Yadim Perlu Diletakkan Bawah Majlis Raja Raja Melayu


    AMINUDDIN YAHAYA


Objektif utama penubuhan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) adalah untuk dakwah dan berperanan untuk menyelaras kegiatan dakwah Islam bersama NGO-NGO Islam tanpa partisan.

Ini bertepatan dengan visi YADIM iaitu sebagai “Peneraju Dakwah Massa” dan misinya “Mengembangkan dakwah massa bagi melahirkan Khaira Ummah (umat yang terbaik) melalui pendekatan berhikmah”.

Maka, sudah menjadi tanggungjawab semua untuk memainkan peranan masing-masing bagi memelihara YADIM dari apa-apa kekacauan yang boleh menggugat integriti dan fungsi badan Islam tersebut.

Pelantikan ahli-ahli politik 

Baru-baru ini, heboh kritikan di media apabila pemegang Amanah Yadim dilantik majoritinya dari kalangan ahli politik.

Lebih parah, seorang wakil rakyat dari parti yang diketahui umum memperjuangkan kesamarataan agama iaitu DAP dilantik buat pertama kali.
Menteri agama dan anggota pemegang amanah Yadim.Rakyat melihat bahawa ini bertentangan dengan janji kerajaan supaya tidak melantik orang politik dalam badan dan syarikat utama berkaitan kerajaan bagi menjaga integriti.
Atas dasar itu, kebimbangan rakyat ada wajarnya.

Isu agama sangat sensitif

Isu agama merupakan satu perkara yang sangat sensitif dan perlu diuruskan dengan berhemah dan paling berhikmah. Apabila berlaku unsur-unsur campur tangan dan penguasaan dari pihak parti politik, maka sudah tentu kepentingan parti akan diutamakan berbanding dakwah.

Malangnya, suara rakyat ini tidak didengari oleh menteri agama malah beliau telah mengugut bahawa tindakan akan diambil jika ada pihak yang terus mempertikaikan pelantikan tersebut.

Ini satu respon yang paling kurang matang dan tidak profesional dari seorang menteri yang selama ini melaungkan slogan freedom of speech (kebebasan bersuara).

Kerajaan Pakatan Harapan sering melaungkan prinsip keterbukaan atas mendengar pandangan rakyat dalam mengurus tadbir, lebih-lebih lagi berkenaan teguran terhadap kepincangan yang berlaku dalam kerajaan. Tetapi nampaknya beliau telah melanggarinya. Dan ini bukannya yang pertama kali.
Istana Negara. Gambar hiasan.Sebagai sebuah negara Islam, sudah pasti agama Islam adalah teras pembentukan negara.
Maka, institusi Islam yang penting seperti Yadim ini perlu diletak bawah Majlis Raja-Raja dan langkah ini adalah yang paling sesuai untuk mengelakkan campur tangan mana-mana pihak.

NGO-NGO Islam di Malaysia terdiri dari pelbagai latar belakang pemikiran dan kecenderungan politik. Jika Yadim dikuasai oleh hanya satu pihak, lebih-lebih lagi oleh satu blok parti politik, maka sudah pasti ini akan menyukarkan Yadim untuk bertindak menjadi penaung bagi menggabungkan NGO-NGO Islam tersebut. Maka, Majlis Raja-Rajalah yang paling sesuai untuk mempunyai kuasa ke atas YADIM. Bukannya Jabatan Perdana Menteri.

Prinsip kedaulatan undang-undang

Cadangan bagi meletakkan Yadim bawah penguasaan Majlis Raja-Raja adalah selaras dengan hasrat YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia untuk melaksanakan dasar pemerintahan Negara berteraskan prinsip kedaulatan undang-undang.
Mahathir MohamadIni juga bertepatan dan selari dengan prinsip reformasi institusi yang ingin dilaksanakan oleh Pakatan Harapan dalam pentadbiran negara kerana segala kemungkinan berlakunya campur tangan politik dalam YADIM dapat dihapuskan jika diganti dengan pihak yang lebih berkelayakan, iaitu Majlis Raja-Raja.

Konklusi

Apa yang berlaku melibatkan institusi agama Islam yang utama seperti Yadim pada hari ini adalah satu senario yang tenat. Kepercayaan masyarakat kepada Yadim sebagai penaung kegiatan dakwah akan terjejas, sebaliknya mereka akan merasakan bahawa agenda diketepikan dan sebaliknya agenda politik diutamakan.

Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan terhadap fungsi Yadim disebabkan kedegilan kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini.

Ternyata, cadangan bagi meletakkan Yadim bawah penguasaan Majlis Raja-Raja adalah solusi yang terbaik buat masa sekarang dan pada masa akan datang. Jika bertukar kerajaan sekalipun, Yadim akan tetap selamat dari sebarang pengaruh politik.

Buktikan kalian adalah yang terbaik untuk Islam.

Buktikan kalian adalah yang terbaik integritinya.

Buktikan kalian cakap serupa bikin.

Kita semua mahukan yang terbaik untuk dakwah Islam, takkan itu pun kerajaan susah nak terima?

AMINUDDIN YAHAYA ialah presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/yadim-perlu-diletakkan-bawah-majlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemberitahuan Majlis Gotong Royong Mengecat Dan Menceriakan Gerbang Kampung Melayu Baru Gelang Patah

Pemberitahuan Majlis Gotong Royong Mengecat Dan Menceriakan Gerbang Kampung Melayu Baru Gelang Patah

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 673 hits
Pemberitahuan Majlis Gotong Royong Mengecat dan Menceriakan Gerbang Kampung Melayu Baru Gelang Patah Jawatankuasa Kampung Melayu Baru akan menganjurkan satu majlis gotong royong seperti berikut Aktiviti Majlis Gotong Royong Mengecat dan Men...
Raja Raja Melayu Hadiri Mesyuarat Khas

Raja Raja Melayu Hadiri Mesyuarat Khas

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 383 hits
Ia sempena Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Yang di Pertuan Agong dan Timbalan Yang di Pertuan Agong
Isu Yadim Dia Kan Melayu Islam Itu Bukan Masalah Besar Kata Lim Guan Eng

Isu Yadim Dia Kan Melayu Islam Itu Bukan Masalah Besar Kata Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 397 hits
Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh dari DAP Sheikh Omar Ali dalam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia tidak sepatutnya menimbulkan kontroversi kerana beliau berbangsa Melayu dan beragama Islam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata...
Gerbang Wawasan Kampung Melayu Baru Gelang Patah

Gerbang Wawasan Kampung Melayu Baru Gelang Patah

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 921 hits
Gerbang Wawasan Kampung Melayu Baru Gelang Patah The new look selepas aktiviti gotong royong Terbaeekkk sebelum gotong royongthe new look terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Galaxy...
20 Perkataan Melayu Yang Disingkatkan Dari Gabungan Beberapa Suku Kata Serius Baru Tahu

20 Perkataan Melayu Yang Disingkatkan Dari Gabungan Beberapa Suku Kata Serius Baru Tahu

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 502 hits
Perkataan yang Digabungkan daripada beberapa perkataan Kata katamu hanya mimpi disiang hari kemarau panjang berpanas dua berteduh tidak Itu bait bait lirik Sharifah zarina Langit ke Tujuh Bila sebut tentang perkataan melayu yang selalu kita...
Dapatkan Pelbagai Makanan Tradisi Melayu Legasi Pak Tua

Dapatkan Pelbagai Makanan Tradisi Melayu Legasi Pak Tua

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 680 hits
Kepada peminat tegar makanan tradisi Melayu seperti pekasam sambal bilis fan lain lain kali ni aku nak up produk produk makanan tradisi legasi Pak Tua yang mudah disediakan Dapatkan makanan mudah cara ready to eat dari legasi pak tua Dijami...
Panduan Ngeteh Abc Dan Satey Sedap Di Kg Melayu Majidee

Panduan Ngeteh Abc Dan Satey Sedap Di Kg Melayu Majidee

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 503 hits
Biasanya dalam pukul 4petang selepas berbelanja atau balik kerja dari tapak binaan Kalau anda berada disekitar bandaraya Johor Bahru teringin nak ngeteh sedap boleh Cuba minum ABC di kampung Melayu Majidee Serious saya kata ABC dekat Restor...
Johor Bahru Jom Turun Sokong Kedai Spare Part Kereta Melayu

Johor Bahru Jom Turun Sokong Kedai Spare Part Kereta Melayu

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 826 hits
Serius aku cakap susah sangat nak jumpa kedai spare part kereta kepunyaan orang Melayu jangankan kedai spare part kedai service aircond ketuk body dan cat pun susah Alhamdulillah ada saudara kita sahut jihad fardu kifayah ni orang Johor Bah...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik