Persiapan Ke Negeri Abadi




DARIPADA mana kita datang dan hendak ke mana arah tujuan kita. Itu adalah persoalan yang akan dijawab oleh setiap manusia merentasi bangsa, agama serta kefahaman.
Allah SWT menjadikan manusia tidak lain dan tidak bukan sebagai hamba yang memerlukan penzahiran kepada kehambaan, manakala dunia ini hanya satu persinggahan sebelum kita berpindah ke kehidupan abadi kelak.
Kematian adalah satu misteri. Tiada siapa yang mengetahui tarikh serta waktu secara tepat kematian mereka dan hanya Allah SWT jualah yang Maha Mengetahui dan semua yang bernyawa pasti akan merasai mati.
Tatkala kematian itu menjemput, ia tidak akan lambat walau sesaat, tidak juga dipercepatkan sesaat dan kematian itu adalah pemutus kepada nikmat dunia maka seseorang itu akan berpindah kepada negeri abadi iaitu akhirat.
Kematian itu akan menanggalkan keseluruhan nikmat seseorang. Maka, tidak bergunalah pada seseorang hamba itu akan darjatnya, pangkatnya, kekayaannya, hartanya, wang ringgit, keluarga malah isteri, sebaliknya yang hanya menemani adalah amal perbuatannya.
Berdasarkan hadis Nabi SAW daripada Anas bin Malik RA bermaksud: “Rasulullah SAW bersabda, ada tiga perkara yang akan menghantarkan jenazah ke perkuburan, iaitu keluarganya, hartanya dan amalnya. Dua di antaranya akan kembali dan yang satu lagi akan tetap tinggal bersamanya. Keluarga dan harta akan kembali, sedangkan amal akan tetap setia bersamanya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Ini adalah kesudahan yang pasti untuk kita semua bahawa saat kematian berkenaan pasti menjelma manakala tinggallah semua kecintaan kita seperti isteri dan anak termasuk kaum keluarga semua.
Isteri, anak dan kaum keluarga hanya menemani di tanah perkuburan, sebaik talkin dan tahlil dinoktahkan, maka berlalulah mereka dan yang tinggal terbujur kaku dalam keadaan perbaringan menanti soal bicara kubur.
Begitu juga keadaan harta yang dimiliki, selepas berpenat-lelah seseorang itu mengumpul harta, suatu hari dia pasti akan meninggalkannya dan ia akan diwarisi oleh isteri serta anak yang ditinggalkan.
Ia jelas memberi peringatan buat penulis serta pembaca yang dirahmati Allah SWT bahawa nikmat dunia ini hanya sementara dan semua makhluk Allah bernama manusia ini akan berpindah ke negeri abadi dan sesungguhnya bahawa akhirat adalah sebenar-benar kehidupan.
Bagaimanapun, persoalan yang harus kita fikirkan bersama adalah negeri abadi ini hanya mempunyai ‘dua negeri’ saja iaitu syurga atau neraka, Nauzubillah.
Destinasi akhir kita akan ditentukan dengan amal kebajikan yang dibawa dan jiwa yang mengenali Allah SWT.
Persoalan ini perlu dijawab oleh semua manusia menerusi amal kebajikan kita di dunia untuk dibawa bekal ke akhirat.
Misteri kematian ini hanya akan terungkai tatkala roh sudah sampai di kerongkong dan ketika itu, manusia akan melihat kesakitan sakaratul maut seperti yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW bahawa setiap sakaratul maut itu mempunyai kesakitannya.
Apa yang ada untuk kita? Yang ada hanyalah amal kebajikan yang baik dan jiwa yang sebenar-benar mengenal Allah SWT.
Jika baik amal serta jiwa yang kenal pada Yang Maha Esa, Insya-Allah dipermudahkan oleh Allah SWT setiap urusan selepas bicara kubur.
Bagaimana jika buruk pengakhirannya?




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/22/persiapan-ke-negeri-abadi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bengkel Penyediaan Takwim Dan Sasaran Kerja Tahunan Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Bengkel Penyediaan Takwim Dan Sasaran Kerja Tahunan Jabatan Pendidikan Negeri Johor

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 473 hits
Bengkel Penyediaan Takwim dan Sasaran Kerja Tahunan Jabatan Pendidikan Negeri Johor Bersama semua contributor dan reviewer sektor yang telah dilantik Dua hari berturutan Hari pertama berkenaan SOP dan kaedah penyediaan Sektor seterusnya mem...
Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Negeri Johor 2020 We All On Januari

Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Negeri Johor 2020 We All On Januari

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 898 hits
Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Negeri Johor 2020 We All on Januari Perhimpunan bulan Januari jatuh pada 12 Januari So Ambik kesempatan bersama ngan semua yang lain untuk turut sama berfoto Bukan senang tau Ici ja takde lagi sebab lum masuk...
Proses Tukar Kereta Mb Kelantan Sama Seperti Negeri Lain Tiada Isu Kata Takiyuddin

Proses Tukar Kereta Mb Kelantan Sama Seperti Negeri Lain Tiada Isu Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 476 hits
Isu pembelian kereta jenis Mercedes Benz untuk kegunaan menteri besar Kelantan tidak perlu diperbesar dan dijadikan modal politik kata Takiyuddin Hassan Setiausaha agung PAS itu berkata proses menukar kenderaan rasmi bagi kegunaan menteri b...
Tim Hukum Pdip Klaim Tahu Keberadaan Harun Masiku Di Luar Negeri Dari Media

Tim Hukum Pdip Klaim Tahu Keberadaan Harun Masiku Di Luar Negeri Dari Media

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 291 hits
Dia pun mengatakan bahwa imbauan dari partai agar Harun menyerahkan diri pun sudah disampaikan
10 Pengerusi Pkr Negeri Desak Zuraida Dipecat

10 Pengerusi Pkr Negeri Desak Zuraida Dipecat

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 423 hits
Diterbitkan Hari ini 3 05 petangBERITASepuluh pengerusi PKR negeri hari ini membuat desakan terbuka agar salah seorang naib presiden mereka digugurkan Desakan itu dibuat kira kira sejam selepas diketahui Lembaga Disiplin PKR mengeluarkan su...
Kerajaan Negeri Seru Komuniti Bersama Sama Bangun Pelancongan Terengganu

Kerajaan Negeri Seru Komuniti Bersama Sama Bangun Pelancongan Terengganu

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 899 hits
Monumen Batu Penyu yang perlukan proses pembaikan DUNGUN 19 Januari Kerajaan negeri meletakkan kepercayaan kepada komuniti setempat untuk bersama sama membangunkan produk pelancongan Terengganu ke aras lebih tinggi Pengerusi Jawatankuasa Pe...
Rakyat Kelantan Terluka Kerajaan Negeri Beli Merc

Rakyat Kelantan Terluka Kerajaan Negeri Beli Merc

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 682 hits
TINDAKAN kerajaan Kelantan membeli 14 kereta Mercedes Benz untuk kenderaan rasmi bukan saja melukakan perasaan rakyat Sebaliknya Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Datuk Husam Musa berkata ia menunjukkan sikap hipokrit pemimpin di negeri it...
Dinda Sons Port Dickson Best Cafe For Authentic Malaysian Food Local S Pick

Rm2m Per Psc Subang Mp Moots Increased Allocation Under Budget 2026

Modi To Attend Asean Summit Virtually

Kalau Macam Tu Betul La Sanusi Mb Kedah Fitnah Anwar

Bukan Setakat Alkohol Kru Penerbangan Juga Patut Diberi Pilihan Tutup Aurat Zainul Rijal

James Chin Kepong Mp Challenge Pas To Start Its Own All Halal Sans Alcohol Pas Airline

Minister Fahmi Thanks 123 Companies For Pouring Rm22m Into 2025 National Day Celebrations

Makanan Glow Untuk Kulit Cantik Dari Dalam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bos Adakami Dan Tiga Pilar Yang Bikin Indonesia Jadi Magnet Investasi Dunia

Ujian Lesen Memandu Dan Perkhemahan Perdana

Alchemy Of The Arc A Beginners Guide For Welding Custom Motorcycles

Kings Of The Road Joey Dunlop S Honda V4 Race Bikes Sell At Stafford

Pernikahan Uqasha Boleh Jadi Tak Sah Kalau Betul Apa Yang Dinyatakan Uqasha Senrose

Laut Yang Kita Lukai Dengan Tangan Sendiri