Migaloo Ikan Paus Albino Pertama Kali Dilihat Pada 1991 Dilaporkan Terlihat Di Perairan Nsw
Pada tahun 1991, di Teluk Byron telah memperlihatkan satu-satunya ikan paus putih yang terkenal di dunia dan dianggap berusia kira-kira 3-5 tahun. Pada waktu ini, terdapat sekitar tiga paus humpback putih yang lain dikenali dengan nama Bahloo, Willow dan Migaloo Jnr.
Kebiasaanya, Migaloo akan menuju ke arah utara untuk melewati Port Macquarie pada pertengahan bulan Julai dan kembali semula pada bulan September atau Oktober.
Namun, pada tahun 2019 terdapat beberapa kebimbangan mengenai kesihatan ikan paus putih sewaktu melihatnya menuju ke arah selatan pada akhir bulan Julai. Selain itu, dapat dilihat melalui perubahan pada warna kulit ikan paus yang menjadi petunjuk kesihatannya yang kurang baik.
Sementara itu, Pusat Penyelidikan Paus Putih menunjukkan bahawa Migaloo telah dijumpai di pantai selatan NSW dalam laporan minggu ini. Tambahan pula, Migaloo adalah khas dan mempunyai nilai. Ikan paus seberat 40 tan ini telah diberi perlindungan tambahan dibawah undang-undang pemerintahan komenwel kerana keunikannya.
Milagoo dipercayai telah berumur lebih daripada 30 tahun. Ikan paus ini sudah dewasa dan matang secara fizikalnya. Tambahan pula, Migaloo tidak mempunyai masalah dengan pemangsa dan berkemungkinan Migaloo mempunyai harapan untuk hidup selama 100 tahun.
Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Paus Southern Cross Universiti telah mengumpulkan beberapa sampel kulit Migaloo pada bulan Oktober 2004. Sebahagian kecil kulit yang jatuh ke dalam air dikumpulkan bagu tujuan DNA.
Ok based on possible #Migaloo sighting off Kiama on Saturday 12pm and #PortMacquarie 11am Wednesday cruising at 2.4knots we estimate passing #ByronBay midday Saturday and #GoldCoast Sunday if he speeds up to 3+Knots it will be Byron early Satdy and past Gold Coast Saturday night. pic.twitter.com/C9ZoFEChg5
— Migaloo the Whale (@Migaloo1) June 19, 2020
Melalui penyelidikan tersebut, telah disahkan bahawa Migaloo adalah jantan. Dipercayai telah dilahirkan pada tahun 1986. Migaloo juga disyaki sebagai ikan paus albino. Tetapi, tanpa buki yang pasti. Saat ini dia dikenali sebagai ‘hipo-pigmented’ humpback.
Sumber: www.portnews.com.au
The post Migaloo, Ikan Paus Albino Pertama Kali Dilihat Pada 1991 Dilaporkan Terlihat Di Perairan NSW appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/06/20/migaloo-ikan-paus-albino-pertama-kali-dilihat-pada-1991-dilaporkan-terlihat-di-perairan-nsw/