Janji Temu Pertama Dengan Pakar Periodontik Rawatan Root Surface Debridement


Cerita di Perlis masih belum habis, saya selit dulu cerita berkenaan rawatan gusi sebelum terlupa dan terus tak catat di blog. Catatan panjang ini penting sebagai rujukan saya sendiri pada masa akan datang memandangkan rawatan gusi mengambil masa yang agak lama, perlu berulang kali datang ke klinik dan kosnya yang tinggi

Apa itu periodontik? Periodontologi merupakan satu cabang kepakaran pergigian yang tertumpu secara khusus dalam pencegahan, diagnosis dan rawatan penyakit yang berkaitan dengan tisu penyokong gigi (periodontium) iaitu gusi (gingiva), tulang alveolus (alveolus), ligamen periodontium (periodontal ligament) dan simentum (cementum). Perkhidmatan kepakaran ini disediakan di klinik-klinik pergigian primer kerajaan dengan kepakaran Periodontik dan semua pesakit adalah pesakit rujukan. (Sumber : ohd.moh.gov.my)
Kata mudahnya, pakar Periodontik adalah pakar gusi (Gum Specialist). Biasanya kalau kita pergi ke klinik pergigian tu jumpa doktor gigi untuk rawatan biasa, tapi jika kita ada masalah gusi yang serius perlulah berjumpa dengan pakar Periondontik. 
Macam mana saya tahu saya perlu jumpa pakar Periodontik? Beberapa tahun terakhir ini (atau mungkin lebih awal cuma saya tak perasan), saya menghadapi masalah gusi sensitif - rasa ngilu atau sakit disebabkan gusi yang menyusut. Bacaan lanjut berkenaan gusi sensitif di sini. Ya, saya sudah menggunakan ubat gigi Sensodyne dan memang sangat membantu mengurangkan rasa sensitif yang saya alami. Saya jumpa beberapa orang doktor gigi yang berbeza, semua mengatakan saya ada masalah gusi susut dan tiada rawatan boleh dilakukan selain melakukan rutin rawatan cuci gigi (scaling) seperti biasa

Masa pertama kali dengar dulu memang saya rasa agak sedih dan kecewa, juga geram pada diri sendiri sebab masa muda dulu penakut jumpa doktor gigi akibat trauma dengan pengalaman zaman sekolah. Saya mula berani berjumpa doktor gigi semula bila umur sudah pun 30-an. Itu pun tidaklah mengikuti rutin scaling 6 bulan sekali. Begitulah kisah kesilapan lalu saya yang memberi kesan kepada kualiti kesihatan gigi saya pada hari ini. Sila ambil pengajaran ya! Amalkan jumpa doktor gigi secara rutin dan bagi yang ada anak, bawalah anak berjumpa doktor gigi seawal gigi pertama tumbuh. 
Jadinya selepas itu gigihlah saya buat carian di internet berkenaan masalah gusi susut. Memang betul, hampir tak ada apa boleh kita buat bila gusi dah susut. Tetapi rupanya masih ada rawatan lanjutan yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan masalah menjadi lebih serius. Tetapi rawatan tersebut perlu dilakukan oleh pakar Periodontik. Masa inilah baru saya tahu adanya pakar Periodontik. 
Disebabkan adanya kekangan untuk saya mengikuti janji temu rawatan di klinik pergigian kerajaan, saya pun buatlah carian klinik pergigian swasta yang ada doktor pakar Peridontik. Alhamdulillah saya jumpa satu klinik di PP ni yang ada pakar Periodontik (selepas itu baru saya tahu cuma ada dua orang doktor pakar Periodontik swasta di PP)


KLINIK PAKAR PERIODONTIK & PERGIGIAN FREEDA WOONSaya telefon klinik untuk membuat janji temu pertama pada awal Januari lalu. Agak susah juga nak cari slot kosong. Saya dapat pada pengujung Januari dan kemudian saya tukar (atas sebab tak dapat dielakkan) kepada hari Khamis, 10 Februari lalu

Temu janji saya pada pukul 11 pagi. Saya sampai klinik sekitar pukul 10.45 pagi. Lepas buat pendaftaran, terus je dipanggil masuk ke bilik rawatan. Setelah duduk di kerusi rawatan, seorang doktor perempuan muncul serta memberi salam kepada saya. Oh, Alhamdulillah…doktor Muslim. Sebolehnya memang saya nak buat rawatan dengan doktor perempuan Muslim


Setelah menerangkan masalah dan keadaan gigi saya, Dr. Freeda buat pemeriksaan awal terhadap gigi saya. Seperti yang saya sedia maklum, kata beliau saya mengalami penyakit gusi - Periodontitis. Saya juga ditanya kalau-kalau ianya faktor keturunan, memandangkan gusi saya susut awal (umur 40-an) dan tiada faktor lain (merokok, stres, diabetes). Ya, karang gigi antara faktor penyebab penyakit gusi. Tetapi bagi mereka yang ada kecenderungan genetik, akan lebih mudah terkena penyakit gusi apabila adanya faktor lain (karang gigi, merokok, stress). Lebih kurang begitulah yang saya faham

Sebelum memulakan rawatan, saya diberi penerangan (siap tunjuk gambar-gambar) berkenaan apa itu penyakit gusi dan apa rawatan yang boleh dibuat. Kata beliau lagi, rawatan gusi akan mengambil masa yang lama dan tujuan rawatan adalah supaya gusi mampu memegang gigi semula. 


Untuk rawatan kali pertama :X-rayUkur gigiDeep cleaning (Root Surface Debridement) untuk gigi bahagian bawah.Untuk x-ray, saya berpindah ke bilik sebelah. Pengalaman pertama saya melakukan x-ray gigi. Perlu senyum lebar sambil gigi menggigit satu alat. Selepas x-ray, saya kembali ke bilik rawatan untuk proses ukur gigi dan rawatan deep cleaning

Apa itu deep cleaning (Root Surface Debridement)? Root surface debridement involves the careful removal of deposits of calculus and plaque from the root surface. When healthy, the gum surrounding the tooth will fit tightly with a small space between measuring 1-3mm.
Secara mudahnya, ia sama seperti scaling tetapi dibuat lebih jauh ke dalam lagi dan memerlukan pesakit dibius. Rawatan ini perlu dilakukan kerana rawatan scaling biasa tak memadai bagi kes seperti saya. Oleh kerana proses rawatan akan mengambil masa yang lama, deep cleaning akan dilakukan dua kali. Saya pilih buat rawatan untuk gigi bahagian bawah terlebih dahulu

Sebelum tu, gusi saya (bahagian bawah dalam mulut) disuntik ubat bius supaya kebas dan tak rasa sakit sepanjang rawatan. Sakit tak kena suntikan bius? Sakit sikit je sebab sebelum tu doktor dah sapu ubat bius di tempat suntikan. Selepas itu, seluruh bahagian bawah mulut saya jadi kebas. Memang tak rasa apa-apa dan selesa sepanjang doktor buat rawatan. Sesekali mungkin ada rasa kurang selesa di beberapa tempat, tapi masih ok. Cuma bila doktor suruh berkumur, memang susahlah sebab bibir bawah dah kebas

Berapa lama proses rawatan deep cleaning saya? Saya agak mungkin menghampiri 1 jam 30 minit. Masa keseluruhan dari masuk jumpa doktor sehingga keluar adalah 2 jam. Fuh, lama sungguh! Walau pun lama, tapi tak rasa terseksa cuma lenguh juga badan berbaring. Sepanjang rawatan saya amalkan zikir Rabbi Yassir Wala Tu’assir (Ya Allah, permudahkanlah dan jangan dipersulitkan). Dr. Freeda sesekali akan bertanya saya, “Puan ok?”. Saya jawab pertanyaan beliau dengan buat isyarat jari 👌🏽. 
Caj rawatan untuk janji temu pertama. Pergi jumpa doktor pakar di klinik swasta kan, beginilah harganya. Splinting tu ‘ikat gigi’. Ada 4 batang gigi saya yang ‘diikat’ sementara untuk mengukuhkan gigi.
Alhamdulillah selesai rawatan pertama sekitar pukul 12.45 tengah hari. Semuanya berjalan lancar. Klinik yang cantik dan selesa. Staf yang mesra melayan. Paling penting, saya sangat berpuashati dengan layanan dan rawatan yang diberikan oleh Dr. Freeda. Orangnya lembut dan sangat sopan berkata-kata

Temu janji berikutnya pada awal bulan Mac (tiada slot kosong yang lebih awal) untuk rawatan deep cleaning gigi bahagian atas pula. Selepas tu tunggu dua bulan untuk proses penyembuhan gusi

Kesan ubat bius tadi hilang sepenuhnya kira-kira 2 jam selepas saya meninggalkan klinik. Alhamdulillah lepas habis ubat bius, saya tak mengalami apa-apa kesakitan. Cuma ada beberapa tempat rasa sedikit tak selesa. Tak terlalu mengganggu

Semoga Allah memberi kesembuhan kepada gusi saya. Walau pun tak mungkin kembali seperti asal, tapi sekurang-kurangnya rawatan ini dapat mengawal masalah menjadi lebih serius dan mengelakkan kehilangan semua gigi sebelum waktunya. Sejak ada masalah gusi ni, banyak yang saya belajar dan ambil tahu mengenai kesihatan gigi dan gusi. Antaranya, jangan senang-senang setuju cabut gigi kalau sakit. Kenal pasti masalah sebenar dan usahakan buat rawatan (jika ada) sebelum buat keputusan cabut gigi




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/02/janji-temu-pertama-dengan-pakar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Treasure Bakal Adakan Konsert Buat Kali Pertama Sejak Debut Pada April Ini

Treasure Bakal Adakan Konsert Buat Kali Pertama Sejak Debut Pada April Ini

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 201 hits
Berita gembira buat peminat TREASURE Pada 7 Februari YG Entertainment mengumumkan bahawa TREASURE akan mengadakan konsert pertama mereka sejak debut pada April ini di Dewan Olimpik Seoul Memandangkan ini adalah konsert pertama mereka sejak ...
Kontingen Pertama Pasukan As Tiba Di Rumania Saat Memanasnya Ketegangan Rusia Ukraina

Kontingen Pertama Pasukan As Tiba Di Rumania Saat Memanasnya Ketegangan Rusia Ukraina

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 157 hits
Kontingen pertama pasukan AS untuk memperkuat sekutu NATO telah tiba di Rumania menyusul semakin meningkatnya ketegangan Rusia dan Ukraina
Buasir Otak Tv Pengalaman Hari Pertama Kerja Paling Tak Boleh Lupa

Buasir Otak Tv Pengalaman Hari Pertama Kerja Paling Tak Boleh Lupa

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 641 hits
Setiap kali bila orang tanya apa pengalaman 1st day kerja yang paling kita tak boleh lupa Jom tonton animasi ini
Individu Pertama Mencapai 401 Juta Pengikut Satu Hantaran Ig Ronaldo Jana Rm9 76 Juta

Individu Pertama Mencapai 401 Juta Pengikut Satu Hantaran Ig Ronaldo Jana Rm9 76 Juta

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 159 hits
LONDON Cristiano Ronaldo menjadi individu pertama mencapai 401 juta pengikut di Instagram menjadikan dia paling diikuti di platfom berkenaan Bintang Manchester United itu menjadi pemilik akaun Instagram paling ramai diikuti hanya sehari sel...
Popular Di Filipina Cawangan Jollibee Pertama Di Lembah Klang Akan Dibuka Secara Rasmi

Popular Di Filipina Cawangan Jollibee Pertama Di Lembah Klang Akan Dibuka Secara Rasmi

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 410 hits
February 8 2022Pada Disember 2018 Jollibee telah membuka cawangan pertama mereka di Kota Kinabalu Sabah Rakan rakan kita yang berada di sana lebih awal merasai keenakan rasa ayam goreng popular dari Filipina ini Penantian hampir 3 tahun pen...
Amazon Dedah Poster Karakter Pertama Siri The Lord Of The Rings

Amazon Dedah Poster Karakter Pertama Siri The Lord Of The Rings

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 152 hits
Amazon Studios telah mendedahkan poster rasmi pertama untuk siri The Lord of the Rings yang dinanti nantikan yang akan membuat debutnya pada 2 September secara eksklusif di Prime Video Episod baharu akan ditayangkan pada hari Jumaat setiap ...
Percutian Santai 2 Hari 1 Malam Di Melaka Hari Pertama

Percutian Santai 2 Hari 1 Malam Di Melaka Hari Pertama

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 185 hits
Percutian Santai 2 Hari 1 Malam Di Melaka Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Oleh kerana Cuti Tahun Baru Cina jatuh pada hari selasa dan rabu jadi Sha pun mengambil kesempatan untuk bercuti ke suatu tempat luar dari Perak Untuk cuti ...
The Pirates 2 Jadi Filem Korea Pertama Dalam 2022 Capai 1 Juta Penonton

The Pirates 2 Jadi Filem Korea Pertama Dalam 2022 Capai 1 Juta Penonton

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 268 hits
Baru sahaja mencapai 500 00 tontonan baru baru ini nampaknya The Pirates Goblin Flag terus mencipta rekod baru ARTIKEL BERKAITAN Pada 5 Februari dimumkan bahawa filem itu telah melepasi 1 juta penonton Diriliskan pada 26 Januari ini bermakn...
Farmasi Komuniti Pandu Lalu Pertama Malaysia

Farmasi Komuniti Pandu Lalu Pertama Malaysia

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 234 hits
Oleh Mumtaz pada majlis Pelancaran Farmasi Pandu Lalu Pertama Malaysia di Superbig Pharmacy Kubang Kerian Foto Hazira Ahmad Zaidi KOTA BHARU Farmasi Superbig Kubang Kerian di sini menjadi farmasi komuniti pertama di negara ini menggunakan k...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas