Persepsi Rizal Penjawat Awam Takut Geruni Rosmah Tidak Berasas Saksi


Oleh Bernama Datuk Seri Rosmah Mansor. - GAMBAR: Abd Razak Aid MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa persepsi Datuk Rizal Mansor yang menyatakan penjawat awam ‘takut’ dan ‘menggeruni’ Datin Seri Rosmah Mansor adalah palsu dan tidak berasas sama sekali.
Bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod, 72, berkata, walaupun Rosmah aktif dalam kerja-kerja sosial dan amal, isteri bekas Perdana Menteri itu tidak pernah berhubung secara langsung dengan pegawai-pegawai kerajaan.
“Ini kerana, adalah tanggungjawab dan tugas saya sebagai Pengarah Bahagian First Lady Of Malaysia (F.L.OM) dan juga Pegawai Khas kepada Perdana Menteri yang bertanggungjawab menyelia program berkaitan isteri Perdana Menteri.
“Sebaliknya interaksi beliau (Rosmah) dengan pegawai-pegawai kerajaan telah melalui saya sebagai pengarah, dan semua urusan tersebut adalah secara formal melalui mesyuarat,” katanya.
Saksi pembelaan kedua itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi pada prosiding membela diri Rosmah terhadap tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya, berhubung projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Siti Azizah juga tidak bersetuju dengan persepsi Rizal yang menyatakan Rosmah amat berpengaruh terhadap penjawat awam, kerana sepanjang bekerja beliau tidak pernah mendengar Rosmah menukarkan sebarang penjawat awam.

Saksi itu yang mengenali Rosmah semasa menuntut di Universiti Malaya sejak 1971, berkata, semasa bertugas dengan Rosmah, beliau seorang yang berkebolehan, bijak, cerdik, ‘hands on’ dan ‘perfectionist’.
“Walau bagaimanapun, apa yang memudahkan kami dalam menjalankan tugasan harian kerana Datin Seri Rosmah amat jelas dengan apa yang diperlukan dari segi objektif dan hasil atau ‘outcome’ sesuatu tugasan. Beliau tidak pernah campur tangan atau ‘interfere’ dalam proses kami menjalankan tugas sebagai pegawai bahagian F.L.O.M,” katanya.
Bercakap mengenai jawatan Rizal di Pejabat Perdana Menteri, Siti Azizah berkata, walaupun nama jawatan Rizal berubah sepanjang beliau bertugas di pejabat tersebut seperti Penolong Pegawai Tugas-Tugas Khas dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, namun tidak terdapat nama jawatan Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri seperti yang dinyatakan oleh Rizal.
“Ini adalah semata-mata interpretasi Rizal sendiri dan mungkin baginya dengan nama jawatan sedemikian, ia akan menaikkan imej dan ‘importance’ beliau dalam kalangan mereka yang berurusan secara langsung dengannya,” katanya.
Pada 18 Feb lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi melalui Rizal, sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 10 Jan depan dengan Najib akan memberi keterangan. – BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/persepsi-rizal-penjawat-awam-takut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tangguh Bayar Bantuan Rm700 Buat Penjawat Awam Tak Lengkap Vaksin

Kerajaan Tangguh Bayar Bantuan Rm700 Buat Penjawat Awam Tak Lengkap Vaksin

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 199 hits
Penjawat awam yang melengkapkan vaksinasi selewat lewatnya 31 Mac depan layak mendapat bayaran Bantuan Khas Kewangan 2022 sebanyak RM700 PETALING JAYA Kerajaan mengarahkan bayaran Bantuan Khas Kewangan 2022 sebanyak RM700 ditangguhkan buat ...
Laporan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Persepsi Umum Dan Penilaian Awam

Laporan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Persepsi Umum Dan Penilaian Awam

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 261 hits
KHAMIS lalu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentangkan laporan 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia kepada umum Di sebalik ketidakstabilan politik ekonomi dan sosial yang dihadapi negara ketika pandemik beliau mengumumkan A...
4 Penjawat Awam Antara 8 Ditahan Samun Rm1 13 Juta

4 Penjawat Awam Antara 8 Ditahan Samun Rm1 13 Juta

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 179 hits
4 penjawat awam antara 8 ditahan samun RM1 13 juta Empat penjawat awam antara lapan individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun berkawan menggunakan senjata api dengan melarikan wang tunai RM1 13 juta dalam tempat letak ke...
Kerajaan Pertimbang Cuti Khas Penjawat Awam Jadi Sukarelawan Pascabanjir

Kerajaan Pertimbang Cuti Khas Penjawat Awam Jadi Sukarelawan Pascabanjir

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 195 hits
KERAJAAN mempertimbangkan cuti khas kepada penjawat awam yang terlibat sebagai sukarelawan pascabanjir kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali Beliau berkata pemberian cuti itu akan membolehkan lebih ramai penjawat awam turun mem...
Dakwaan Tidak Berasas Puad Terbukti Penipu Negara Kata Kit Siang

Dakwaan Tidak Berasas Puad Terbukti Penipu Negara Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 308 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE December 12 2021Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang mendakwa Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Puad Zarkashi sebagai penipu negara yang membuat dakwaan tidak berasas serta tidak dapat membezakan antara betul salah...
Sidang Azis Syamsuddin Eks Bupati Lampung Tengah Dan Walkot Tanjungbalai Jadi Saksi

Sidang Azis Syamsuddin Eks Bupati Lampung Tengah Dan Walkot Tanjungbalai Jadi Saksi

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 218 hits
Plt Juru Bicara KPK Ali Fikri mengatakan tim jaksa akan menghadirkan mantan Bupati Lampung Tengah Mustafa dan mantan Wali Kota Tanjungbalai M Syahrial Kedua terpidana kasus korupsi ini bakal diperiksa sebagai saksi di hadapan Majelis Hakim ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi