Pertemuan Dengan Goldman Untuk Jamin Kerja 3 Anak Najib Laporan


malaysiakini.com

Diterbitkan: Feb 23, 2022 11:41 AM

Bekas pengerusi Goldman Sachs South Asia, Tim Leissner memberi keterangan semalam bahawa satu pertemuan antara bekas perdana menteri Malaysia, Najib Razak dan bekas CEO Goldman Lloyd Blankfein berlangsung pada 2009, yang membawa satu agenda, menurut laporan.

Sebagai balasan kepada perniagaan yang lumayan, peluang kerja dijamin untuk tiga anak Najib di bank pelaburan multinasional AS.

Leissner yang merupakan saksi penting dalam perbicaraan jenayah melibatkan bekas eksekutif Goldman, Roger Ng memberitahu perkara itu kepada juri di mahkamah persekutuan di Brooklyn, New York.

Ng dituduh mengaut AS$35 juta (RM146 juta) sebagai “sogokan secara rahsia” dalam apa yang dikatakan kecurian berbilion dolar wang pelaburan 1MDB milik negara.

Ng merupakan bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia dan merupakan satu-satunya bekas pegawai bank Goldman yang dituduh di mahkamah dalam skandal 1MDB.

Dalam keterangannya, Leissner menerangkan bagaimana kakitangan bawahannya itu dan sekumpulan rakan kongsi Goldman menyelewengkan wang 1MDB.
Leissner dipetik Bloomberg sebagai berkata bahawa Ng memberitahunya yang Najib akan ke New York bagi menziarahi anak-anaknya di AS sempena cuti kesyukuran (Thanksgiving).

Dia turut memberitahu bahawa ahli perniagaan warga Malaysia Jho Low berasakan bahawa adalah baik jika Blankfein dan Najib bertemu sebagai cara untuk memperkenalkan perjanjian bond bagi 1MDB.

Tambah Leissner, selain bertemu Low, Ng juga memberitahu yang dia bertemu dengan anak-anak Najib.

“Baru jumpa tiga orang anak PM (Najib) di pangsapurinya, sedang bersama Jho di pangsapurinya. Akan jumpa dia lagi esok dan akan usahakan agar tiga anaknya dapat sertai Goldman Sachs,” kata Leissner membacakan emel di hadapan juri.

“Perdana menteri Malaysia merupakan potensi perniagaan yang besar untuk kami, jadi saya fikir, mengambil tiga anak perdana menteri bekerja dengan kami berpotensi untuk (kami) dilihat, bukan sahaja kepada perdana menteri,” katanya.

Leissner berkata dia membantu anak perempuan Najib mendapatkan kerja di syarikat pelaburan AS TPG.

Nama kod - termasuk “kawan” dan “PMO” (pejabat perdana menteri) - direka bagi mengaburi peranan Low dalam usaha mendapatkan pembiayaan untuk 1MDB, kata Leissner.

Katanya, Ng bersama pegawai Goldman yang lain, menggunakan kod itu bagi melindungi sejauh mana penglibatan Low dalam projek mendapatkan biaya daripada rakan kongsi lain di bank.

“Jika kami membangkitkan namanya dalam kapasiti sebenarnya, kami tak akan diluluskan oleh pegawai pemantau Goldman. Dia merupakan amaran (red flag) yang pasti akan menghentikan transaksi berkenaan,” katanya.

Leissner, pada 2018 mengaku bersalah atas tuduhan sama dan bersetuju memberikan kerjasama dalam penyiasatan kerajaan itu.

[Baca laposan asal]

https://www.malaysiakini.com/news/611732

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/02/pertemuan-dengan-goldman-untuk-jamin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Tak Faham Tuduhan Lobi Kerja Anak Di Goldman Sach Adun

Najib Tak Faham Tuduhan Lobi Kerja Anak Di Goldman Sach Adun

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 183 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 23 2022 10 42 PMPenafian bekas perdana menteri Najib Razak bahawa anak anaknya tidak pernah bekerja untuk bank pelaburan Goldman Sachs menunjukkan dia kurang faham mengenai dakwaan sedemikian kata Adun Semamb...
Anak Najib Akhirnya Mengaku Tim Leissner Bantu Dapatkan Kerja Pelatih Di Firma London

Anak Najib Akhirnya Mengaku Tim Leissner Bantu Dapatkan Kerja Pelatih Di Firma London

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 186 hits
February 25 2022 Anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Nooryana Najwa Najib mengakui bahawa ada cuba memohon pekerjaan di Goldman Sachs sebelum ini Malah dia juga sempat bertemu dengan profesional perbankan kanan seperti ...
Blankfein Meeting Was To Get Najib S Kids Goldman Jobs 1mdb Jury Told

Blankfein Meeting Was To Get Najib S Kids Goldman Jobs 1mdb Jury Told

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 164 hits
THE STAR witness in the bribery trial of former Goldman Sachs Group Inc banker Roger Ng testified that ex Goldman chief Lloyd Blankfein met in 2009 with then Malaysian prime minister Datuk Seri Najib Razak ahead of US 6 5 billion in bond de...
Najib Tak Tahu Laporan Bank Negara Mengenai Suami Zeti

Najib Tak Tahu Laporan Bank Negara Mengenai Suami Zeti

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 172 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 24 2022 8 16 PMBekas perdana menteri Najib Razak berkata dia tidak tahu menahu mengenai sebarang laporan maklumat yang dibuat Bank Negara Malaysia melibatkan suami kepada bekas gabenor bank pusat berkenaan Pa...
Najib Missed The Point On Goldman Sachs Job Lobbying Says Rep

Najib Missed The Point On Goldman Sachs Job Lobbying Says Rep

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 184 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak s rebuttal that his children never worked for the investment bank Goldman Sachs missed the point regarding such allegations said Semambu assemblyperson Lee Chean Chung He said the mere act of Najib ta...
Anak Muda Yang Sedang Cari Kerja Mahu Bina Kerjaya Sebagai Juruteknik Pest Control Profesional

Anak Muda Yang Sedang Cari Kerja Mahu Bina Kerjaya Sebagai Juruteknik Pest Control Profesional

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 247 hits
Untuk anak muda Ini artikel untuk anda Anak muda di sini ertinya mereka yang bawah 30 tahun umurnya Saya tahu anda jenis tak suka baca artikel panjang panjang berjela Lemas semak dada Ya saya tahu Jadi saya tulis santai ringkas dan padat sa...
Ex Goldman Chief Discussed Getting Jobs For Najib S Children Trial Told

Ex Goldman Chief Discussed Getting Jobs For Najib S Children Trial Told

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 187 hits
It was revealed in court that former Goldman Sachs chief Lloyd Blankfein met with then prime minister Najib Razak just before the 1MDB bond issue NEW YORK The star witness in the bribery trial of former Goldman Sachs Group Inc banker Roger ...
Najib My Kids Never Worked For Goldman Sachs

Najib My Kids Never Worked For Goldman Sachs

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 246 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak today clarified that his children had never worked for Goldman Sachs Najib said media reports had given the impression that he was induced by Goldman Sachs with purported offers for his children to wo...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm