Pertembungan Antara Dua Kerosakan Atau Keburukan



SOALAN:
Boleh jelaskan tentang kaedah yang bermaksud ‘apabila bertembung dua mafsadah (keburukan atau kerosakan), maka kita melakukan mafsadah yang lebih ringan’. Terima kasih.

JAWAPAN:
Kaedah di atas merupakan antara kaedah yang diterima pakai serta disebutkan oleh para ulama' di dalam kitab-kitab mereka. Ini seperti yang disebutkan oleh Imam Ibn Nujaim:

إذَا تَعَارَضَ مَفْسَدَتَانِ رُوعِيَ أَعْظَمُهُمَا ضَرَرًا بِارْتِكَابِ أَخَفِّهِمَا
“Apabila bertembungnya dua mafsadah, maka dipelihara (ditolak) mudarat yang paling besar dengan melakukan mudarat yang lebih ringan.” [Rujuk Al-Asybah wal-Nazhair, Ibn Nujaim (Hlm. 76)]

Syeikh Mustafa Al-Zarqa berkata: “(Yang dimaksudkan dengan) meraikan yang paling berat dari keduanya adalah dengan cara membuangnya (meninggalkannya). Ini kerana, mafsadah-mafsadah diraikan dengan dinafikan seperti mana maslahah-maslahah diraikan dengan mengisbatkan (melakukannya).” [Rujuk Syarah Al-Qawa’id Al-Fiqhiyyah, Syeikh Mustafa Al-Zarqa (Hlm. 201)]

Secara asasnya, kaedah ini ada sandarannya daripada nas syarak iaitu berdasarkan firman Allah SWT:

أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدتُّ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُم مَّلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا
“Adapun perahu itu merupakan milik orang-orang miskin yang berkerja di laut. Maka aku bertujuan merosakkannya kerana terdapat seorang raja yang ingin merampas kesemua perahu.” [Surah Al-Kahfi (79)]

Berdasarkan ayat di atas, kita dapat melihat beberapa perkara penting yang kami ringkaskan dalam bentuk poin seperti berikut:

Perahu atau sampan tersebut dimiliki oleh orang miskin dan bukannya orang kaya.Orang miskin tersebut pula bekerja di lautan dan bukannya di daratan. Justeru, keadaan ini menggambarkan betapa penting peranan sampan untuk digunakan dalam pekerjaan menampung kehidupan seharian.Ia dirosakkan kerana terdapatnya seorang raja yang mahu merampas perahu-perahu yang berada dalam keadaan baik dan elok. Justeru, apabila dilihat perahu-perahu yang rosak, maka ia ditinggalkan dan tidak dirampas.Merosakkan perahu adalah satu keburukan. Namun dirampasnya perahu mendatangkan keburukan yang lebih berat. Rosaknya perahu boleh dibaiki, manakala dirampasnya perahu mendatangkan masalah besar kepada golongan miskin untuk membeli perahu yang baharu.Justeru ini adalah contoh pertembungan antara dua keburukan, lalu dipilih keburukan yang lebih ringan.
Oleh kerana itu, Imam Al-Qurthubi dalam tafsirannya kepada ayat Al-Quran di atas menyatakan:

ففي هذا من الفقه ... جواز إصلاح كل المال بإفساد بعضه
“Dalam isu ini antara fiqh (yang dapat diambil adalah) keharusan memperbaiki keseluruhan harta dengan merosakkan sebahagian darinya.” [Lihat Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurthubi (10/407)]

Ini seperti yang disebutkan oleh Nabi Khidir A.S seperti yang diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَإِذَا جَاءَ الَّذِي يُسَخِّرُهَا وَجَدَهَا مُنْخَرِقَةً فَتَجَاوَزَهَا فَأَصْلَحُوهَا بِخَشَبَةٍ
“Apabila dia (raja yang zalim) yang ingin merampas (perahu) tersebut mendapatinya dalam keadaan telah rosak, maka dia akan meninggalkannya (tidak mengambilnya) lalu mereka (golongan miskin) tersebut dapat membaikinya dengan menggunakan kayu.” [Riwayat Muslim (2380)]

Dalam menghuraikan kaedah tersebut, Ibn Nujaim menukilkan kata-kata Imam Al-Zaila’ie yang menyebut:

أَنَّ مَنْ اُبْتُلِيَ بِبَلِيَّتَيْنِ، وَهُمَا مُتَسَاوِيَتَانِ يَأْخُذُ بِأَيَّتِهِمَا شَاءَ، وَإِنْ اخْتَلَفَا يَخْتَارُ أَهْوَنَهُمَا
“Sesiapa yang diuji dengan dua bala (musibah) dan kedua-duanya selari (dari sudut keburukan) maka dia boleh memilih untuk melakukan salah satu mengikut kehendaknya. Namun sekiranya keduanya berbeza (dari sudut salah satu lebih besar keburukan berbanding satu yang lain) maka dia memilih (keburukan) yang paling ringan antara keduanya.” [Rujuk Al-Asybah wal-Nazhair, Ibn Nujaim (Hlm. 76)]

Aplikasi Kaedah

Berikut kami kongsikan beberapa contoh pengaplikasian bagi kaedah di atas. Antaranya:

Sekiranya seseorang itu mempunyai luka (pada anggota badan) melaksanakan solat, yang mana sekiranya dia sujud akan menyebabkan lukanya mengalir, manakala jika dia tidak sujud maka lukanya tidak mengalir, maka dalam keadaan ini dia mendirikan solat secara duduk dan melakukan rukuk serta sujud secara isyarat. Ini kerana, antara dua keadaan tersebut yang lebih ringan adalah meninggalkan sujud berbanding solat dalam keadaan berhadas. Keadaan ini adalah sama seperti seseorang yang menghidap penyakit salis al-baul (kencing tidak lawas) yang mana sekiranya dia solat berdiri air kencing akan mengalir, namun jika dia solat secara duduk maka air kencingnya tidak mengalir. Kerana meninggalkan qiyam (berdiri tegak) lebih ringan berbanding solat berserta hadas.Begitu juga seseorang yang cuma memiliki dua helai baju, yang mana terdapat najis darah pada kedua-duanya. Maka dia perlu melihat, sekiranya darah pada salah satu pakaian itu dengan kadar ¼ baju dan darah pada pakaian lagi satu lebih kurang berbanding yang pertama, maka dia memilih untuk menggunakan pakaian yang paling kurang kuantiti atau kadar darahnya.Demikian juga dalam keadaan darurat, sekiranya di sisi seseorang itu ada bangkai dan juga harta milik orang lain, maka dia memilih untuk makan bangkai. Meskipun keduanya adalah buruk, namun dia memilih keburukan yang lebih ringan kerana bangkai bukan kepunyaan sesiapa manakala harta adalah kepunyaan orang lain.Contoh lain, seseorang itu memilih untuk mendiamkan diri ke atas kemungkaran yang berlaku di hadapan matanya apabila kesan tegurannya itu dikhuatiri akan membawa kepada keburukan yang lebih besar.Dalam isu menggugurkan janin dalam kandungan sekiranya berlaku keadaan kecacatan pada bayi atau komplikasi dalaman yang membahayakan nyawa ibu yang mengandung, maka dibolehkah menggugurkan bayi setelah mendapat kelulusan dari pakar-pakar perubatan yang berautoriti.
Penutup

Sebagai kesimpulan kami menyatakan bahawa kaedah ‘apabila bertembung dua mafsadah (keburukan atau kerosakan), maka kita melakukan mafsadah yang lebih ringan’ adalah kaedah yang muktabar yang diterima dan diguna pakai oleh para ulama' Islam. Perlu dijelaskan bahawa mafsadah yang dipilih untuk dilakukan hanyalah apabila berlakunya pertembungan antara dua mafsadah yang mana salah satunya lebih ringan dari satu yang lain dengan melakukan yang paling ringan dari keduanya.

Akhir kalam semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama menerusi pencerahan ini. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/pertembungan-antara-dua-kerosakan-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Vs Indonesia Pertembungan Dua Musuh Tradisi

Malaysia Vs Indonesia Pertembungan Dua Musuh Tradisi

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 690 hits
KUALA LUMPUR 18 Nov Pertembungan dua musuh tradisi Malaysia vs Indonesia pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok dijangka menampilkan satu lagi perlawanan epik dalam usa...
Perihal Ngundang Mantan Ke Nikahan Antara Bakal Drama Atau Jalin Silaturahmi Berani

Perihal Ngundang Mantan Ke Nikahan Antara Bakal Drama Atau Jalin Silaturahmi Berani

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 291 hits
Takut nggak sih ada drama Harusnya aku yang di sana Niatan baik eh jadinya malah viral nanti
Waytha Moorthy Mujahid Mazslee Antara 6 Nama Disebut Mungkin Akan Ditukar Portfolio Atau Disingkirkan Dari Kabinet

Waytha Moorthy Mujahid Mazslee Antara 6 Nama Disebut Mungkin Akan Ditukar Portfolio Atau Disingkirkan Dari Kabinet

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 268 hits
Kira kira enam nama menteri yang disebut sebut akan terbabit dalam rombakan Kabinet yang dipercayai akan dibuat dalam masa terdekat lapor Harian Metro Antaranya ialah Menteri Pendidikan Dr Mazslee Malik Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk...
Pertembungan Dua Kumpulan Pontianak Dalam Filem Kl Vampires

Pertembungan Dua Kumpulan Pontianak Dalam Filem Kl Vampires

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 638 hits
Empire Film Solution membawakan kepada anda sebuah filem aksi seram berjudul KL Vampires akan ditayangkan pada 14 November Ini Filem ini berkisarkan tentang Dua kumpulan pontianak yang mana kedua duanya berketurunan Raja Bersiong tidak lagi...
Ragu Ragu Minyak Khinzir Terlekat Pada Tangan Atau Tidak

Ragu Ragu Minyak Khinzir Terlekat Pada Tangan Atau Tidak

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 258 hits
SOALAN Saya telah melancong ke luar negara dan ingin makan tengahari Saya telah pergi ke sebuah kedai yang disangkakan Muslim Friendly untuk makan saya ingat mereka tidak menjual daging khinzir Saya ingin mengambil makanan dan kedai tersebu...
Denny Indrayana Sebut Potensi Politik Uang Tetap Ada Di Pilkada Langsung Atau Tidak

Denny Indrayana Sebut Potensi Politik Uang Tetap Ada Di Pilkada Langsung Atau Tidak

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 200 hits
Ahli hukum tata negara Denny Indrayana memandang baik Pilkada langsung maupun tak langsung keduanya berpotensi adanya politik uang
Petua Mudah Bagi Mereka Yang Sering Sakit Kepala Atau Sakit Telinga

Petua Mudah Bagi Mereka Yang Sering Sakit Kepala Atau Sakit Telinga

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 834 hits
Petua Mudah Bagi Mereka Yang Sering Sakit Kepala Atau Sakit Telinga Kita semua pernah rasa sakit telinga yang sungguh tak menyenangkan tapi tahukah kekawan semua yg kita boleh kurangkan rasa sakit tu hanya dengan bawang putih dan jugak bole...
Tak Perlu Menjerit Atau Pukul Hanya Lembutkan Hati Anak Dengan 3 Teknik Ini

Tak Perlu Menjerit Atau Pukul Hanya Lembutkan Hati Anak Dengan 3 Teknik Ini

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 243 hits
Tak perlu menjerit tak perlu memukul Hanya guna teknik psikologi anak boleh lembut hatinya asalkan ibu bapa tahu cara nak buat anak rasa dirinya disayangi Anak anak ni dia jujur Apa yang kita lihat dari perlakuan atau riak wajahnya itu yang...
Sistem Transmisi Perbandingan Transmisi Automatik Atau Transmisi Bolehubah Berterusan

Sistem Transmisi Perbandingan Transmisi Automatik Atau Transmisi Bolehubah Berterusan

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 291 hits
Oleh Azhari Shamsudeen Fakulti Kejuruteraan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia Pengenalan Teknologi gear transmisi kenderaan semakin berkembang pesat dengan pelbagai ciri inovasi untuk memastikan kenderaan dapat bergerak dengan lancar...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord