10 Tips Mudah Berjumpa Bakal Mertua Untuk Pertama Kali


10 Tips Mudah Berjumpa Bakal Mertua Untuk Pertama Kali. Baca tajuk sahaja pun boleh buat hati rasa nervous. Betul tak? Bagi yang rasa nervous itu, pastinya bakal jumpa mertua buat pertama kali. Sudah tentu dada rasa berdebar. “Dup.. dap…. dup…. dap”. Ada yang lebih teruk, siap tidak boleh tidur malam kerana terlalu takut memikirkan perkara ini. Takut jika mertua tidak boleh terima diri ini seadanya.

Perkahwinan Indah Semua orang tahu, perkahwinan adalah sesuatu yang indah. Namun sebelum mendirikan sesebuah masjid, perlu ada cara dan langkah yang tertib demi menjamin kebahagiaan yang berkekalan, dan juga sebagai memohon restu daripada keluarga mentua agar mendapat keizinan mereka dalam menjalin kemesraan antara dua pihak. Di sini tips-tips yang paling kerap dilakukan diterangkan secara terperinci, berdasarkan di atas pengalaman-pengalaman yang di alami oleh semua bakal pengantin yang akan mendirikan singgahsana bersama yang tercinta. Walaupun hanya calon, belajar cara mengambil hati mertua, agar disayangi mertua selalu. Usah bertangguh lagi, ikuti tips bertemu calon mertua ini.

1. RANCANG PERTEMUAN Ini tips berjumpa bakal mertua yang pertama. Faktor masa adalah penting dalam membuat temujanji atau aturan bertemu keluarga mentua. Kerana pemilihan masa akan menentukan keadaan dan suasana pertemuan itu. Elakkan pertemuan secara mengejut, atau datang bukan dalam waktu keraian. Pilihlah tarikh pertemuan seperti hari raya, kenduri kahwin saudara dan yang sewaktu dengannya. Untuk lebih menunjukkan adab, biar pasangan kita yang aturkan pertemuan itu. Kita cuma ikut sahaja aturan dia.

2. JAGA PENAMPILAN DIRI Tanggapan pertama keluarga mentua amat penting supaya mentua dapat menganalisa keperibadian anda sepenuhnya. Maklumlah, untuk menyerahkan kehidupan anaknya kepada anda, mereka perlulah membuat kajian sendiri juga tentang bakal menantu yang akan dikahwini oleh anda. Jadi berpakaian sopan merupakan kepentingan utama. Contoh berpakaian sopan yang paling ideal adalah baju kurung. Jangan pakai yang terlalu menjolok mata. Ini bukan pameran fesyen. Juga janga terlalu formal siap tali leher, bagaikan di pejabat. Biar santai tetapi kemas.

3. TUNJUKKAN ADAB SOPAN DAN KERAJINAN Tunjukkan akhlak yang baik. Pertuturan yang baik dan sifat yang terpuji menggambarkan keperibadian anda. Untuk perempuan, ringankan tulang anda untuk membantu bakal mentua seperti memasak, mengemas, membasuh pinggan dan sebagainya. Bakal mentua juga akan menganalisa anda berdasarkan skil komunikasi, memasak, skil sebagai suri rumah tangga yang akan menjaga anak mereka kelak.

4. BIARLAH BERSEDERHANA Tips berjumpa bakal mertua yang seterusnya ialah sentiasalah bersederhana dalam segala perlakuan anda. Ini kerana sifat bersederhana dituntut oleh syarak dan juga menyejukkan mata yang memandang. Jangan ada rasa bongkak diri atau bersifat berlebih-lebihan. Ini kerana mentua menyukai menantu yang tidak mempunyai sifat bangga diri dan sentiasa bersederhana. Ianya juga akan merapatkan silaturrahim antara kedua belah pihak. Untuk perempuan, elakkanlah bermekap tebal-tebal.

5. JADI DIRI SENDIRI, JANGAN ‘FAKE‘ Ini adalah tips yang sebaik-baiknya dan perlu dijadikan tabiat. Ianya akan menunjukkan keperibadian anda yang sebenar kepada mentua. Sepertimana anda terhadap pasangan anda, begitulah juga layanan anda kepada mentua, cuma perlu lebih bersopan dan mengetahui batas-batasnya. Hipokrasi hanya akan mengundang syak wasangka dan memberikan tanggapan buruk dari pihak mentua. Jangan sebelum kahwin nampak baik, selepas kahwin baru tunjuk tembelang!

6. ADA PENGETAHUAN AGAMA YANG KUKUH Ilmu pengetahuan tentang agama amat penting kerana itu adalah tunggak kebahagiaan dan kewajipan keluarga. Agama memberi panduan kepada keluarga dan pasangan ke arah kehidupan yang lebih bahagia di dunia dan akhirat. Selain itu juga, ilmu tersebut juga akan menjadi panduan kepada anak-anak yang akan lahir kelak. Untuk lelaki, jangan sampai bakal mertua suruh baca doa makan, tidak tahu pula. Apatah lagi bila didorong ke depan untuk jadi imam solat, asyik geleng-geleng kepala. Jika mahu kahwin anak dia, kenalah tahu memimpin keluarga.

7. SOAL-SELIDIK PIHAK MENTUA Sebelum berjumpa pihak mentua, eloklah membuat soal-selidik dahulu melalui pasangan anda. Ini kerana ianya dapat mengelakkan salah faham dan juga mengetahui cara yang betul untuk menambat hati pihak mentua. Tanya betul-betul, cuma jangan sampai pasangan rasa pissed-off.

8. PANDAI MEMBUKA BICARA/MEMULAKAN TOPIK PERBUALAN Dalam mana-mana skil komunikasi, pembukaan bicara adalah yang paling sukar dilakukan terutamanya apabila di dalam keadaan yang janggal. Setelah melakukan soal-selidik pihak mentua daripada pasangan anda, anda akan dapat gambaran apakah topik yang dapat dibicarakan bersama mentua. Cuba berbual secara spontan dan natural, supaya ianya tidak digambarkan seperti sudah dirancang dan diskripkan.

9. BAWA BUAH TANGAN Buah tangan merupakan simbol penghargaan kepada pertemuan anda dan pihak mentua. Dari soal-selidik juga, anda dalam proses menambat hati mentua. Ianya juga dapat dijadikan topik perbualan seperti contoh, kalau anda membawa kek lapis, kemungkinan pihak mentua akan bertanya dari mana anda membelinya. Jikalau anda membuat sendiri, mungkin anda dan pihak mentua dapat berkongsi resipi atau tips untuk memasaknya. Yang paling selamat ialah dengan bawa buah-buahan sahaja. Tanya pasangan, buah-buahan yang macam mana yang mertua suka.

10. KENAL-KENAL DENGAN BAKAL ABANG/KAKAK/ADIK IPAR Ini tipps berjumpa bakal mertua yang terakhir. Dan ini antara yang paling penting. Jangan buat muka sombong. Cuba berbaik-baik dan kenal-kenal dengan bakal abang/kakak/adik ipar. Mulanya, mungkin ada yang nampak sombong. Bila bakal mak mertua kenalkan satu persatu, mungkin boleh jadi lebih rapat. Ambil peluang untuk mengenali lebih rapat, kerana bila berkahwin dengan pasangan, kita bukan kahwin dengan pasangan itu sahaja. Kita kahwin dengan seluruh keluarganya.

AKHIR KATA Apa yang penting adalah niat anda yang suci dan murni dalam menambat hati pihak mentua. Banyakkan berdoa sebelum pertemuan dan biarkan proses pertemuan berjalan secara semula jadi dan lancar. Jikalau anda sentiasa tenang dan relaks dalam setiap situasi, pasti pihak mentua akan yakin dengan anda sebagai menantunya. Untuk perempuan, Norfanil ada sedikit tambahan tips berjumpa bakal mertua. Bagaimana dengan anda? Ada pengalaman dan tips berjumpa bakal mertua? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.
Sumber: Norfanil Via Sirap Limau
The post 10 Tips Mudah Berjumpa Bakal Mertua Untuk Pertama Kali appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/10-tips-mudah-berjumpa-bakal-mertua-untuk-pertama-kali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pokemon Festival Akan Hadir Di Malaysia Buat Pertama Kali

Pokemon Festival Akan Hadir Di Malaysia Buat Pertama Kali

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 350 hits
8 Kongsikan Semestinya ini adalah sebuah berita yang lebih memeranjatkan dari Ryan Renolds melakonkan watak Detective Pikachu Resort World Genting akan mengadakan Pokemon Festival sebuah acara yang julungnya dibuat di Malaysia Acara ini aka...
Panduan Naik Pesawat Internasional Untuk Pertama Kali Penting Buat Yang Mau Ke Luar Negeri

Panduan Naik Pesawat Internasional Untuk Pertama Kali Penting Buat Yang Mau Ke Luar Negeri

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 293 hits
Hipwee yakin sih nggak lama lagi kamu akan segera liburan ke luar negeri Makanya tipsnya jangan lupa disimpan dan dipraktekkan ya
Cuma Pakai Tips Diet Mudah Ini Berat Badan Wanita Ini Turun 138 Kg

Cuma Pakai Tips Diet Mudah Ini Berat Badan Wanita Ini Turun 138 Kg

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 521 hits
Memiliki berat badan ideal tak semata mata agar penampilan terlihat cantik Lebih dari itu berat badan ideal biasanya jadi salah satu indikator tubuh yang sehat Untuk kurus sebenarnya bukanlah satu perkara yang sukar Semua orang tidak kira u...
Tips Untuk Bakal Pengantin Minus Jus Endon Untuk Kesihatan Luaran Dalaman

Tips Untuk Bakal Pengantin Minus Jus Endon Untuk Kesihatan Luaran Dalaman

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 461 hits
Tips Untuk Bakal Pengantin Minus Jus Endon Untuk Kesihatan Luaran Dalaman Salam Woooowww mentang mentang uzu dah nak kahwin kan pelbagai tips uzu dah google demi untuk ilmu untuk kahwin nanti Hahahahaha termasuklah jus endon ni Kahhhh Tengo...
Diari Adik Nur Kali Pertama Adik Nur Potong Rambut

Diari Adik Nur Kali Pertama Adik Nur Potong Rambut

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 355 hits
Diari Adik Nur Kali Pertama Adik Nur Potong Rambut Assalamualaikum semua Hari ini Sha nak titipkan kenangan untuk anak kedua Sha iaitu Adik Nur yang mana pada 10 November 2018 yang lepas sebelum kami ke Kampar kami telah ke sebuah salun unt...
Ketupat Lontong Goreng Pertama Kali

Ketupat Lontong Goreng Pertama Kali

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 413 hits
KETUPAT LONTONG GORENG PERTAMA KALI Lama dah nak buat lontong atau ketupat goreng ni tapi kerajinan tu tak pernah lah nak datang betul betul Pagi ni sebab lapar maka kerajinan tu datang dengan sendiri uolsss Disebabkan aku suka bawang putih...
Pertama Kali Zamani Terkedu Apabila Ramli Ms Beri Komen Sepatah Ini Adakah Ini Sebabnya

Pertama Kali Zamani Terkedu Apabila Ramli Ms Beri Komen Sepatah Ini Adakah Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 298 hits
Pertama Kali Zamani Terkedu Apabila Ramli MS Beri Komen Sepatah Ini Adakah Ini SebabnyaPertama Kali Zamani Terkedu Apabila Ramli MS Beri Komen Sepatah Ini Adakah Ini Sebabnya
Cerita Presiden Jokowi Naik Mrt Jakarta Untuk Pertama Kali

Cerita Presiden Jokowi Naik Mrt Jakarta Untuk Pertama Kali

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 287 hits
Presiden Jokowi merasa kagum dengan Stasiun HI yang menjadi lokasi pemberangkatan perjalanannya hari ini Selama perjalanan Jokowi juga mengagumi rencana MRT Jakarta nantinya akan mengoperasikan kereta secara otomatis meski saat uji coba saa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo