Persiapan Raya Sebelum Balik Kampung
Persiapan Raya Sebelum Balik Kampung | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah nampaknya tahun ini kita dapat kembali beraya seperti biasa selepas dua tahun tidak beraya secara normal. Jadi ramai yang telah mula membuat persiapan raya terutamanya kaum ibu termasuklah Sha sendiri.
Untuk pengetahuan korang, kali ini persiapan terutamanya baju raya utama kami sekeluarga telah siap dibeli. Kami memilih untuk lebih bertenang dan selesaikan apa yang patut lebih awal untuk mengelakkan kesesakan di saat akhir.
Walaupun beli awal, bulan-bulan puasa mestilah agak penat juga jalan-jalan cari baju raya dan kelengkapan raya lain maklumlah tak boleh makan minum kan..huhu. Bila ada waktu lapang, tak ada kerja lebih masa kami terus membuat sedikit demi sedikit persiapan raya tahun ini.
Beli awal tak kalut memang betul. Sebabnya Sha suami isteri kerja tak tentu masa dengan program di tempat kerja masing-masing yang perlu selesai sebelum hari raya yang kebetulan jatuh pada bulan baru. Jadi masing-masing ada jadual kerja yang sedikit padat berbanding sebelum ini.
Persiapan Raya Wajib Dilakukan Sebelum Syawal MenjelmaTahun ini Sha teringin nak bagi rumah cantik berbanding biasa, maklumlah sebelum ini Sha kemaskan dan bersihkan rumah sahaja. Kali ini Sha nak rumah lebih berseri dengan warna baharu. Tapi memandangkan untuk menukar warna rumah sudah kesuntukan masa, jadi Sha ambil keputusan untuk membeli hiasan rumah baru seperti langsir dan alas meja makan.
Jadi pada siapa yang pernah datang beraya rumah Sha memang akan nampak perbezaanlah walaupun tak besar. Bahagian langsir memang Sha tukar kepada langsir lain. Memang rumah Sha ada yang ringkas-ringkas sahaja, maklumlah Sha tak pandai hias rumah.
Tahun Ini Ada Meja MakanKalau korang nak tahu, tahun sebelum-sebelum ini memang rumah Sha tak ada meja makan yang berkerusi. Pendek kata kami makan bersila sahaja, tapi tahun ini suami Sha dah mengubah meja yang ada dengan memasang kaki kerusi. Jadi tahun ini kita makan juadah raya di meja makan lengkap dengan kerusi. Bestnya dah ada set meja makan yang lengkap di rumah.
Akhirnya tahun ini termakbullah impian Sha untuk ada langsir baru dan alas meja baru. Terima kasih pada suami sebab ubah suai meja makan daripada pendek menjadi tinggi. Jadi Sha hanya perlu tambah kerusi dan hias meja makan dengan alas meja penambah seri.
Nampak gaya bolehlah Sha main susun bekas kuih raya atas meja ni. Sebelum ini kawasan meja makan sekarang tempat menonton televisyen dan makan pun depan televisyen. Sekarang televisyen dah alih ke depan dan jadikan ruangan ini untuk ruang meja makan.
Tukar Langsir Baru
Langsir pula Sha tukar sebab sejak duduk rumah ini memang Sha tak pernah ubah apa-apa. Bila dah lama tengok benda sama, Sha ambil keputusan untuk berbelanja sikit untuk tukar apa yang patut. Yang lain-lain Sha tak tukar apa-apa cuma ubah kedudukan sahaja. Sofa dan karpet pun sebenarnya baru tukar juga, tapi bukan dalam bulan puasa ini.
Ganti Sofa Lama Dengan Sofa BaruSelain langsir, suami Sha belikan sofa baru untuk kami sekeluarga. Kalau suami beli sofa tugas isteri mestilah fikir macam mana cara nak naikkan seri sofa dihari raya nanti. Jadi sha dah beli bantal sofa baru yang lebih sesuai dengan sofa sekarang. Jadi nampaklah kelainan sikit dekorasi rumah kami tahun ini.
Lepas balik kampung nanti bolehlah jemput kawan-kawan datang rumah. Yang penting rumah dah siap sedia, nanti tak adalah penat nak fikir lagi. Sha pun suka kalau balik rumah nampak rumah bersih dan kemas. Cuma perlu fikir nak masak juadah apa nanti. Biasanya Sha masak ringkas-ringkas sahaja kalau ada saudara mara atau kawan-kawan nak datang.
Penat Tapi BerbaloiSha percaya rakan-rakan ibu diluar sana juga sedang sibuk membuat persiapan raya. Sha kalau sibuk dan keluar rumah seharian untuk membeli belah memang akan penat dab berpeluh. Bila cepat berpeluh dan berada di tempat panas kulit Sha cepat berminyak. Korang tahulah kalau berminyak kulit muka akan ditumbuhi jerawat. Nasib baik setia dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature sebagai penyelamat.
Korang pun kena ingat walaupun sibuk ke sana ke mari mencari persiapan raya, kesihatan dan penjagaan diri perlu sentiasa diambil berat. Semua pastinya ingin nampak cantik dan berseri di hari raya bukan? Jadi kita jangan lupa bab penjagaan diri terutama kulit wajah. Bukan apa, semua itu boleh menyebabkan mood raya korang berkurangan.
Sebab apa Sha suka sangat dengan pencuci muka buih daripada Hansaegee Nature ini? Sebabnya ia membuatkan kulit wajah Sha terasa bersih dan moisture, tidak mengeringkan kulit. Bila kulit wajah bersih barulah yakin nak sambut tetamu di hari raya nanti walaupun sibuk menghidangkan makanan.
Seperti yang Sha pernah ceritakan pada korang sebelum ini tekstur Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini memang lembut dan halus sangat. Kalau orang datang nak beraya korang rasa nak cuci muka, tak perlu nak gelabah sangat. Dengan pembersih buih ini korang hanya perlu tekan pada tapak tangan terus keluar buih dan terus boleh cuci muka.
Bersedia Untuk Berhari RayaAlhamdulillah bila dah lengkap semua yang dikatakan wajib untuk menyambut Syawal nanti barulah kita boleh fikir nak tambah yang lain. Apa yang lain tu? Sha walaupun memang tak berhari raya di rumah, rumah kenalah siap juga. Selain itu kuih raya ada juga sedia sebalang dua, manalah tahu ada anak-anak jiran datang nak beraya nanti.
Walaubagaimanapun kita sebagai ibu-ibu mempunyai banyak aktiviti yang perlu dibuat sebelum menyambut hari raya kita tetap perlu menjaga kesihatan supaya kita dapat berhari raya dengan ceria. Inilah peluang kita berkumpul bersama sanak-saudara yang sudah lama lama tidak bersua. Ambil peluang ini untuk menghargai dan meluangkan masa dengan yang tersayang.
Macam mana persiapan korang? Pasti lagi meriah kan? Sebenarnya tahun ini walaupun sudah boleh beraya seperti biasa tapi kurang seronok sebab suami terpaksa bekerja di hari raya pertama dan kedua. Jadi pada hari raya nanti Sha bersederhana sahajalah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shalimaryusof.com/2022/04/persiapan-raya-sebelum-balik-kampung.html