Persediaan Yang Perlu Dibuat Pengantin Sebelum Malam Pertama Perkahwinan


Dekat-dekat musim cuti persekolahan ini, sudah pasti ramai yang akan berkahwin. Tetapi adakah anda dah bersedia untuk mengharungi malam pertama anda?
Persediaan Yang Perlu Dibuat Pengantin Sebelum Malam Pertama Perkahwinan
Credit Pic : SUMBER

Bagaimanamalam pertama pengantin baru nanti? Adakah rasa gemuruh, bagaimana mahu mulakan malam pertama selepas kahwin selepas sah menjadi suami isteri nanti?
Persediaan Yang Perlu Dibuat Pengantin Sebelum Malam Pertama Perkahwinan
Sudah pasti malam pertama adalah malam yang ditunggu-tunggu dan akan menjadi kenangan buat pasangan suami dan isteri. Debaran semestinya datang tidak kira pada pengantin lelaki mahupun wanita. Tetapi tentunya, pengantin wanita lebih merasai debarannya kan...
Keyakinan dan kepercayaan yang hadir sewaktu melayari bahtera pada malam pertama sudah tentu akan menghangatkan lagi kemesraan hubungan anda berdua. Selain itu, ia sudah tentu akan dapat menyingkirkan rasa segan pada malam tersebut.
Dalam perkongsian artikel kali ini, aka dikupaskan beberapa petua malam pertama buat pasangan pengantin baru. Seronok nak membaca nampak.
Antaranya :
Pasangan Pengantin Perlu Mendapatkan Rehat Yang SecukupnyaBiasanya dalam tradisi budaya Melayu, selepas majlis pernikahan akan berlangsungnya hari bersanding pada hari yang sama. Namun, terdapat juga majlis sanding dibuat pada keesokkan harinya.
Ini belum termasuk dengan sesi bergambar, yang adakalanya dilakukan secara terus menerus jika pasangan adalah  dari negeri yang sama. Ya !!!  Majlis kahwin adalah perkara yang meletihkan. Ini belum kira masa dengan letih ketika membuat persiapan. Jadi sudah tentu anda memerlukan istirahat yang cukup.
Sebaiknya, beberapa hari sebelum majlis pernikahan dan perkahwinan, dapatkanlah istirahat yang mencukupi. Kalau boleh minta bantuan dari kawan dan keluarga anda.
 
Pengantin Baharu Perlu Segarkan DiriTak kisah la malam pertama anda berlaku selepas majlis pernikahan atau selepas majlis persandingan (kalau majlis persandingan berlangsung pada hari yang sama), perkara yang perlu anda lakukan sebelum menempuhi malam pertama adalah menyegarkan diri anda.
Bagaimana caranya? Caranya adalah dengan mandi. 
Takkanlah anda mahu bersama pasangan semasa badan anda berpeluh dan mungkin juga berbau.Jadi tips ini sudah tentu sedikit sebanyak dapat membantu mengembalikan kesegaran. Lagi bagus kalau anda memakai minyak wangi.


Suami Isteri Mesti Yakin Dalam Membuat Persediaan Malam PertamaApabila sudah mandi dan wangi, pastinya ia akan menonjolkan lagi jati diri anda. Sudah tentu anda pernah mendengar mengenai kecantikan itu adalah dari dalam, bukan?
Tetapi pada malam pertama, anda sebagai pengantin wanita pastinya ingin tampil luar biasa dan berkeyakinan di hadapan pasangan anda.
Jadi, kalau boleh jangan memakai  baju kelawar atau sebarang t-shirt biasa yang selalu anda pakai. Tiada salahnya untuk anda membeli lingerie baru dan istimewa untuk malam pertama anda, lagi pun orang yang akan melihatnya adalah orang yang halal dengan anda.
Manakala untuk lelaki pula, mungkin anda tidak ada sebarang masalah dalam soal pemakaian. Tetapi mungkin anda boleh mengelak dari memakai kain pelikat, melainkan jika pasangan anda suka melihat anda berkain pelikat.


Baru Berkahwin, Panggillah Dengan Panggilan ManjaPergaulan adalah satu perkara penting dalam hubungan suami isteri. Walaupun kebanyakan generasi sekarang pada masa kini sudah mempunyai panggilan manja terhadap pasangan.

Jadi untuk malam pertama,  anda berdua sudah menjadi suami isteri, kenapa tidak memanggil pasangan dengan panggilan yang lebih manja seperti sayang, abang, ayang, baby, darling atau apa sahaja panggilan yang anda rasa sedap didengari.

Percayalah panggilan seperti itu sudah tentu dapat membantu menghangatkan lagi kemesraan dan mungkin dapat membantu menyingkirkan rasa segan antara anda berdua.


Suami Isteri Mesti Pandai KomunikasiJangan terus terkam pasangan anda, okay? It’s a big No !!!  Sudah pasti anda akan rasa berdebar dan tidak sabar, tetapi jangan pula anda bersikap rakus. Apa kata anda mulakan malam pertama anda dengan bersembang terlebih dahulu dengan pasangan. Kongsikan rasa gembira anda mengenai majlis yang berlangsung dengan lancar dan peluang untuk berjumpa rakan-rakan anda.
Komunikasi pada malam pertama dikaitkan dengan psikologi. Pasangan juga disarankan untuk saling menyatakan isi hati dan perasaan masing-masing. Lafazkan kepada pasangan betapa lancarnya urusan anda dan pasangan disatukan sebagai suami isteri.
Jika anda tidak romantis dalam komunikasi, mungkin anda boleh luahkan melalui perbuatan atau tindakan.
Misalnya, anda boleh mulakan dengan sentuhan tangan pasangan atau memeluknya secara perlahan-lahan. Apa sahaja yang sesuai untuk menyatakan sayang anda kepada pasangan. Lakukan dengan manja dan lembut, ia mungkin sebagai satu langkah permulaan untuk hubungan suami isteri.


Malam Pertama Pengantin, Mesti Ambil Masa, Jangan Terburu-buruIni merupakan tip yang paling penting. Kita selalu beranggapan bahawa malam pertama perlu melibatkan hubungan suami isteri sahaja. Tetapi sebenarnya, ia bukanlah kemestian.
Bayangkan anda dan pasangan dalam kelelahan, sudah tentu hubungan suami isteri yang terjalin tidak dapat dinikmati sepenuhnya.
Jadi usah gelojoh atau terburu-buru, jika anda berdua sudah bersedia tetapi dilanda kelelahan, beristirahat sekejap, masih banyak lagi masa. Itu lebih bagus daripada melakukan hubungan yang tidak menjamin sebarang kepuasan.


Jangan Rekod Video di Malam PertamaHormatilah pasangan masing-masing. Walaupun sudah bersuami isteri, janganlah pergi rekod video dengan telefon bimbit pula sebagai kenangan. Biarlah ia tersimpan di hati.
Jadikanlah ini cerita malam pertama yang bahagia, dan bukan bergaduh walaupun baru bergelar raja sehari.

Malam Pertama di Alam Perkahwinan, Biarlah RahsiaIni isu yang sangat sensitif. Mungkin ada isteri yang memang dah tak ada dara, tetapi bukanlah disebabkan dia pernah melakukan sesuatu yang tidak elok sebelum berkahwin. Ia lebih kepada aktiviti lasak yang dilakukannya semasa bujang.
Tidak dapat disangkal juga, memang terdapat yang sudah ditebuk tupai.
Bagi suami, jika dapati isteri tiada dara, jangan terus rasa marah dan tercabar.
Ambil masa untuk bertenang dan bersoal jawablah pada keesokkan harinya.

Jika sudah selesai semuanya, biarlah kisah malam pertama suami isteri anda menjadi rahasia. Jangan pula bercerita pada sesiapa. Janganlah pula cerita guna teknik apa. 
Bimbang akan mengaibkan pasangan anda.Simpanlah cerita malam pertama itu sebagai memori yang tidak dapat dilupakan.
Dalam hubungan suami isteri di malam pertama, ia memerlukan kesediaan bagi kedua-dua pihak. Jangan hanya memikirkan keinginan anda semata-mata

Jika anda berdua dalam kelelahan, sebaiknya beristirehat terlebih dahulu dan jangan tergopoh-gopoh mahupun gelojoh. Pengalaman malam pertama anda akan indah

Pastikan dalam perhubungan suami isteri ini, kedua-dua belah pihak  haruslah ke arah melakukan perkara yang boleh mendatangkan nikmat dan kepuasan. Bukannya dilakukan dalam keadaan terpaksa

Semoga perkongsian kali ini akan memberikan manfaat kepada anda dan pasangan


SUMBER 
Baca Juga : Pantang Larang Orang Dulu Semasa Bertunang



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dakcaii.blogspot.com/2022/02/persediaan-yang-perlu-dibuat-pengantin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Pergi Kena Buatan Orang Suami Dedah Keluar Ketulan Di Malam Pertama

Isteri Pergi Kena Buatan Orang Suami Dedah Keluar Ketulan Di Malam Pertama

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 157 hits
15 hari je kahwin Allah jemput pulang ke negeri abadi Ustaz yang mengubat kata ada seorang lelaki yang buat semua ni Sudah membayangkan akan bahagia hingga ke tua bersama sama seorang suami ini bagaimanapun akur dengan takdir tuhan apabila ...
Konon Nak Jimat Pengantin Gel4bah 4 Jam Sebelum Bersanding Henna Diy Tak Menjadi Suami Engineer Jadi Penyelamat

Konon Nak Jimat Pengantin Gel4bah 4 Jam Sebelum Bersanding Henna Diy Tak Menjadi Suami Engineer Jadi Penyelamat

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 201 hits
SETIAP individu pastinya akan menghadapi pelbagai dvgaan dalam proses untuk bernikah atau melangsungkan perkahwinan Itulah yang berlaku kepada Izzatul Safiah Khairuddin 23 yang pa4nik setelah melihat lukisan inai pada tangannya tidak menjad...
Saya Nak Jual Malam Pertama Saya Rm6 000 Demi Bantu Keluarga Gadis Nekad Jual Maruah Diri

Saya Nak Jual Malam Pertama Saya Rm6 000 Demi Bantu Keluarga Gadis Nekad Jual Maruah Diri

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 438 hits
The ReporterTular di media sosial video seorang wanita sanggup menjual keperawanannya dengan harga RM6 000 hanya kerana mahu membantu keluarganya yang sedang menghadapi masalah kewangan Dalam video pengakuan berani matinya itu wanita yang h...
Hiburan Tular Wanita Menangis Atas Pelamin Pengantin Lelaki Lari Sebab Kecewa Majlis Dibuat Besar Besaran

Hiburan Tular Wanita Menangis Atas Pelamin Pengantin Lelaki Lari Sebab Kecewa Majlis Dibuat Besar Besaran

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 151 hits
Kisah dari negara jiran kita ini sedikit berbeza daripada yang selalu didengari Seorang wanita dari wilayah Nusa Tenggara Barat ditinggalkan teman lelakinya ketika hari perkahwinan mereka Menurut lelaki tersebut tidak hadir dan disedari mel...
T11c29 Malam Pertama Di Kuching Sarawak Malaysia

T11c29 Malam Pertama Di Kuching Sarawak Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 178 hits
Aktiviti kami pada malam pertama di Kuching adalah kesinambungan dari aktiviti pada petang tadi Kami berjalan balik ke kereta menyusuri tepi sungai melalui Kuching Waterfront Agak meriah juga suasana pada waktu malam di mana manusia bersiar...
Tengah Malam Anak Menangis Sakit Gigi Sebelum Bawa Ke Klinik Ini Mak Ayah Boleh Buat

Tengah Malam Anak Menangis Sakit Gigi Sebelum Bawa Ke Klinik Ini Mak Ayah Boleh Buat

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 153 hits
Selalu tengah malam anak meraung sakit gigi Nak bawa ke klinik semua dah tutup Tak sampai hati nak tengok anak menangis meraung kesakitan kerana gigi berlubang atau gusi bernanah Tak keruan mak ayah dibuatnya Ada beberapa langkah awal yang ...
Janji Temu Pertama Dengan Pakar Periodontik Rawatan Root Surface Debridement

Janji Temu Pertama Dengan Pakar Periodontik Rawatan Root Surface Debridement

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 172 hits
Cerita di Perlis masih belum habis saya selit dulu cerita berkenaan rawatan gusi sebelum terlupa dan terus tak catat di blog Catatan panjang ini penting sebagai rujukan saya sendiri pada masa akan datang memandangkan rawatan gusi mengambil ...
Wanita Pertama Di Dunia Dipercayai Sembuh Daripada Virus Hiv

Wanita Pertama Di Dunia Dipercayai Sembuh Daripada Virus Hiv

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 164 hits
Wanita pertama di dunia dipercayai sembuh daripada virus HIV DENVER Seorang pesakit di Amerika Syarikat dipercayai menjadi orang ketiga di dunia dan wanita pertama yang sembuh daripada serangan virus HIV Pesakit itu sedang menerima rawatan ...
People Over Cars Rethinking Highway Development For Real Growth

Interest Wells Fargo Savings

Wanita Bersalin Dekat Kaunter Tiket Lapangan Terbang

Full Aircond Ruang Tamu Dan Bilik

Pantyhose Secret Wars Part One

Showcase Misha Omar

50 Unique Tattoo Name Ideas To Honor Loved Ones

Maksud B60 Dan Perbezaannya Dengan B40


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Creedence Clearwater Revival Cotton Fields Chord

Vidi Senyumin Dulu Aja Chord

Gadis Pedalaman Cantik Li Zi Qi Kembali Semula Ke Internet

Cara Matikan Ai Microsoft Word Yang Mengintip Apa Yang Anda Tulis

Ada Apa Pada Nafas

Biodata Davina Karamoy Pelakon Watak Rani Ipar Adalah Maut