Doktor Terangkan 3 Punca Tak Galakkan Cabut Gigi Anak 6 Tahun Ke Bawah Ia Tidak Semudah Itu


Doktor terangkan punca tidak menggalakkan untuk mencabut gigi anak 6 tahun ke bawah dan hanya menasihatkan supaya memberus. Ia tidak semudah yang disangka, ada kaitan dengan pertumbuhan gigi kekal dan trauma.
Dr Mohd Khairul Izwan berkongsi pengalamannya mengendalikan kes-kes pergigian bagi kanak-kanak kecil berusia bawah 6 tahun.

CABUT GIGI SUSU ANAK, BUKAN SEMUDAH YANG ANDA GAMBARKAN.
Ada ibu bapa yang mengeluh doktor gigi atau juruterapi pergigian menolak untuk mencabut gigi susu anak kecil mereka yang sakit.
Kali pertama dibawa ke klinik gigi dalam keadaan sakit, setelah diperiksa keadaan gigi anak, doktor gigi atau juruterapi pergigian biasanya hanya akan menasihati untuk memberus gigi sahaja. Jika perlu, ubat tahan sakit serta antibiotik turut dibekalkan jika terlihat tanda-tanda berlakunya jangkitan kuman pada gigi tersebut.
Kemudian apabila dibawa lagi ke klinik pada kunjungan berikutnya, seperti biasa doktor gigi dan juruterapi pergigian akan tetap menasihatkan ibu bapa serta anak agar memberus gigi dengan bersih dan sekerap yang mungkin sahaja tanpa melakukan cabutan terhadap gigi tersebut.
“KENAPA ASYIK SURUH BERUS GIGI, CABUT JE LAH SENANG!”
“Doc, anak saya ni sakit gigi. Yang doktor suruh anak saya berus gigi tu kenapa? Cabut sahajalah giginya. Kan senang cerita. Setiap kali datang asyik suruh berus gigi sahaja. Anak saya bukannya mahu berus gigi!”
Itulah antara kata-kata sebahagian ibu bapa yang datang ke klinik gigi. Dalam pemikiran kebanyakan ibu bapa, rawatan untuk gigi hanyalah dengan cabutan sahaja. Senang cerita kata mereka. Sedangkan ada di kalangan mereka yang baru pertama kali membawa anak ke klinik gigi. Itupun dibawa dalam keadaan anak sedang menangis-nangis kerana menahan kesakitan.
TIDAK ANJURKAN CABUT GIGI KANAK-KANAK BAWAH 6 TAHUN
Belum diperiksa lagi keadaan giginya kanak-kanak terbabit sudah menangis, jadi bagaimana diharapkan untuk kami melakukan cabutan gigi mereka dalam keadaan tersebut?!
Sebenarnya, kebanyakan doktor gigi amatlah tidak menganjurkan cabutan gigi terhadap kanak-kanak di bawah usia 6 tahun. Ini kerana, sebelum usia 6 tahun, biasanya gigi kekal masih belum tumbuh.
PANDUAN BAGI GIGI KEKAL UNTUK TUMBUH
Sedangkan gigi susu berfungsi sebagai panduan kepada gigi kekal untuk tumbuh kelak. Jika gigi susu dicabut terlalu awal, gigi kekal berisiko tumbuh dalam susunan yang tidak teratur.
Selain daripada risiko masalah gigi kekal yang tumbuh tidak teratur, penyebab utama kenapa doktor gigi mengelak untuk mencabut gigi pada ketika kanak-kanak masih kecil adalah bagi mengelakkan trauma terhadap mereka.
Anda baru membawa anak anda pertama kali ke klinik gigi, itupun dalam keadaan menangis-nangis kerana menahan sakit, dengar sahaja perkataan cabut gigi, sudah tentulah mereka akan menjadi takut dan tidak mahu dicabut gigi tersebut.

Anda sebagai orang dewasa sendiri pun kebanyakannya takut dan gerun jika mahu mencabut gigi, inikan pula anak-anak anda yang masih kecil. Jadi anda janganlah memaksa atau marah pada doktor gigi serta juruterapi pergigian sekiranya mereka menolak untuk mencabut gigi anak anda.
NASIHATKAN UNTUK JAGA KEBERSIHAN GIGI ANAK 
Biasanya kami akan menasihatkan supaya menjaga kebersihan dengan cara memberus gigi secara rutin dengan teknik yang betul untuk elakkan anak daripada mengalami sakit yang kerap.
Hal ini kerana, kesakitan yang dirasakan oleh anak timbul disebabkan oleh pengumpulan sisa makanan pada gigi yang berlubang tersebut. Jika dibiarkan, sisa makanan tersebut akan mengaktifkan kuman untuk bekerja dan mengakibatkan berlakunya kesakitan serta jangkitan kuman pada gigi tersebut.
Sisa makanan yang dibersihkan dapat mengurangkan risiko keadaan tersebut daripada berlaku. Sebab itulah kenapa kami menekankan untuk anda memberus gigi anak-anak anda. Bantulah mereka memberus gigi kerana mereka belum mampu dan belum pandai memberus gigi sendiri dengan betul.

GIGI SUSU PENUNTUN KEPADA GIGI KEKAL YANG AKAN TUMBUH 
Matlamat kami adalah agar gigi susu anak anda kekal berada di dalam mulut selama yang mungkin. Makin lama gigi tersebut berada, ianya mampu untuk menjadi pemandu atau penuntun kepada gigi kekal mereka tumbuh nanti selain daripada mengurangkan risiko anak mengalami trauma dan takut untuk ke klinik gigi di masa hadapan.
PEMERIKSAAN DARI USIA 6 BULAN / GIGI PERTAMA TUMBUH
Bawalah anak anda ke klinik gigi sejak mereka berusia 6 bulan ataupun sekurang-kurangnya ketika gigi pertama mereka telah tumbuh. Kemudian bawa anak anda untuk memeriksa gigi secara rutin setiap 6 bulan sekali di klinik gigi. Lebih kerap, lebih baik.
Jika anda dapat menjadikan lawatan ke klinik gigi secara rutin begini, doktor gigi serta juruterapi pergigian dapat memantau tahap perkembangan dan kesihatan gigi anak-anak anda.

BIASAKAN DIRI DENGAN PERSEKITARAN KLINIK GIGI
Secara tidak langsung, hal ini juga dapat menjadi latihan untuk membiasakan mereka dengan persekitaran klinik gigi supaya mereka tidak takut apabila besar nanti.
Ingatlah bahawa mencabut gigi pada kanak-kanak itu tidaklah semudah yang ibu bapa sangkakan dan ketahuilah bahawa mencegah fobia terhadap doktor gigi serta klinik gigi itu harus dimulai sejak usia anak masih kecil.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Dr Mohd Khairul Izwan Bin Abdul Wahab
Pegawai Pergigian KKM
The post Doktor Terangkan 3 Punca Tak Galakkan Cabut Gigi Anak 6 Tahun Ke Bawah. Ia Tidak Semudah Itu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/doktor-terangkan-3-punca-tak-galakkan-cabut-gigi-anak-6-tahun-ke-bawah-ia-tidak-semudah-itu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Disebabkan Melayu Itu Malas Punca Deb Gagal Tun M

Disebabkan Melayu Itu Malas Punca Deb Gagal Tun M

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 466 hits
SHAH ALAM Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kegagalan Dasar Ekonomi Baharu memajukan kaum Melayu adalah disebabkan kamu itu sendiri Dr Mahathir berkata DEB telah beri banyak peluang dan bantuan kepada Melayu tetapi tetap g...
Usia 1 2 Tahun Anak Faham Arahan Nak Makan Sendiri Boleh Sebut Perkataan Mudah Sangat Bagus

Usia 1 2 Tahun Anak Faham Arahan Nak Makan Sendiri Boleh Sebut Perkataan Mudah Sangat Bagus

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 545 hits
Bila ada anak anda perlu tahu setiap perkembangan normal yang mesti dicapainya Ilmu keibubapaan turut merangkumi keupayaan memantau pencapaian perkembangan anak supaya jika dia tidak mencapai perkembangan sepatutnya maka tindakan awal bagi ...
Di Usia 44 Tahun Selepas 10 Tahun Kahwin Baru Dapat Peluk Anak Sendiri Eryna Hadiah Paling Bermakna

Di Usia 44 Tahun Selepas 10 Tahun Kahwin Baru Dapat Peluk Anak Sendiri Eryna Hadiah Paling Bermakna

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 467 hits
Siapa sangka jika Allah nak bagi rezeki anak rezeki itu akan dapat juga Sama ada cepat atau lambat sahaja Cuma jangan pernah berputus harap dan berusahalah selagi mampu Bagi seorang ibu ini yang mahu dikenali sebagai Ummi Aina dianugerahkan...
Tak Percaya Sistem Pendidikan Punca Tak Hantar Anak Sekolah

Tak Percaya Sistem Pendidikan Punca Tak Hantar Anak Sekolah

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 467 hits
Tak percaya sistem pendidikan punca tak hantar anak sekolah Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ni saja saja lah nak menulis pasal cerita seorang artis ni cerita pasal dia buat pilihan tak nak hantar anak dia ke sekolah sebab tak perca...
Jangan Paksa Anak Duduk Diam Itu Tandanya Anak Bijak Tujuh Deria Ini Perlu Dirangsang Supaya Anak Bijak

Jangan Paksa Anak Duduk Diam Itu Tandanya Anak Bijak Tujuh Deria Ini Perlu Dirangsang Supaya Anak Bijak

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 458 hits
Anak anak memang tak tahu penat sebab mereka dalam proses untuk membesar Tapi kadang kadang kita sebagai ibu bapa penat melayan perangai anak anak Dalam tak sedar kita sebagai ibu bapa terkasar dengan anak anak semata mata nak minta anak an...
5 Kesalahan Ibubapa Punca Anak Menjadi Kurang Ajar Dan Tak Dengar Cakap Dato Dr Fadzilah Kamsah Rileks Media

5 Kesalahan Ibubapa Punca Anak Menjadi Kurang Ajar Dan Tak Dengar Cakap Dato Dr Fadzilah Kamsah Rileks Media

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 663 hits
Aku ada seorang kenalan ni anaknya sangat dengar kata tak mela wan cakap Sejuk saja hati tengok Aku pelik nak kata kawan aku ni ga rang tak juga Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia Aku pun cuba korek rahsia dia Sebab aku tengok an...
Tempoh Lima Tahun Pengajian Antara Punca Negara Kurang Guru Terlatih

Tempoh Lima Tahun Pengajian Antara Punca Negara Kurang Guru Terlatih

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 346 hits
KUANTAN 1 Feb Kementerian Pendidikan sedang berusaha mencari jalan terbaik mengatasi masalah kekurangan guru terlatih kata Timbalan Menterinya Teo Nie Ching push Katanya masalah kekurangan guru bu
Aktiviti Latihan Menulis Anak 3 Tahun

Aktiviti Latihan Menulis Anak 3 Tahun

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 1938 hits
Sebelum mahu anak memegang pensil warna pen atau krayon saya belajar yang kita perlu rangsang terlebih dahulu motor halus anak iaitu bermaksud kita perlu sentiasa praktiskan tangan anak anak untuk aktif memegang barang Sebagai contoh saya s...
Rindunya Dia Masa Kecil Tahun Depan Bertambah Lagi Usia Anaqi Netizen Minta Shera Aiyob Tambah Anak

Rindunya Dia Masa Kecil Tahun Depan Bertambah Lagi Usia Anaqi Netizen Minta Shera Aiyob Tambah Anak

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 659 hits
pengacara Pa Ma Tv musim ketiga telah memuatnaik gambar Nadi Anaqi anaknya ketika bayi Beliau mengimbas kembali detik detik manis Anaqi ketika kecil Melalui posting tersebut Shera kelihatan sedikit emosi apabila mengenangkan anaknya semakin...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Petua Orang Lama Tentang Percintaan Dan Perkahwinan

Hishamuddin Hashim Controversy And Accountability In The Teoh Beng Hock Case

Lihat Apa Yang Mengejutkan Isi Perut Ikan Ini Setelah Di Potong Dua

Inilah Antara Sebab Mengapa Lelaki Jangan Mudah Percaya Dengan Wanita Cantik

Benda Benda Pelik Dan Berhaga Yang Sering Di Temui Di Tepi Pantai

Kenali Ciri Ciri Rambut Rontok Karena Penyakit Dan Cara Mengatasinya