Pertama Kali Hilang Lesen Memandu


Pertama Kali Hilang Lesen Memandu | Cara Renew Lesen Memandu Baru Jika Lesen Memandu Hilang | Cerita Isnin lepas sebenarnya, aku ke JPJ Putrajaya disebabkan nak renew Lesen Memandu yang baru .... Lesen memandu yang lama mana? Jawapannya lesen memandu yang lama hilang! 

Nama pun benda hilang. Tak pasti pula aku cicir dimana. Yang ingat kali terakhir aku keluarkan lesen masa ke MYEG Tesco Semenyih, nak buat roadtax. Lepas tu campak dalam handbag dan selepas itu terus lupa.
Hari Sabtu lepas sebelum nak keluar shopping barang rumah dengan mak baru perasan lesen hilang?  Lama juga hampir 2 minggu aku memandu kereta dengan yakin tanpa kehadiran lesen haha. Rezeki sebelum ini drive jauh Beranang - Petaling Jaya tiada roadblock. Kalau tak seram juga nak reka ayat apa kan? Kalau buat muka blur baru sedar lesen hilang waktu itu, agaknya dipercayai tak?

Baca juga :+ [ Anak Dara Balik Raya ]
Hari Isnin lepas ambil cuti siap-siap dan pagi tu terus ke cawangan JPJ terdekat. Cawangan JPJ paling dekat dengan Beranang adalah JPJ Cawangan Bangi. 
Ada yang tanya kenapa tak pergi pejabat pos je? Entahlah. Boleh ke buat yang baru tanpa lesen lama di pejabat pos? Setahu aku kalau hilang kena pegi JPJ terus. Setahu aku lah. Dan satu lagi sebab, Pejabat Pos punyalah pack! Sesak! 
Sampai JPJ Cawangan Bangi Seksyen 9, dari jauh dah nampak lautan manusia beratur depan tu. Selautan manusia ya, dengan barisan yang panjang dan berlapis-lapis. 2 kali berpusing nak dapatkan parking pun tak dapat-dapat. Give up dan ambil keputusan ke cawangan JPJ terdekat lain.
JPJ Putrajaya pula.Mana tahu ke hq JPJ ni kaunter lagi banyak dibuka, staf lebih ramai, kawasan lebih besar dan urusan lebih cepat? 
Tapi....Naifnya aku membayangkan JPJ Cawangan Putrajaya berada di Menara MOT. Rupanya JPJ Cawangan Putrajaya berada di Bangunan Galleria PJH. Sebelah Bangunan MOT. Bangunan hq jabatan tempat aku bekerja. Bangunan yang boleh kata kerap juga pergi untuk mesyuarat, bengkel dan kursus. For almost 8 years in service. Bangunan itu lah yang aku tuju. Dan aku tak perasan JPJ Cawangan Putrajaya disitu? 
Ya ampunnnnnnnnn. Apa teruknya tahap pemerhatian diri sendiri ni? Astaghfirullahaladzim.
Boleh tak perasan yang tingkat bawah sekali tu yang selalu orang ramai beratur rupanya JPJ? Gelakkan diri sendiri sekejap. Ok mungkin perasan (nak sedapkan hati sekejap) tapi aku tak ingat? (Sedapkan hati lagi). Tapi kenapa sampai kena google lokasi dia? Hahahaha. Adusssss.
Dah dapat parking, baru je turun tangga dah nampak barisan panjang manusia juga. Alamak... Ini barisan nak masuk Galleria ke JPJ sahaja? Kalau nak masuk Galleria sahaja dah panjang macam ni gila kentang! Strict betul administration Galleria.
Tapi rupanya manusia yang ramai itu ... Semuanya urusan JPJ. Gila kentang lagi sekali 😂.
Oleh sebab limit masuk 30 orang untuk setiap urusan, bercinta juga nak tunggu orang keluar dari dalam JPJ. Yang kelakarnya ingatkan beratur di koridor luar Galleria PJH tu, lepas saringan suhu boleh terus masuk.

Tapi ... Depan pintu kaca JPJ pun beratur lagi. Siap dah ada 2 baris 😂 hahahahaha. 
Sambil tunggu, nampaklah staf JPJ meronda dan tanya kami yang tengah beratur ni. Ada sesetengah urusan seperti renew roadtax boleh dibuat menggunakan mesin di Bangunan MOT, jadi mereka maklumkan untuk ke Bangunan MOT.

Sebab lama tunggu, sempat juga lari masuk toilet. Muka dah berminyak-minyak kita touch up dulu mana tahu kena tangkap gambar? Bila upload dalam facebook, ada pulak yang cam tandas hq ni hahaha. Nampak sangat selalu pergi hq. Sebab dalam facebook aku tag lokasi JPJ. Itu yang kawan komen, mostly semua tanya ehhhhh tu bukan hq ke? 
Iya. Memang ini bangunan hq. Tapi aku bukan buat urusan rasmi. Kelakar bila fikir, selama datang sini tak pernah beratur. Bila datang untuk urusan tak rasmi beraturnya bukan main. Itu yang orang kata roda tak sentiasa berada di atas.Eh betul ke tidak?
Alhamdulillah tak lama beratur depan pintu kaca, datang staf JPJ tanya dan bawa kami yang nak renew lesen ke tepi Galleria. Rupanya ada coaster bergerak JPJ. Yey..... Syukur Bangunan MOT kat sebelah bolehlah diorang backup bila jadi hal-hal sesak luar jangka begini kan?

Bayaran renew lesen baru hanya RM30 dan alang-alang buat baru, minta renew untuk tempoh setahun lagi. Jadi tahun 2023 baru renew lesen baru. Sekejap je renew. Tak sampai 5 minit! Bila dah dapat lesen tu rasa lega betul. Lepas ni kalau jumpa roadblock tak risau dah! 

Apa Yang Perlu Dibuat Sekiranya Lesen Memandu Hilang?Pergi terus ke mana-mana Cawangan JPJ yang berdekatan.
Dokumen Yang Perlu Disediakan Untuk Memohon Lesen Memandu Baru:1) Kad Pengenalan
2) Bayaran RM30

Dan tempoh untuk dapat lesen memandu baru sekejap sangat. Dalam masa 5 minit dah siap! Dalam masa PKP ni, rasanya kalau urusan kurang kritikal elakkan tempat-tempat tumpuan ramai seperti JPJ ni sebabnya orang sangat ramai! Kalau ada alternatif lain seperti nak renew lesen yang boleh dibuat di pejabat pos, mungkin boleh pertimbangkan ke pejabat pos (kalau pejabat pos kurang sesak juga). Tapi kalau dah memang tak boleh elak, mohon tingkatkan kesabaran ya.Jumpa kawan lama dari Form 1.Chuya ni ni antara kawan lama aku yang still remain in touch. Lamanya berkawan tu nak masuk 19 tahun juga. Kalau ada anak, dah jadi anak dara pun. 
After 19 years, aku masih ingat first treat dia. Masa tu baru masuk Tingkatan 1, baru masuk asrama. Aku lah tu yang stay asrama. Chuya ni pulak outsider (term untuk student yang tak stay asrama). Sekolah kami ni pulak kat Kampung Bharu. Dekat sangat dengan Chow Kit. Ada sekali jalan kaki ramai-ramai nak naik LRT (dulu-dulu kita panggil Putra LRT kan), kami boleh terserempak dengan 'social workers' baru balik kerja? 
Macam mana boleh tahu itu 'social workers'? Well, dari segi dressing & mekap tebal lah. Mana ada orang pukul 6.30 pagi pakai mekap tebal? Takkan pergi office mekap macam tu? Haaaa.
Ok first treat Chuya.Pizza Hut uols. Aku ni dulu duduk kampung je. Fast food yang pernah aku makan hanyalah KFC. Kira itu paling gempak sekali dalam hidup. Jadi bila Chuya ni belanja Pizza Hut fuhhhhh memang teringat-ingat membawak ke tua ni hah 🤣.
Kali terakhir jumpa tahun lepas. Tahun ni nak singgah raya musim PKP pulak. Tapi jumpa nak membawang tetap onzzzzz. Borak dalam kereta tepi jalan depan Starbuck pun jadi. 45 minit jugaklah membawang itu pun rasa tak cukup 😂. Kami tak keluar pun, dua-dua kebetulan hari tu puasa 6. Just nice je duduk depan Starbuck tengok orang bawak keluar berbungkus air. 
Dalam pukul 2 lebih baru gerak balik. Tapi kan dah ambil cuti sehari. Baru pukul 2 kira awal lagi nak balik. Jadinya sebelum balik rumah kita singgah Bangi pulak. Buat apa? Hah. Cuba teka.


Baca juga :
+ [Walimah Lagi. Wajib Hadir Jemputan Kenduri Kahwin?]
+ [Terjojol Biji Mata Miss Awak....]
+ [Kisah Tandas KLIA2]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.nurulshahira.com/2020/06/cara-renew-lesen-memandu-hilang-pertama-kali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Pertama Kali Tiada Kes Baharu Di Selangor

Covid 19 Pertama Kali Tiada Kes Baharu Di Selangor

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 406 hits
SHAH ALAM 10 JUN Tiada kes baharu Covid 19 direkodkan di Selangor hari ini buat pertama kali sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada 18 Mac lalu Khabar gembira itu turut dikongsi Dato Menteri Besar yang berharap rakyat kekal men...
S 7 7 Juta Lesap Dalam Penipuan 039 Sokongan Teknikal 039 4 Bulan Pertama Tahun Ini Naik 45 Kali Ganda Dari Tahun Lalu

S 7 7 Juta Lesap Dalam Penipuan 039 Sokongan Teknikal 039 4 Bulan Pertama Tahun Ini Naik 45 Kali Ganda Dari Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 273 hits
SINGAPURA Apabila Cik Barbara 61 tahun menerima panggilan pada pertengahan April dari dua lelaki yang menyamar sebagai pekerja Singtel dan pegawai keselamatan siber beliau tidak mempunyai sebab untuk meragui mereka Penduduk te
Lebih 10 Kali Lori Berniaga Kena Tarik Che Nah Sujud Syukur Terima Lesen Perniagaan

Lebih 10 Kali Lori Berniaga Kena Tarik Che Nah Sujud Syukur Terima Lesen Perniagaan

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 319 hits
Penantian selama 35 tahun akhirnya tiba apabila seorang peniaga yang dikenali sebagai Minah Awang atau mesra dipanggil Che Nah melakukan sujud syukur sebaik sahaja menerima lesen perniagaan Tindakbalas itu ternyata mengejutkan Menteri Wilay...
Pertama Kali Ririn Ekawati Akhirnya Ajak Sang Putri Ke Makam Ayahnya Nangis Nggak Mau Pulang

Pertama Kali Ririn Ekawati Akhirnya Ajak Sang Putri Ke Makam Ayahnya Nangis Nggak Mau Pulang

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 300 hits
Ditinggalkan saat masih berusia 5 bulan anaknya ternyata masih belum mengerti perihal kepergian sang ayah untuk selama lamanya
Buat Pertama Kali Jumlah Kes Aktif Dengan Kebolehjangkitan Covid 19 Di Bawah 1 000 Kes Dr Noor Hisham

Buat Pertama Kali Jumlah Kes Aktif Dengan Kebolehjangkitan Covid 19 Di Bawah 1 000 Kes Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 264 hits
Hari ini satu lagi rekod dicatatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia apabila Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham mengumumkan buat pertama kali jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid 19 adalah di bawah 1 000 iaitu 986 ke...
Umrah Sebelum Wabah Corona Ini Reaksi Mualaf Saat Pertama Kali Melihat Ka Bah

Umrah Sebelum Wabah Corona Ini Reaksi Mualaf Saat Pertama Kali Melihat Ka Bah

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 321 hits
Umrah Sebelum Wabah Corona Ini Reaksi Mualaf Saat Pertama Kali Melihat Ka bah Mualaf dari Inggris dan Jepang yang sempat melakukan umrah untuk pertama kalinya mengatakan merasa sedih di tengah ketidakpastian haji tahun ini namun merasa sang...
Pertama Kali Merasa Betik Hasil Tanaman Sendiri

Pertama Kali Merasa Betik Hasil Tanaman Sendiri

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 379 hits
Alahai seronoknya mama Pertama Kali Merasa Betik Hasil Tanaman Sendiri Beberapa hari lepas mama tetiba perasan salah satu dari buah betik mama dah bewarna kuning dan bila mama picit tgk dah masak rupanya So mama pun petik dan inilah Pertama...
Migaloo Ikan Paus Albino Pertama Kali Dilihat Pada 1991 Dilaporkan Terlihat Di Perairan Nsw

Migaloo Ikan Paus Albino Pertama Kali Dilihat Pada 1991 Dilaporkan Terlihat Di Perairan Nsw

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 363 hits
Pada tahun 1991 di Teluk Byron telah memperlihatkan satu satunya ikan paus putih yang terkenal di dunia dan dianggap berusia kira kira 3 5 tahun Pada waktu ini terdapat sekitar tiga paus humpback putih yang lain dikenali dengan nama Bahloo ...
Covid 19 Hanya Tujuh Kes Kali Pertama Satu Angka Di Rekod

Covid 19 Hanya Tujuh Kes Kali Pertama Satu Angka Di Rekod

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 350 hits
PUTRAJAYA Malaysia pertama kali mencatatkan satu angka kes COVID 19 apabila hanya tujuh kes baharu dicatatkan pada pengumuman semalam iaitu yang terendah pernah dicatatkan setakat ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah b...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp