Malaysia Rugi Lebih Rm620 Juta Akibat Tidak Patuh Pengurusan Kewangan


BERNAMA
Ini dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan serta Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan Tahun 2020.

Petugas kesihatan membuat pemeriksaan dos vaksin pada picagari dengan berlatar belakang bendera Malaysia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, di Cheras Ketidakpatuhan kementerian dan jabatan persekutuan terhadap pengurusan kewangan menyebabkan isu pembayaran tidak teratur, kerugian wang awam dan pembaziran kepada kerajaan berjumlah RM620.07 juta pada 2020.
Ketua Audit Negara Nik Azman Nik Abdul Majid berkata daripada RM510.49 juta pembayaran tidak teratur, RM499.19 juta melibatkan bayaran tuntutan perkhidmatan penyenggaraan tanpa pengesahan di Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sementara itu, daripada RM104.79 juta kerugian wang awam, RM81.69 juta merupakan penalti belum tuntut dan tidak dikenakan Jabatan Imigresen manakala pembaziran RM4.79 juta melibatkan peralatan lewat diterima dan tidak dipasang di Istana Budaya.
“Bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil, ketua audit negara mengemukakan 29 syor, iaitu empat syor untuk pengesahan penyata kewangan dan 25 syor untuk pengauditan pematuhan kementerian dan jabatan Persekutuan untuk dipertimbangkan pelaksanaannya oleh kementerian dan jabatan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan kepada Bernama berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan serta Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan Tahun 2020 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini.
Nik Azman berkata pengauditan pematuhan melibatkan sejumlah RM899.44 juta dilaksanakan terhadap tiga kementerian dan lima jabatan Persekutuan meliputi aspek pengurusan kontrak berjumlah RM772.40 juta, perolehan kerajaan (RM54.8 juta) dan kutipan hasil (RM72.24 juta).
Sementara itu, dalam Penegasan Perkara (Emphasis of Matter) mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan, ketua audit negara menyatakan hutang kerajaan persekutuan pada 2020 berjumlah RM879.560 bilion atau 62.1% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
Hutang persekutuan meningkat sebanyak RM86.562 bilion atau 10.9% berbanding RM792.998 bilion atau 52.4% pada tahun 2019.
Menurut ketua audit negara, sebanyak 50.4% atau RM98.058 bilion daripada RM194.555 billion pinjaman baru pada 2020 digunakan untuk membiayai bayaran balik prinsipal pinjaman yang matang.
“Ini menunjukkan kerajaan bergantung kepada pinjaman baru untuk membayar pinjaman matang dan penggunaan dana Kumpulan Wang Pembangunan berjumlah RM8.265 bilion bagi pelunasan Liabiliti Inisiatif Pembiayaan Swasta dan Komitmen Jaminan,” katanya.
Selain itu, sejumlah RM2.65 bilion digunakan untuk membayar perbelanjaan perkhidmatan sokongan hospital dan klinik di kementerian kesihatan serta penyenggaraan fasiliti di kementerian pendidikan yang sebelum ini dibayar menggunakan peruntukan belanja mengurus.
“Dana Kumpulan Wang Pembangunan yang dibiayai melalui pinjaman sepatutnya digunakan untuk membiayai projek pembangunan fizikal yang menyumbang kepada pembentukan modal baharu yang boleh meningkatkan pembangunan Negara serta mempunyai kesan pengganda yang tinggi untuk menjana aktiviti ekonomi,” katanya.
Sementara itu, hasil kerajaan persekutuan merosot 14.9% kepada RM225.075 bilion pada 2020 berbanding RM264.415 bilion tahun sebelumnya manakala perbelanjaan Covid-19 berjumlah RM38.019 bilion.
Perbelanjaan mengurus pula merosot 14.7% kepada RM224.6 bilion, iaitu penurunan sebanyak RM38.743 bilion berbanding tahun 2019 manakala perbelanjaan pembangunan pula berjumlah RM51.36 bilion, iaitu pengurangan sebanyak RM2.813 bilion atau 5.2% berbanding RM54.173 bilion pada 2019.
Nik Azman berkata secara keseluruhan, kerajaan persekutuan mengalami defisit berjumlah RM87.645 bilion dengan nisbah defisit kepada KDNK pada kadar 6.2%, berbanding 3.4% atau RM51.37 bilion pada 2019.
Menurut kenyataan itu LKAN ini mengandungi tiga komponen utama iaitu pengesahan penyata kewangan kerajaan persekutuan bagi tahun berakhir 31 Disember 2020, analisis kewangan kerajaan persekutuan dan pengauditan pematuhan kementerian dan jabatan persekutuan.
Nik Azman berkata secara keseluruhannya, penyata kewangan kerajaan persekutuan menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan kerajaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2020 dan rekod perakaunannya diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.
Ia merupakan pembentangan LKAN kedua di Dewan Rakyat tahun ini selepas LKAN Tahun 2019 Siri 2 dibentangkan pada 28 September lepas dan hari ini juga, Jabatan Audit Negara memberi taklimat kepada ahli-ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara di Parlimen berhubung isu-isu utama penemuan Audit.
LKAN ini boleh diakses oleh orang awam di laman sesawang http://www.audit.gov.my mulai 10.10 pagi ini manakala isu-isu dalam LKAN Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan Tahun 2020 pula akan dimuat naik di Portal Auditor General’s Dashboard (AGD) mulai pukul 11 pagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/malaysia-rugi-lebih-rm620-juta-akibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Saya Rasa Diri Terancam Di Malaysia Lebih Dihargai Di Australia Nur Sajat

Hiburan Saya Rasa Diri Terancam Di Malaysia Lebih Dihargai Di Australia Nur Sajat

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 450 hits
Usahawan kosmetik penuh kontroversi Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat mengakui bahawa dia merupakan transgender dan membuat keputusan meninggalkan Malaysia atas sebab merasakan dirinya terancam ARTIKEL BERKAITAN Advertis...
Lebih 22 4 Juta Populasi Dewasa Terima Dos Lengkap Covid 19

Lebih 22 4 Juta Populasi Dewasa Terima Dos Lengkap Covid 19

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 295 hits
97 8 peratus populasi dewasa telah menerima sekurang kurangnya satu dos vaksin KUALA LUMPUR 28 Rabiulawal 1443H Khamis Sebanyak 22 409 335 atau 95 7 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap dos vaksinasi COVID 19 setakat ma...
Persoalan Timbul Berhubung Pelaburan Ratusan Juta Ringgit Syarikat Malaysia Di Uk

Persoalan Timbul Berhubung Pelaburan Ratusan Juta Ringgit Syarikat Malaysia Di Uk

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 247 hits
MALAYSIA NOW Komuniti perniagaan UK berkata pengumuman serupa satu ketika dahulu tidak pernah diambil tindakan susulan selain tidak memberikan sebarang hasil Sebuah kenyataan perdana menteri Britain memasukkan sebuah firma Malaysia sebagai ...
Bajet 2022 Rm25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia

Bajet 2022 Rm25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 352 hits
Bajet 2022 RM25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia Sejak wabak COVID 19 menjengah ke tanah kita lebih 4 700 anak anak telah hilang tempat bermanja apabila ibu dan bapa mereka pergi buat selamanya akibat virus ini Sebagai Keluarga Mala...
Kenali Gamer Malaysia Jadi Jutawan Nikmati Ganjaran Rm21 7 Juta Bermain Dota 2

Kenali Gamer Malaysia Jadi Jutawan Nikmati Ganjaran Rm21 7 Juta Bermain Dota 2

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 235 hits
CHENG Jin Xiang FOTO PSG Esport Gamer Malaysia kongsi ganjaran RM21 7 juta Kuala Lumpur Siapa kata bermain e sukan tak boleh jadi jutawan apabila seorang rakyat Malaysia mencipta sejarah muncul naib juara pada kejohanan e sukan berprestij d...
Zu Chongzhi 2 1 Sistem Komputer Kuantum 10 Juta Kali Lebih Pantas

Zu Chongzhi 2 1 Sistem Komputer Kuantum 10 Juta Kali Lebih Pantas

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 158 hits
AGENDA DAILY Bit ialah unit terkecil di mana komputer tradisional menyimpan dan memproses data Ahli fizik China mengumumkan bahawa mereka telah berjaya membina sistem pengkomputeran kuantum superkonduktor boleh diprogramkan terpantas di dun...
Kehilangan Orang Tua Akibat Covid 19 94 Anak Di Sulsel Dapat Santunan Rp2 5 Juta

Kehilangan Orang Tua Akibat Covid 19 94 Anak Di Sulsel Dapat Santunan Rp2 5 Juta

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 204 hits
Pemerintah Provinsi Sulawesi Selatan mencatat setidaknya 94 anak kehilangan orang tuanya karena Covid 19 Mereka akan mendapat santunan Rp2 5 juta
Pemantauan Lemah Punca Jim Rugi Rm81 69 Juta

Pemantauan Lemah Punca Jim Rugi Rm81 69 Juta

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 241 hits
Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI PETALING JAYA Jabatan Imigresen Malaysia mengalami kerugian RM81 69 juta berikutan kelemahan pemantauan perjanjian yang tidak jelas sehingga menyebabkan penalti tidak dikenakan terhadap sebuah syarikat yang m...
Strange Transparent Creatures You Won T Believe Actually Exist Indiatimes Com

Three Ex Aides Of Ismail Sabri Given Bail Macc Probe Ongoing

Kelantan Tiga Pps Dibuka Di Tanah Merah Akibat Banjir

Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Makan Makan Sempena Birthday Mama Rania

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Ford S Suv Recall A Commitment To Driver Safety

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Panduan Lengkap Persiapan Menyambut Bulan Ramadan

Putrajaya International Convention Centre

Kehebatan Seni Bina Pada Zaman Firaun Jadi Perdebatan Ilmiah

Kolabrasi Fipper Dan Bayu Somerset Melengkapkan Koleksi Lebaran

Dopamine D Cor How Celebrity Designers Are Embracing This Feel Good Trend

Fadillah No Mps Met Me On Opposition Funding Other Than Syed Saddiq