Persoalan Pokok Kenapa Azmin Tidak Bela Dirinya Sebagaimana Anwar Dulu Pertahan Dirinya



Naib Presiden PKR, Tian Chua menggesa ahli dan pemimpin parti itu untuk berdiri teguh di belakang Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang kini didakwa terlibat dalam skandal seks sejenis melalui video yang telah tersebar luas.Jelas Tian Chua, PKR kini perlu bersatu menghadapi unsur yang menurutnya cuba menjejaskan pemimpin parti dengan taktik sama yang pernah digunakan terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim pada 1998 dan 2013 dahulu.“Kita perlu berdiri bersama, bukan hanya untuk menunjukkan sokongan atau simpati kepada Azmin tapi juga bagi menegaskan titik mula perjuangan reformasi parti, kita perlu kenang hari ketika Anwar menjadi mangsa politik longkang suatu ketika dahulu,” ujarnya lagi.Tidak sekadar Tian Chua yang sekarang ini meminta pembelaan terhadap Azmin dilakukan sama seperti kepada Anwar dahulu, malah Azmin sendiri dalam perjumpaan dengan tenaga kerja parti seluruh negara baru-baru turut membangkitkan perkara yang sama.Beliau dikatakan mengimbas bagaimana perjuangannya membela Anwar, bermula daripada detik dipecat sebagai TPM pada 1998 sehingga dalam dua kes liwat yang dihadapi oleh Presiden PKR itu.Lantas, secara tidak langsung Azmin bukan saja mahu jasanya membela Anwar dihargai, malah seperti menuntut pembelaan kepada Anwar dahulu mesti dilakukan kepadanya sekarang ini.Barangkali tiada yang salahnya untuk Azmin dan penyokongnya cuba mengungkit bagaimana mereka membela Anwar sebelum ini serta meminta perkara yang sama dilakukan sekarang, tetapi persoalan pokoknya ialah batang tubuh beliau selaku subjek yang terkait dengan skandal itu mestilah lebih dahulu dilihat melakukan perkara yang sama.Cuba kita imbas kembali bagaimana Anwar sendiri berjuang membela dirinya serta melawan fitnah yang ditujukan terhadapnya, baik dalam kes liwat 1 mahu pun liwat 2.Anwar bukan saja terus berjuang dan mempertahankan dirinya melalui ceramah, media, gerakan politik atau apa saja, malah beliau turut tidak gentar melakukannya melakui proses undang-undang iaitu mahkamah.Bahkan ketika di dalam penjara pun, beliau tidak berhenti melawan.Selain beliau dihadapkan dengan dua pertuduhan liwat – liwat 1 dibebaskan di peringkat Mahkamah Persekutuan dan liwat 2 diberi pengampunan penuh oleh Yang Dipertuan Agong – Anwar terbukti tidak pernah jemu melawan dan berjuang, bahkan beberapa pihak lain juga turut disaman kerana memfitnahnya.Ia menunjukkan Anwar tidak gentar dalam mempertahankan dirinya.Tetapi, bagaimanakah Azmin mempertahankan dirinya dalam skandal seks sejenis yang mengaitkan dirinya dengan Haziq Abdullah Abdul Aziz setakat ini?Adakah sama bagaimana Azmin mempertahankan dirinya sebagaimana Anwar membela dirinya?Maka, sebelum mahu menggesa Azmin dipertahankan sebagaimana Anwar dipertahankan sebelum ini, Timbalan Presiden PKR itu harus ditanya dahulu mengenai apa yang telah dilakukannya dalam membela dirinya?Sudahkah beliau membuat laporan polis atau menyaman sesiapa?Jika beliau sudah membela dirinya sendiri sepadan dengan bagaimana Anwar membela dirinya, mungkin baru sesuai untuk penyokongnya meminta pembelaan yang sama terhadap Azmin.Jika tidak, janganlah salahkan sesiapa mengenainya. Salahkan diri sendiri terlebih dahulu. (Shahbudindotcom 26/06/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/06/persoalan-pokok-kenapa-azmin-tidak-bela.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Popcorntambah Anwar Kata Dia Kepimpinan Pkr Tak Perlu Masuk Campur Urusan Azmin Haziq Pula

Popcorntambah Anwar Kata Dia Kepimpinan Pkr Tak Perlu Masuk Campur Urusan Azmin Haziq Pula

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 1469 hits
Anwar berkata bahawa dirinya enggan untuk masuk campurtangan dalam isu skandal video akhir zaman yang mana pelakunya dikatakan mirip individu bernama Azmin Ali dan Haziq Aziz Itu adalah keputusan Mohamed Azmin dan peguamnya Saya fikir tidak...
Azmin Tak Perlu Bercuti Anwar

Azmin Tak Perlu Bercuti Anwar

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 255 hits
TIADA keperluan mendesak Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk bercuti daripada menjalankan tugas dalam parti dan kerajaan kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Beliau menegaskan desakan yang cuba dibangkitkan se...
Azmin Pelik Bagaimana Video Mirip Dirinya Boleh Tersebar

Azmin Pelik Bagaimana Video Mirip Dirinya Boleh Tersebar

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 449 hits
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata kepimpinan PKR perlu menjelaskan kenapa pihak yang menyebarkan video seks yang dikatakan memaparkan individu miripnya itu boleh memiliki nombor telefon semua pemimpin cabang parti Azmin be...
Tengok Video Macam Azmin Setpol Anwar

Tengok Video Macam Azmin Setpol Anwar

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 480 hits
News Diterbitkan Hari ini 10 16 malamFarhash Wafa Salvador Rizal Mubarak setiausaha politik kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim memberikan pendapatnya mengenai siri video seks yang didakwa melibatkan timbalan presiden parti Mohamed Azmin Ali ...
Pkr Leader Decries Plot To Frame Anwar For Plot Against Azmin

Pkr Leader Decries Plot To Frame Anwar For Plot Against Azmin

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 331 hits
Since the sex videos implicating Azmin Ali surfaced there have been attempts to portray PKR president Anwar Ibrahim as the mastermind according to Penang PKR vice chair Jason Ong The whole plot was simply to make Anwar look bad in the eyes ...
Setpol Anwar Ibrahim Kata Pelakon Video Tu Memang Nampak Macam Azmin Ali

Setpol Anwar Ibrahim Kata Pelakon Video Tu Memang Nampak Macam Azmin Ali

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 1367 hits
Isk isk kau ni saja jer nak buat Azmin Ali naik darah tinggi apatah lagi bos kau si Anwar Ibrahim tu Kot ya pun nak bercakap tu biarlah berlapik Ini kau sound setepek memang nampak macam muka Azmin Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak setiau...
Rais Yatim Insists No Black And White For Anwar To Become Pm Says Dr M Likes Azmin Better

Rais Yatim Insists No Black And White For Anwar To Become Pm Says Dr M Likes Azmin Better

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 321 hits
There is no official agreement for Datuk Seri Anwar Ibrahim to succeed current Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad despite the promise as per Pakatan Harapan s election pledges veteran politician Tan Sri Rais Yatim has claimed The Parti ...
Poligraf Azmin Tolak Peluang Buktikan Dirinya Difitnah

Poligraf Azmin Tolak Peluang Buktikan Dirinya Difitnah

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR Keengganan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk melakukan ujian poligraf berhubung video seks di luar tabii sebenarnya menolak peluang untuk beliau membuktikan menjadi mangsa fitnah Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Ad...
Tidak Masuk Akal Mengaitkan Anwar Dalang Dalam Video Azmin

Tidak Masuk Akal Mengaitkan Anwar Dalang Dalam Video Azmin

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 365 hits
Sejak awal apabila video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin Ali tersebar persoalan utama yang bermain di kepala ramai orang ialah siapakah dalang di sebaliknya Apatah lagi apabila kemudian Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan tenang sel...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025