Persoalan Yang Murid Sering Tanya Bila Bulan Puasa Batal Ke Puasa
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Persoalan Yang Murid Sering Tanya Bila Bulan Puasa | Jadi, ustaz ustazah ni kena jadi profesor serba tau... Kadang persoalan tak masuk dek akal anak murid akan tanya.
Bulan puasa, adalah bulan yang paling banyak soalan murid akan tanya. Bab yang paling popular ditanya kalau pasal puasa ialah perkara yang membatalkan puasa.
Kadang yang pelik-pelik dia tanya... Antaranya:
"Ustazah, korek hidung batal puasa tak?"
"Ustazah, saya terjilat jari saya, batal puasa tak?"
"Ustazah, kentut dalam air batal puasa kan?"
"Ustazah, terlupa baca niat tadi pagi, sah tak puasa saya?"
"Ustazah, kalau terminum air masa ambil wuduk, takpe kan?"
"Ustazah, muntah batal puasa kan?"
Banyak lagi soalan yang kadang-kadang soalan yang berulang. Jenuh nak taip kat sini.. hehe..
Apa pun, persoalan remeh ni bukan murid je tanya, adakalanya orang dewasa pun confius kan..
Perkara yang membatalkan puasa
Baiklah.. secara asasnya, yang disepakati Ulama' Mazhab Syafie, ada 7 perkara yang membatalkan puasa kita, iaitu:
Makan dan minum dengan sengaja walaupun sedikit
Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan (dengan sengaja, terkecuali jika beristinjak atau mandi wajib)
Muntah dengan sengaja, kalau tak sengajar
Bersetubuh di Siang hari
Mengeluarkan air mani dengan sengaja, terkecuali jika mimpi dan sebagainya.
Keluar darah Haid atau Nifas
Gila atau Murtad
Jadi, bab baca niat tu camne pula... Ok, kalau kita bangun sahur tu kira niatlah tu untuk berpuasa esoknya... Tak kan saja-saja bangun makan. Niat ni dalam hati...yang kita baca tu lafaz saja.
Kadang-kadang persoalan yang remeh ni buatkan rasa nak gelak pun ada... Tapi ye lah budak baru belajar kan.. kena lah tolong ye dak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mariafirdz.com/2019/05/persoalan-perkara-yang-membatalkan-puasa.html