Persenda Sultan Selangor Ambil Tindakan Tegas Terhadap Sanusi Keadilan Shah Alam




Kenyataan Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor dalam ceramah yang mempersenda Sultan Selangor sewajarnya diambil tindakan tegas sebagai amaran terhadap mana mana ahli politik agar tidak lagi menggunakan isu kaum, agama dan raja (3R) dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.





Sehubungan itu, Ketua Penerangan KEADILAN Shah Alam, Suryamuizzudin Kamarudin pagi ini membuat laporan polis ke atas Sanusi di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam susulan ucapan MB baru baru ini.





Ucapan Sanusi tersebut katanya telah dimuatnaik di banyak saluran media sosial seperti YouTube, TikTok, Facebook serta Twitter dan memberi kesan memperlekehkan wewenang serta pertimbangan Sultan Selangor dalam urusan pelantikan Menteri Besar.





"Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, enam negeri termasuk Selangor bakal mengadakan pilihanraya pada 12 Ogos akan datang dan ketika ini pelbagai parti-parti politik mengadakan program ceramah dan kempen penerangan.





"Namun demikian, pentas ceramah politik tidak seharusnya menjadi saluran untuk menghambur serangan, penghinaan dan pelecehan terhadap institusi diraja termasuklah wewenang sultan.





"Ucapan Muhammad Sanusi ini secara terang bersifat menghina Sultan Selangor dan tidak dapat diterima oleh rakyat Selangor yang kasih dan menghormati institusi diraja di negeri ini.





"Oleh itu, KEADILAN Shah Alam menggesa pihak berkuasa segera menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap Sanusi yang saban hari menjadikan pentas ceramah Perikatan Nasional untuk menghambur penghinaan terhadap pimpinan negara serta menyemai perpecahan di kalangan rakyat menerusi kenyataan beliau yang bersifat perkauman serta menunggang ajaran Islam," katanya.





Menurut Suryamuizzudin lagi, KEADILAN Shah Alam juga mendukung pendirian tegas Kerajaan Perpaduan sebelum ini dalam usaha menangani kelompok-kelompok bejat yang menggunakan isu-isu 3R untuk mencapai tujuan politik sempit mereka.





"Kami berharap pendirian tegas Kerajaan Perpaduan ini dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan penguatkuasaan undang-undang yang tuntas dan bukan sekadar menanam tebu di tepi bibir.





"Negara ini tidak boleh dibiarkan musnah dek kerana politik perpecahan yang cuba dianjurkan oleh pemimpin Perikatan Nasional," katanya.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/persenda-sultan-selangor-ambil-tindakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sanusi Mohon Ampun Pada Sultan Selangor Dakwa Ucapan Diputarbelit

Sanusi Mohon Ampun Pada Sultan Selangor Dakwa Ucapan Diputarbelit

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 319 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jul 15 2023 9 30 AMMenteri Besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memohon ampun dan maaf kepada Sultan Selangor berhubung kenyataannya baru baru ini yang didakwa menghina baginda Pemimpin PAS itu bagaimanap...
Terang Terang Hina Sultan Selangor Sanusi Mengaku Tidak Bersalah

Terang Terang Hina Sultan Selangor Sanusi Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 331 hits
Terang terang hina Sultan Selangor Sanusi mengaku tidak bersalah Sanusi Nor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Menteri besa...
Isu Sanusi Belum Selesai Titah Sultan Selangor

Isu Sanusi Belum Selesai Titah Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 311 hits
MalaysiakiniSultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah bahawa isu kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina baginda belum selesai menurut pejabat diraja Baginda bertitah bahawa perkara ini ...
Hina Sultan 31 Laporan Dibuat Terhadap Sanusi Kata Kpn

Hina Sultan 31 Laporan Dibuat Terhadap Sanusi Kata Kpn

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 362 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis sudah mengambil keterangan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor berhubung dakwaan menghina Sultan Selangor selepas menerima 31 laporan di seluruh negara Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata kertas siasatan ...
Sanusi Should Apologise To Selangor Sultan Says Royal Council Member

Sanusi Should Apologise To Selangor Sultan Says Royal Council Member

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 367 hits
Selangor Council of the Royal Court member Emran Kadir speaking to the media after lodging a police report against Kedah menteri besar Sanusi Nor at a police station in Shah Alam today SHAH ALAM Kedah menteri besar Sanusi Nor should issue a...
Hina Sultan Selangor Zahid Minta Sanusi Taubat

Hina Sultan Selangor Zahid Minta Sanusi Taubat

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 314 hits
Nora MahparPUTRAJAYA Presiden Umno Zahid Hamidi meminta Sanusi Md Nor taubat susulan dakwaan pemimpin PAS itu menghina Sultan Selangor pada satu ceramah di Selayang kelmarin Beliau mewakili Barisan Nasional mengingatkan Sanusi bahawa tidak ...
13 07 2023 Fokus 5 45 Sanusi Didakwa Menghina Sultan Selangor Lapor

13 07 2023 Fokus 5 45 Sanusi Didakwa Menghina Sultan Selangor Lapor

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 332 hits
Kenyataan Menteri Besar Kedah Dato Seri Sanusi Md Nor dalam ceramah yang mempersenda Sultan Selangor sewajarnya diambil tindakan tegas sebagai amaran terhadap mana mana ahli politik agar tidak lagi menggunakan isu kaum agama dan raja dalam ...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

The Merry Marvel Pantyhose Society Part One

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

Wanita Di Jendela Oleh Zurinah Hassan

Mapa Lyrics Sb19 Aruma


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Vietnam Rolls

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Ketika Berat Melanda Menghadapi Hari Yang Sulit

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Kelantan Lelaki Malaysia Ditahan Di Bangkok Perdaya Warga Emas 3 3 Juta Baht