Persediaan Perlu Dilakukan Sebelum Memulakan Bisnes



Memulakan bisnes sendiri, ibarat seperti kita menjaga seorang anak kecil yang masih bayi. Pada peringkat permulaan, ada banyak perkara yang kita perlu sediakan untuk bisnes kita itu nanti. Masa kita juga akan banyak dihabiskan untuk memastikan bisnes berjalan dengan baik.
 
Namun setelah mencapai satu tempoh masa, dan bisnes yang kita jalankan itu pun telah melalui fasa kematangan, ia akan mula memberi hasil kepada kita. Pada masa ini, segala usaha dan masa yang kita laburkan untuk bangunkan bisnes kita tu akan mula terasa berbaloi.

Sebelum kita nak cerita yang manis-manis, cerita tentang keseronokkan mendapat hasil dari bisnes yang dijalankan, ada baiknya kita berhenti sekejap dan ingatkan diri kita tentang perkara-perkara yang perlu kita lakukan pada peringkat permulaan menjalankan bisnes.
 
Ada perkara yang perlu kita lakukan tu, sifatnya adalah berterusan. Justeru, anggaplah perkongsian ini seperti satu reminder, untuk saya sendiri dan untuk para pembaca sekalian. Kalau ada mana-mana satu perkara yang saya kongsikan disini anda pernah terlupa, saya harap lepas ini ia akan jadi satu peringatan kepada anda.
 
Jom lihat apa persediaan yang perlu dilakukan untuk memulakan bisnes sendiri.

(1) Persiapkan diri anda dengan ILMU Ini langkah pertama. Siap sedia dengan ilmu sebanyak mungkin, sebelum nak memulakan sebarang bisnes. Tak kiralah sama ada bisnes tersebut bisnes dobi, bisnes jual kek atau apa sahaja bisnes.
 
Diluar sana terdapat banyak individu yang boleh anda jadikan rujukan dan juga mentor. Mereka mempunyai latar belakang yang berbeza, dan mampu untuk berikan anda ilmu yang pelbagai. Dapatkan ilmu yang sewajarnya, namun apabila anda ingin mengaplikasikan ilmu tersebut, anda perlu tahu mana satu yang sesuai dan relevan dengan bisnes anda.
 
(2) Terjemahkan ilmu yang ada dalam bentuk kertas rancangan perniagaan Anda rasa dah cukup ilmu? Adakah anda sudah boleh mulakan bisnes anda sekarang juga? Nanti dulu.
 
Cuba terjemahkan idea dan strategi bisnes anda itu diatas kertas terlebih dahulu. Jika ia nampak hebat diatas kertas, bermakna anda ada peluang untuk pergi jauh dengan bisnes yang anda jalankan.

Namun sekiranya diatas kertas, anda sendiri tak nampak bisnes ini boleh pergi jauh, mungkin langkah yang lebih bijak adalah jangan buat bisnes tersebut.
 
Menulis kertas kerja perniagaan atau business plan pada peringkat awal, dapat memberikan anda satu gambaran menyeluruh tentang sistem operasi perniagaan yang anda bakal jalankan. Dari situ juga, anda boleh buat penilaian sama ada bisnes yang bakal anda jalankan itu nanti dapat bersaing dengan bisnes lain ataupun tidak.
Baca juga: 14 sebab kenapa anda perlu ada kertas kerja rancangan perniagaan
 
(3) Gunakan duit sendiri sebagai modal bisnes Apabila kita gunakan duit sendiri, kita akan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang perbelanjaan. Biarlah modal permulaan yang anda ada itu tidak sebesar mana. Peringkat awal kita mulakan bisnes secara kecil-kecilan.
 
Sekurang-kurangnya kalau bisnes anda gagal, anda hanya kehilangan duit modal anda sahaja. Anda tidak berhutang dengan mana-mana pihak. Hanya apabila anda ingin kembangkan lagi perniagaan, dan modal yang ada tak cukup untuk memenuhi permintaan pelanggan, barulah anda buat pinjaman atau pembiayaan perniagaan.

(4) Jalankan bisnes secara part time pada peringkat permulaan Jika usia bisnes tersebut masih baru, dan anda masih belum mempunyai pendapatan yang stabil dari perniagaan tersebut, mulakan bisnes tersebut secara part time terlebih dulu.
 
Tak perlu tergesa-gesa berhenti kerja, sedangkan bisnes yang anda jalankan belum menunjukkan sebarang bukti yang ia mampu untuk memberikan hasil kepada anda.
 
Berikan masa untuk bisnes berkembang. Jika perjalanan bisnes diuruskan dengan baik, ia akan mula memperolehi pelanggan tetap, dan dari situ pendapatan dari bisnes juga akan mula meningkat. Hanya apabila anda yakin pendapatan dari bisnes akan dapat melebihi pendapatan dari gaji anda, barulah anda berhenti kerja.
 
(5) Dapatkan rakan kongsi yang boleh dipercayai Mempunyai rakan kongsi atau rakan perniagaan, boleh membuatkan bisnes anda pergi lebih jauh. Namun ada juga keadaan dimana mempunyai rakan niaga, langsung tidak memberi sebarang impak kepada perniagaan anda.
 
Kalau bisnes anda masih tak menunjukkan sebarang perubahan yang positif walaupun setelah anda bawa masuk rakan niaga, ini bermakna anda telah memilih orang yang salah untuk bantu majukan bisnes anda.
 
Lazimnya sebagai usahawan, anda akan bekerja seorang diri. Anda adalah bos, dan anda tak perlu nak report kepada sesiapa. Segala pencapaian dan kekurangan bisnes, anda sendiri yang tahu. Tapi bila anda ada rakan niaga, bermula saat itu anda akan lebih bertanggungjawab dengan bisnes yang dijalankan dan anda akan ada teman untuk selalu bincang tentang perkembangan bisnes.
 
(6) Cuba jalankan bisnes secara online Sekiranya anda menjual produk fizikal, anda perlu pastikan produk anda boleh dibeli dan ditempah secara online oleh para pelanggan anda. Bukan susah pun nak jual barang secara online.
 
Anda boleh gunakan platform ecommerce seperti Lazada ataupun Shopee untuk iklankan barang yang anda jual.

Pelanggan anda juga boleh buat tempahan secara online dan peranan anda adalah memastikan barang yang telah siap dibayar itu nanti dihantar ke alamat pelanggan anda.
 
(7) Dapatkan bantuan daripada mereka yang profesional Jika anda rasa stuck dengan bisnes yang anda jalankan, usah peningkan kepala dengan cuba menyelesaikan segala masalah berkaitan dengan bisnes anda seorang diri. Sebaliknya, dapatkan bantuan dari pakar dan mereka yang profesional.
 
Misalnya kalau anda ada masalah berhubung dengan cukai dan audit akaun syarikat. Anda tak perlu susah payah nak selesaikan sendiri dan belajar macam mana nak buat sendiri, sebaliknya anda boleh dapatkan bantuan daripada mereka yang profesional.
 
Sekiranya anda perlukan khidmat perakaunan dan juga ingin menyelesaikan sebarang isu berkaitan dengan cukai, saya boleh syorkan anda hubungi akauntan saya Pn Diyana dan minta nasihat dari beliau. Pn Diyana ini boleh dihubungi sama ada melalui whatsapp di talian 011-2720 4420 atau layari laman web syarikat mereka di pautan https://realmanagementservices.com/
Baca juga: 18 Cara bagaimana akauntan boleh membantu pemilik perniagaan mengembangkan perniagaan miliknya
 
(8) Rekod segala perbelanjaan dan transaksi perniagaan Perkara ini akan membantu anda dalam menentukan tahap kesihatan kewangan perniagaan anda. Apa yang telah anda belanjakan untuk perniagaan, anda rekodkan. Apa-apa jualan yang terhasil, juga anda perlu rekodkan.
 
Apabila ini dilakukan dengan baik dan teliti, dapat memudahkan anda untuk menghasilkan penyata pendapatan dan juga balance sheet.
 
(9) Jalankan kerja pemasaran dan pengiklanan setiap masa Pemasaran dan pengiklanan adalah perkara yang perlu anda lakukan secara berterusan. Jika anda mempunyai bajet bagi tujuan pengiklanan, anda boleh gunakan kaedah iklan berbayar, misalnya menggunakan Google Adwords, FBAds, ataupun iklan melalui papan iklan.
 
Anda hanya perlu bayar sekali sahaja dan iklan anda akan berterusan muncul di khalayak ramai, selagi mana anda masih belum kehabisan bajet iklan.
 
Tapi sekiranya anda tak mempunyai bajet untuk pengiklanan, anda perlu jadi lebih kreatif dan gunakan segala kaedah pengiklanan percuma yang terdapat diluar sana. Tak kiralah sama ada nak gunakan blog, facebook, twitter atau apa sahaja platform.
 
Lihat contoh-contoh perniagaan milik jenama besar seperti McDonald, KFC, Coca Cola dan sebagainya. Walaupun nama mereka telah dikenali mereka masih lagi tetap mengiklankan bisnes mereka.
 
(10) Fokus pada satu bisnes sebelum mulakan bisnes yang lain Memang seronok bila kita dapat pelbagaikan bisnes. Setidak-tidaknya, jika pendapatan dari bisnes kedai makan kurang memberangsangkan, anda masih lagi ada income dari bisnes homestay atau lain-lain bisnes yang anda jalankan.
 
Dari segi konsep, ia memang nampak seperti sesuatu yang bagus, namun percayalah bukan mudah untuk setup satu bisnes. Jika anda ingin berbisnes, saya syorkan anda buat satu per satu. Pastikan bisnes pertama anda boleh berjalan dengan sendirinya dan telahpun memberikan hasil, kemudian barulah buka bisnes yang lain pula.
 
Jangan nanti, anda hilang fokus. Satu bisnes pun tak ada yang berikan hasil. Adakalanya bisnes yang kita jalankan, akan mengalami masalah.
 
Masalah ini pula ada pelbagai jenis, dan setiap bisnes ada masalah dan ragamnya sendiri.
 
 
 
The post Persediaan perlu dilakukan sebelum memulakan bisnes appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/persediaan-sebelum-memulakan-bisnes/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persediaan Keperluan Bayi Ke Hospital Sebelum Bersalin

Persediaan Keperluan Bayi Ke Hospital Sebelum Bersalin

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 1972 hits
Salam kesayangan Lamanya Nora tak update blog Mood kemalasan dan sebenarnya terfikir nak closed je blog ni Tapi tulah sayang pula sebab dari suka suka boleh jana income dan sekarang macam nak kembali seperti dulu Blog just suka suka Aci tak...
Bahagian 2 Persediaan Sebelum Pendaftaran Pengajian Master Di Um

Bahagian 2 Persediaan Sebelum Pendaftaran Pengajian Master Di Um

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 424 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaiklah ini merupakan artikel sambungan kepada artikel Pastinya semua yang sedang mencari maklumat mengenai proses untuk melanjutkan pengajian di tahap sarjana ini tertanya tanya dan masih mencari maklumat...
Sebelum Cari Cari Kenali Dulu 7 Macam Tipe Rumah Yang Populer Biar Tahu Kisaran Harganya

Sebelum Cari Cari Kenali Dulu 7 Macam Tipe Rumah Yang Populer Biar Tahu Kisaran Harganya

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 412 hits
Agen properti Selamat siang Mas mau cari rumah yang tipe berapa Mas mas pencari rumah Wah memangnya rumah ada tipenya ya Duh belajar dulu deh yuk biar nggak bingung pas beli rumah nanti
Petua Tips Jika Terkena Sengatan Lipan Ini Cara Yang Anda Harus Buat Sebelum Jumpa Doktor

Petua Tips Jika Terkena Sengatan Lipan Ini Cara Yang Anda Harus Buat Sebelum Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 1367 hits
Petua Tips Jika Terkena Sengatan Lipan Ini Cara Yang Anda Harus Buat Sebelum Jumpa Doktor Apa yang akan anda lakukan sekiranya kena sengat lipan Terkena sengatan lipan memang amat menyakitkan tapi selepas disengat sebelum pergi berjumpa dok...
Fitnah Projek Land Swap Tanah Kem Pertahanan Sebelum Pru14 Kini Terbongkar

Fitnah Projek Land Swap Tanah Kem Pertahanan Sebelum Pru14 Kini Terbongkar

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 485 hits
Sejak bulan Jun tahun lepas satu Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan bekas ketua audit negara Ambrin Buang telah meniliti semua urus niaga tukar tanah melibatkan Kementerian Pertahanan Selep...
Kru Kapal Sempat Makan Tengah Hari Sebelum Gantung Diri

Kru Kapal Sempat Makan Tengah Hari Sebelum Gantung Diri

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 1473 hits
CHUKAI Kru kapal yang ditemui mati dalam keadaan tergantung di sisi kapal bekalan luar pesisir dekat Pelabuhan Kemaman di sini hari ini dikatakan mengalami kemurungan dan baru tiga hari bekerja di kapal berkenaan Dalam kejadian itu lelaki b...
Luhut Akui Punya Lahan Tambang Batubara Tapi Diperoleh Sebelum Jadi Menteri

Luhut Akui Punya Lahan Tambang Batubara Tapi Diperoleh Sebelum Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 306 hits
Luhut mengakui memiliki lahan untuk perusahaan tambang batubara Namun perusahaan dan lahan tersebut diperoleh saat masih berstatus pengusaha Jauh sebelum Luhut menjabat sebagai menteri dalam kabinet Jokowi
Sebelum Kahwin Bukan Main Sweet Bila Dah Kahwin Ego Tinggi Macam Langit

Sebelum Kahwin Bukan Main Sweet Bila Dah Kahwin Ego Tinggi Macam Langit

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 1011 hits
Sebelum Kahwin Bukan Main Sweet Bila Dah Kahwin Ego Tinggi Macam Langit Kaum perempuan kalau nak cari calon carilah lelaki yang caring terhadap keluarga dia Selalu bertanggungjawab terhadap keluarga dia Mak ayah dia layan dengan baik In Sha...
Saya Terus Berlari Ke Kolam Sebelum Mendapati Ketiga Tiga Anak Sudah Tiada Tiga Beradik Lemas Di Kolam Ikan

Saya Terus Berlari Ke Kolam Sebelum Mendapati Ketiga Tiga Anak Sudah Tiada Tiga Beradik Lemas Di Kolam Ikan

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 554 hits
Saya Terus berlari ke kolam sebelum mendapati ketiga tiga anak Sudah Tiada Tiga beradik lemas di kolam ikan Hiba dan pilu apabila tiga beradik lemas dalam satu kejadian di Kampung Bintang Mas dekat sini pada Sabtu Dalam kejadian jam 2 petan...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023