Persatuan Bas Sekolah Jamin Tambang Tak Beban Ibu Bapa


 
Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia berkata peningkatan tambang tidak sama kerana nilainya berpandukan kawasan dan status masyarakat setempat. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Persatuan bas sekolah memberi jaminan tidak akan membebankan ibu bapa berikutan tambang dijangka naik tidak lama lagi, kata Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat.
Beliau berkata, jumlah peningkatan tambang bas sekolah adalah tidak sama kerana nilainya berpandukan kawasan dan status masyarakat setempat setelah pada 1 Jan 2015 kerajaan sudah tidak mengawal tambang bas sekolah menyebabkan jumlahnya terpulang kepada pasaran.
“Untuk kenaikan tambang ini, pihak persatuan hanya boleh memberi nasihat dan garis panduan kepada pengusaha yang biasanya semua itu bergantung terhadap kajian semula penyata untung rugi, juga kata sepakat operator bas sekolah bersama ibu bapa.

“Berdasarkan rekod yang kami ada, tambang bas sekolah pada masa ini adalah antara RM50 contohnya di Keramat, manakala bagi kawasan elit seperti Damansara dan Petaling Jaya boleh mencecah RM300 sebulan,” katanya kepada Bernama.
Terdahulu, media melaporkan berhubung ibu bapa perlu bersiap sedia dengan kenaikan tambang bas sekolah di sekitar Lembah Klang yang dijangka bermula minggu depan atau Julai berikutan kos penyelenggaraan serta alat ganti kenderaan meningkat secara mendadak.
Mengulas lanjut, Amali berkata kos kenaikan tambang itu melibatkan kiraan 44 kali pelajar naik bas dalam sebulan iaitu 22 hari maksimum dengan dua kali naik sehari dan mengikut kadar itu, ia dikira masih di tahap tambang yang masih rendah.
Pengusaha bas sekolah sekitar Damansara, Mohd Zaid Zainuddin, 50, berkata kenaikan tambang secara purata RM15 hingga RM25 sebulan boleh dipertimbangkan memandangkan sudah ramai pengusaha bas sekolah yang gulung tikar dan beralih ke industri pekerjaan lain.
“Setakat ini kami sudah memberikan gambaran awal kepada ibu bapa. Perbincangan mengenai kenaikan tambang juga dilakukan supaya mereka tidak terkejut dengan perubahan ini. Ada dalam kalangan mereka memahami serta bersetuju dengan usaha ini, cuma meminta supaya kadar kenaikan tidak terlalu ketara (cadangan RM10 hingga RM15 sahaja kenaikan),” katanya.
Sementara itu, bagi pengusaha van sekolah, Shahrul Aidit Ahmad, 48, yang menjalankan operasi mengambil anak sekolah menggunakan van di sekitar Kelana Jaya, Selangor, selama 20 tahun berkata tindakan itu wajar dilakukan berikutan kos penyelenggaraan dan servis kenderaan terlibat sudah meningkat berganda selepas pandemik baru-baru ini.
“Mahu atau tidak, pada masa ini kita berhadapan dengan semua barang naik harga termasuk juga kos penyelenggaraan bas dan alat ganti kenderaan import terutama selepas perintah kawalan pergerakan (PKP).
Menurutnya pada masa sekarang, purata tambang adalah mengikut jarak dari rumah ke sekolah lebih kurang 2km hingga 3km dengan nilai RM50 untuk sehala bagi setiap bulan, dengan kata lain kira-kira RM100 sebulan bagi seorang pelajar untuk pergi dan balik.
Prihatin terhadap permasalahan tersebut, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan berkata kerajaan perlu mempunyai formulasi dengan langkah memberikan subsidi kepada pengusaha bas sekolah untuk mengurangkan impak ke atas kenaikan tambang dalam pelbagai aspek.
“Kaedah memberikan subsidi tersebut boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya tuntutan boleh dibuat daripada kerajaan atau memberikan faedah lain seperti simpanan premium atau kredit dapat ditukar kepada perkara lain yang sesuai untuk kegunaan pengusaha bas sekolah,” katanya.
Kemelut kenaikan tambang bas sekolah juga mendapat perhatian Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Mohamad Ali Hasan yang mencadangkan kerajaan menetapkan harga siling supaya dapat memastikan jumlah kenaikan tambang tidak dibuat sesuka hati sehingga memberi bebanan kepada ibu bapa.
“Kerajaan juga perlulah memikirkan mengenai subsidi terhadap kenderaan yang digunakan terutama dalam kalangan pengguna tetap bas sekolah yang kebanyakannya terdiri daripada kumpulan isi rumah B40 dan M40,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/05/persatuan-bas-sekolah-jamin-tambang-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Golongan Ibu Bapa B40 Rayu Kerajaan Beri Subsidi Tambang Bas Sekolah Untuk Ringankan Beban

