Bencana Tanah Runtuh Di Sabah Ragut 12 Nyawa


Bencana Tanah Runtuh Di Sabah Ragut 12 Nyawa 
KOTA KINABALU, 15 Sept (Bernama) — Bencana tanah runtuh yang melanda Sabah sejak Jumaat lepas telah meragut 12 nyawa termasuk lima kanak-kanak setakat ini, dengan 11 kematian dilaporkan hari ini dan satu kematian pada hari pertama kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda mengesahkan tujuh daripada mangsa termasuk empat kanak-kanak ditemukan meninggal dunia selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih, Kolombong, Inanam kira-kira 9.15 pagi tadi.
Beliau berkata mangsa kanak-kanak terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan berumur antara dua hingga sembilan tahun, manakala tiga lagi mangsa melibatkan dua wanita dan seorang lelaki berumur 25 hingga 50 tahun.
Di PAPAR, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah Mohd Pisar Aziz memaklumkan dua mangsa terdiri daripada wanita berusia 38 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan maut selepas tanah runtuh menghempap rumah mereka di Kampung Mook pagi tadi.
Mohd Pisar berkata dalam satu lagi kejadian, dua ditemukan maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat masih dilakukan pada masa ini untuk mencari seorang lagi mangsa yang tertimbus dalam kejadian itu.
Pada Jumaat lepas, seorang lelaki warga emas berusia 97 tahun dilaporkan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Sarapung, Penampang.
Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,648 mangsa daripada 417 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 863 orang daripada 220 keluarga pada petang tadi.
“Kesemua mangsa adalah penduduk 46 kampung di lima daerah terjejas. Sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Penampang, tiga di Membakut dan masing-masing dua di Papar dan Putatan manakala pusat pemindahan kekal (PPK) Selagon di Beaufort dibuka,” katanya.
JPBN Sabah turut memaklumkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 diberikan kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke pusat pemindahan, manakala waris mangsa yang terkorban akibat bencana turut menerima BWI kematian sebanyak RM10,000.
“BWI diberikan kepada warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA). Kerajaan turut menyalurkan bakul makanan kepada semua penduduk yang terjejas,” katanya.
BACA: Langkah Yang Perlu Dilakukan Sebelum, Semasa Dan Selepas Banjir Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluluskan peruntukan segera RM10 juta melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu mangsa terjejas banjir di negeri berkenaan.
Menurut Perdana Menteri, jumlah itu adalah tambahan kepada RM11 juta yang telah disalurkan melalui kerajaan negeri bagi tujuan pembaikan segera kemudahan asas di kawasan terlibat.
“Saya sangat terkesan akan dampak bencana banjir yang sedang melanda negeri Sabah saat ini. Saya telah mengarahkan seluruh jentera Kerajaan MADANI digerakkan dengan segera untuk membantu rakyat yang terjejas agar bantuan dapat sampai tanpa sebarang gangguan.
“Keutamaan kami adalah memastikan keselamatan, kebajikan dan kelangsungan hidup mangsa banjir dibela sebaiknya dengan tumpuan segera,” menurut beliau.
Kerajaan Sabah pula mengumumkan pembatalan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung di Padang Merdeka di sini malam esok, berikutan bencana yang sedang melanda.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bencana itu susulan hujan berterusan dan keutamaan segera kerajaan negeri adalah untuk mengurus krisis, menyelaras usaha pemulihan dan memastikan operasi menyelamat dilaksanakan dengan pantas bagi komuniti terjejas.
“Saya telah memaklumkan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman mengenai perkara itu. Dalam waktu sukar ini, kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan rakyat paling utama. Segala fokus dan sumber mesti ditumpukan kepada mereka yang terkesan,” katanya.
Pada masa sama, Hajiji  yang turun padang melawat mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Putatan dan Penampang turut menyampaikan bantuan kepada mereka yang terkesan.
“Kerajaan negeri melalui JPBN sentiasa bersiap siaga dalam memberikan bantuan segera kepada rakyat yang berhadapan musibah, terutama ketika musim hujan berterusan. Kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal kebajikan rakyat,” katanya.
Sumber: Bernama
The post Bencana Tanah Runtuh Di Sabah Ragut 12 Nyawa  appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/16/bencana-tanah-runtuh-di-sabah-ragut-12-nyawa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanah Runtuh Dahsyat Ragut Lebih 1 000 Nyawa Kampung Di Sudan Lenyap Sekelip Mata

Tanah Runtuh Dahsyat Ragut Lebih 1 000 Nyawa Kampung Di Sudan Lenyap Sekelip Mata

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3674 hits
Tanah Runtuh Dahsyat Ragut Lebih 1 000 Nyawa Kampung Di Sudan Lenyap Sekelip Mata Kejadian tanah runtuh telah meranapkan sebuah perkampungan terpencil di wilayah Darfur Sudan pada Selasa dan mengorbankan lebih 1 000 orang iaitu hampir kesel...
Banjir Sabah Pm Anwar Hargai Peranan Semua Pihak Tangani Bencana

Banjir Sabah Pm Anwar Hargai Peranan Semua Pihak Tangani Bencana

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 964 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melakukan tinjauan ke PPS dan kawasan terjejas banjir dan tanah runtuh di Sabah pada 19 September 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 19 Sep Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan pengh...
Tragedi Papar Tiga Sekeluarga Termasuk Kanak Kanak 10 Tahun Maut Ditimbus Tanah Runtuh

Tragedi Papar Tiga Sekeluarga Termasuk Kanak Kanak 10 Tahun Maut Ditimbus Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 3627 hits
KOTA KINABALU Setelah lebih 10 jam operasi mencari dan menyelamat diaktifkan mangsa terakhir yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul Papar akhirnya ditemukan pada 8 45 malam sebelum operasi tamat pada 2 05 pagi...
Tanah Runtuh Dilapor Berlaku Dari Jalan Tanjung Lipat Ke Bandaraya Kk

Tanah Runtuh Dilapor Berlaku Dari Jalan Tanjung Lipat Ke Bandaraya Kk

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1163 hits
Tanah Runtuh Dilapor Berlaku Dari Jalan Tanjung Lipat Ke Bandaraya KK Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku dari Jalan Tanjung Lipat ke Bandaraya Kota Kinabalu susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu Menerusi perkong...
Masa Itu Hanya Fikir Biarlah Mati Berpelukan Mangsa Tanah Runtuh

Masa Itu Hanya Fikir Biarlah Mati Berpelukan Mangsa Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 2941 hits
Juwan Riduanam hmetro com myKeadaan runtuhan di lokasi kejadian di Kampung Kopungit Kepayan Kota Kinabalu FOTO Ihsan APMKota Kinabalu Saat itu kami hanya fikirkan kematian Kami hanya mampu berpelukan bila rumah tiba tiba bergoyang sebelum m...
Lelaki Tertimbus Dalam Tanah Runtuh Di Penampang

Lelaki Tertimbus Dalam Tanah Runtuh Di Penampang

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 2133 hits
Bomba berdepan kesukaran untuk ke lokasi kejadian susulan arus deras Dua mangsa tertimbus dengan seorang daripadanya diselamatkan orang awam PENAMPANG Seorang lelaki tertimbus dalam tanah runtuh yang menghempap sebuah rumah di Kampung Sarap...
Kanak Kanak 10 Tahun Tertimbus Tanah Runtuh Ditemukan Maut

Kanak Kanak 10 Tahun Tertimbus Tanah Runtuh Ditemukan Maut

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 2526 hits
Kanak Kanak 10 Tahun Tertimbus Tanah Runtuh Ditemukan Maut KOTA KINABALU 16 Sept Setelah lebih 10 jam operasi mencari dan menyelamat diaktifkan mangsa terakhir yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul Papar akhi...
Seorang Maut Enam Hilang Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Kampung Cenderakasih

Seorang Maut Enam Hilang Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Kampung Cenderakasih

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 3168 hits
Seorang Maut Enam Hilang Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Kampung Cenderakasih KOTA KINABALU 15 Sept Seorang maut manakala enam masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih di sini pagi ini Jurucakap Jabatan Bomba dan Peny...
Banjir Tanah Runtuh Di Tuaran Penduduk Diminta Berjaga Jaga

Banjir Tanah Runtuh Di Tuaran Penduduk Diminta Berjaga Jaga

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 1343 hits
Banjir tanah runtuh di Tuaran penduduk diminta berjaga jaga Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menggendong seorang kanak kanak di kawasan yang dinaiki banjir di Kampung Tanjung Tuaran untuk dipindahkan ke rumah penduduk lain Foto ihs...
Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim

Nasi Lemak Malam

Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Bersalah Terima Rasuah Sebanyak Rm2 000 Seorang Penolong Jurutera Majlis Bandaraya Kuantan Di Denda Rm16 000

Jangan Jahil Murakkab

Jaguar Has Produced Its Last Internal Combustion Vehicle And Will Go All Electric From 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Penggunaan Fotografi Beresolusi Tinggi Dan Teknik Analisis Gambar Moden Dalam Kimia

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Ambang 2026 Pdrm Perteguh Keselamatan Jalan Raya Ribuan Saman Dikeluarkan Di Selangor Dan Negeri Sembilan

Pas Akan Terus Perjuangkan Islam Sebagai Asas Utama Pemerintahan Sanusi

Nanti Saya Call Balik Lelaki Kongsi Penyesalan Tak Sempat Jumpa Ibu Sebelum Pergi

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi