Bisikan Qarin Di Sebalik Seram Terselindung Pesanan Akidah


TV AlHijrah meneruskan komitmennya sebagai stesen penyiaran Islam terulung negara dengan mempersembahkan telefilem terbaharu berjudul Bisikan Qarin, yang bakal menemui penonton pada Ahad, 9 November 2025, jam 9.00 malam. Diterbitkan oleh Sha’s Media Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Ayie Mustafa, karya ini bukan sekadar kisah seram, tetapi satu naskhah dakwah yang membawa mesej mendalam tentang pergelutan antara logik, kepercayaan, dan kekuatan iman



Menariknya, Bisikan Qarin merupakan telefilem pertama yang akan ditayangkan secara eksklusif di aplikasi penstriman AlHijrah Plus (AH+) bermula 6 November 2025,  tiga hari lebih awal sebelum siaran di TV AlHijrah. Langkah ini menjadi sebahagian daripada strategi baharu stesen untuk memperluas capaian dakwah digital serta memperkenalkan kandungan Islamik berkualiti tinggi kepada penonton melalui platform mudah alih. Penonton digalakkan untuk memuat turun aplikasi AH+ bagi menikmati tayangan awal Bisikan Qarin dan pelbagai telefilem eksklusif lain yang bakal menyusul mulai Disember ini sebelum siaran di kaca televisyen

Mengisahkan Dr. Hilal dan keluarganya yang berpindah ke sebuah rumah lama di kampung, Bisikan Qarin membentangkan kisah bagaimana gangguan ghaib mampu menjerumuskan manusia kepada kekeliruan akidah jika tidak berpaksikan ilmu dan keyakinan kepada Allah SWT. Isterinya, Puan Husna, mula terpengaruh dengan cerita pembantu rumah yang mendakwa rumah mereka diganggu makhluk halus namun kebenaran sebenar yang terbongkar akhirnya menjadi ibarat kepada tipisnya batas antara iman dan ilusi

Menurut Zulkarnaen Mokhtar, Pengurus Kanan Jabatan Kandungan TV AlHijrah, karya ini mencerminkan pendirian tegas stesen terhadap pematuhan syariah dan nilai dakwah dalam setiap kandungan yang diterbitkan. 


Beliau turut menjelaskan bahawa penerbitan telefilem ini seiring dengan misi dakwah TV AlHijrah untuk mengimbangi hiburan dan pendidikan rohani bagi mendekatkan masyarakat kepada Islam melalui jalan yang kreatif

Zulkarnaen turut menekankan bahawa TV AlHijrah akan terus memperkasa industri kreatif Islamik dengan membuka ruang kepada penggiat seni yang mampu mengolah mesej dakwah melalui karya berkualiti tinggi

Beliau menambah, Bisikan Qarin mengajak penonton menilai kembali makna ketenangan dan ketakutan dari sudut spiritual bahawa setiap kegusaran hati hanya akan reda apabila jiwa berpaut kepada Allah SWT



Sesi pra-tonton bersama media turut diserikan dengan perkongsian khas oleh Eksekutif Kanan Unit Pematuhan Syariah, Syed Ali Alattas bin Syed Hassan yang mengupas mesej dakwah serta pematuhan syariah dalam karya tersebut. Beliau menjelaskan bahawa produksi berunsur seram perlu ditangani secara berhati-hati agar tidak menimbulkan kekeliruan akidah atau ketaksuban terhadap unsur ghaib

Beliau menambah bahawa pendekatan TV AlHijrah wajar menjadi contoh kepada stesen lain dalam memartabatkan kandungan yang menepati adab dakwah dan sensitiviti syariah



Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Ashraf Muslim, Nadiya Nisaa, Intan Ladyana, Fezrul Khan dan Rashidah Jaafar, Bisikan Qarin menonjolkan keseimbangan antara kepercayaan, iman dan kasih sayang keluarga dalam menghadapi ujian hidup. Ia juga menyentuh isu kebergantungan masyarakat terhadap amalan khurafat dan menyeru penonton kembali kepada Al-Quran dan sunnah sebagai benteng menghadapi cabaran spiritual zaman moden

Bisikan Qarin adalah bukti bahawa karya seram boleh menjadi wahana tazkirah yang menyeru manusia kembali kepada Allah di tengah-tengah kekeliruan dan ketakutan duniawi



Luangkan waktu anda pada Ahad, 9 November 2025, jam 9.00 malam di TV AlHijrah untuk menyaksikan Bisikan Qarin, sebuah kisah yang menegur lembut hati kita agar kembali berpaut kepada keimanan, bukan ketakutan








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahagosip.com/2025/11/bisikan-qarin-di-sebalik-seram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bisikan Qarin

Bisikan Qarin

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 159 hits
Saksikan telefilem Bisikan Qarin sebuah kisah seram psikologi yang mengetengahkan pertentangan antara logik kepercayaan dan keimanan manusia dalam menghadapi ujian hidup Diterbitkan oleh Sha s Media Sdn Bhd dan diarahkan oleh Ayie Mustafa B...
Pesanan Buat Bakal Haji Syarat Kesihatan Baru

Pesanan Buat Bakal Haji Syarat Kesihatan Baru

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 102 hits
Buat bakal bakal hajisyarat kemampuan semakin sukar dan ketatkena plan dan jaga keaihatan awal bagi melayakkan menunaikan haji Untuk musim Haji 2026 ada beberapa perubahan besar dibuat oleh Kerajaan Saudi 1 Tiada lagi Pusat Rawatan TH akan ...
Reply Titik Pun Jadilah Abang Kurier Titip Pesanan Kepada Pelanggan Bayar Online

Reply Titik Pun Jadilah Abang Kurier Titip Pesanan Kepada Pelanggan Bayar Online

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 112 hits
Reply Titik Pun Jadilah Abang Kurier Titip Pesanan Kepada Pelanggan Bayar Online Tugas seorang penghantar barang atau kurier bukanlah semudah yang disangka Walaupun nampak seperti hanya menghantar bungkusan dari satu lokasi ke lokasi lain h...
Akidah Akhlak Kelas 11 Panduan Lengkap Materi Pdf Terbaru

Akidah Akhlak Kelas 11 Panduan Lengkap Materi Pdf Terbaru

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 108 hits
Akidah akhlak kelas 11 merupakan mata pelajaran esensial yang mengajarkan dasar dasar iman dan akhlak Islami Mata pelajaran ini tidak hanya fokus pada teori keagamaan tetapi juga membentuk karakter siswa agar memiliki perilaku yang baik dan...
Panggilan Terakhir Dari Asrama Cerita Seram Benar Malam Durjana

Panggilan Terakhir Dari Asrama Cerita Seram Benar Malam Durjana

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 159 hits
Cerita Tukang Karut Malam Asrama Durjana Cerita Tukang Karut Malem Asrama Durjana Gaya Tukang karut moden Naratif Suasana seram realistik tempo perlahan Cerita Pendek Tukang Karut Orang kampung sini masih ingat lagi kisah malam tu Malam yan...
Kenapa Kita Suka Tengok Cerita Seram Walau Takut Ini Penjelasan Saintifik

Kenapa Kita Suka Tengok Cerita Seram Walau Takut Ini Penjelasan Saintifik

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 109 hits
Kenapa Kita Suka Tengok Cerita Seram Walau Takut Ini Penjelasan Saintifik Setiap kali keluar filem seram baharu ramai yang sanggup beratur di panggung walaupun tahu nanti balik rumah terngiang ngiang sehingga takut untuk ke bilik air Ada ya...
Adakah Selamat Makan Coklat Putih Rahsia Di Sebalik Fenomena Chocolate Bloom

Adakah Selamat Makan Coklat Putih Rahsia Di Sebalik Fenomena Chocolate Bloom

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 155 hits
Pernah tak anda jumpa coklat yang ada lapisan putih seperti bedak Ramai yang terus buang kerana menyangka ia berkulat Sebenarnya itu hanyalah fenomena semula jadi yang dipanggil chocolate bloom dan coklat tersebut masih selamat dimakan Apa ...
Perangkap Makanan Menilai Keselamatan Di Sebalik Kecantikan

Perangkap Makanan Menilai Keselamatan Di Sebalik Kecantikan

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 243 hits
Tidak semua makanan yang kelihatan menarik itu selamat untuk dimakan Kadang kadang tanda tanda bahaya jelas tetapi kita tidak menyedarinya Contohnya tin makanan yang kemik atau berkarat berpotensi menjadi tempat pembiakan bakteria berbahaya...
Cuti Santai 2 Hari 1 Malam Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Makan Rehat Lepas Penat

Analisis Perlawanan No 32 Liga Wanita Nasional 2025 Pertarungan Kekuatan Dan Taktik

Hiburan Ni Tak Lawak Tapi Biadab Netizen Kritik Nabil Ahmad Bergurau Dengan Sherry Alhadad Isu Tak Ada Rumah Tangga

Criticise Education System Not Solehah

Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Gaji Kecil Bukan Alasan Ramai Anak Muda Dah Mula Simpan Emas Rm10 Je

Don T Miss Out 70 Pdrm Traffic Compound Discount Is Happening Now

Festival Pelancongan Saudi 2025 Kembali Ke Malaysia Dengan Program Arab Saudi Winter Is Alive


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gaya Hidup Minimalis Jalan Tenang Ke Finansial Bebas

Ketahuilah Akan Perbezaan Lafaz Doa Antara Jenazah Lelaki Dan Wanita

Sawan888 17 Nov 68 Sawan888 3 Sawan888 300 Top 32 By Stevie Sawan 888

168 6 25 Website Top 75 By Kristian

Lotto432 Top 59 By Alecia 1 5 Nov 25

Hydra888 Top 32 By Edison 13 November 25