Golongan Ibu Bapa B40 Rayu Kerajaan Beri Subsidi Tambang Bas Sekolah Untuk Ringankan Beban

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 381 hits
The ReporterFoto hiasan sahajaGolongan ibu bapa B40 merayu pihak kerajaan memberi subsidi tambang bas sekolah bagi meringankan beban perbelanjaan mereka susulan persatuan bas sekolah mahu menaikan tambang antara RM15 hingga RM25 sebulan bag...
Tambang Bas Sekolah Akan Dinaikan Minggu Depan Sebab Kos Selanggara Alat Ganti Meningkat Mendadak

Tambang Bas Sekolah Akan Dinaikan Minggu Depan Sebab Kos Selanggara Alat Ganti Meningkat Mendadak

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 141 hits
Sekadar hiasan Foto Says comBerita tidak baik untuk golongan ibu bapa tambang bas sekolah dijangka akan dinaikan bermula minggu depan atau Julai Pengumuman berita seperti ini sudah tentu akan merunsingkan ibu bapa yang menggunakan perkhidma...
Hfmd Ibu Bapa Jangan Bimbang Hantar Anak Ke Sekolah

Hfmd Ibu Bapa Jangan Bimbang Hantar Anak Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 164 hits
HFMD Ibu bapa jangan bimbang hantar anak ke sekolah Dikemas kini 11 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 May 2022 7 19PM
Ibu Bapa Sokong Murid Dapat Ke Sekolah Seperti Biasa

Ibu Bapa Sokong Murid Dapat Ke Sekolah Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 262 hits
Bulan lepas Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata semua murid sekolah rendah akan hadir ke sekolah tanpa giliran mulai 17 April dan 18 April PETALING JAYA Ibu bapa menyuarakan kegembiraan mereka atas kembalinya sesi persekolahan secara kon...
Wujud Ke Sikap Seperti Ini Dalam Kalangan Ibu Bapa Boleh Check Senarai Ini

Wujud Ke Sikap Seperti Ini Dalam Kalangan Ibu Bapa Boleh Check Senarai Ini

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 278 hits
Tiada manusia yang sempurna bukan Tetapi adakalanya tanpa disedari sesetengah sikap toksik ibu bapa boleh memberikan kesan kepada anak Jom semak 7 sikap yang harus anda singkirkan Wujud ke sikap seperti itu dalam kalangan ibu bapa Secara ju...
Cabaran Ibu Bapa Dalam Menyokong Perkembangan Dan Tumbesaran Anak Anak

Cabaran Ibu Bapa Dalam Menyokong Perkembangan Dan Tumbesaran Anak Anak

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 225 hits
hai assalammualaikumSejak jadi ibu ni baru nak paham bukan senang nak membesarkan anak banyak cabarannya Cabarannya lagi besar apabila melihat perkembangan anak anak dalam fasa membesar waktu anak anak dimana mereka cenderung untuk melakuka...
Roadtax Percuma Bagi Ibu Bapa Yang Ada Anak Berstatus Oku

Roadtax Percuma Bagi Ibu Bapa Yang Ada Anak Berstatus Oku

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 384 hits
Mungkin ramai yang masih belum tahu perkara ni tapi mesti ramai yang akan suka bila tahu perkara ni Dengar je percuma sapa tak suka ye dak Nak nak lagi sekarang ni semuanya barang naik harga bagaikan klcc tingginya Yang turun cuma hujan Jik...
Ibu Muda Masih Sekolah Tertidur Dalam Kelas Kepenatan Jaga Anak Usia 3 Bulan

Ibu Muda Masih Sekolah Tertidur Dalam Kelas Kepenatan Jaga Anak Usia 3 Bulan

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 194 hits
Kahwin muda sememangnya bukan lagi asing dalam kehidupan masyarakat kita Walaupun ia jarang berlaku namun masih ramai yang mempunyai pengalaman dalam berhadapan dengan situasi tersebut Ada di antara mereka sudah pun menggalas tugas sebagai ...
Hiburan Pelajar Pengsan Di Sekolah Terbongkar Rupanya Jadi Mangsa Lempia Nafsu Bapa Kandung Sejak Darjah 5

Hiburan Pelajar Pengsan Di Sekolah Terbongkar Rupanya Jadi Mangsa Lempia Nafsu Bapa Kandung Sejak Darjah 5

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 144 hits
Siapa sangka dengan terjadinya insiden seorang pelajar tingkatan 2 pengsan di sekolah telah membongkarkan perbuatan kejam si bapa ke atas anak kandungannya sendiri Baru baru ini pelajar perempuan di Kota Bharu difahamkan telah menjadi mangs...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi