Pertama Kali Cashout Duit Dari Akaun Sushivid
PERTAMA KALI CASHOUT DUIT DARI AKAUN SUSHIVID | Hai semua.. Entri ini khususnya buat rakan-rakan blogger ku sekalian. hehe.. Busyra nak share sikit ni dengan korang Cara Cashout Duit dari Akaun Sushivid. Mudah bekerjasama dengan pihak mereka. Masih ada ke yang belum kenal? Rasanya kalau korang seorang blogger memang dah familiar kan?
Busyra baru pertama kali cashout dari akaun sushivid ni. Sebab tu excited sikit sampai buat tutorial. haha. Alhamdulillah hasil dari review produk, dapat juga hasilnya.. Korang pun mesti boleh! Janji jangan cepat mengalah hantar proposal. Biar lambat, akhirnya pasti dapat.. Ewahhh! macam pantun pulak kan. hehe
Cara-caranya:
1. Klik pada "My Wallet"
2. Seterusnya klik "Payout Request"
3. Klik "Ok! Continue to Payout Request"
4. Isi semua butiran seperti Nama Penuh, Email, NO K/P, Jenis Bank & No akaun Bank.. Untuk pertama kali cashout macam busyra ni, pihak mereka akan mintak copy ic tapi nanti bila nak cashout untuk kali kedua dan seterusnya dah tak perlu nak bagi salinan ic lagi. *jangan lupa untuk klik "save details for future use" (rujuk gambar)
5. Buat semakan dengan sebaiknya. Jika dah selesai semak semua maklumat, klik pada "Cofirm Payout Request".
6. Then siapppp! Senang saja kan nak cashout. Mereka hanya akan proses payment pada hari Isnin hingga Jumaat saja. Jadi kalau korang buat request pada hari sabtu maksudnya pihak mereka akan proses pada hari Isnin.
7. Korang boleh check pada > my wallet > withdrawals ..dekat situ status "Pending".. Jadi tunggu saja payment masuk ke dalam akaun bank korang
8. Korang boleh print "Payout Slip" sebagai bukti korang dah cashout. Apa-apa jadi, kita ada bukti untuk kemukakan. Lepas settle ni, korang akan terima satu email pengesahan.
Then nanti bila duit dah masuk dalam akaun pun, korang still akan dapat email pemberitahuan. Nanti status yang pending tu pun akan bertukar jadi "Approved".
23 November 2018 busyra withdraw, Alhamdulillah, dapat email dari bank Hong Leong pada 1 Disember 2018 pada waktu pagi.. Then duit masuk dalam akaun busyra petang macam tu.. So jangka masa untuk duit masuk dalam akaun selepas kita cashout dari akaun SushiVid adalah lebih kurang 8 hari saja. Itu pun termasuk hari tak bekerja tau. Cepat jugak proses mereka..
Semoga tutorial busyra ni dapat bantu korang sedikit sebanyak.. Banyak job sebenarnya dalam SushiVid tapi susah untuk client approve kita punya proposal tapi sekali dapat masyuk jugak la.. Jangan putus asa untuk hantar dan terus hantar proposal. Busyra sendiri pun masih hantar proposal, try and error. hehe.. Macam mintak kerja, sekali hantar resume belum tentu dapat kan? Sama lah macam ni. Chaiyok guys
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.busyratakiyudin.com/2018/12/pertama-kali-cashout-duit-dari-akaun.html