Check In 4 Hari 3 Malam Di Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur North


Encik suami ada urusan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Nak menginap di hotel tersebut macam tak ada bajet. Semalam je pun dah cecah hampir 1k. Tengah bulan pula tu kan. Nak menginap sehari okay lagi tapi kalau menginap 4 hari 3 malam, jauh sangat lari bajet. 
Jadi, kami menginap di hotel berdekatan je lah. Sekurang-kurangnya tak perlu nak ulang alik jauh selama 2 hari. Walaupun encik suami dah biasa ulang alik ke tempat kerja Seremban-Selangor. 
Tapi ke Kuala Lumpur rasa macam penat kalau ulang alik. Penat dengan jemnya. Badan penat, jiwa penat, mental pun penat. Lebih baik kita stay hotel yang dekat sikit.
Urusan kerja Khamis dan Jumaat. Kami check in hari Rabu dan check out hari Sabtu. Saja lajak sehari untuk berehat-rehat. Kalau saya check out hari Jumaat. Lepas tu saya nak kena tunggu sampai encik suami habis kerja pula. Melangok sorang-sorang. Nak berjalan sorang-sorang lagilah malas. 
Lajakkan sehari je lah senang cerita.
Kami check in lewat, lebih kurang jam 10 lebih. Tunggu encik suami balik kerja, siap-siap semua bagai. Sampai di hotel pun lewat lah. Booking pun last minit. Encik suami balik kerja tu baru booking. Tak sempatlah nak belek sangat dan bace review semua.


Kami pilih untuk menginap di Hotel Hilton Garden Inn, hotel bertaraf 4 bintang melalui laman Agoda. Hotel ni pun yang tak jauh dari tempat urusan kerja encik suami. Untuk penjimatan, kami tak ambil sarapan sekali

Hotel ni ada South dan North. Kami stay di North. Keliru pula North dan South. Rupanya satu bangunan je North dan South tapi terpisah tengahnya ada rumah kedai yang lain. Bahagian South depan sikit

Walaupun satu bangunan tapi check in lain-lain tempat ikut North atau South. Sampai je bangunan hotel melilau mencari parkir pusing sampai ke belakang bangunan. 
Rupanya kena letak kereta di depan hotel tepi jalan besar ni. Depan hotel ada laluan monorail. Jalan yang sentiasa sibuk. Nak keluar masuk kereta pun kena hati-hati


Encik suami uruskan check in dulu. Disebabkan lambat check in, taklah ramai di receptionist. Urusan check in pun cepat

suami uruskan check in

Bahagian lobby dia tak luas ye guys. Seat dia ada beberapa je ni. Kalau penuh, berdiri lah di ruang kosong yang ada depan receptionist tu, sebelahnya dining area


Dah selesai urusan check in, terus pergi ke kaunter valet parkir bagi kunci kereta. Dia akan parkir kereta untuk kita. 
valet serviceSetiap kali nak keluar masuk kereta begitulah cerita dia kena park kereta tepi jalan depan hotel, lepas tu pergi ke kaunter valet, bagi kunci. Nak keluar bagi kad dan dia akan letakkan kereta di tepi jalan depan hotel. Begitulah berulang-ulang sampai Abang Jamil mam...
Aduh, leceh lah pula macam tu. Hmmm...Terpaksalah. Nak buat macamana kan. Bayar siap-siap untuk 3 hari. Sehari RM15.90


Suami dah uruskan hal check in tadi. Kita angkutlah terus barang-barang dari dalam kereta terus ke bilik. Kereta tepi jalan tu pandai-pandailah mereka parkir nanti. Dalam hati risau juga. 
Minta 2 access kad sebab dia bagi 1 je. Apa-apa hal senang ada 2 kad. Dapat tingkat 11. Lately check in hotel asyik tingkat 11 je. Kalau kita request higher level memang dia bagi tingkat 11 je ke? Musykil dalam kepala otak adinda.

Kami booking Queen Guest Room with KLCC view dapat bilik hujung sekali dengan KLCC best view. Walaupun dah terang-terang dengan KLCC view, tetaplah request nak permandangan KLCC paling terbaik. 
Nak yang paling cantik bukan sipi-sipi je. Okay sangatlah dapat bilik hujung. Tak terganggu dengan bunyi bising orang lalu lalang. Privacy sikit. Kita nak stay sini 4 hari kot. Saya nak tenang-tenang je.

Bilik hujung tapi dekatlah pula dengan lif. Pula dah! Janji tak bising sudahlah. 
Tengok dalam gambar macam luas biliknya. Ada bench tepi tingkap. Dah masuk rasa kurang luas pula. Tapi okaylah. Bench pun tak ada. Hmm...hadap je lah. Malas nak tukar bilik cerita dia.
Oleh kerana check in malam, gambar pun kelam lah juga. Ambil gambar beberapa keping dulu. Tak banyak ambil gambar sebab first impression biliknya agak menghampakan jugalah. Mujur booking last minit dapat harga murah sikit.
POV dari dalam bilik ke pintu
Masuk bilik jumpa cermin dinding yang besar gedabak ni sebelah kiri. Kita posing dulu depan cermin. Saya suka bilik berkarpet tebal ni. Selesa kaki memijaknya. Karpet walaupun nampak masam kusam tapi tak berbau kepam. Tak ada bau yang menyenangkan. Okay, approved!



Selepas cermin barulah kita cerita ruang biliknya. Ada TV, open wardrobe, meja dan kerusi, tingkap dan katil. Siaran TV banyak juga tapi tak tengok. Sekadar buka bagi meriah suasana je lah. Wi-Fi laju, laju jugalah saya blogwalking. 


Meja dan kerusi tu dah okay di tepi tingkap tapi yang jadi satu masalahnya nak keluarkan iron board tu. Meja macam berat nak diangkat. Kerusi pula adjustable dia rosak. Dah kita kena duduk menegak je tak boleh nak bersandar. Spoil mood betul lah.

Semua kemudahan lengkap. Hanger, peti besi, iron, iron board, hair dryer, selipar bilik. Hanger bukan jenis melekat di rod. Ada dua jenis. Satu yang biasa, satu ada penyepit. Bagus, saya suka hanger macam ni. Banyak pun banyak


Ada juga menyediakan perkhidmatan cuci baju. Tapi kami tak guna sebab dah bawa baju secukupnya. Bawa balik basuh di rumah je. Tengok harga pun seram kita wak. Per item tu!

Seterusnya ruang keseluruhan biliknya. Kira luas jugalah ruang tu. Bilik ni tak ada pilihan katil. Yang ada saiz Queen je. King tak ada



Tertarik dengan lukisan belakang headboard katil ni. Kiri kanan ada lampu atas bawah. Malam-malam tidur bertemankan cahaya laptop je. Sentiasa ON je lah. Kalau buka lampu ni rasa macam masih terang


Sebelah katil, betul-betul tepi pintu bilik air ada ruang kopi, minuman dan mini peti ais. Macam kurang sesuai je letak sebelah bilik air. Kenapa tak letak tepi tingkap tu ek. Ruang terhad agaknya, sini je lah yang muat. 

Untuk minum, semuanya lengkap. Diberikan juga minuman air botol


Seterusnya kita ke bilik air pula. Bilik air design moden. Saya suka bilik air dinding putih macam ni. Nampak terang dan luas. Sinki berasingan dengan tandas dan bilik air



Dental kit disediakan

hand wash dan body lotion
Tuala mandi macam biasa, ada 2 helai. Selain tu ada tuala tangan dan tuala apa entah lagi satu di bahagian sinki. Ada stain lipstick pada tuala. Kami tak guna tuala ni, ada bawa tuala sendiri. Jadi tak mengapalah. Abaikan je


Tandas dan bilik air terpisah oleh dinding kaca. Bilik air sangat tidak memuaskan untuk saya. Berkulat,t ak dicuci bersih. Penapis saluran air pun macam berkarat sikit. Kita ni expectation tinggi sikit kalau rate lebih 4 bintang. Kann...

Air laju cuma bidet dia bocor sikit. Tempat letak bidet pun macam nak tanggal je

Dah check in malam, kita berehat je lah sambil layan permandangan malam KLCC dan kotaraya Kuala Lumpur. Dulu berangan je nak bercuti-cuti di Kuala Lumpur. Sekarang dah dapat. Sekali dapat, terus dapat duduk lama sikit.
Walaupun bukan motif untuk bercuti, dapat jugalah kita healing berehat duduk dalam bilik. Lepas ambil gambar bilik, tak sabar nak tengok permandangan luar bilik. 
Wow! Tersergam keindahan KLCC nun jauh disana. Jelas tak ada sipi-sipi. Jauhlah tapi. Walaupun tak dekat, tetap menarik untuk dinikmati. 

Bolehlah kita tatap setiap hari sepanjang menginap di Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur-North ni
Terubatlah kekecewaan sikit dengan keadaan bilik ni



Malam pun tidur lena berbantalkan bantal dan tilam yang empuk. Air cond buka sampai 16°C sejuk bukan main. Di rumah kita set 24-25°C je. hihi..

Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur-North ni location dia dekat Chow Kit Jalan Tuanku Abdul Rahman. Lokasi yang agak sibuk. Mungkin sebab tu tak ada ruang parkir untuk tetamu. Yang ada untuk valet service je kot. 
Disini pun saya perasan ramai foreigners. Mereka of courselah tak bawa kereta, guna pengangkutan awam je. 

Perkhidmatan di sini bagus. Cuma tu lah yang tak bestnya bab parkir leceh sikit. Ruang bilik yang selesa tapi itulah ada beberapa kerosakan yang patut diambil kira. Permandangan memang tip top!

Kalau diberi peluang menginap di sini, mungkin boleh cuba di South pula. Mana tahu boleh dapat view KLCC dan juga KL Tower sekali. Kena ambil yang disudut lah baru dapat dua-dua




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/06/hilton-garden-inn-kl-north.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Throwback Percutian Dua Hari Satu Malam Di Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Throwback Percutian Dua Hari Satu Malam Di Grand Paragon Hotel Johor Bahru

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 190 hits
Throwback Percutian Dua Hari Satu Malam di Grand Paragon Hotel Johor Bahru Throwback kisah percutian ringkas dua hari satu malam kat Grand Paragon hotel haritu sebelum bulan Ramadan Bila mood nak rest dalam suasana hotel tu dah datang haaa ...
Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 182 hits
Tahun ni macam mood raya tu kurang sejak Aidil Fitri lagi dan sekali lagi kami tak balik Kedah Bukan sekadar tak balik kampung pertama kali raya ni tiada kuih raya mahupun baju baru Memang cukup ala kadar sambutan kami di Kuala Lumpur tapi ...
Menjelang Aidiladha Aliran Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama Meningkat Di Lebuhraya Kuala Lumpur Karak

Menjelang Aidiladha Aliran Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama Meningkat Di Lebuhraya Kuala Lumpur Karak

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 121 hits
KUALA LUMPUR Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan sesak dan perlahan setakat jam 5 petang ini susulan pertambahan kenderaan warga kota yang keluar untuk menyambut Aidiladha di kampung halaman masing masing Jurucakap Lembaga...
Pertama Kali Jejak Kaki Di Menara Kuala Lumpur Kl Tower

Pertama Kali Jejak Kaki Di Menara Kuala Lumpur Kl Tower

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 175 hits
Encik suami tanya nak jalan jalan pergi KL Tower tak Kita pun tak fikir panjang laju je cakap nak Jadi hari terakhir encik suami balik kerja terus pergi Menara Kuala Lumpur Kuala Lumpur Tower Ini kali pertama saya jejak kaki di KL Tower Sel...
Kuala Lumpur To Host M360 Asean 2026 Fueling Regional Tech Vision

Kuala Lumpur To Host M360 Asean 2026 Fueling Regional Tech Vision

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 185 hits
Kuala Lumpur to Host M360 ASEAN 2026 Fueling Regional Tech VisionMark your calendars Kuala Lumpur will take the global spotlight as it hosts M360 ASEAN 2026 a massive mobile tech and digital transformation summit focused on the future of So...
Konsert Spider Unplugged Bakal Menyengat Di Megastar Arena Kuala Lumpur 25 Okt 2025

Konsert Spider Unplugged Bakal Menyengat Di Megastar Arena Kuala Lumpur 25 Okt 2025

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 148 hits
Assalammualaikum semua Peminat Kumpulan Spider pasti tersenyum gembira kan Sebab mereka berjaya di pujuk untuk mengadakan konsert Terus menggamit nostalgia Lagu Spider yang Ruby suka sangat dengar sampai sekarang adalah Cinta Dewa Dewi Alad...
Senarai Lengkap Tiket Flight Kuala Lumpur Ke Langkawi Dan Cara Tempah Mudah

Senarai Lengkap Tiket Flight Kuala Lumpur Ke Langkawi Dan Cara Tempah Mudah

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 228 hits
Salam semua Langkawi sentiasa menjadi salah satu destinasi pelancongan pilihan utama di Malaysia Gabungan pantai yang memukau alam semula jadi yang masih terpelihara serta pelbagai aktiviti pelancongan menjadikan pulau ini sesuai untuk pela...
Your Ultimate Travel Guide Kuala Lumpur Jakarta In One Easy Flight

Your Ultimate Travel Guide Kuala Lumpur Jakarta In One Easy Flight

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 212 hits
Hey there travel lovers Traveling has become more convenient than ever With frequent flights and short travel time this route is perfect for business vacation or family visits across borders The key to a smooth journey lies in smart plannin...
Perkhidmatan Tukang Rumah Kawasan Kuala Lumpur Shah Alam Dan Selangor

Perkhidmatan Tukang Rumah Kawasan Kuala Lumpur Shah Alam Dan Selangor

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 224 hits
Kebanyakan penghuni rumah sering mencari khidmat tukang rumah yang profesional di Kuala Lumpur untuk kerja membaiki kediaman dan mengubahsuai rumah Memilih tukang rumah yang bereputasi bukan sahaja menjimatkan masa dan kos malah memastikan ...
Template Blogger Responsive Seo Friendly

Rain Lily Scarlet O Hara

Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Menu Kering Kering Je Hari Ni

Cara Buat Link Whatsapp

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Guna Vaseline Untuk Kecantikan Ini Rahsia

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


15 Adab Kita Yang Anak Akan Cepat Tiru

Bateri Cas Semula Energizer Lcd Charger Jimat Tahan Lama Ada Free Storage Box

Absolute Thai The Mall Mid Valley Southkey Jb

Salam Maal Hijrah 1447

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert