Kasut Sekolah Pallas Jazz
Cuti sekolah sudah bermula . Tahun ni akak tekad nak mulakan persiapan sekolah awal sikit .Bulan lepas sudah sediakan kasut kasut sekolah dia orang terus . Tapi budak-budak ni belum lagi sempat sessi persekolahan 2020, semua terus nak pakai kasut baru tu . Dia orang dah mula pakai masa minggu terakhir persekolahan.
Almaklum la anak ada 3 orang yang sekolah , jadi memang la kena beli dulu sikit sikit . Untuk kasut, akak mmg suka kasut Pallas Jazz. Akak dulu masa zaman sekolah pun pakai kasut Pallas Jazz sebab mmg tahan lasak. Jadi, untuk anak-anak pun Pallas Jazz menjadi pilihan utama utk kasut sekolah .
Tahun lepas pun pakai kasut Pallas Jazz, tahun ni pun harus la Pallas Jazz juga
Dah besar dah anak anak akak . Ni gambar last year
Semua sudah ready untuk sessi sekolah 2020 ke ?
Kasut Putih
ooh ya sebelum akak lupa . Nak bagitau ni , kasut putih masih boleh digunakan pada tahun 2020. So boleh la beli kasut putih lagi tahun ni . Percayalah kasut putih Pallas Jazz ni tengah offer u guys. Akak personally memang suka kasut putih . Tak tahu la kenapa sebab nampak macam bersih dan kemas je. Lagi satu akak memang akan paksa dia orang basuh kasut setiap weekend. Si abang pula mentang-mentang la kasut hitam , dia pula yang liat nak basuh kasut. Katanya tak nampak kotor pun . Menyirap je mak kamu dengar alasan macam tu. Nasib la si adik rajin nak basuh.
Lagi satu bila kasut putih ni macam lengkap je uniform dia orang . Nampak kemas n bersih . Sama macam kita masa sekolah sekolah dulu la kan . Kadang tu kapur tebal tebal sebab nanti bila nak cuci senang.Bila pakai kasut putih dan bersih rasa seronok je sebab macam sempurna pemakaian untuk ke sekolah.
Kasut untuk Sarah
Ni adalah untuk Sarah yang akan melangkah masuk darjah 1 tahun depan . Tahun lepas punya kasut pun masih cantik lagi cuma dia kata macam dah ketat sikit . Kasut macam ni senang nak pakai dan buka sebab dia strap aje . Getah kat belah dalam pun tebal serta nampak comel sangat . Eh mak dia plak yang over . Ni model 204-031W . Sarah pakai size 1 ( kaki dia 21cm)
Kak Moon masa sekolah pun pakai kasut ni . I used to call this 'kasut nurse' hahahah sebab mmg ramai nurse nurse pakai . Punya la selesa pakai kasut ni sebab dia ada foam dan lapik yang tebal .
Sarah suka kasut ni sebab senang nak pakai dan design dia nampak sangat feminine serta gegirl sangat .
Kasut utk Kakak Yaya
Ni untuk si kakak . Since dia ni aktif main sukan, jadi kasut ni sesuai untuk dia sebab untuk better comfort. Span kat dalam pun tebal . So kalau berdiri lama atau berlari pun selesa . Belah dalam pun ada lapisan tebal yang selesa . Akak memang dah pesan kat dia kalau hari ada pendidikan jasmani atau koko pakai kasut ni sebab selesa untuk berlari dan bersukan . Dia pulak main bola jaring atas court lantai simen. So kasut macam ni memang sesuai untuk dia kerana better support dan ia sangat ringan. Tambahan pula , kasut putih ni tak panas
Kakak Yaya
Kasut untuk Abang Isk
Si Abang kumis nanti dah masuk form 3. Dah besar dah anak bujang akak . Sekarang pun dah sangat tinggi. Sekarang dah muat dah segala kasut sukan akak dan kasut daddy dia pun dia dah muat . So kaki dia sangat besar . Nasib la Pallas Jazz ada kasut size besar sampai size 13. Susah tau nak cari kasut yang size besar ni tau . Lega akak bila tahu Pallas Jazz ada size besar besar ni. Kalau tak mana la mummy nak cari kasut untuk Abang Isk.
Kasut ni new design dan nampak sangat smart dan bergaya . Bukan takat nak pakai ke sekolah sahaja, pakai ngan seluar jeans dan buat jalan jalan pun boleh . Ia mempunyai pelapik getah (rubber insole) dengan lantunan yang lebih baik di dalam kasut dan tapak kasut getah dengan cengkaman yang lebih baik (rubber outsole ).
Sekarang Abg Isk kaki dia 27.5 - 28 cm . Dah pakai kasut size 9. Model kasut ni mempunyai lebih ruang dan lebih selesa, sesuai untuk kaki anak anak yang cepat membesar .
Abang Isk kata , misti Isk bertambah handsome nanti kan . OMG , anak teruna akak dah pandai nak perasan lebih dah ni .
Mana nak beli Kasut Pallas
Kasut Pallas ni memang senang nak cari. Kebanyakkan pasaraya besar ada jual. Macam kat AEON pun ada jual. So ada banyak pilihan dan harga pun sangat berpatutan untuk kasut putih . Pilihan kasut hitam pun ada banyak dan berbaloi kualiti dengan harganya. Yang pastinya kasut Pallas Jazz ni memang tahan lasak dan berbaloi baloi.
Kalau nak beli online pun boleh . Masuk je ke Pallas Malaysia ada banyak pilihan . Jangan kata akak tak warning ye . Sebab kalau masuk kat sini pasti tersangkut and banyak add to cart J
Untuk pembelian online mudah sahaja tau . Apa kita perlu buat hanyalah ukur size kaki anak . Ni incase kalau kita lupa anak kita pakai size apa kan . Tambahan pula kaki budak-budak ni memang cepat je besar . So disyorkan tiap tahun kita ukur kaki dia orang . Sedangkan baju sekolah pun boleh senteng dalam masa setahun sebab dia org makin tinggi , ni kan pulak kaki . Mesti la membesar juga kan .
Ni kak Moon share carta panduan untuk ukur kaki anak anak . Sila ukur mengikut jari kaki yang paling panjang ye . Then tambah 1 – 1.5 cm sahaja .
Laman Web : www.pallas.com.my
Selamat membeli ya , hope perkongsian ini dapat membantu para ibu sekalian untuk membuat pilihan yang terbaik untuk kasut sekolah anak-anak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://miera301.blogspot.com/2019/11/kasut-sekolah-pallas-jazz.html