018


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jamalrafaie.com/2018/05/peminat-tun-mahathir-dan-pemuja-mahafiraun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Dr Mahathir Mahu Pertahan Jawatan Pengerusi Bersatu

Tun Dr Mahathir Mahu Pertahan Jawatan Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 233 hits
PETALING JAYA Tun Dr Mahathir Mohamad akan mempertahankan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu Bekas Perdana Menteri itu menghantar borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan tertinggi parti itu melalui Ketua Bahagian Bersatu Selayang Zulki...
Tun Mahathir Perdayakan Saya Untuk Percaya Dato Seri Najib Curi Rm2 6 Billion

Tun Mahathir Perdayakan Saya Untuk Percaya Dato Seri Najib Curi Rm2 6 Billion

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 886 hits
Hari ini saya menulis tentang perbicaraan mahkamah semalam Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Zulkifli Ahmad tampil sebagai saksi ke 15 Menurut Zulkifli SPRM telah menerima kertas siasatan melibatkan dana RM2 6 bilion dan RM42 juta SRC ya...
Tun Mahathir Pantau Gerakan K Jaan Baru Muhyiddin

Tun Mahathir Pantau Gerakan K Jaan Baru Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 271 hits
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau akan memantau pergerakan kerajaan baharu Tan Sri Muhyiddin Yassin Katanya beliau mahu melihat sama ada orang yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional terus dihadapkan ke ma...
Tun Mahathir Kata Pemecatan Marzuki Tidak Sah

Tun Mahathir Kata Pemecatan Marzuki Tidak Sah

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 201 hits
Pertembungan antara Pengerusi Bersatu Tun Mahathir dan Presiden Muhyiddin Yassin semakin sengit berikutan pemecatan Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya tanpa keizinan pengerusi parti Petang tadi Dr Mahathir menyuarakan bantahan terhadap ...
Perebutan Bersatu Tun Mahathir Tak Mampu Kalahkan Ts Muhyiddin

Perebutan Bersatu Tun Mahathir Tak Mampu Kalahkan Ts Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 246 hits
DI DALAM surat beliau kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini Tun Dr Mohamad menyifatkan pemberhentian Datuk Wira Marzuki Yahya daripada jawatan Setiausaha Agung BERSATU adalah tidak sah dan atau wajar diketepikan Alasan yang diberikan ole...
Najib Lebih Berbahaya Daripada Anwar Kata Tun Mahathir

Najib Lebih Berbahaya Daripada Anwar Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 414 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara peribadi mengakui bahawa perhubungannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bermasalah namun beliau sanggup mengenepikan isu itu dan merujuk kembali kerjasama mereka untuk agenda...
Sebagai Rujukan Masihkah Anda Percaya Tun Mahathir Penyelamat Negara

Sebagai Rujukan Masihkah Anda Percaya Tun Mahathir Penyelamat Negara

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 313 hits
PH telah konfirm jual aset negara dalam tempoh 16 bulan mereka memerintah 1 Khazanah jual IHH berhad kepada Jepun RM8 41 bilion 2 Khazanah jual saham CIMB RM364 juta 3 Axiata jual M1 Singapura kepada Singapura RM1 65 bilion 4 Khazanah jual ...
Tun Mahathir Bukan Lagi Anggota Ph Anwar Ibrahim

Tun Mahathir Bukan Lagi Anggota Ph Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 312 hits
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi anggota Pakatan Harapan Bagaimanapun pihaknya masih terbuka sekiranya ada perbincangan dan kerjasama bersama Mahath...
Saya Tidak Akan Bersara Akan Kembali Jika Rakyat Masih Mahukan Saya Tun Mahathir

Saya Tidak Akan Bersara Akan Kembali Jika Rakyat Masih Mahukan Saya Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 231 hits
PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak akan bersara dari arena politik sebaliknya bekas perdana menteri itu berjanji akan kembali sekiranya rakyat masih mahukannya Dr Mahathir 94 berkata sekiranya berlaku kepincangan dalam k...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah