Persiapan Sambut Raya 2021
Persiapan Sambut Raya 2021 Kalau ikutkan trend semasa kebenaran semasa PKP/PKPB macam cerah je peluang kita balik beraya di kampung kan? Kalau perasan dah banyak pelepasan diberikan terutama kebenaran pemilik perniagaan beroperasi.
Walaupun jumlah jangkitan kes Covid turun naik tetapi memandangkan vaksin dah mula diberikan kepada rakyat Malaysia jadi peluang nak hidup tanpa sekatan yang ketat tu agak cerah.
HUKUM AMBIL SUNTIKAN VAKSIN COVID-19
Aku nak fikir positif je ni, mana tahu Allah berikan rezeki tahun ni satu Malaysia boleh balik beraya di kampung. Beraya dengan selamat dan Covid terkawal la semestinya. Aamiin. Doakan please. Tahun lepas Raya dekat KL tanpa mak dan adik beradik memang terasa hambar je.
Tarikh Puasa Ramadan & Raya Puasa 2021Tarikh dijangkakan umat Islam di Malaysia akan mula puasa jatuh pada 13 April 2021 iaitu pada Hari Selasa. Raya Puasa Aidilfitri pula dijangka jatuh pada 13 Mei 2021 iaitu Hari Khamis. Teruja sebab ramai ahli keluarga aku lahir pada bulan Mei termasuklah suami pada 14 Mei, anak kedua aku Raudah Sakinah 20 Mei, arwah Abah 23 Mei dan kakak Sulong aku 25 Mei.
Dah Mula ke Persiapan Raya?
Kalau perasan masa cepat betul berlalu sekarang ni. Tak lama lagi Februari dah nak melabuhkan tirai, dan kita dah masuk bulan Rejab pun. Tinggal Sya’ban dan kemudian datanglah Ramadan. Aku excited dan dalam masa yang sama sayu.
Emosi setahun lebih ni turun naik disebabkan pandemik. Anak-anak tak usah cakap lah, memang setiap kali telefon Wan dekat kampung mesti terselit dialog nak balik kampung. Jadi tahun ni semangat aku nak beraya dan buat persiapan Raya tu ada.
Haruslah excited walaupun nasib beraya dan merentas negeri tu masih kabur-kabur. Persiapan Raya aku lebihkan untuk anak-anak. Selain nak sambut Raya, hati ni teruja nak sambut Ramadan jadi aku lebih readykan diri untuk sambut puasa. Nak kena jaga kesihatan supaya dapat puasa dan dapat melakukan ibadah lain dengan mudah.
Resepi Kuih Raya Viral
Trend Baju Raya 2021 Untuk tahun 2021, Pantone mengumumkan bahawa 17-5104 Ultimate Grey dan 13-0647 Illuminating akan menjadi trend warna bagi tahun ini.
Selama lebih dari 20 tahun, Pantone’s Color of the Year telah mempengaruhi keputusan bagi pengembangan produk dan pembelian di pelbagai industri, termasuk fesyen, perabot rumah, dan reka bentuk industri, serta pembungkusan produk dan reka bentuk grafik.
Lepas google baru tahu Illuminating tu warna kuning rupanya. Ha dah dapat bayangkan baju raya warna kuning dan kelabu ke belum? Atau pun boleh guna grey untuk cat rumah pon cun jugak kan? Not bad juga lah warna yang dijangka trending ni.
Tapi jangan lah sedih kalau tak suka dua warna yang dijangka meletup tahun 2021 ni, boleh je beli baju ikut warna yang kau orang suka. nak tengok warna lain boleh rujuk entri aku yang sudah tentang warna tema Raya dekat sini. - Baju Raya warna apa tahun ni?
Giliran beraya Turn Isteri Kalau ikut giliran beraya sepatutnya tahun lepas, tahun 2020 adalah giliran beraya di kampung aku. Disebabkan tidak dapat pulang beraya secara automatik giliran beraya tahun lepas di bawa ke tahun 2021.
Tapi ini semua belum muktamad lagi. Masih belum duduk berbincang dengan suami dan takut juga nak berharap. Segala keputusan bercuti kena tengok jadual bertugas suami juga. Mesti semua orang teruja nak bercuti.
Jadi secara automatik mood nak raya is on.
Untuk tahun ni aku tak plan nak buat biskut Raya. Ikutkan tahun-tahun sebelum ni biskut Raya yang mendapat sambutan anak-anak ialah
Biskut Popia Nestum Bersalut Coklat Biskut Brownies Cookies Viral Biskut Crunchy Caramel Almond
Jadi kebarangkalian biskut ni sahaja yang akan dibuat ikut tahap kerajinan aku. Kalau malas kita order jelah. Macam tak biasa lol. Okey sebelum aku stop menulis, ayuhlah kita berdoa semoga Negara Malaysia cepat pulih dan sembuh dari Covid19.
Memang kita tahu lambat lagi nak bebas, tapi sekurang-kurangnya dapat balik jenguk ibu bapa dekat kampung pun dah syukur sangat. Aaamiin Ya Mujib.
Jangan leka atau alpa. Kita belum menang. Amalkan Penjarakan fizikal 1 meter daripada orang lain. Jangan lupa pakai pelitup muka, sentiasa cuci tangan dan bawa hand sanitizer jika keluar rumah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2021/02/persiapan-sambut-raya-2021.html