Debaran Pertama Kali Ke Wilayah Persekutaun Labuan
Debaran Pertama Kali Ke Wilayah Persekutaun Labuanبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Asalamualaikum & salam sejahtera Semua.Perjalanan darat menuju ke Pulau Labuan memang agak jauh jika dari Keningau, harus melalui Banjaran Croker di jalan pintas Kimanis - Kota Kinabalu. Sampai di satu simpang 4 bulatan, kereta akan di pandu ke sebelah kiri menuju ke Menumbuk, di mana di Menumbuklah tempat pelabuhan dan tempat naik Boat atau Kapal Laut menuju ke Wilayah Persekutuan Antarabangsa Labuan. Sebenarnya Pulau Labuan ini di Sabah, terletak di pesisir pantai dan di kedudukan sebuah pulau yang di namakan Pulau Labuan, Sabah.
Bot mengubung jeti Menumbuk ke Pulau labuan, Sabah
Pertama kali ke Pulau Labuan dengan melalui jalan atas laut, samudera lautan biru, memang tidak Etuza nafikan ada debaran yang jelas dalam hati. Apa tah lagi pertama kali nya menaiki boat, memang mendebarkan. Sebaik naik dalam Boat kami diberi pakaian keselamatan dan diberi tunjuk ajar keselamatan. Semua penumpang Etuza serta semua anak Etuza diam dan mungkin ada debaran dalam hati. Etuza masa itu sesekali melihat samufera lautan yang seolah tidak bertepi. " Ya Allah selamatkan kami semua dalam Boat ini Ya Allah, hanya padaMu Ya Allah kami memohon rahmat dan perlindungan dari apa juga bala bencana" Itulah doa Etuza tanpa henti.
Rupanya sibuk sekali di Pelabuhan Menumbuk ..amat sibukseperti sibuknya di Lapangan Terbang
Ketika di tengah lautan, Etuza sempat melihat keadaan laut, warna kebiruannya berubah kepada warna kabut dan keliahtan banyak ranting-ranting kayu yang kecil berlonggok di tengah lautan. Mungkin disebab kan laut ini tidak mengalir ke muara, maka ranting kayu yang banyak itu terhimpun dalam pusaran air laut. Sesekali bunyi dentuman kedengaran seolah terlanggar batu. Rasa takut dengar dentuman di bawah Boat. Kadang kala Boat berayun ikut lautan yang agak berombak. baru lah Etuza tahu situasi menaiki kenderaan melalui jalan laut. Tiba-tiba ternampak nun di sana bangunan tinggi di tepi pelabuhan. Cantik. Alhamdulillah sampai di Pelabuhan Labuan Antarabangsa. Nafas kami tarik lega seraya menadah tangan bersyukur padaNya.Pelabuan Labuan Antarabangsa..
Kapal Ferry di Labuan Berlainan situasi apabila menaiki Kapal Ferry yang besar ini. Kurang debaran dan suasana amat tenang sekali. Dari segi masa memang Boat cepat sampai dan pantas, serta kos naik Boat agak besar. Menaiki Ferry murah tetapi memakan masa untuk sampai ke tempat di tuju. Pengalaman menaiki kapal Ferry, kita dapat melihat luasnya lautan dengan jelas sekali. Pemandangan dasar laut amat cantik dan tenang sekali. sesekali nampak Boat silih berganti di pandu sangat laju meninggalkan kapal Ferry.Tidak terasa sangat gerakan Ferry besar ini.
Kami disajikan dengan filem di kaca TV. Disediakan tempat duduk yang teratur dan keadaan ruang yang selesa. Di dalam kapal Ferry ada kedai menjual minuman dan makanan lain. Mulanya Etuza rasa pelik tetapi segera Etuza faham bahawa semestinya ada menjula air dala Ferry ini. Etuza berfikir jika ke Labuan mahu rancang naik Boat ke naik kapal Ferry, kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Anda harus bijak memilih yang mana satu. Suatu masa pasti akan datang lagi ke Pualau Labuan, Sabah.
Besarnya kapal Ferry ini..bertingkat-tingkat
Inilah dia Terminal Ferri Antarabangsa Labuan
Pantai di Pulau Labuan..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2018/11/debaran-pertama-kali-ke-wilayah.html