Pertempuran Guandu Mengambil Kayu Api Dari Bawah Kuali


Ketika itu adalah konflik antara Cao Cao dan Yuan Shao, dua panglima perang tersohor ketika penghabisan era Dinasti Han Timur. Keupayaan Cao Cao menewaskan Yuan Shao yang memiliki balatentera lebih besar adalah amat dramatik dan mengagumkan.
Terdapat banyak taktik peperangan yang dipakai Cao Cao sepanjang konflik ini. Salah satunya ialah ketika peristiwa pengepungan Guan Du.
Yuan Shao memiliki balatentera sekitar 100,000 orang manakala Cao Cao hanya mempunyai balatentera sebanyak 20,000 orang. Balatentera Yuan Shao telah mara ke kubu Cao Cao di Guan Du dan melancarkan serangan bertalu-talu serta mengepung pertahanan Cao Cao. Pihak Yuan Shao membawa menara-menara pengepungan supaya pasukan pemanahnya mampu memanah ke dalam kubu, namun tentera Cao Cao memusnahkan menara-menara pengepungan tadi dengan menggunakan jentera pelempar.
Tentera Yuan Shao cuba menggali terowong untuk melepasi kubu pertahanan Cao Cao namun Cao Cao telah bersedia menghadapi taktik itu dengan menghalangnya menggunakan parit besar yang digali di sekeliling kubu. Pertempuran di antara kedua pihak terus balas membalas tanpa ada kejayaan di mana-mana pihak. Cao Cao tetap bertahan manakala Yuan Shao masih belum berjaya mengalahkan Cao Cao.
Namun begitu, pengepungan itu telah menghauskan bekalan makanan di pihak Cao Cao menyebabkan Cao Cao memikirkan untuk berundur. Namun penasihatnya, Xun Yu memintanya memikirkan perkara itu masak-masak dan memberi contoh konflik bersejarah antara negeri Chu dan dinasti Han. Xun Yu memberitahu Cao Cao bahawa masalah tenteranya tidaklah seburuk ketika perseteruan antara Chu dengan Han di Xingyang dan Chenggao, ketika masing-masing tidak mengalah atau mahu berundur.
Ini kerana siapa yang pertama-tama mengambil keputusan untuk berundur, maka terserlahlah kelemahan dan pasti ada masalah di pihaknya. Xun Yu memberitahu lagi, situasi Cao Cao kini tidak seburuk itu kerana dengan berbekalkan kekuatan tentara hanya 1/10 dari jumlah balatentera musuh, Cao Cao mampu bertahan sehingga ke tahap ini malah berjaya menyekat Yuan Shao selama 6 bulan.
Kata-kata Xun Yu menaikkan semangat Cao Cao dan ini membuatkannya mengambil keputusan untuk terus bertahan. Peluang keemasan tiba apabila Xun Yu mendapat maklumat bahawa Yuan Shao menyimpan bekalan makanannya di sebuah kampung bernama Gushi. Cao Cao pun menghantar sejumlah tenteranya untuk menyerang kedudukan kampung Gushi itu. Serangan itu berjaya dan memukul mundur tentera Yuan Shao.
Tentera Cao Cao pun memusnahkan semua bekalan Yuan Shao dengan membakarnya. Ini menyebabkan Yuan Shao terpaksa meminta bantuan bekalan yang baru untuk balatenteranya.
Beberapa lama kemudian, tentera Yuan Shao kembali dengan kekuatan 10,000 orang, mengiringi bekalan yang lebih besar ditempatkan di kota Wu Cao. Namun begitu, penasihat Yuan Shao telah menegur tentang pertahanan Wu Cao yang lemah dan saranan untuk mengirim jeneral perang yang berpengalaman untuk menjaga Wu Cao. Namun Yuan Shao tidak mengendahkan saranan ini.
Keadaan di Wu Cao ini sampai ke pengetahuan pihak Cao Cao melalui seorang penasihat Yuan Shao yang belot akibat ketidakpuashatian tertentu dalam hal-hal pengurusan Yuan Shao yang lemah. Malah orang kuat Yuan Shao telah menahan isteri penasihat itu. Peluang keemasan sekali lagi ini tidak dilepaskan oleh Cao Cao dan tanpa membuang masa terus menghantar 5000 orang tenteranya yang menyamar dengan membawa bendera Yuan Shao dan dengan mudah memasuki kota Wu Cao dan sekali lagi membakar semua bekalan makanan Yuan Shao!
Ini menyebabkan bekalan makanan kepada tentera Yuan Shao terputus dan semangat mereka mula turun dengan mendadak. Keadaan ini menjadi buruk disebabkan kenyataan bahawa berbulan-bulan berperang namun mereka masih gagal untuk mengalahkan tentera Cao Cao yang jauh lebih kecil jumlahnya.
Strategi Cao Cao berjaya apabila menang dalam beberapa pertempuran seterusnya malah ramai pula askar Yuan Shao yang menyerah ke pihak Cao Cao.
Akhirnya Cao Cao menang dalam peperangan ini.
~Srikandi
未雨绸缪。

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/02/pertempuran-guandu-mengambil-kayu-api.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Empat Fon Kepala Untuk Permainan Video Di Bawah Siri Logitech G Dilancarkan

Empat Fon Kepala Untuk Permainan Video Di Bawah Siri Logitech G Dilancarkan

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 265 hits
Di pejabat Amanz adalah perlu menggunakan fon kepala yang baik jika ingin menumpukan perhatian kepada kerja Ini adalah kerana setiap warga Amanz mempunyai citarasa muzik berbeza yang kemudiannya disalurkan ke Sonos pejabat Jika lagu yang di...
Paten Essential Phone 2 Tertiris Tiada Takuk Kamera Swafoto Terbina Bawah Skrin

Paten Essential Phone 2 Tertiris Tiada Takuk Kamera Swafoto Terbina Bawah Skrin

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 227 hits
Essential Phone atau Essential PH 1 adalah antara telefon pintar Android pertama yang mempunyai takuk Ia dihasilkan oleh pengasas Android Andy Rubin Tetapi sudah hampir 2 tahun kita masih tidak lihat pengganti buat Essential PH 1 Ini adalah...
Yadim Perlu Diletakkan Bawah Majlis Raja Raja Melayu

Yadim Perlu Diletakkan Bawah Majlis Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 357 hits
AMINUDDIN YAHAYA Objektif utama penubuhan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia adalah untuk dakwah dan berperanan untuk menyelaras kegiatan dakwah Islam bersama NGO NGO Islam tanpa partisan Ini bertepatan dengan visi YADIM iaitu sebagai Peneraj...
Wanita Maut Terperosok Bawah Kereta

Wanita Maut Terperosok Bawah Kereta

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 307 hits
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA 06 Februari 2019 9 15 PM ALOR GAJAH Gara gara ingin menahan keretanya yang rosak daripada mengundur seorang wanita maut selepas terperoso
Jokowi Minta Relawan Terus Sapa Warga Kelas Bawah

Jokowi Minta Relawan Terus Sapa Warga Kelas Bawah

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 283 hits
Arahan tersebut diberikan Jokowi kepada Ketua Umum Michael Umbas Sekjen Umar MI Fajar dan jajaran pengurus DPP dalam pertemuan di Semarang Jawa Tengah Minggu
Doktor Terangkan 3 Punca Tak Galakkan Cabut Gigi Anak 6 Tahun Ke Bawah Ia Tidak Semudah Itu

Doktor Terangkan 3 Punca Tak Galakkan Cabut Gigi Anak 6 Tahun Ke Bawah Ia Tidak Semudah Itu

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 452 hits
Doktor terangkan punca tidak menggalakkan untuk mencabut gigi anak 6 tahun ke bawah dan hanya menasihatkan supaya memberus Ia tidak semudah yang disangka ada kaitan dengan pertumbuhan gigi kekal dan trauma Dr berkongsi pengalamannya mengend...
Polis Tahan Peniaga Didakwa Hina Agong Disiasat Bawah Akta Hasutan

Polis Tahan Peniaga Didakwa Hina Agong Disiasat Bawah Akta Hasutan

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 345 hits
February 2 2019 6 46 PMKUANTAN Polis Pahang menahan seorang peniaga kerana disyaki menghina Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Facebook Ketua Polis Datuk Zakaria Ahmad berkata suspek berusia 45 tahun itu ditahan hari ini dan dibawa ...
Fungsi Facetime Berkumpulan Akan Kekal Dinyah Aktifkan Pada Peranti Dengan Ios 12 1 3 Ke Bawah

Fungsi Facetime Berkumpulan Akan Kekal Dinyah Aktifkan Pada Peranti Dengan Ios 12 1 3 Ke Bawah

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 258 hits
Pepijat pada FaceTime yang ditemui minggu ini mengakibatkan pengguna audio pengguna didengari dan video dilihat tanpa panggilan diangkat terlebih dahulu Ia dipandang amat serius sehingga Apple menyahkatifkan fungsi FaceTime berkumpulan sehi...
Satu Dekad Di Bawah Bumbung Uitm

Satu Dekad Di Bawah Bumbung Uitm

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 316 hits
Assalamualaikum Malaysia10 tahun Alhamdulillah Dari Sabah Shah Alam Puncak Alam Hampir putus asa tapi akhirnya bertahan hingga kini Banyak pahit manis sepanjang bekerja Semua tu pengalaman Move on dan tinggalkan yang pahit pahit Kenal ramai...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri

Pernah Makan Ikan Puyu

Ke Pantai Telok Kemang

My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan