Persediaan Ke Sekolah 2020 Kasut Sekolah Pallas Pilihan Anak Anak
Persediaan Ke Sekolah 2020 - Kasut Sekolah Pallas Pilihan Anak Anak | Bila berbicara mengenai kasut sekolah untuk anak anak, semestinya kasut sekolah Pallas pilihan KakYa. Antara sebab utama KakYa lebih suka memilih kasut sekolah Pallas untuk anak anak kerana kasut sekolah Pallas cukup berkualiti, tahan lasak dan memberi keselesaan untuk anak anak KakYa. Kasut sekolah Pallas boleh dikatakan kasut legend kerana zaman KakYa sekolah dulu memang dah femesss kasut sekolah jenama ini dan KakYa sendiri menggunakan kasut sekolah Pallas waktu di alam persekolahan dulu. Legend Boh! bak kata orang Teganu.
Persekolahan sesi baru 2020 akan bermula tak sampai sebulan saja lagi. KakYa pasti sebagai ibubapa kita perlu menyediakan keperluan sekolah anak anak sedikit demi sedikit agar tiada yang tercicir atau terlepas pandang menjelangnya hari persekolahan. Paling menjadi keutamaan pastinya kasut sekolah, ini kerana jika pembelian dilakukan dihujung cuti sekolah banyak saiz dan jenis kasut yang diingini kehabisan stok.
Jadi sebaik baiknya KakYa cadangkan lakukan pembelian sedikit awal agar tidak menghadapi masalah dalam pemilihan jenis, corak dan saiz kasut untuk anak anak kita
Beli Online Jer Kasut Sekolah Pallas!Sebelum KakYa cerita lebih detail, KakYa nak bagitahu kat korang yang KakYa beli kasut sekolah Pallas ni melalui online jer tau. Kenapa beli online? Beli online ni takde la kita susah payah nak fikir bawak kereta, isi minyak, parking kereta, saiz kasut tak ada, jenis berkenan dihati tak ada, penat letih semua tu tak payah fikir.
Just klik jer laman web Pallas Malaysia, terus pilih kasut mana yang berkenan dan bayar secara online. Mudah dan selamat. Pilihan pon banyak berbanding kat kedai. Tapi sebelum korang membeli kasut, jangan lupa ukur dulu saiz kaki anak korang agar tak silap memilih saiz kasut yang sepadan. Cara nak ukur saiz kasut, korang boleh ikut measurement seperti gambar kat bawah ni.
Cara mendapatkan ukuran saiz kasut yang sebenar. Boleh KLIK SINI
Cara Beli Kasut Sekolah Pallas Melalui Online Korang tak perlu risau kalau nak beli kasut sekolah Pallas secara online sebab pilihan jenis dan saiz kebanyakannya memang ada. Tinggal pilih sahaja mana satu korang nak. KakYa citer sikit la kat korang bagaimana cara korang nak beli kasut sekolah Pallas secara online.
Mula mula sekali kena la masuk kat laman web Pallas Malaysia. Klik kat Menu - Kids - School Shoes. Pilih kasut mana berkenan. Dah ada kasut pilihan terus klik shop online masukkan saiz kasut, kuantiti dan masukkan ke bakul belian.
Masa nak buat pembayaran masukkan sekali negara dan negeri serta poskod untuk kos penghantaran. Boleh pilih nak Register Account atau Guest Checkout. Dah isi semua detail boleh teruskan dengan pembayaran. Korang boleh guna Kredit atau Debit kad, Perbankan Online, eWallet ataupun Paypal. Ok dah bayar semua kira settle la tu. Pastu tunggu penghantaran terus kat depan pintu rumah korang. Mudah jer kan.
Kasut Sekolah Pallas Pilihan Anak Anak Kasut sekolah Pallas pilihan anak anak bagi sesi persekolahan 2020. Untuk kasut Insyirah pilihan kakak adalah Pallas Jazz 7328BK, pilihan Iman Pallas X Series PX37-104ABK dan Akif memilih Pallas X Series PX37-013BK. Pilihan berlainan ikut citarasa diaorang. Masing masing dah besar dan bijak memilih mana satu yang daorang suka. KakYa nak citer la sikit sebanyak mengenai ketiga tiga pilihan kasut sekolah Pallas anak anak KakYa ni.
Pallas Jazz Lo Cut Shoe Lace 7328BK Untuk InsyirahInsyirah lebih suka kasut bertali sejak sekolah rendah lagi. Jadi untuk kali ni masih lagi setia dengan kasut bertali. Pilihan Insyirah Pallas Jazz Lo Cut Shoe Lace 7328BK. Kasut ni nampak simple dan cantik untuk anak perempuan. Sesuai sangat dengan Insyirah. Nampak selesa bila memakainya. Tapak kasut dengan cengkaman lebih baik lebih selamat dan tidak tergelincir. Pelapik getah yang tersedia memberi lantunan lebih baik dan keselesaan berganda untuk kaki. Dengan adanya 'arch support' kasut ini dapat memberi kelegaan pada otot kaki dan menjadikan kaki lebih selesa.
Pallas X Series PX37-104ABK Untuk ImanNi first time Iman pakai kasut sekolah bertali. Dah nak masuk tingkatan satu ni, dia lebih suka kasut bertali berbanding kasut zap on. Ya la kan takkan nak pakai kasut jenis zap on lagi dah nak masuk tingkatan satu ni. Tak macho katanya. Kasut pilihan Iman Pallas X Series PX37-104ABK. Kasut yang sangat selesa dengan cengkaman tapak yang lebih kuat. Iman cakap dia cukup selesa memakai kasut sekolah Pallas design macam kat bawah ni.
Pallas X Series PX37-013BK Untuk AkifKasut pilihan Akif Pallas X Series PX37-013BK jenis zap on. Untuk kasut sekolah dia memang suka pakai yang jenis zap on. Memudahkan katanya. Akif ni selalu pergi perpustakaan, setiap kali pergi peepustakaan kenala buka kasut. Kalau pakai kasut jenis zap on camni memudahkan dia untuk memakai kembali kasut dengan mudah dan cepat. Kasut ni jenis ringan jadi ianya tak memberi beban untuk kaki Akif tambah tambah lagi setiap hari kena menapak sehingga ke tingkat 3 untuk masuk kelas.
Bila kasut ringan, kaki akan menjadi lebih selesa saat melangkah ditambah pula dengan sistem pengudaraan yang baik menjadikan kaki tak mudah berpeluh dan yang paling utama kasut ini cepat kering dengan permukaan mesh di atas kasut!
Kenapa Perlu Memilih Kasut Sekolah Pallas Bagi KakYa ketiga tiga kasut sekolah Pallas yang dipilih oleh Insyirah, Iman dan juga Akif mempunyai kebaikan dan kelebihan masing masing. Antara kelebihannya yang paling utama ianya selesa dan berkualiti tinggi. Pemakaian kasut setiap hari dengan pelbagai aktiviti harian di sekolah, anak anak memerlukan kasut yang sesuai untuk keselesaan kaki mereka.
Masing masing dengan kasut sekolah Pallas pilihan hati.
Anak anak suka sangat kasut sekolah Pallas, mak ayah pon happy dapat bagi keselesaan untuk kaki anak anak.
Seronok dapat guna kasut sekolah Pallas untuk sesi persekolahan 2020 nanti.
Kasut Pallas kasut sekolah legend pilihan terbaik ibubapa untuk anak anak.
Insyirah cakap selain pakai pergi sekolah pakai jalan jalan pon best kasut Pallas ni. Sangat selesa dan kakak suka.
Anak anak KakYa pernah pakai kasut sekolah Pallas sebelum ni sepasang jer sepanjang tempoh setahun persekolahan sebab tu KakYa boleh cakap kat korang yang kasut sekolah Pallas ni memang tahan lasak dan berkualiti tinggi dengan harga mampu bayar.
KakYa sangat sangat sarankan untuk korang jangan lupa belikan kasut sekolah Pallas untuk anak korang kerana kasut sekolah Pallas berkualiti tinggi, tahan lasak, pelbagai pilihan rekaan dan harga berpatutan pastinya menjadi idaman dan pilihan hati.
Mana Nak Beli Kasut Sekolah PallasDah baca panjang panjang ni, mesti korang berkenan dengan kasut sekolah Pallas ni kan? Kalau dah berkenan wajib la beli paling kurang sepasang untuk anak korang. Korang tahu ke tak ni mana nak beli kasut sekolah Pallas secara online? Korang boleh beli seara online kat website Pallas Malaysia www.pallas.com.my atau terus klik www.wow2wee.com .
Sekarang ni kan zaman orang beli belah atas talian, semua nak cepat jadi elok sangat korang terjah jer website kat atas ni. Pilih dan beli mana yang anak korang suka. Mudah, jimat masa dan tenaga dan paling best tak perlu keluar rumah hanya untuk dapatkan sepasang kasut. Beli online jer! Kan senang tak perlu nak sakit kepala.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2019/12/persediaan-ke-sekolah-2020-kasut-sekolah-pallas-pilihan-anak-anak.html